Jump to content
TOYSЯUS

Lesen Judi Piala Dunia

Recommended Posts

Takyah susah2 legalise kan benda nie... kat internet nie berlambat orang boleh bet world cup nie. Nak pantau betul2, kena ler buat satu Task Force anti-judi nie meliputi pemantauan online dan offline.... tu pun kalau betul2 serius la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
dalam beberape hari nie
aku ngah tunggu gak komen/bangkangan dari pihak kerajaan nie

MUFTI
JAKIM
ULAMAK2 umno

malangnyer
senyap, orang biase gak yang menentang mahu pun suara kat arus media mereka (TV1, TV2, media prima, TV astro) (Hmetro,Utusan,Bharian, KOsmo, Sinar)>??????????????

adakah mereka bersetuju dengan pencadang?
-----------------------------------------------------------------


[quote]Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

[/quote]


[quote]Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.[/quote]

[quote]Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-
a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius.
b- Seterusnya membawa [b]kepada masalah dan krisis rumahtangga[/b]
c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, [b]kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian[/b] khususnya secara online.
d- Masyarakat [b]tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh[/b] serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.
e- Mendorong rakyat [b]memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill[/b], namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma.
f- [b]Kesan buruk kekalahan;[/b] kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.
g- [b]Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan[/b], k[/quote]



[quote]Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

[center] يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا [/center]
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

[center] يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [/center]
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, [b]berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan[/b]. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

[/quote]

aku cilok dari http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku nak note sikit.

jangan risau. jalan raya, ape2 infrastruktur @ ape2 untuk umat islam korang tak guna 2 subahah.

kerajaan ada asingkan duit pendapatan judi dengan bukan judi.

dan yang dapat duit cukai@ whatever dari judi ialah orang bukan islam.

source: LHDN (mak aku keje sana)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='10 May 2010 - 11:57 AM' timestamp='1273463839' post='1029826']
aku nak note sikit.

jangan risau. jalan raya, ape2 infrastruktur @ ape2 untuk umat islam korang tak guna 2 subahah.

kerajaan ada asingkan duit pendapatan judi dengan bukan judi.

dan yang dapat duit cukai@ whatever dari judi ialah orang bukan islam.

source: LHDN (mak aku keje sana)
[/quote]


bukan ini permasalah yang dibincangakan -_-

ade permasalaha lagi besar
melibat kan orang islam dan akidah orang islam itu sendiri

Share this post


Link to post
Share on other sites
perghh..

judi berlesen! semata-mata nak
elakkan judi haram.. hehe..
spas dapat lesen leh halal ke judi?
kekeke.. lawak laa

aduyaii..
jangan jadi multi-racial kepada multi-rascal sudah lerr

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku rasa, dalam idea ni terang-terang ada unsur ajaran sesat.
Ada plak berjudi atau hasilnya jadi halal kalau premis perjudian tu berlesen.
Malah, duit hasil judi tu akan digunakan untuk pembangunan sukan negara oleh kerajaan sendiri.
Maka kemajuan sukan negara akan dipacu atau disokong oleh perjudian.
Tak mustahil la kot duit premis judi berlesen yang sedia ada sekarang ni diorang guna untuk "kemajuan" negara.
Tak mustahil, tapi aku harap ia tak berlaku.

Kalau mufti bagi ceramah agama tu cepat jer kena tangkap sebab mufti tu takde tauliah.
Ini, orang yang nak suka-suka cadang nak ubah hukum Allah, lepas camtu je. Siap dipertimbangkan lagi cadangan tu.

Pasni, boleh lar bukak bisnes todi, dengan syarat kena berlesen dari kerajaan.
Boleh buat bisnes dadah, dengan syarat amik lesen jugak dari kerajaan.
Boleh bukak bisnes judi, dengan syarat amik lesen dari kerajaan.

Pendek kata, kerajaan boleh halalkan apa yang diharamkan dalam Islam, dengan syarat amik lesen (bayar) dulu.

