Jump to content
Sign in to follow this  
K.A.

Himpunan Kisah Dan Tauladan Untuk Pengajaran

Recommended Posts

[size="4"][b]Kisah 1 : 3 Pemuda Hitam Dan Jin Afrit[/b][/size]
Pada suatu masa dahulu yang tidaklah dinyatakan dengan tepat masa dan tempatnya, di dalam sebuah kampung terdapat 3 orang pemuda yang sangat hitam.Lebihlah lagi jika dibandingkan dengan buntut kuali.Hitamnya pekat dan likat, jika hendak digambarkan bolehlah dikatakan seperti perbandingan orang yang ikhlas yang selalu kita dengar – seperti semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.Bukanlah menghina orang yang hitam tetapi sebagai gambaran betapa melampaunya darjah kehitaman mereka bertiga.

Oleh kerana hitam yang amat itu, ketiga-tiga pemuda tersebut merasa rendah diri.Bahkan mereka selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan orang-orang kampung.Dek kerana tidak tahan dengan penghinaan daripada orang-orang kampung tersebut, suatu hari berbincanglah mereka dan bersepakat untuk keluar meninggalkan kampung tersebut.

Maka berjalanlah mereka keluar dari kampung tersebut.Dipendekkan cerita, merentasilah mereka akan sebuah hutan.Di dalam hutan tersebut mereka bertemu dengan Jin Afrit.Jin Afrit bertanyakan perihal mereka dan berceritalah mereka akan kisah penderitaan mereka.Lalu berkatalah Jin Afrit itu,””Aku boleh membantu kamu bertiga.Kamu mintalah apa-apa saja permintaan aku akan tunaikan.Cuma syaratnya ialah satu permintaan sahaja”. Sungguh gembira mereka bertiga mendengar kata-kata Jin Afrit tersebut.Sekarang mereka boleh meminta apa sahaja dengan Jin Afrit tersebut di mana akan ditunaikan tanpa perlu berusaha dan bersusah payah .

Dipendekkan cerita lagi, berkatalah pemuda hitam yang pertama,”Wahai Jin Afrit, aku ingin engkau jadikan aku seorang pemuda yang putih”.Di dalam sekelip mata ditunaikanlah oleh Jin Afrit akan permintaan pemuda hitam pertama itu.Menjadi putihlah beliau.Handsome dan segak sekali.Terujalah 2 lagi pemuda hitam yang tinggal melihat keadaan itu.

Tanpa berlengah lagi, berkatalah pemuda hitam yang kedua,”Wahai Jin Afrit, aku pun ingin kau jadikan aku putih.Putih-seputihnya sehinggalah tiada lagi putih selepas itu”.Seperti tadi ditunaikanlah hajat pemuda hitam kedua itu oleh Jin Afrit.Sepintas dalam sehela nafas, menjadi putihlah pemuda hitam yang kedua itu.Putih seputih-putihnya sehingga tiadalah lagi putih selepas itu.

Bertanyalah Jin Afrit kepada pemuda hitam yang ketiga,”Wahai pemuda, dua orang sahabatmu telah membuat permintaan mereka dan aku telah menunaikannya,Sekarang giliran kamu pula, apakah yang engkau ingin minta wahai pemuda”.

Ternyata pemuda hitam yang ketiga tidaklah segembira dan seteruja sepertimana kawan-kawan beliau pemuda pertama dan kedua tadi.Ini kerana beliau berfikir apa lagi yang aku boleh minta.Aku nak minta jadi putih pun, kawan aku dah minta semuanya.Sudah tidak ada lagi putih selepas diaorang mintak putih seputih-putihnya tadi .Sudah habis stok putih untuk diriku ini”.Tiba-tiba wajah pemuda hitam yang ketiga itu berubah menjadi ceria, datang idea yang baginya sungguh baik dan bernas.Tertunggu-tunggulah Jin Afrit dan kedua-dua sahabatnya tadi dengan suspen apakah yang akan diminta oleh pemuda hitam ketiga tersebut.

Lalu dengan muka berseri dan konfidentnya pemuda hitam ketiga itu berkata,”Wahai jin afrit, sebenarnya aku pun ingin minta kau jadikan aku seorang pemuda yang putih,Walaubagaimanapun, kawan-kawan aku semuanya dah ‘rembat’semua kaler putih tu hinggakan tiadalah lagi baki kaler putih untuk aku.Jadi permintaan aku, aku minta engkau jadikanlah kedua –dua sahabat aku itu kembali menajdi hitam seperti sediakala sepertimana aku sekarang.Barulah adil rasanya”.

Maka arakian terpinga-pingalah para sahabatnya pemuda yang pertama dan kedua itu serta tersengihlah Jin Afrit itu.

Begitulah tuan-tuan jika tiada sifat mahmudah di dalam diri.Sifat pentingkan diri.Yang difikirkan hanya diri sendiri. Paling utama diri sendiri dan kesenangan diri.Mana-mana kesenangan dan peluang akan disapu bersih tanpa memikirkan orang lain dan orang dibelakang.Tanpa mengira halal dan haram.Satu lagi, sifat dengki dan irihati.Tak boleh melihat orang lain senang dan lebih dari dia,Ada jer jalan dan ikhtiar nak lihat orang susah dan derita .Semoga Allah membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita sempena sehabis sebulan kita menghadiri kem Ramadhan ini.Amin.

