Jump to content
Datuk_Seri

Adegan Anak Maki Ibu Di Facebook

Recommended Posts

[u][b]Adegan anak maki ibu di Facebook[/b][/u]

[quote]SAYA terkilan dengan situasi seorang ibu yang dimaki depan khalayak ramai berdekatan bengkel membaiki kereta di Pusat Komersial Shah Alam pada minggu lalu.
Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.


Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.


Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’ di bawah kategori minatan awam yang membolehkan sesiapa saja mempunyai akaun dalam laman sembang ini memberikan komen mereka.


Apa sudah jadi dengan manusia kini? Sudah hilang rasa hormat terhadap ibu bapa? Benarlah kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita membalas budi ibu bapa yang bersusah payah menjaga kita daripada kecil. Hargailah orang yang tersayang, jangan kemudian hari nanti baru kita kesal dengan perbuatan kita sendiri. [/quote]

http://www.hmetro.com.my/articles/AdegananakmakiibudiFacebook/Article/

[media]http://www.youtube.com/watch?v=gOS3wfFju_w[/media]

[media]http://www.youtube.com/watch?v=1XzBcsk8hSs&annotation_id=annotation_860935&feature=iv[/media]

http://www.facebook.com/group.php?gid=120163747996801

**********************************************************************************************

Jika benar apa yang didakwa ini, marilah kita berdoa agar anak makcik ni bertaubat dan sedar dengan apa yang telah dia lakukan. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
hadis nabi ade mengatakan

keredhaan ibu bapa ibu adalah keredhaan Allah
kemurkaan ibu bapa itu adalah kemurkaan Allah

moga sempat la si anak tu bertaubat

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ini boleh dijadikan pengajaran kepada kedua2 dua pihak
pihak anak dan pihak ibu-bapa.

pihak anak, janganlah biadap dengan ibu-bapa sendiri
jangan cuba jadi anak durhaka. hidup tak selamat.
cuba kenang jasa orang tua kita melebihi dari orang lain.
layanlah mereka dengan baik dan kasihanilah mereka dan sayangilah mereka
seperti mereka menyayangi dan kasihani kita dulu.

pihak ibu-bapa, jangan jadikan kita sebagai punca masalah.
jangan buat perkara yang boleh anak marah.
kitakan lebih tua dari anak, sepatutnya kita lebih matang.

kita sebagai orang tua yang ada anak, jangan merasa kita semua betul
anak mesti ikut kita. kalau tak ikut jadi anak derhaka.
dengan kata lain, kalau tak nak anak marah kita, jangan banyak songe.

itu pandangan aku sebagai seorang anak kepada seorang ibu tua dan
sebagai seorang ayah kepada anak2 yang dah dewasa.

ok. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
tapi kekadang,dan jelas ape yang berlaku sekarang nie

ibubapa dahulu lebih derhaka kepada anak2 mereka

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='14 May 2010 - 02:10 AM' timestamp='1273774224' post='1030642']
tapi kekadang,dan jelas ape yang berlaku sekarang nie

ibubapa dahulu lebih derhaka kepada anak2 mereka
[/quote]
bukan begitu,adakalanya anak2 yang terlalu dimanjakan maka inilah jadinya.
tambah2 pula zaman sekarang mak ayah cari duit siang 'MLM' maka tak hairanlah kejadian seperti akan selalu sangat akan berlaku masa hadapan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ingat syurga ditapak kaki ibu.......kot mana pun kena hormati ibu kita...(rindu rasanyer nak balik kpg...makan asampedas emak aku)...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ini macam punye manusia pn ade ke... nak tinggi suara ngn mak pn rase xsampai hati.. inikan pula nak mengherdik. dikhalayak ramai? minta dijauhkan

kpd yang baru nak jadi ibu dan bapa tu, didiklah anak sehabis baik supaya xlahir anak hati kotor macam tu...

biar dipukul, asal tujuan untuk mengajar..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...