Jump to content
TJ-Ariff

Analisis Keputusan Pilihanraya Di Hulu Selangor

Recommended Posts

Salam..

Aku rasa teruja untuk mendapat maklum balas dari anda semua tentang keputusan Pilihan raya kecil di Hulu Selagor ini.
BN telah berjaya merampas kerusi PKR.

Apakah agaknya faktor2 yang menyebabkan BN menang Besar?

Sila berikan pendapat anda dengan bijaksana, jangan ada kata2 yang akan mengeruhkan suasana disini. Edited by TJ-Ariff

Share this post

Link to post
Share on other sites
Ehh... BN menang ker, aku tak tengok berita lagi nie.. cheh, TJ memang dok tunggu kat depan TV la yek.. hehehe..

Share this post

Link to post
Share on other sites
1st, ucapan tahniah kepada BN
dan juga ucapan setinggi2 tahniah juga kepada SPR kerana menjalankan tugas mereka dengan "[b]CEMERLANG[/b]"

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='25 April 2010 - 10:36 PM' timestamp='1272206214' post='1027389']
1st, ucapan tahniah kepada BN
dan juga ucapan setinggi2 tahniah juga kepada SPR kerana menjalankan tugas mereka dengan [b]CEMERLANG[/b]
[/quote]

nak tanya, apesal cemerlang tu ko tulis dengan huruf besar, kalau BN, PKR dan SPR tu ok la.. nie tentu ada perkara yang tersembunyi diseballik huruf besar tu... huhuhu... :ph34r:

tapi apa yang aku perhatikan perlaksanaan beberapa projek kecil secara "ontime" memang dapat memancing undi yang besar.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Mungkin janji lepas tak dapat , pengundi Hulu Selangor pilih BN lak untuk tengok dapat ke tak janji2 manis kali ni. y dengan kemungkinan pengundi2 tengok kat media yang mereka selalu tengok PR ni banyak problem.

Ikut forum lain, dorang kata "melayu sokong balik BN , pengundi cina kebanyakkan gi undi PR"

edit: bila menang cemerlang bila tak menang "CEMERLANG" kot. hihi Edited by hampeh

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='TJ-Ariff' date='25 April 2010 - 10:44 PM' timestamp='1272206662' post='1027394']
nak tanya, apesal cemerlang tu ko tulis dengan huruf besar, kalau BN, PKR dan SPR tu ok la.. nie tentu ada perkara yang tersembunyi diseballik huruf besar tu... huhuhu... :ph34r:

tapi apa yang aku perhatikan perlaksanaan beberapa projek kecil secara [size="3"][b]"ontime"[/b][/size] memang dapat memancing undi yang besar.
[/quote]

cemerlang [img]http://s.lowyat.net/style_emoticons/default/brows.gif[/img] [img]http://s.lowyat.net/style_emoticons/default/brows.gif[/img]
panjang diskription tu
kehkeh

-----------
ontime

ya setuju
untung kepada mereka yang dapat

hehehe

Share this post

Link to post
Share on other sites
hmmm
terpetik kata izwan salleh td(kalau x salah la)
1st pkr dah mendahului, then 3rd,4rth box bn dahului
musykil...........

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='sayw' date='25 April 2010 - 11:07 PM' timestamp='1272208078' post='1027404']
hmmm
terpetik kata izwan salleh td(kalau x salah la)
1st pkr dah mendahului, then 3rd,4rth box bn dahului
musykil...........
[/quote]

jelas kan kemusyikalan anda :rolleyes:
dari sudut mana kah kemusyikal itu??

Share this post

Link to post
Share on other sites
Yang jelas, pengundi tak tetap pendirian.
sekali kehulu, sekali kehilir.
kalau macam nie la, payah nak boikot barang2 keperluan
untuk turun harga. Tak seperti kawasan Rusila, walau apapun
tak berganjak dari yang bulat putih.

Nasib baik ko menang BN. kalau tak, tak tidur malam laaa aku. :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pada pandangan aku kekuatan agak sama antara pakatan ngan BN..BN lebih bernasib baik terutama orang malayu yang tinggal dikampung atau di felda masih sayang dan percaya pada UMNO..dan kemenangan BN ni pun banyak dibantu oleh orang melayu tinggal di kampung atau felda....btw kudos juga kepada pakatan sebab diorang tak ada peruntukan yang besar ..tak ada media yang besar yang menyalurkan propanganda besar kepada rakyat but still boleh fight.. kalau kita tengok jumlah majority BN dalam 1700 berbanding total pengundi dalam lebih kurang 50000...tapi dalam mana-mana pilihanraya kelebihan 1 undi pun dikira pemenang...dan bagi penyokong pakatan mesti kena akur ..kalah tetap kalah ..tak kira kalah sebab apa sekalipun pun... dalam peperangan tak kira apa peperangan sekali pun taktik dan perancangan yang baik akan menjajnjikan kemenangan. dan dalam peperangan jangan fikir akan ada taktik yang bersih...cari dalam dunia ni mana ada taktik yang bersih digunakan..sebab apa yang penting nak menang...