Nais game.

Share this post


Link to post
Share on other sites
well ini pendapat aku.

looking to the WHOLE situation,

aku rasa ini perlu.

ya, judi berlesen ini perlu.

there's a few reason:

1. ade ke orang islam masuk judi genting? as far as i know, semua tu non-muslim. as for rakyat of course. kalau ade orang2 'special' tu, wallahualam.
2. there's gotta be some channel yang membolehkan orang non-muslim judi but not muslim. Korang tau kan astro ade channel judi kuda? takde jadi isu pon. dan aku rase mungkin dibuat dengan cara tu la.
3.pasal duit ni.....em...

there's two types of money view here.
satu, dari segi religious view yang korang tengok tu. yes, orang islam haram. but there's a law too yang pisahkan antara duit judi dan yang bukan judi. that's why iklan rokok, arak dan judi takde kat media massa except suratkhabar yang mostly non-muslim baca (the star, nst, sin chew jit poh etc). dan, korang takkan rase pon sesen dari duit judi tu.

the second view is from economy law.
-sebarang pertukaran, perjudian, kumpul, apa2 transaksi tanpa kebenaran kementerian kewangan adalah illegal. Aku cuba elakkan guna term 'haram' sebab term ni terlalu berkait dengan religious view.

Ni termasuk judi selain dari lumba kuda, nombor ekor dan genting punya judi. Even korang main kutu pon boleh kena tangkap.

Sebab, duit2 ni mengalir dalam transaksi yang.... mencurigakan dan usually digunakan untuk 'cuci' duit2 kotor macam dari hasil kongsi gelap, perlacuran, dadah, peras ugut dan sebagainya.

lebih tepat aku quote dari wikipedia pasal awang adek hussein:
[quote]
Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.[/quote]

That's why kerajaan nak elak transaksi 'cuci mencuci' ni through pengeluaran lesen secara sah (bukan halal, tapi sah).

The point is:
-Awang Adek Hussein sudah agak tersilap dalam kenyataannya dan menggunakan term2 yang boleh mengundang 'misconception' kepada orang ramai. Term halal haram ni lebih tepat digantikan dengan sah dan tidak sah.
-Berkemungkinan besar channel yang akan digunakan takkan bagi orang Islam untuk berjudi.
-Untuk pembangunan sukan.... emmm baru cadangan. This way maybe akan dilihat semula ke channel yang tidak melibatkan orang Islam.

[quote name='khairul anwar' date='10 May 2010 - 12:02 PM' timestamp='1273464145' post='1029828']
bukan ini permasalah yang dibincangakan -_-

ade permasalaha lagi besar
melibat kan orang islam dan akidah orang islam itu sendiri
[/quote]

yes, ini je permasalahan yang dibincangkan.

orang bukan islam yang nak judi.

mula la mengeluarkan ayat2 kate, 'anak2 kita makan duit hasil judi'.

i only state a fact to avoid misconception. Edited by Nezict

Share this post


Link to post
Share on other sites
Let see...


Malaysia ni negara Islam. Sebagai sebuah negara Islam tak kira la berbilang kaum ke apa ke... sepatutnya selagi pemimpin sendiri beragama Islam.. apa-apa yang bertentangan dengan agama sepatutnya tidak dibolehkan langsung. Aku mungkin salah tapi ini adalah apa yang aku dengar2 dan tahu.

Isu berbilang kaum tidak boleh dibangkitkan pun... sebab kaum atau aku nak refer dengan lebih tepat.. agama.. kena tunduk kepada pemerintah Islam.
Sedangkan mereka tu pun sepatutnya kena bayar cukai 'jizyah'. Tapi tiba2 nak demand itu ini including judi.

OK.. alasan Awang Adek adalah nak kawal perjudian haram. Judi dah mmg haram... bukan nak kawal tapi nak hapuskan sepatutnya. Kuatkuasa undang2 la.

