Jump to content
TOYSЯUS

Achik Spin Meninggal Dunia

Recommended Posts

Assalamualaikum.

Sekali lagi industri hiburan tanah air dikejutkan berita sedih.
2 minggu lepas kita kehilangan Din Beramboi.
Hari ni Achik Spin pula kembali ke Rahmatullah setelah terbabit kemalangan jalanraya.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al-Fatihah.

-
[quote]SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – [url="http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_39.htm"]Utusan[/url]

[/quote] Edited by TOYSЯUS

Share this post


Link to post
Share on other sites
al-fatihah..terbace kt 1 web ni..die ckp achik ni tersepit kt estima tu..n estima tu terbakar..eksiden n terlanggar signboard..

takziah kt balu die..

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam.. al-fatihah

semuge beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan mendapat tempat di-sisi-Nya.. amin

isteri die terlibat sekali ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al-Fatihah.

arwah duduk di bahagian penumpang kawan dia yang drive...kereta terbabas kat highway on the way nak balik umah arwah kat seremban..

ada video kat youtube ada yang letak kat facebook aku baru tgk pagi nih...arwah tercampak keluar dari kereta selepas kereta MPV yang dia naik terlanggar papan tanda kat higway tuh... arwah meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan teruk dibahagian kepala....

kawan dia cedera parah ada kat spital lagi....dalam keta tuh ada arwah ngan kawan dia jer...baru balik dari show kat angkasapuri...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak faham sebenarnya sapa yang drive.. ada berita cakap arwah Achik yang drive.. ada yang cakap kawan dia bawak.. ada yang aku baca kata kawan pada si arwah sedang tido time tu.. time eksiden tu arwah Achik tercampak keluar dari Estima dia..


pape pon Salam takziah aku untuk family arwah.. Al-Fatihah

Share this post


Link to post
Share on other sites
dalam paper kosmo aku baca kata kawan dia yang drive...dalam buletin utama semalam kata arwah tercampak keluar dari kereta yang dipandu arwah...so ada confius jugak sikit kat situ... apa pun yang pergi tetap pergi...kita yang hidup nih doakan laa...semoga roh nya dicucuri rahmat...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pun dapat tahu arwah sendiri yang drive, sepupu dia tidur kat sebelah.
Lagi pun Estima tu arwah yang punya kan.

Pastu masa kejadian berlaku, arwah tercampak keluar.
Sepupu dia yang tidur tu tersepit, patah kaki.
Tapi sempat dikeluarkan dari Estima tu sebelum Estima tu terbakar.
Sepupu arwah kata dalam paper, dia tak sedar pun kejadian tu berlaku.
Dia tidur, tahu2 bila sedar orang dah keluarkan dia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau pakai tali pinggang keledar mungkin kesannya tak sampai nyawa melayang.
tak kisahlah sape yang drive,yang penting kita sedekahkan alfatihah dan beringat kena ambil langkah keselamatan.
aku dapat tau masa pengacara sukan maklumkan lepas perlawanan KL PLUS lwn Perlis.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...