[size="4"][b]Kisah 2 : Mat Rempit Menjadi Imam[/b][/size]
Arakian dikisahkan, ada seorang mat rempit yang turun awal dari rumah di waktu maghrib ingin pergi merempit dengan kawan-kawannya.Dengan motor Yamaha LC 135 ekzos modifiednya dan rambut mayang mengurai serta jaket kulit ala-ala Slash kumpulan Gun &Roses dan jeans bertampal-tampal, bergeraklah beliau daripada rumah (ini pak bilal tak cakap, gambaran yang aku bagilah berdasarkan budaya dan penampilan sesetengah mat rempit).Diringkaskan cerita,di dalam perjalanan, terdengar laungan azan Maghrib.Singgahlah mat rempit itu di surau berdekatan ingin menunaikan kewajipan, walaupun di dalam hatinya timbul kerisauan bimbang terlewat sampai ke tempat perlumbaan dan akan ditinggalkan kawan-kawan serempitan beliau.

Di surau itu kedapatan seorang imam tua.Semakinlah risau akan mat rempit itu akan kehabisan masa beliau melihatkan pak imam tua yang bertongkat dan terketar-ketar.”Tentulah lambat habis solat maghrib kalau macam ni gayanya kalau aku bermakmumkan pak imam tua ni’”.Lalu disuarakanlah kerisauannya kepada pak imam tua tersebut.”Pak Imam tua, lu semayang cepat sikit boleh tak,gua nak pergi merempit pulak ni”.

Walaupun sedikit terkejut mendengar kata-kata mat rempit yang agak ‘sopan’ itu, di offerlah pak imam tua tersebut kepada mat rempit,”Orang muda, kau sajalah jadi imam”.

Bersetujulah mat rempit tersebut.”Betul jugak,baik gua je jadi imam.Boleh gua cepatkan sikit solat maghrib ni.Tak derlah gua terlepas nak pergi merempit nanti”,

Diringkaskan cerita, menjadi imamlah mat rempit tersebut akan solat maghrib tersebut.Dimakmumkan oleh pak imam tua dan beberapa orang lagi makmum.Terpegun atau dalam bahasa yang dahsyat sikit, terkesima dan terpana lah akan pak imam tua itu mendengar bacaan mat rempit tersebut.Dengung dan tarannumnya ala-ala imam Mesir lagaknya.Sungguh merdu dan gemersik.Kata orang zaman sekarang,”Boleh Lawan la”.

Sesudah memberi salam, berkatalah pak imam tua tersebut,”sedap sungguh bacaanmu wahai orang muda ..lain kali bolehlah jadi imam jemputan surau kami”. Jawab mat rempit tu dengan hidung yang kembang kempis dan dalam nada berbisik kepada pak imam tua.”terimakasih pak imam tua atas pujian lu tu.Itu gua solat tak ambik air sembahyang tu, kalau gua solat ambik air sembahyang..fuhh..bacaan gua lagi power pak imam!”.

Arakian terloponglah mulut pak imam tua adanya..

Aku pun terlopong jugak masa mula-mula mendengar kisah ini.Tapi cepat-cepat aku cuba cari moral disebalik cerita ini.Rasa akulah, pengajaran nyata di sebalik kisah ini ialah, ramai di antara kita sekarang terlebih semangat dibandingkan dengan ilmu.Maksud aku, ilmu tak ada atau tak seberapa, tapi semangat dan amalan pulak yang ‘nebbeng’(terlebih-lebih).Inilah yang dikata orang, amal tanpa ilmu ni bodoh namanya, begitulah juga perbandingan kalau ilmu tanpa amal.Maka kata orang Terengganu “dok rok cettong”dan “koman spanar”lah ( teruk dan lemahlah).

Semogalah kisah-kisah di atas memberi sedikit iktibar kepada aku terutamanya dan saudara-saudari sekalian bagi menambah ilmu dan amalan.Wallahua’lam. Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size=5][b][color="#4169E1"]Ada Juga Yang Tidak Boleh[/color][/b][/size][/center]


[b][size=3]Kalau mereka boleh, aku pun boleh!!!![/size][/b]

Begitulah prinsip hidup yang dipegang oleh seorang pemuda. Pantang dicabar, dia akan menyahut apa juga cabaran yang dihadapkan kepadanya.

Satu hari dia hendak menyeberangi sebatang sungai. Malangnya, tiada jambatan atau titi yang boleh digunakan.

Dia berlegar-legar di sepanjang tebing mencari ikhtiar untuk menyeberang. Tiba-tiba dilihatnya sebatang kayu kecil merintangi sungai itu dari tebing sebelah sini hingga seberang sana.

Bolehkah aku menyeberangi sana dengan menjadikan kayu sekecil ini sebagai titi? Dia berfikir.

Tiba-tiba dia terpandang sekumpulan semut sedang merayap di atas batang kayu itu. Lantas dia mendapat idea. Jika berpuluh-puluh ekor itu boleh meniti di atas batang kayu itu, mengapa aku tidak boleh? Kalau mereka boleh, aku pun boleh. Begitu detik hatinya.

Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun melangkah di atas batang kayu yang kecil itu.

Debus!!! Dia jatuh ke dalam sungai.


[b]Pengajaran:[/b] Ukur baju di badan sendiri. Meneladani orang lain tidak salah, tetapi perlu diseimbangkan dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu. Ini akan mengelakkan diri kita daripada bersikap sama ada terlalu yakin atau tidak percaya akan diri sendiri

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...