Melainkan negara ni bukan negara Islam.. in that case aku x nak komen apa-apa pasal isu ni. Tapi mereka sendiri dah umumkan... negara Malaysia adalah negara Islam. Menghalalkan judi kerana sebab apa sekalipun.. sama mcm giving consent and acknowledging yg judi tu [b]'BOLEH UNDER CERTAIN CASES'[/b] sedangkan tak salah aku.. kita semua tahu judi ni dosa besar!!

Lainla kalau nak kawal Zina.. maka onani di haruskan (oleh sesetengah mazhab.. bukan Syafie ya :) ).. sbb itu mengambil pendekatan mengharuskan yg kurang teruk untuk menghalang yang lebih teruk.

Tapi judi isu lain. Kata negara Islam.. kenapa nak give consent untuk acknowledge Judi??

Kewujudan Genting tu sendiri dah satu benda yang cukup2 merisaukan.. takut tiba2 Malaysia ni diangkat di tunggang terbalikkan oleh malaikat... tiba-tiba nak legalized judi secara masses plak.

Perhati ayat ni.. Surah At-Taubah ayat 29:

Maksudnya: [i]Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.[/i]

Kita orang islam.. jangan tunduk kepada kafir. Jangan jadikan kafir tu sahabat bai... kelak kena soal kat akhirat. X dapat minum air telaga Al-Kautsar. Nabi S.A.W pun x mahu beri syafaat.. sbb apa?? Sbb sokong dan bersetuju dgn kafir.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Dominant Star' date='10 May 2010 - 07:14 PM' timestamp='1273490079' post='1029894']
Let see...



Kita orang islam.. jangan tunduk kepada kafir. Jangan jadikan kafir tu sahabat bai... kelak kena soal kat akhirat. X dapat minum air telaga Al-Kautsar. Nabi S.A.W pun x mahu beri syafaat.. sbb apa?? Sbb sokong dan bersetuju dgn kafir.
[/quote]
apa yang aku lihat Orang islam dah lama tunduk pada kafir beb...jangan jadikan kafir itu sahabat?ok pegilah cari tempat dimana org kafir tak wujud,nabi pun dulu bersahabat dgn orang2 kafir ape...
lihat saja parti pembangkang sudah...UMNO - kafir. DAP - Saudara seperjuangan...hahaha agak lawak disitu nampaknya... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
ironik nyer

orang kafir lagi nak ke arah islam

pelik kan pihak belah sane tu -_-

orang islam tapi nak tiru cara orang kafir/yahudi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]nabi pun dulu bersahabat dgn orang2 kafir ape...[/quote]
Kenyataan ini mengelirukan.


orang kafir kita tak panggil sahabat nabi.
Nabi bersahabat dengan orang Islam
Sahabat nabi semua orang Islam.

Nabi berjiran dengan orang kafir.
Dan Nabi tunaikan [b]haq2 jiran [/b]dan [b]haq sebagai pemerintah Islam[/b].
[edit]

Adakah abu jahal sahabat nabi?

Imam Bukhari secara ringkas menafsirkan:

[b][size="3"]من صحب النبى صلى الله عليه وسلم أو رآه من المسلمين فهو من أصحابه[/size][/b]

"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW ataupun melihatnya [color="#0000FF"][b]dari kalangan muslim[/b][/color],
maka dia adalah di kalangan para sahabat Baginda"

Sahabat bermaksud;
[size="3"][b]من لاقى رسول الله صلى الله عليه وسلم ملاقاة عرفية في حال الحياة حال كونهمسلما ومؤمنا به[/b][/size]
"Mereka yang bertemu dengan RasullAllah SAW dengan pertemuan yang wajar sewaktu baginda masih hidup
dalam keadaan Islam dan beriman dengannya" Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
bukan hak jiran je

tapi hak sebagai pemerintah kepada rakyat (termasuk orang kafir/yahudi) -_-



contoh da ade
tak mau ikut -_-
pastu bagi dalil2 dunia -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='11 May 2010 - 09:34 AM' timestamp='1273541678' post='1029993']
Kenyataan ini mengelirukan.


orang kafir kita tak panggil sahabat nabi.
Nabi bersahabat dengan orang Islam
Sahabat nabi semua orang Islam.


