Jump to content
Sign in to follow this  
Gunso

Kemudahan Transit Tanpa Visa Diberi Semula

  

9 members have voted

  1. 1. Kemudahan Transit Tanpa Visa Diberi Semula

    • Setuju - dapat meningkatkan ekonomi...
      1
    • Tak setuju - nanti bawak masalah...
      8
    • lantak lah situ...
      0


Recommended Posts

[quote]Kemudahan Transit Tanpa Visa Diberi Semula Mulai 1 Julai

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi semula kemudahan transit tanpa visa kepada warga India, Sri Lanka, Pakistan dan Bangladesh mulai 1 Julai depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan memberi semula kemudahan tersebut adalah kerana kerajaan mendapati ia memberi faedah kepada industri pelancongan negara.

"Satu ketika dulu, pernah diadakan (kemudahan transit tanpa visa ini) tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditarik balik.

"(Perkara ini) kita bincang semula kerana daripada segi faedah pelancongan, kita dapati adanya faedah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Muhyiddin berkata bagi memaklumkan mengenai kemudahan itu, kerajaan akan berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan yang transit di Malaysia dan membawa penumpang-penumpang dari keempat-empat negara berkenaan.

Katanya Kementerian Dalam Negeri telah mencadangkan agar diwujudkan kriteria khas sebelum mereka diberikan kemudahan transit tanpa visa itu bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

"Beberapa perkara telah diputuskan untuk dipatuhi. Kalau ia dipersetujui maka transit khasnya yang datang dari empat negara itu boleh dibenarkan untuk masuk dengan pemberian transit tanpa visa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelancongan supaya lebih banyak lagi penerbangan ke Malaysia dalam usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.

"Kita minta syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia dan AirAsia X berbincang mendapatkan lebih banyak hak pendaratan dan sebagainya serta membawa pelancong ke negara ini," katanya. -BERNAMA[/quote]

dulu negara pernah alami masalah akibat transit tanpa visa nih yg mana separuh dari mereka lesap menyelinap dlm negara kita nih... pastuh nak halang dia org nih lesap kene buat visa... sekarang nih buat balik mcm dulu apa dah jadik... dah dikesan ker semua org yg lesap dulu tuh... tak cukup lagi ker bangla dan yg seangkatan dgnnya tuh kat kat m'sia nih... adakah dgn mengejar keuntungan semata sanggup mempertaruhkan penduduk dlm negara sendiri...

tak paham betul lah... nanti dah timbul isu baru ler nak bertindak balik... huuu~~~~ Edited by Gunso

Share this post


Link to post
Share on other sites
dengan peningkatan jenayah dari orang2 luar sebegini

aku kurang setuju dengan perlaksanaan perkara sebegini pada waktu sekarang

lagi pun ekonomi pun macam terumbang ambing, ape perlu mereka2 nie disini??

kan ke banyak lagi warga asing di malaysia?


nie dalam perbincangan ke sudah ditetapkan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak setuju langsung! nanti makin ramai yang menetap kat sini,bangla dgn indon yang ada pun tak terkawal,inikan pula nak benarkan visa sebegini...
india,bangla,sri langka bukannya kaya org dia,kenapa tak tumpu pada pelancong eropah? :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites
banyak masalah dari keuntungan , kalau nak melancong buat la visa ..

Share this post


Link to post
Share on other sites
nampak sgt dia nak bg MAS ngan Air Asia tuh dapat untung lebih dgn dilantik menjadi penyeludup utama pendatang...

siap dah bg "nasihat" supaya jgn rebut2... kat sana ada ramai penduduk yg boleh dia org bawak masuk...

haih.. tak cukup ker kesusahan yg dah ade kat dlm m'sia nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah... dulu bagi balik visa... skrg nih....

[quote]Beri PR pelajar asing untuk majukan negara
10/07/2010 5:33pm

TANAH MERAH 10 Julai - Cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberikan status pemastautin tetap (PR) kepada pelajar luar negara terpilih bertujuan mendapatkan idea pelajar itu untuk memajukan negara apabila berkhidmat di dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu berpandangan positif dengan cadangan itu, yang dipraktikkan di beberapa negara maju seperti di Amerika Syarikat.

"Hanya ambil pelajar asing yang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) sahaja, dan mereka ini diperlukan untuk menjadi penyelidik atau pensyarah di universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanah Merah di sini, hari ini.

