Jump to content
Dominant Star

Mengelakkan Huru-Hara Akhirat

Recommended Posts

Salam...

Aku ada satu soalan yg pelik.. saja nak tahu..

Kita semua tahu.. akhirat tu nanti huru-hara.
Even untuk orang yg banyak amalnya sekalipun huru-hara juga..


Ada x sesiapa ada hadis yang ada menerangkan tentang keamanan di akhirat kelak.. apa yg boleh kita lakukan??

Aku x boleh bayang 500 tahun akhirat di mahsyar dalam keadaan yg dahsyat.

Dulu bawak kereta ayah aku takde aircond.. duduk sesat dlm traffic jam baru 20 minit dah x tahan.. azab nya amat..
inikan pula 500 tahun.. bukan 20 minit tapi 500 tahun..


Tolong sesiapa tenangkan aku...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya aku tak berapa faham apa kehendak nko.

Apa yang aku faham, nko nak buat amalan yang boleh
menghindarkan diri dari huru-hara di akhirat kelak.
dengan kata lain dengan amalan2 tersebut kita lalui
masa sukar di akhirat dengan mudah, begitu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='15 May 2010 - 12:32 PM' timestamp='1273897933' post='1030933']
Sebenarnya aku tak berapa faham apa kehendak nko.

Apa yang aku faham, nko nak buat amalan yang boleh
menghindarkan diri dari huru-hara di akhirat kelak.
dengan kata lain dengan amalan2 tersebut kita lalui
masa sukar di akhirat dengan mudah, begitu?
[/quote]


Emm.. aku pon x pasti apa yg aku nak. Yg aku tahu.. aku risau..

Penin dah...


Tapi cuba kita bayang..
Kita pakai Kancil sebijik.. walaupun x pernah buat salah.. tapi Tuhan hisab kancil tu saja 30 tahun akhirat..

Berpeluh 30 tahun...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku penah baca yang orang2 yang beriman, tak sure dengan syafaat atau tak, masa dihisab, akan lemas dengan peluh sendiri. Dulu uztazah aku kat sekolah agama yang cerita la.

Tapi yang aku agak pasti, syafaat dari Rasullullah s.a.w yang akan tolong kita kurangkan rasa azab akhirat tu nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
menarik topic nie

nanti aku share2 kan beberape hadis pasal huru hara hari kiamat nie...

sekarang agak penat la hehe :lol:


so ai booking post nie dulu eh

Share this post


Link to post
Share on other sites
seorang lelaki pernah mendatangi Nabi S.A.W. lalu berkata
"bilakah waktu kiamat?"
lantas Nabi S.A.W. menjawab "Apakah yang kamu persiapkan untuk menghadapinya??"

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]“[i]Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)[/i]”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).[/quote]

1.surah At-Takwir,
2.surah Al-Infitar
3.surah Al-Insyiqaq

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size="4"][color="#ff0000"][b][u]7 Golongan yang Mendapat Naungan dari Allah di Akhirat kelak[/u][/b][/color][/size]
[quote]

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: [i]"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:[color="#ff0000"] [b]Imam (pemimpin) yang adil[/b][/color][b], [color="#ff8c00"]pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah[/color],[/b][/i][b] lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,[i] [color="#0000ff"]dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, [color="#808000"]s[/color][/color][color="#808000"]eorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah"[/color], [color="#ffa500"]seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya[/color],[color="#ff00ff"] seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya[/color].[/i][/b]"
[/quote]
Riwayat at-Tirmidzi

[b]Huraian : [/b]

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.
6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
haish...
nak update tak dapat2 lak,..

ape kate kalo bukak thread dari kisah kiama besar hingga ke perjalanan syurga (huru hara akhirat pun ade dalam sekali)

aku ingat nak wat kat thread perjalanan manusia tu la [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/84788-kehidupan-selepas-dunia/"]http://forum.putera....-selepas-dunia/[/url]


takpe, nanti aku suh supervisor match kan dengan thread nie

oh ya, aku suggest kan korang beli buku HURU HARA KIAMAT oleh Ibn KATSIR (rm50 macam tu, kat popular ade promo rm3x kot)
memang lengkap,

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...