[/quote]
tidak mengelirukan jika org itu sendiri cuba buat2 keliru.bapa saudara nabi sebelum ini pun bukan islam,tapi takde pun sampai tak boleh bersahabat,yang korang jangan kata bersahabat,malahan berniaga dengan org bukan islam@kafir apeciter?tak payah nak pegi jauh2.
aku bukan sokong atau berfahaman [b]sekular[/b],namun aku rasa selagi [b]DIRI[/b] kita sendiri pegang ajaran Al-Quran,aku rasa buka tempat perjudian pun org tu takkan terpengaruh.
tanya iman sendiri,jika kita sendiri [b]corrupt dalam hati[/b] tapi jika ade je peluang nak menghentam tanpa dapatkan penjelasan tak kemana solat kita...jangan [b]SELALU[/b] buruk sangka...
jika dah terbukti tiada kebaikan bagi semua kaum kita patut tolak,jika ianya peluang bagi kaum agama lain berjudi cara mereka tapi sah maka lantak la dengan mereka.asalkan buka dia bagi kita makan duit hasil judi mereka itu.

sape ade penjelasan kenapa PAS org islam sanggup bersama @ bersahabat dengan cina DAP @ org kafir?
aku tak nak cakap bunga2 nanti org keliru dan buat keliru atau cuba mengelirukan...(mudah org faham)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ko setuju tak orang bukan Islam di zaman Nabi tidak kira siapa adalah tidak dipanggil sahabat Nabi.
Jawab setuju atau tidak setuju sahaja.

Pasal PAS bersama dengan DAP dan tak lama lagi mungkin bersama MCA/MIC
nanti aku ulas dengan panjang lebar. Edited by OngBok

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='11 May 2010 - 09:20 AM' timestamp='1273540829' post='1029986']
apa yang aku lihat Orang islam dah lama tunduk pada kafir beb...jangan jadikan kafir itu sahabat?ok pegilah cari tempat dimana org kafir tak wujud,nabi pun dulu bersahabat dgn orang2 kafir ape...
lihat saja parti pembangkang sudah...UMNO - kafir. DAP - Saudara seperjuangan...hahaha agak lawak disitu nampaknya... :lol:
[/quote]


Aku x nak pergi jauh sampai masuk ke arah politik sbb aku ada isu dengan kedua2 belah pihak.

Yang biru aku ada isu.. yang hijau pun aku ada isu..
Tinggal lagi plus point yg hijau ni sbb dia mendokong hudud.

Infact aku tergolong dlm golongan minoriti yg lebih prefer hijau tu pisah dari semua yg duk ada tu dan bawak haluan dia sendiri jer.. asalkan terus mendokong hudud.. biarla kalau potensi nak menang pon tipis. Kalau betul dijalan kebenaran Allah SWT akan tolong bila tiba masanya.


========================================


Pemerintah mmg kena pastikan keperluan rakyat cukup. Tapi sbg pemerintah yang dah mengumumkan pulak Malaysia ni negara Islam.. kena la terapkan dan gerakkan ke arah itu.
Mcm mana nak gerak ke arah tu kalau judi pon government nak acknowledge?

Dan jangan cakap mcm ni:

[quote]
aku bukan sokong atau berfahaman sekular,namun aku rasa selagi DIRI kita sendiri pegang ajaran Al-Quran,aku rasa buka tempat perjudian pun org tu takkan terpengaruh.[/quote]

Hati2.. aku dah tengok sendiri dengan mata kepala aku.. orang yang asyik ajak aku ke masjid.. nasihat aku itu ini.. last2 succumb and jatuh kepada benda2 tu yg sepatutnya dia x kan terpengaruh.
Puncanya.. dia terlalu kerap terdedah dgn environment mcm tu.. mula2 kawan dia ckp:

-"Ko baca Yaasin tiap hari buat apa? Hari Khamis sudahla."
-"Sembahyang jemaah ni.. kalau betul2 tak sempat takpe.. Tuhan x marah."