Cuma kepada Pakatan kalau nak menang lebihkan perhatian kepada orang melayu..sebab melayu still majority dalam negara ni terutama melayu di luar bandar...jangan fikir anak mereka kelak akan berubah kepada pakatan pada masa akan datang sebab selalunya pengaruh fahaman politik akan turun dari bapa ke anak dan seterusnya..jadi nak tackle ..tackle dari sekarang terutama golongan muda di luar bandar sebab golongan inilah asset kepada mana-mana parti sekali pun samada BN atau pakatan

Bagi BN terutama umno (walaupun MIC yang bertanding) of course kemenangan ini dapat membaik pulih imej UMNO / BN ..no matter how they won the battle..itu tak penting yang penting menang setelah kekalahan dalam siri PRK yang lalu..samada diorang mengotakan janji itu perkara lain...bagi penyokong UMNO/BN kemenangan ini memberi lebih kasih sayang penyokong UMNO/BN kepada parti mereka...so kepada parti pakatan tak payahlah susah-susah nak tarik ahli-ahli umno ni..Kalau nak tarik..tariklah yang masih atas pagar...

recap: Pakatan kalau nak menang ..pls kasi perhatian kepada melayu yang tinggal diluar bandar...sebab golongan ini yang selalu dipinggirkan oleh pakatan...beri mereka maklumat dengan cara apa sekalipun...jangan harap internet...berapa kerat orang kampung baca internet...Tarik orang yang atas pagar..jangan buang masa nak tarik orang yang dah sebati dalam satu2 parti..tak kira samada dalam BN atau dalam pakatan..

BTW tahniah kepada Calon MIC sebab memang...ya menang tetap menang kepada pakatan janganlah kalah kali ni nak frust kot..korangkan sebelum ni dah menang..kasi chan laa..tunggu ..mana tahukan kalau ada ADUN ke MP yang..... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites
ongbok,aku tak jadi la nak minta ko jadi penganalisis politik hahaha...
apepun aku ucapkan tahniah kepada calon yang menang,agak menarik kerana sebelum ini PKR menang dengan majoriti yang besar,tapi pilihanraya kali ini BN menang dengan majoriti yang besar,maka bukan 1725 majoriti,namun lebih banyak sebenarnya.
apapun kepada pihak yang menang jangan lupa tunaikan kewajipan tak kira la penduduk yang dibantu tu sokong bN atau tidak.kena adil walaupun kita tau org pembangkang kalau dah sokong pembangkang,kita bantu atau tidak dia tetap dengan pendirian mereka.
bantulah rakyat tak kira kaum dan agama.
bila la kat kg aku nak pilihanraya kecil pulak,tak sabar aku nak kerajaan bagi macam2.untong woo tempat yang ade pilihanraya kecil ni...tgk kat hulu selangor,time ni la nak minta macam2 semua on time dapat hahaha...

p.s aku rasa topik ni tak perlu buka lama2 paling kuat 5 hari sudah...

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote]ongbok,aku tak jadi la nak minta ko jadi penganalisis politik hahaha...[/quote]
aku pun pening dengan senario politik semasa.
masa aku belajar dulu, teorinya lain. sekarang lain.
nampaknya aku kena buat strategi dan mekanisma baru. :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
Politic is a war of perception. Sapa yang berjaya kasi perception yang dia bagus dan lawan tak bagus..dia akan menang.. Dalam kes piliharanya P94, BN berjaya create perception yang diorang lebih baik dan lawan tak baik. Dalam apa-apa perception tak semestinya menggambarkan keadaan sebenarnya...Dalam pepatah inggeris " Something is deceiving until you know it better"...Perception akan menjadi lebih terserlah samada ada baik atau tak baik bergantung bagaimana mereka deliver perception tersebut dan menggunakan segala kemudahan dan peluang yang mereka ada...dalam kes ni BN ada banyak advantage berbanding pakatan....

Share this post

Link to post
Share on other sites
pkr lawan kerajaan malaysia.
kalau menang memang hebat, kalau kalah apa nak heran.
faktor kemenangan sudah dijangka. pengundian hari ahad. sebelum ini pengundian hari berkerja.

