Jump to content
Sign in to follow this  
Helghast

Hobi Remote Control Heli...

Recommended Posts

salam...
aku nak kongsi hobi terbaru aku,iaitu Remote Control Heli ataupun dlm bahasa melayu Helikopter kawalan jauh.
aku nak tau sape2 yang ada,pernah dan sedang melayani hobi ini boleh kita bertukar2 pendapat.pastu kalau sape2 yang berminat tapi tak tau nak dapatkan khidmat nasihat kita sama2 boleh berikan jawapan bagi masalah anda.

ok,aku start main heli 2 minggu sebelum Hari raya tahun lepas,masa tu aku ke Bukit Bintang cari robot Gundam,lalu aku terpandang satu kedai menjual alat2 mainan elektronik.kebetulan staffnya sedang mempromosi rc heli,setelah melihat aku dgn kawan aku pun beli la heli jenis apache 3 channel jenama toy city.
pastu aku tak puas hati dgn pergerakan 3channel aku pun cuba cari channel 3.5 yang lebih stabil dan mudah dikawal,aku pun beli la jenama SYMA gyro medium size,agak enjoy juga main petang2.kebetulan member aku(member pdc lama) pun ada beli size yang agak besar.
pastu semalam aku baru beli heli kecil sebesar tapak tangan,tapi yang kecil untuk indoor,kalau main kat luar alamat melayang la...
so sekarang aku dah ada 3 buah rc heli,akan datang aku nak cuba dapatkan 4 channel saiz besar pulak huhuhu...

korang pula kalau ada pengalaman,atau tak tau mana tempat yang murah atau tak pasti jenama mana yang boleh dipercayai sila la bertanya...kalau aku boleh bantu aku bantu...lagipun aku ni baru sangat dalam bidang ni,namun adalah juga pengalaman dari member2...

P,S pic nanti aku post kat sini...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagaimana Untuk Memilih Dan Memulakan Hobi RC Heli

Memang kebiasaannya kita sebagai orang baru (newbie) sentiasa tercari-cari manakah satu heli yg sesuai utk kita. Saiz yang mana serta jenama apa yg patut dibeli?, persoalan yang sentiasa berlegar dalam kotak fikiran kita. Jadi disini saya paparkan pandangan dan pendapat daripada pelbagai sumber untuk panduan kita buat pemilihan.

Memang banyak pilihan sehingga sukar untuk buat keputusan. Memang tak dinafikan heli yang bersaiz lebih besar adalah lebih mudah dilihat, mudah diterbangkan, mudah untuk belajar dan lebih tingkatkan proses pembelajaran serta mudah utk maintain. Ia juga bermakna lebih mahal harganya serta kos kerosakan (crash cost) yg tinggi berbanding heli yg sama daripada saiz yg lebih kecil.

Pilihan antara Elektrik dan Nitro sebenarnya tiada perbezaan ketara dan ianya lebih kepada isu cara hidup seperti berapa banyak masa dan berapa kerap kita dapat terbangkan heli tersebut, dan samada kita suka kepada bunyi/bau asap/challenge daripada model yg berinjin.

Elektrik lebih terkenal kerana kebersihannya, cepat & senang untuk 'on' serta 'off'. Kita boleh sumbat heli, Transmitter dan beberapa bateri dalam kereta, terus ke padang kosong berhampiran dan terbang beberapa pack bateri dan balik kerumah dalam masa setengah jam (biasanya diikuti pula beberapa jam untuk cas bateri!). Kita boleh terbang dalam perjalanan pergi kerja, semasa waktu makan tengahari atau dalam perjalan pulang jika ada lokasi yg sesuai utk terbang. Ianya lebih mudah utk disesuaikan dengan komitment harian kita. Terbang elektrik bermakna kita perlu belajar tentang bateri/lipo, ESC, motor, charger dan balancer. Bermakna perlu pelaburan awal untuk beli charger/balancer dan beberapa biji bateri/lipo. Ia juga bermakna perlu lebih masa untuk baby-sitting bateri/lipo semasa charging (jangan biarkan lipo tanpa penyeliaan semasa charging atau charge semalaman sambil kita tidur). Perkara ini mungkin akan akibatkan kita perlu penambahan kos utk charger tambahan sekiranya kita nak kurangkan masa menunggu. Selain masalah charging, kos maintenance utk elektrik Heli adalah rendah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Wah ko ada hobi baru tea aloy, aku nak tahu bape rehe sebiji heli tu ? aku memang berminat tp kosnya mahal buatkan aku pendamkan je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

loy_azloy, 3 channel kalau ko cerita dekat RC komuniti mereka akan gelakkan ko, sebabnya, 3 channel ni bukan RC heli sebenar.. tetapi permainan budak2 dan Kalau nak start hobi RC heli ni. Mulakan dengan 4 channel, jangan terjun 6 channel, nanti ada duit melayang-layang(melainkan orang kaya..hehe)