Start dari situ dia mula x berapa baca Yaasin dah.. kalau tidak tiap hari tiap malam. Sembahyang jemaah yg dia x pernah tinggal walau satu waktu pon.. tiba2 Subuh dia tinggal.. dgn tahajjud sekali habis burn.

Kita mmg boleh cakap kita pegang kukuh pada Al-Quran.. tapi jangan lupa.. ramai yang lebih alim dari kita jatuh sbb x tahan ujian Allah SWT. Dan ujian Allah SWT tu adalah lebih berat bagi mereka yang lebih byk amal dan lebih wara'.

Nasib baik sempat bawak dia balik ke pangkal jalan.. kalau x tiap malam clubbing.. dari tahajjud kepada clubbing.. ironi x?

Puncanya.. dia mengaku dia pernah cakap: "Tahap aku ni.. insya'allah perempuan dan hiburan x akan pengaruhi aku lagi."



========================================


Perihal bersahabat dengan orang kafir ni.. aku akui salah aku jugak dalam post di atas sbb x spesifik kan. Sepatutnya aku cakap tunduk.

Sebab 'sahabat' ni.. terutama dalam Islam konteksnya luas.

Let see:

Surah Al-Mujadalah (ayat 22):

Maksudnya: [i]"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."[/i]


Kemudian kita tengok Surah Ali Imran (ayat 118):

Maksudnya: [i]"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."[/i]



Mcm Khairul Anwar cakap.. pemerintah mmg ada hak kepada rakyat. Tapi aku tak rasa pemberian consent untuk judi adalah salah satu hak pemerintah [b]sebuah negara Islam[/b] yang perlu ditunaikan kepada warga negara bukan Islam.

Sbb tu tanggungjawab pemerintah besar. Pemerintah kena berdiri teguh belakang Al-Quran dan As-Sunnah.. kalau x mampu lebih baik lepaskan dan serah pada yang mampu. Edited by Dominant Star

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='11 May 2010 - 10:49 AM' timestamp='1273546198' post='1030008']
sape ade penjelasan kenapa PAS org islam sanggup bersama @ bersahabat dengan cina DAP @ org kafir?
[/quote]
What's wrong kalau pas ke umno ke kawan dengan orang bukan islam atau kafir selagi mana persahabatan tu tak menjejas islam dan penganutnya... Nabi pun pernah pergi majlis orang kafir apa...why not dengan berkawan dengan orang kafir dalam masa yang sama kita tunjukkan tingkah laku yang mulia kepada mereka..InsyaAllah terbuka hati mereka menerima Islam...banyak kisah sejarah pada zaman nabi hingga ke hari ni sesorang yang dipanggil kafir memeluk agama islam setelah berkawan dengan orang muslim..so..tapi janganlah kita berkawan dengan orang kafir, kita pulak ikut cara diorang :)

Ok...sekarang ni macam ni..semak balik ...buku agama sekolah menengah ada dinyatakan definasi dan jenis orang kafir...dan jenis kafir mana yang boleh dan tidak harus didekati...so kalau kafir tu tak mendatangkan masalah kepada kita sebagai umat islam ..apa masalahnya...

Kalau nak orang islam yang disegani jangan jadi orang islam yang bodoh sombong...Agama Islam tu sendiri tak mengajar kita jadi bodoh sombong...Jangan jadi Pak Arab yang keras kepala dan bodoh sombong...