Share this post

Link to post
Share on other sites
dengan kata lain, pengundi kita mudah dipengaruhi.
mudah percaya dengan kata2 manis. tak berapa bijak
untuk menilai sendiri dan tak tetap pendirian.
atau mereka boleh 'dibeli'.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='26 April 2010 - 10:20 AM' timestamp='1272248422' post='1027458']
dengan kata lain, pengundi kita mudah dipengaruhi.
mudah percaya dengan kata2 manis. tak berapa bijak
untuk menilai sendiri dan tak tetap pendirian.
atau mereka boleh 'dibeli'.
[/quote]
:) so pihak pakatan kena ada banyak duit...sebab semangat dan vision saja tak cukup. Sama macam kes ibubapa suruh anak belajar sungguh-sunguh supaya jadi pandai..ibubapa kena ada duit untuk beli buku dan kemudahan pelajaran...Janji pada mereka kalau peperiksaan dapat baik belanja KFC atau McD atau kasi hadiah...samada nak tunaikan janji selepas tu..itu cerita lain...hahhaha

Share this post

Link to post
Share on other sites
mungkin juga..
politik adalah wang. bukan politik wang.

Beri PKR memerintah negara, tentu PKR ada duit.
kalau PKR tak mampu nak tadbir negara setelah memerintah
kita set out PKR. Beri ke parti lain plak.
BN jangan sesekali. Edited by OngBok

Share this post

Link to post
Share on other sites
maaflah aku nak kata sikit jangan amik hati ye ongbok?

[b]PKR menang
BN terima kekalahan
PKR kata SPR adil[/b]

[b]BN menang
PKR tak boleh terima
PKR kata SPR tak adil[/b]

so SPR cuma adil jika PKR menang sahajalah ye?
kalau SPR tak adil jangan harap PKR boleh menang pilihanraya kecil dan pilihanraya umum lepas.

sikit2 kata BN banyak duit,come onlah tgk kelantan,BN banyak duit boleh menang juga ke?pastu [b]salahkan penduduk sebab kata mcm lalang takde pendirian[/b],tapi kalau mereka [b]dulu undi BN pastu mereka bertukar kepada PKR sekejap anda kata mereka telah celik dan berubah[/b].hahaha ade sajalah korang ni...

politik duit?come onlah jangan kata BN,pembangkang pun sama.
semua benda nak kena pakai duit,even nak order baju forum pun kena kuar duit kocek huhu...
satu soalan,PKR dapat duit banyak2 utk berkempen dapat dari mana?PAS sendiri mengharapkan bantuan kewangan aka 'derma' dari setiap ceramah yang dianjurkan.
mana aku tahu?heh aku cukup kenal dengan calon PAS bhgn Bandar Maharani tempat aku.

so benda2 pasal sistem pilihanraya yang tidak adil,kerajaan main kotor tu patutnya tak timbul.ini kehendak pengundi hulu selangor itu sendiri...

salah satu puncanya BN menang disebabkan pemimpin yang agresif,aktif dan yakin dengan kepimpinan Dato Seri Najib.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='tasek16' date='26 April 2010 - 12:28 AM' timestamp='1272212892' post='1027422']
Pada pandangan aku kekuatan agak sama antara pakatan ngan BN..BN lebih bernasib baik terutama orang malayu yang tinggal dikampung atau di felda masih sayang dan percaya pada UMNO..dan kemenangan BN ni pun banyak dibantu oleh orang melayu tinggal di kampung atau felda....btw kudos juga kepada pakatan sebab diorang tak ada peruntukan yang besar ..tak ada media yang besar yang menyalurkan propanganda besar kepada rakyat but still boleh fight.. kalau kita tengok jumlah majority BN dalam 1700 berbanding total pengundi dalam lebih kurang 50000...tapi dalam mana-mana pilihanraya kelebihan 1 undi pun dikira pemenang...dan bagi penyokong pakatan mesti kena akur ..kalah tetap kalah ..tak kira kalah sebab apa sekalipun pun... dalam peperangan tak kira apa peperangan sekali pun taktik dan perancangan yang baik akan menjajnjikan kemenangan. dan dalam peperangan jangan fikir akan ada taktik yang bersih...cari dalam dunia ni mana ada taktik yang bersih digunakan..sebab apa yang penting nak menang...