Untuk 4 channel boleh cuba Lama V3, Lama V4 atau E-Sky Big Lama (yang besar sikit). Semua ni untuk main indoor (Big Lama boleh main luar tapi jangan angin kuat).

Untuk 4 channel kos permulaan RTF (Ready To Fly) - RM 300-400 seunit. Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]Salam...[/b]

Aku suka tengok Alan Szabo & Bert Kammerer membuat penerbangan 3 dimensi...6 channel perlukan kos yang agak tinggi utk nJoy kan hobi tu...

YouTube boleh ajar siapa2 yang nak main hobi ni...3/4 Ch sesuai utk 'Indoor' & 5/6 Ch sedap main di kawasan lapang dengan gaya flip flop a.k.a 3D Flying.

sekali terhempas = wang hangus...

utk orang yang baru nak mula lebih baik mulakan dengan heli saiz tapak tangan 3/4 Ch heli...utk kepuasan maksima 6 Ch adalah jawapannya... B)

ak pon minat hobi ni tp dah stay d negara org pendamkan dulu keinginan ni... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ahaa, hobi yang best, tapi duit kena keluar banyak sikitlah ;p
Adik saya pun nampaknya sekepala ngan hang Azloy ;D Modified sana sini dah heli 4 channel dia huhu...

Saya pun minat jugak, cuma buat masa ni saya tumpu pada RC Drift car aje dulu...
tu pun kadang2 main, kadang2 terperap lama ;D Ingat minggu ni nak panaskan balik motor dia hehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammmualaikum...

heheh...heli ada gak...tapi x reti kawal la...asik terhempas je...skrg ni dok layan..bot kawalan jauh yakni nikko stinger dgn kelajuan 15kmh jer..huhu...tpi nak kene modified bagi laju lagi ni...hehe...^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='BasicCX' date='15 February 2010 - 01:08 PM' timestamp='1266210503' post='1016739']
Salam,

loy_azloy, 3 channel kalau ko cerita dekat RC komuniti mereka akan gelakkan ko, sebabnya, 3 channel ni bukan RC heli sebenar.. tetapi permainan budak2.
[/quote]
takpelah kalau dia nak gelakkan,namun pada aku kalau kita nak berkongsi kita takkan gelakkan orang yang nak join,kalau mcm tu ramai la yang tak nak main takut kena gelak dgn otai2
sebab tu aku cerita kat sini,lagipun aku nak ajak ahli2 user dalam ni berkongsi hobi ni.3 channel pun rc heli juga,kecuali jika ianya diterbangkan dengan menggunakan tangan...
bagi mereka yang nak berjinak2 dgn rc heli ini aku syorkan jangan beli yang besar atau channel yang tinggi seperti 4 atau 6 channel,kalau dah pro takpe tapi jika baru mula belajar 3.5channel adalah pilihan yang tepat,anda boleh mulakan dengan heli yang kecil sebesar tapak tangan yang harganya boleh dibeli dengan harga RM60 dan keatas.
kemudian jika dah pandai kawal anda boleh mencuba membeli saiz yang lebih besar atau bertukar kepada channel yang lebih tinggi.
namun perlu diingat ada dua jenis heli iaitu coaxial dan tidak,jenis coaxial aialah heli itu mempunyai 4 bilah kipas,manakala yang 2 bilah kipas adalah sukar untuk dikawal oleh mereka yang baru berjinak2 dengan RC heli ini.Ini kerana heli 2 bilah ada yang sukar untuk menstabilkan pergerakannya.

P.S kalau ade sesape yang berminat bolehlah mencuba hobi ni...

