Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Perkara Yang Anda Tak Tahu Pasal Telefon Bimbit

Recommended Posts

Nie aku baru dapat e-mail tentang penggunaa telefon bimbit. Nak share dengan korang.. baca ler dan try la, kalau berjaya tu bagitau la kat sini.

[quote]13 November 2009
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

[b]1) NOMBOR KECEMASAN[/b]

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
[b]
2) KERETA TERKUNCI[/b]

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
[b]
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI[/b]

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
[b]
4) TELEFON KENA CURI[/b]

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
[i]
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:05 AM [/i]
[/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ahaksz28' date='08 March 2010 - 11:04 AM' timestamp='1268017465' post='1020577']
great info bro LanoQ.. especially yang alarm kereta tu.. baru ku tahu.. :D

pasni kena cuba.. :P
[/quote]
Tu la... nanti nak try suruh sapa2 telefon pastu on kan kunci kereta melalui telefon... jadi ker tak. Hahaha... berguna gak mana tau terkunci kereta sedangkan kunci spare 100km jauhnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya agak konfius dengan info no 3 tu. Macam mana nak dial 3370# kalu tepon dah mati?.. ke kena buat waktu bateri low je?
Haa sape2 yg ada kereta tu, try la buat no 2. Kalu betul2 menjadi, maknanya signal utk alarm kereta boleh dihantar melalui gelombang telefon lah ye? :o

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='NazCYPHER32' date='08 March 2010 - 11:39 PM' timestamp='1268062774' post='1020661']
xsilap aku,mitos no.2 tuh dah di~BUSTED dalam Mythbuster season brape ntah :lol: :lol:
[/quote]
So apa result diorang yang buat experiment nie. Jadi ker tak jadik???

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...