Cuma kepada Pakatan kalau nak menang lebihkan perhatian kepada orang melayu..sebab melayu still majority dalam negara ni terutama melayu di luar bandar...jangan fikir anak mereka kelak akan berubah kepada pakatan pada masa akan datang sebab selalunya pengaruh fahaman politik akan turun dari bapa ke anak dan seterusnya..jadi nak tackle ..tackle dari sekarang terutama golongan muda di luar bandar sebab golongan inilah asset kepada mana-mana parti sekali pun samada BN atau pakatan

Bagi BN terutama umno (walaupun MIC yang bertanding) of course kemenangan ini dapat membaik pulih imej UMNO / BN ..no matter how they won the battle..itu tak penting yang penting menang setelah kekalahan dalam siri PRK yang lalu..samada diorang mengotakan janji itu perkara lain...bagi penyokong UMNO/BN kemenangan ini memberi lebih kasih sayang penyokong UMNO/BN kepada parti mereka...so kepada parti pakatan tak payahlah susah-susah nak tarik ahli-ahli umno ni..Kalau nak tarik..tariklah yang masih atas pagar...

recap: Pakatan kalau nak menang ..pls kasi perhatian kepada melayu yang tinggal diluar bandar...sebab golongan ini yang selalu dipinggirkan oleh pakatan...beri mereka maklumat dengan cara apa sekalipun...jangan harap internet...berapa kerat orang kampung baca internet...Tarik orang yang atas pagar..jangan buang masa nak tarik orang yang dah sebati dalam satu2 parti..tak kira samada dalam BN atau dalam pakatan..

BTW tahniah kepada Calon MIC sebab memang...ya menang tetap menang kepada pakatan janganlah kalah kali ni nak frust kot..korangkan sebelum ni dah menang..kasi chan laa..tunggu ..mana tahukan kalau ada ADUN ke MP yang..... :)
[/quote]

aku nak komen yang ni je. sebab apa yang bro tasek16 hujahkan ni memang tepat.

Ada ura2 mengatakan PKR masih dapat undi yang banyak sebab kaum Cina sedangkan BN menang dapat mojoriti undi Melayu dan India.

Dan aku pernah diberitahu oleh '...'(maaf, sumber ini agak sulit dan boleh menyebabkan sepam dan hujah2 tidak berasas oleh kebanyakan pihak disini, dan aku tidak cilok sumber ini dari mana2 sumber internet mahupun kedai kopi) bahawa kemenangan PR dalam GE2008 sampai mengambilalih Selangor dan Perak adalah disebabkan pengundi muda dan pengundi bandar. Pengundi luar bandar masih tenguh pada BN terutamanya Felda2 kerana atas jasa Tun Abdul Razak yang membela mereka dulu. Sampai anak cucu mereka, mereka masih berterima kasih pada jasa2 yang Tun Razak berikan pada mereka.

BN juga tidak menjangkakan kemunculan jentera kempen 'online' yang ketika itu memang hampir takde pon blogger2 dan forumer2 pro-BN. Ini adalah salah satu taktik PR yang dimana BN menerima kesan yang teruk.

Tapi yang aku boleh lihat selalunya hujah2 yang dibawa pihak PR adalah hujah2 yang bersifat populis, terutamanya PKR. Mereka tidak canangkan dari segi apa yang mereka boleh buat lebih baik dari BN, tapi kebanyakan hujah adalah carik salah BN dan 'tunjukkan' BN tak jaga rakyat. PR telah berjaya menanam mentaliti 'kerajaan alah welfare' kepada pengundi seperti bil air percuma dsb yang dimana akan memberi kesan yang amat buruk jika dibiarkan. Output lebih tinggi dari input.

Aku tidak nampak kelemahan dalam dasar kerajaan, tapi yang agak lemah ialah dari segi perlaksanaan. Dato seri Najib nampak perkara ini dan seboleh2nya dia cuba reinforce semula sektor kerajaan yang disupport oleh sektor swasta, seperti mana Dr M buat ketika pertengahan 80'an dulu iaitu Dasar Liberalisasi dan Dasar Penswastaan. Apa yang Dr M buat adalah 'benih' kepada apa yang aku nampak Dato Seri Najib buat (ekonomi berkapital tinggi) untuk support kenaikan gaji dan pelbagai2 insentif serta dasar2 baru dalam sektor kerajaan (NKRA dsb). Sektor swasta juga dari segi insentif tak kurang juga, GST contoh terbaik. MEB juga contoh terbaik.

Politik memang pakai duit. Tolonglah, kalau korang tengok semula pemilihan calon Presiden Parti Demokrat (Obama vs Clinton) di USA sana tu, adalah pilihan raya paling mahal dalam dunia dibandingkan dengan pilihanraya Presiden yang sebenarnya (Republikan vs Demokrat).