[quote name='ogGY' date='14 February 2010 - 10:52 PM' timestamp='1266159140' post='1016654']
Wah ko ada hobi baru tea aloy, aku nak tahu bape rehe sebiji heli tu ? aku memang berminat tp kosnya mahal buatkan aku pendamkan je.
[/quote]
kosnya tak mahal oggy,tapi yang penting kena pandai pilih jenama yang bagus,esky,SYMA,LAMA adalah sebahagian heli yang begus.
Oggy ko minat heli saiz mcmana?kalau minat aku bolah carikan yang murah2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[URL=http://img442.imageshack.us/i/apache4.jpg/][IMG]http://img442.imageshack.us/img442/525/apache4.jpg[/IMG][/URL]ni heli tang 1st aku beli,tapi 3 channel,agak sukar nak mengawal heli 3 channel ni...

[URL=http://img525.imageshack.us/i/image0121r.jpg/][IMG]http://img525.imageshack.us/img525/5305/image0121r.jpg[/IMG][/URL]ni plak heli aku no dua,ni utk main dalam rumah,memang masyuk main asalkan jangan pasang kipas siling atau kipas lipas sudah...

[URL=http://img19.imageshack.us/i/image0122j.jpg/][IMG]http://img19.imageshack.us/img19/4237/image0122j.jpg[/IMG][/URL]ni yang besar sikit tapi aku plan nak angkat 4 channel pasni...

Share this post


Link to post
Share on other sites
huhu..aku da lame xmain heli RC nih..psl skrg main RC drift jerk pakai bateri...tp aku guna servor gyro yg heli pakai..senang nk drift..xpyh nk hold sgt time corner...skang nih tgh nk kumpul duit nk upgrade motor 3.5 turn..adoi..senak btol main motor 9 turn..

Share this post


Link to post
Share on other sites
abang aloy

main lagi ke heli nie?? :wub:
rase nak beli gak try la..

kapal terbang aku main
tapi dia tak nak naik, tensen la..

nak try main heli nie la

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' date='12 February 2010 - 12:34 AM' timestamp='1265906040' post='1016587']
salam...
aku nak kongsi hobi terbaru aku,iaitu Remote Control Heli ataupun dlm bahasa melayu Helikopter kawalan jauh.
aku nak tau sape2 yang ada,pernah dan sedang melayani hobi ini boleh kita bertukar2 pendapat.pastu kalau sape2 yang berminat tapi tak tau nak dapatkan khidmat nasihat kita sama2 boleh berikan jawapan bagi masalah anda.

ok,aku start main heli 2 minggu sebelum Hari raya tahun lepas,masa tu aku ke Bukit Bintang cari robot Gundam,lalu aku terpandang satu kedai menjual alat2 mainan elektronik.kebetulan staffnya sedang mempromosi rc heli,setelah melihat aku dgn kawan aku pun beli la heli jenis apache 3 channel jenama toy city.
pastu aku tak puas hati dgn pergerakan 3channel aku pun cuba cari channel 3.5 yang lebih stabil dan mudah dikawal,aku pun beli la jenama SYMA gyro medium size,agak enjoy juga main petang2.kebetulan member aku(member pdc lama) pun ada beli size yang agak besar.
pastu semalam aku baru beli heli kecil sebesar tapak tangan,tapi yang kecil untuk indoor,kalau main kat luar alamat melayang la...
so sekarang aku dah ada 3 buah rc heli,akan datang aku nak cuba dapatkan 4 channel saiz besar pulak huhuhu...

korang pula kalau ada pengalaman,atau tak tau mana tempat yang murah atau tak pasti jenama mana yang boleh dipercayai sila la bertanya...kalau aku boleh bantu aku bantu...lagipun aku ni baru sangat dalam bidang ni,namun adalah juga pengalaman dari member2...

P,S pic nanti aku post kat sini...
[/quote]

emmm Seronok gak dapat kongsi2 pasal RC ni..emm aku dah lame start dengan 3 channel punya Heli.. tapi kecik punyalah... Jenis Double Horse 9094.. ok tapi kecik arrr.. dan baru 2 hari lepas aku beli satu lagi heli Jenis Double Horse 9053 Volitation built in gyro... wahh best lagi stabil giler2... tapi ada problem sikit aku nyer..heli dah burn dia punya ic..emmm ada x sape2 tahu mana nak dapatkan spare part model tu murah2... x puas main lagi ni.. model Volitation Double Horse 9053.