Opps UMNO terdiri dari orang islam ..alhamdullilah...but kenapa kawan dengan MIC/MCA.... dah lama tu :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='loy_azloy' date='11 May 2010 - 10:49 AM' timestamp='1273546198' post='1030008']
tidak mengelirukan jika org itu sendiri cuba buat2 keliru.bapa saudara nabi sebelum ini pun bukan islam,tapi takde pun sampai tak boleh bersahabat,yang korang jangan kata bersahabat,malahan berniaga dengan org bukan islam@kafir apeciter?tak payah nak pegi jauh2. [/quote]

nabi pun penah berniaga dengan kaum yahudi
dan ulamak2 dulu serta sekarang nie pun menyatakan pendapat, yang meniaga dengan orang kafir ini harus

ada kes boleh jadi haram
ade kes boleh jadi wajib



[quote]aku bukan sokong atau berfahaman [b]sekular[/b],namun aku rasa selagi [b]DIRI[/b] kita sendiri pegang ajaran Al-Quran,aku rasa buka tempat perjudian pun org tu takkan terpengaruh.
tanya iman sendiri,jika kita sendiri [b]corrupt dalam hati[/b] tapi jika ade je peluang nak menghentam tanpa dapatkan penjelasan tak kemana solat kita...jangan [b]SELALU[/b] buruk sangka...
[/quote]

habis,
mane datang nye ayat AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR?
anda suke saudara seislam anda terjebak dalam hal2 sebegini??

ingat, kat sane nanti
mereka akan cari ape saje alasan untuk lepaskan diri
antaranya dia akan tanye ko, kenape ko sokong benda2 macam nie (berkenaan perkara haram)

apatah lagi pemimpin, segala dosa orang islam yang masuk kat dalam tu automatik autodebit kat dia


[quote]sape ade penjelasan kenapa PAS org islam sanggup bersama @ bersahabat dengan cina DAP @ org kafir?
aku tak nak cakap bunga2 nanti org keliru dan buat keliru atau cuba mengelirukan...(mudah org faham)[/quote]

aku rase forumer lain da jawp :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
emememememmemememmm ntah aku memule blur tengok ape korang tulis.

Aku nak tanyer 1 soalan ni je, punca segala punca masalah dan kekadang bukan masalah tapi saje disebut2 jadi masalah.


Selepas Jepun blah dulu dari Tanah Melayu, lepas tu Komunis pegang kejap.

Lepas tu British pegang balik.

British masa tu dah amalkan dasar pecah dan perintah, hampir 100 tahun jugak la, kalau kira dari dari awal 1800.

Dasar yang bawak macam2 masalah.

Pecahan kaum ketika tu lebih kurang macam ni:

Melayu 70%
Cina 23%
India 2%
Lain2 5%

British masa tu sudah pokai takde duit, jadi nak tak nak kene biarkan Cina dan India duduk sini. Sape nak bayar tongkang hantar balik diorang? Plus ada pulak yang dah kahwin campur, lagi masalah.

So, mula2 Malayan Union. Then jus soli. 2-2 taknak. After lepas merdeka baru jus soli ade balik.

Masa tu India sudah pegan estet2. Punca ekonomi.
Cina sudah pegang bandar2. Punca ekonomi.
Melayu masih amalkan sara diri. Takde ape benefit pon.















Agak2 korang la:

Betul ke keputusan Melayu masa tu bagi kuasa kerakyatan kepada Cina dan India? Atas alasan Melayu akan tertindas sedikit demi sedikit dan lama2 diorang akan conquer Tanah Melayu dengan kuasa ekonomi?

Kita bagi:
Kita dapat sedikit kuasa ekonomi
Diorang dapat kuasa politik. Boleh bertanding dan sebagainya.
dan kita dapat macam2 masalah sosial sebab banyak kena tolak ansur.


Atau kalau kita tak bagi:
Hudud boleh jalan. 100% power kita punya.
Kita tertindas duduk kampung main guli.
Kita tak bagi bangsa kita peluang cari duit.
Kita tak bagi peluang bangsa kita belajar.
dan kita tak bagi peluang bangsa kita maju.