Di Hulu Selangor, dari pandangan aku, apa yang Kamalanathan buat agak agresif dan tepat. Projek on the spot, turun padang tak kira orang. BN menang because they show what they can do. PKR dapat undi banyak sebab mentaliti lama orang Hulu Selangor. Efek dari GE2008 masih terasa.

Itu saja.

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='26 April 2010 - 11:55 AM' timestamp='1272254117' post='1027485']

Iya.. Betul tu En. Nezict ahli parlimen [b]BN[/b] kita... Sokong2...

Share this post

Link to post
Share on other sites
bagi aku kekalahan PKR...aku x ratapi sgt...
sebab PKR memang dah goyah skrg....most of them serpihan dari UMNO...dan adegan lompat-melompat pasti ketara lepas election ni...percayalah.

mungkin pengundi skrg lebih tertarik dgn janji UMNO kat hulu selangor.....kalau x silap...cawangan UiTM kat serendah akan dibuka kalau UMNO menang....

satu lagi faktor calon tu main peranan gak....zaid tu dari kelantan...bukan anak jati Hulu Selangor....dan serpihan dari UMNO

bg aku majoriti 1,732 tu ...majoriti tipis....kebanyakan pengundi atas pagar banyak membantu UMNO kali ni.....

Share this post

Link to post
Share on other sites
[quote name='dvd' date='26 April 2010 - 10:20 AM' timestamp='1272248408' post='1027457']
pkr lawan kerajaan malaysia.
kalau menang memang hebat, kalau kalah apa nak heran.
[b]faktor kemenangan sudah dijangka. pengundian hari ahad. sebelum ini pengundian hari berkerja.[/b]
[/quote]
ape punye point la hehehe.
hari cuti sesuai bagi mereka yang bekerja d luar Hulu selangor untuk balik mengundi,jalan kurang sesak daripada kesesakan waktu hari bekerja.
nak buat part time buka gerai pun boleh masa tu tambah rezeki.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Aku simpati dan sedih juga kepada PKR sebab kalah...mungkin banyak sebab diorang kalah...kita kata kuih yang kita buat sedap tapi mungkin kuih yang orang lain buat lebih sedap. Kepada PKR ikut jejak langkah PAS..don't too rush. PAS mengambil masa berpuluh tahun untuk kukuh seperti sekarang..begitu juga UMNO...andainya UMNO itu PKR pada sekarang belum tentu UMNO boleh menang...

Satu lagi kepada PKR..target untuk yang lebih penting dan besar iaitu PRU13...dari sekarang didik ahli PKR setia dan betul2 ikhlas ..mana-mana ahli yang ada harapan jadi haiwan amfibia..tendang awal2. Ikut jejak langkah PAS walaupun dalam sejarah ada beberapa tokoh yang jadi haiwan amfibia tapi sekarang benda tu hampir tak ada..it is a good thing what?? :) Ni tak ...dalam masa tak sampai 6 bulan banyak yang jadi haiwan amfibia yang keluar selepas hujan ish..ish ish ...Pak Nuar kena take this matter seriously...

Kalau pada masa akan datang PKR bertanding dalam mana-mana pilihanraya ...ambil la calon yang betul2 clean...samada dulu pun clean dan sekarang pun clean...May be calon tu sekarang tu dah clean..tapi sifat semula jadi manusia suka back in time..macam filem back to the future...so susah nak handle kes macam ni...kita kata dia dah clean tapi orang lain kata dia masih tak clean...bukan senang nak tutup mulut orang...

BTW...untuk aku..sapa memang sapa kalah sekalipun aku tetap makan sepinggan nasi setiap kali makan... hahaha..adios

Share this post

Link to post
Share on other sites
bg aku mkn faktor nih yg bg BN menang...

1) peranan undi pos (optional) 700++ lawan 100++...

2)363 peneroka __________ (BN menang dia org bangunkan tanah tuh dan dia org dapat baki 100k++ tuh kalau kalah dia org tak buat apa2 dan bekas peneroka tuh tak dapat lah bakinya)

3)14k pengundi kawasn itu yg dipindahkan ke kawasan baru...

4) seperti yg di sebut kat atas kawasan pendalaman dan felda masih lagi penyokong setia BN pasal leh tgk... kat kawasan tuh semua biru manakala kawasan pekan2 lebih kepada PKR...

Share this post

Link to post
Share on other sites
Salam,

Terima kasih kerana anda semua telah memberikan komen yang bernas bagi kedua dua parti. Aku harap kalau2 ada orang2 kuat parti yang berkenaan membaca apa yang anda semua tulis ini untuk diambil panduan.

Juga anda semua telah menunjukkan sikap yang terbaik dalam memberi komen.

Dengan ini saya menutup topik ini.

Wassalam.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...