[img]http://www.moresales.com.my/catalog/image/aqwtoeho.jpg[/img]

[img]http://www.moresales.com.my/catalog/image/aqwtoeho_detail1.jpg[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Valitation RC' date='25 October 2010 - 12:37 AM' timestamp='1287938274' post='1051228']

[/quote]
try cari kat jalan pudu,situ bersepah kedai heli.
@KA aku masih main lagi cuma masa kadang2 tak mengizinkan...harga dah tak mahal dah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
abang aku ada 4 buah benda alah nih... yang terbaru yang paling besar.. baru beli 3minggu lepas kot... besar kotak kasut kita tuh haa badan dia......ekor panjang gak... aku tgk jer arr.. tak reti main.. wakakaakkaka... cam susah je rnak control dia.. tapi tgk abang aku main senang jer... huhuhuhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dulu aku suka tengok orang main, kalau tengok pun da menarik.. apatah lagi bila main.. Tengok orang crash landing pun best gak :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' date='27 October 2010 - 06:50 PM' timestamp='1288176621' post='1051541']
Dulu aku suka tengok orang main, kalau tengok pun da menarik.. apatah lagi bila main.. Tengok orang crash landing pun best gak :P
[/quote]


heli ok lagi bro


kalo kapal terbang tu bahaya

ade kes kat seremban kalo tak silap aku
orang tua main, meninggal, pasal kene langgar ngan kapal terbang kawalan jauh ni la


aku tak penah tgk kene langgar/crash secara live la,
nasib tak baik kot :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
abng aku nya heli yang lama landing selalu crash arr.. sampai patah ekor.. dahtu beli lain arr jawab nya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sori tuan tanah sembang pasal accident remote kat sini :P. Dulu kat tempat aku ada kawasan tanah merah orang nak buat taman perumahan. Sekali tu ada kapal terbang remote nak landing tapi kuat sangat sentuh tanah abes "tersembam" rodok tanah merah tu. Kesian pakcik tu tengok..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Hijikata Toushiro' date='28 October 2010 - 08:19 PM' timestamp='1288268379' post='1051677']
sebab tu main RC Heli lebih selamat dan kos kurang.
[/quote]

rc heli yang sebenarnya sama juga kosnya... mau rabak poket...haha..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='BasicCX' date='28 October 2010 - 08:56 PM' timestamp='1288270583' post='1051681']
rc heli yang sebenarnya sama juga kosnya... mau rabak poket...haha..
[/quote]
eh,sebenarnya tidak,orang salah anggap,kalau pegi ke kedai yang betul harga kipas,cover dll tak mahal langsung dari RM5 hingga ke 35 ke 50.kalau pg kedai2 yang standard2 memanglah mahal.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#0000FF"][/color]salam semua, aku dah beli heli v3lama..masalahnya apsal aku nak naikkan je heli tu mesti naik kebelakang,atau terangkat kekiri..kalo x naik kan trotel control body heli mesti gegar,tp kalo tgk dlm youtube xlah gegar mcm tu? apa masalahnya?..kat transmitter tu nak seting mcm ner servor tu ek? tolong la saya, bilah dah tukar baru

sebenarnya ada teknik yang betul ke? mcm kena naikan heli tu cepat2 bukan slow2?

putrajaya,p9 Edited by tuankyaz

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='tuankyaz' timestamp='1295924695' post='1060301']
[color="#0000FF"][/color]salam semua, aku dah beli heli v3lama..masalahnya apsal aku nak naikkan je heli tu mesti naik kebelakang,atau terangkat kekiri..kalo x naik kan trotel control body heli mesti gegar,tp kalo tgk dlm youtube xlah gegar mcm tu? apa masalahnya?..kat transmitter tu nak seting mcm ner servor tu ek? tolong la saya, bilah dah tukar baru

sebenarnya ada teknik yang betul ke? mcm kena naikan heli tu cepat2 bukan slow2?

putrajaya,p9
[/quote]

Cari pemain rc pro ajarkan. Kalau newbie memang selalu jahanamkan heli, macam aku terus beli Big Lama.. haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku ada gak rc heli ni tp kecik punye. aku x geti main...bila nk terbangkn bdn dia akan b'pusing....pastu dia terbang ke b'lakang. last2 aku simpan je x main lg.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...