Jump to content
dvd

Oshirix-Squeeze Final

Recommended Posts

OSHIRIX-SQUEEZE final telah pun release selepas diuji oleh rakan-rakan portal mambang ini.

Iso OSHIRIX-SQUEEZE ini bersaiz sekitar 1.2G untuk digunakan pada dvd ataupun thumbdrive. Ia agak berbeza dari livecd/livedvd sebelum ini kerana ia tidak berasaskan Debian Stable, tetapi berasaskan Debian Testing (Squeeze) bagi persediaan apabila squeeze menjadi stable kelak.

Ia juga menggunakan kernel terkini (2.6.33.1) bagi memastikan lebih banyak hardware disokong. Booting juga lebih laju berbanding sebelum ini.

Selain itu, menu baru (Islamic Softwares) diperkenalkan yang mengandungi beberapa aplikasi seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob.

Installer baru (eksperimental) berasaskan command line juga diperkenalkan. Installer ini menyokong ext4 sebagai filesystem.
Penggunaannya tidak digalakkan bagi mereka yang baru dalam linux.
Bagi mereka yang ingin mencuba installer ini, sila guna arahan berikut:
sudo su
installer-cli.sh


* su tidak lagi digunakan pada Oshirix kali ini, tetapi menggunakan sudo su mengikut perubahan yang dilakukan pada squeeze.

Untuk installer gui, sila rujuk bagaimana cara untuk guna dan install oshirix ke hdd:
http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=238

Berikut adalah tips bagaimana untuk menggunakan filesystem ext4 pada installer gui. Run installer seperti biasa, masukkan maklumat yang diperlukan. Kemudian apabila sampai ke peringkat installation, jangan pilih Save configuration and start installation, tetapi sila pilih Save configuration only.



Kemudian edit /home/oshirix/.knofig dan cari baris yang tertulis:
HD_FSTYPE=
Ubah nilai kepada ext4 seperti berikut:
HD_FSTYPE='ext4'
Setelah itu, install menggunakan arahan berikut pada terminal:
sudo su
oshirix-installer


Selain daripada itu, Oshirix kali ini juga telah menggunakan KMS (kernel mode setting) secara default.
Ini bagi memastikan pengguna grafik card intel, radeon dan nvidia memperolehi grafik yang lebih baik serta menyokong 3D rendering. Hanya pengguna nvidia (nouveau) perlu enbalekan kms nouveau secara manual memandangkan nouveau masih lagi pada tahap eksperimental.
Untuk enablekan nouveau, anda perlu append arahan berikut pada grub:
nouveau.modeset=1


Jika anda mengalami masalah kerana menggunakan kms, anda bolehlah disablekan ia menggunakan arahan berikut pada grub :
i915.modeset=0
- pengguna intel
nouveau.modeset=0
- pengguna nvidia
radeon.modeset=0
- pengguna ati/radeon

Desktop manager juga telah diubah untuk menggunakan Slim berbanding GDM sebelum ini. Jika anda terutama pengguna KMS mengalami masalah untuk login selepas install ke hdd, anda boleh mengubah untuk kembali menggunakan GDM. Anda cuma perlu boot menggunakan option "single". Taipkan single pada menu grub dan anda akan boot ke akaun root pada terminal. Masukkan password root dan kemudian run:
dpkg-reconfigure gdm

Pilih GDM sebagai default. Kemdian reboot dengan menggunakan arahan:
shutdown -r now


Hanya satu desktop didatangkan dengan iso ini, iaitu lxde.
Ini bagi memastikan Oshirix boleh digunakan pada system dengan ram yang rendah serta lebih responsive.
Dokumentasi untuk Oshirix sedang diusahakan oleh saudara psychox bagi mereka yang ingin maklumat lebih lanjut.

Jangan malu dah segan bertanya sebarang soalan pada forum kami mahupun pada channel irc.

[gambar]

Terdapat 2 mirror dimana anda boleh download iso:
http://kambing.ui.ac.id/iso/oshirix/
http://www.mirror.upm.edu.my/oshirix/

Selamat mencuba.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='bigbird' date='14 April 2010 - 12:39 PM' timestamp='1271219975' post='1025642']
usir mumtazah dari ladang terbaik itu.
[/quote]


kenapa lak? kat OSDC ada linuxchix .. kat mambang. sorang tu jer ada chix .. buat penyejuk hati. Edited by psychoX

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='psychoX' date='14 April 2010 - 04:10 PM' timestamp='1271232636' post='1025663']
kenapa lak? kat OSDC ada linuxchix .. kat mambang. sorang tu jer ada chix .. buat penyejuk hati.
[/quote]

itu dia abang mumtazah sudah datang. btw kalau buleh sejuk kan hati ok la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='psychoX' date='14 April 2010 - 04:10 PM' timestamp='1271232636' post='1025663']
kenapa lak? kat OSDC ada linuxchix .. kat mambang. sorang tu jer ada chix .. buat penyejuk hati.
[/quote]

chix = penyejuk hati? tak semestinya ehehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[URL=http://img62.imageshack.us/i/oshirixboot.jpg/][IMG]http://img62.imageshack.us/img62/3989/oshirixboot.jpg[/IMG][/URL]
[URL=http://img695.imageshack.us/i/oshirixboot2.jpg/][IMG]http://img695.imageshack.us/img695/1812/oshirixboot2.jpg[/IMG][/URL]
[IMG]http://lnux.files.wordpress.com/2010/04/oshirix-internet.jpeg[/IMG]
[IMG]http://lnux.files.wordpress.com/2010/04/oshirix-desktop.jpeg[/IMG]

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebelum ni guna oshirix2009 tapi ada masalah dgn nvidia gc
bila guna yg osihrix terbaru ni, nvidia dah boleh berfungsi dengan baik
hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku muskil betul. kenapa saiz sekali ganda, aplikasi banyak tu juga ?

NEW-OSHIRIX2009-SPE.iso = 700.9mb
OSHIRIX-SQUEEZE.iso = 1.1gb

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='dvd' date='23 April 2010 - 01:32 AM' timestamp='1271957552' post='1027005']
aku muskil betul. kenapa saiz sekali ganda, aplikasi banyak tu juga ?

NEW-OSHIRIX2009-SPE.iso = 700.9mb
OSHIRIX-SQUEEZE.iso = 1.1gb
[/quote]

cuba check dedua DVD selaps burn... apps dia sama banyak file ke? kalau sama, sama versi, tiap2 file sama beso ke?.. :) kadang2 depends gak bro..

ada tu, salah satu sebab adalah compiled binary tu sendiri.. ada setengah optimisation compile akan jadi file tuh lebih besar dari biasa ( contohnya ).. walaupun aplikasi sama..

tapi dalam hal ni better bro tanya tuan distro ni sendiri la.. dia lebih arif apa dia buat :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...