Katanya, ilmu mereka ini yang diperlukan dan ia berkonsepkan kepada perkongsian ilmu dengan penyelidik tempatan dan luar negara yang seterusnya dapat membangunkan negara dengan lebih cemerlang pada masa depan.

Baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi berkata, cadangan untuk menawarkan pemberian status PR kepada pelajar dari luar negara perlu dikaji sebagai langkah menggalakkan pelajar berkenaan berkhidmat dalam negara sebaik tamat pengajian.

Bagaimanapun pemberian status itu bukan untuk semua pelajar sebaliknya kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta yang ditaja kementerian sahaja. - Bernama[/quote]

dlm m'sia nih dah kurang sgt ker tenaga pakar... apa lah dasar dia org nih...

akibat birokrasi yg ada pakar yg ada dlm negara semua lari luar... pastuh panggil lak org luar siap taja lagi dan bg PR...

haih~~~ anih tul...

Share this post


Link to post
Share on other sites
adakah malaysia sekarang nih nak bukak sempadan dia ker apa...

memula dulu dah tau masalah bagi transit tanpa visa... laa ni bg semula...

pastuh siap nak bg biasiswa dan PR utk professional asing... yg terbaru lak... PATI semua tuh nak diserap jadik pekerja sah...

[quote] star online
Jumaat Julai 16, 2010
Kerajaan Timbang Kemungkinan Jadikan PATI Tenaga Kerja Sah

CYBERJAYA: Kerajaan akan menimbangkan kemungkinan untuk menjadikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai tenaga kerja yang sah bagi menangani permintaan yang tinggi daripada golongan majikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata ia merupakan sebahagian daripada 51 cadangan yang dikemukakan semasa sesi perbincangan bersama makmal kementeriannya tiga bulan lepas.

"Kementerian berdepan dengan dua masalah utama dalam menangani masalah kemasukan pendatang asing di negara ini iaitu pekerja asing secara haram dan permintaan untuk pekerja asing yang masih tinggi daripada golongan majikan.

"Kerana permintaan yang masih tinggi, kemasukan pendatang asing berlaku secara berterusan dan kami sedang mencari mekanisme yang sesuai untuk menanganiperkara ini dengan efektif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Kreativiti dan Inovatif Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing di sini Jumaat.

Jumlah pekerja asing 'haram' di negara ini katanya, masih tinggi, justeru menyukarkan kementerian untuk menangani perkara ini pada kadar segera.

Difahamkan, terdapat hampir dua juta PATI berada di Malaysia ketika ini termasuk yang bekerja di pelbagai sektor walaupun tanpa permit yang sah.

Dalam perkembangan berkaitan, Subramaniam berkata, struktur bayaran yang dikenakan oleh ejen pembantu rumah di Indonesia dan Malaysia masih berbeza menyebabkan timbul konflik untuk rakyat negara ini mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

Untuk mengatasi masalah itu, katanya, pembantu rumah warga Kemboja, SelatanThailand, Filipina dan Myanmar telah dikenal pasti sebagai punca tenaga yangbaru untuk pilihan rakyat Malaysia menggaji pembantu rumah.

Sementara itu, Subramanian berkata, biasiswa yang diberikan oleh UniversitiLim Kok Wing kepada 50 belia miskin dari kaum India membawa manfaat besar untukmengubah kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.

"Hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih untuk menerima biasiswa ini dan ia adalah batu loncatan untuk mereka yang terpilih mendaki tangga kejayaan yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA
[/quote]

adakah semua ni ada udang di sebalik meehun... maklumlah pilihanraya dah dekat... sapa tahu apa perancangan dia org...

atau pon dia org malas nak buat keje... senang jer semua bagi lesen sah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
rasenye lambakan pendatang asing nie da macam terlampau2 da sekarang nie kan,



harap2 universiti2 macam

1.penjara
2.pusat serenti
3.pusat pemulihan akhlak
[s]4. pusat orang[/s] :P

dapat memainkan peranan dalam pembangunan insan warga dia
so leh mereka2 dia di isikan dalam sektor yang pekerja asing yang ade sekarang kan kan

Share this post


Link to post
Share on other sites
pendatang haram ni kita kena campak luar. tapi tokey2 malaysia pulak sendiri pakai lebih pasal dikatakan pekerja kita malas.Penguatkuasaan pulak lemah atau pun pasal ramai sangat yang melintas masuk malaysia tiap2 hari. Ni susah jadi negara yang besar pastu sektor ekonomi boleh tahan menarik pada pandangan pendatang haram nih. (pandangan aku la) dalam ASEAN nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...