Agak2 korang la, dosa pahala mana lagi besar? :rolleyes:




Fikir2kanlah.


p/s: boleh je aku perincikan lagi tapi kalau ayat camni susah nak tangkap maksud, ntahle. Edited by Nezict

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='11 May 2010 - 11:03 PM' timestamp='1273590208' post='1030189']
dalil dunia jugak

boring betul aku -_-


judi haram..
[/quote]

datang mana dunia tu?

our leaders make a hard choice, and this is where Malaysia should walk.

Path full of thorns. The road not taken.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kenapa cuba nak settlekan benda yang dah berlalu, yang susah kita nak settlekan,
sedangkan benda yang belum berlaku dan berkemungkinan berlaku, tak cuba nak halang dari berlaku?

Share this post


Link to post
Share on other sites
dalil pun ada 2 jenis . -_-

dalil naqli.
dalil akli.

Apa2 pun aku tak sokong, kalau bab nak banteras judi underground ni pihak polis boleh perbanyakkan lagi risikan dan serbuan dan yang berkaitan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TOYSЯUS' date='12 May 2010 - 02:00 AM' timestamp='1273600825' post='1030209']
Kenapa cuba nak settlekan benda yang dah berlalu, yang susah kita nak settlekan,
sedangkan benda yang belum berlaku dan berkemungkinan berlaku, tak cuba nak halang dari berlaku?
[/quote]
Tak boleh halang dah...keputusan dah dibuat. emmmm... very sad :(
[quote][b]'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'[/b]
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan itu bermula pada 11 Jun ini.

Berjaya akan menjadi syarikat tunggal perttaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Berjaya akan digunakan untuk tujuan berkenaan.

Menurut sumber lagi, masyarakat Islam dilarang keras terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.[/quote]
sumber [url="http://www.malaysiakini.com/news/131567"]MalaysiaKini[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tidakkk!!
Aku harap berita tersebut tidak benar.
Sebab media arus perdana tidak memberitakan hal tu.

Ini satu ketidakadilan kepada orang Islam.
Kerajaan menambah 1 lagi lubang kerja yang spesifik untuk kaum Laknatullah di bumi [b]Malaysia[/b], sebuah negara yang agama rasminya [b]Islam[/b], Pertubuhan Kebangsaan [b]Melayu[/b] Bersatu adalah kerajaannya.
Terbukti kerajaan memang menganaktirikan orang Islam terutamanya orang Melayu di tanah sendiri.

Mana ada di bumi Malaysia peluang pekerjaan yang hanya boleh disertai oleh Muslim-only.
Tapi di bumi Malaysia sangat banyak peluang pekerjaan yang hanya boleh disertai oleh non-Muslim-only.

Jika benar-benar kerajaan ni pro-Melayu, memperjuangkan hak Melayu, seharusnya peluang kerjaya lebih kepada Muslim-only.
Atau setidak-tidaknya, peluang kerjaya Muslim-only sama banyaknya dengan Kafir-only.
Tapi now, terbalik.

Pepatah barat mengatakan "If you cannot beat them, join them!", "Jika anda tidak dapat tempuh mereka, sertai mereka!".
Jika dilihat dari aspek peperangan, maksud pepatah ini ialah jika anda tidak dapat bertempur dengan pihak lawan (kerana mereka pasti menang),
maka sertailah mereka bertempur dengan pihak anda.
Akibatnya, anda akan [i][b]menang[/b][/i] pertempuran tersebut.

Sama juga dari aspek perjudian ni.
Kalau anda tak dapat membendung aktiviti perjudian, sertailah aktiviti perjudian.
Aktiviti perjudian bukan hanya bermaksud anda bermain judi, tetapi termasuklah anda membenarkan aktiviti tersebut dengan memberi lesen.

Dan itulah yang dilakukan kerajaan.

Secara peribadi, aku pandang isu ni hanya untuk memikat pengundi2 bukan Islam untuk terus mengundi kerajaan sekarang pada masa akan datang.
Confirm.
Sebab kalau mereka tak undi kerajaan yang memberi lesen tersebut, pasti kerajaan baru akan menutup peluang kerjaya terlaknat tu.

Sekian!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...