Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Game Flash Zombie Dusun Durian...

Recommended Posts

Salam dan selamat sejahtera semua.

Aku ingat nak ajak member2 semua buat sebuah game. Tujuan nya ialah untuk combine kan bakat2 yang ada kat putera.com nie untuk membentuk sebuah game yang boleh dimainkan oleh semua orang. Untuk projek ini, anda boleh contribute dengan postkan apa2 sahaja kat topik ini.

Okey untuk permulaan, aku plan nak buat game tembak2 2D dari view atas. Hero akan tembak zombie2 yang datang nak makan dia.... Nama game nie dalam bahasa Melayu maybe macam "Zombie Kampung Pisang" ker.. hehehe. Jadi memerlukan sapa2 yang ada idea nak lukis (semua mesti dalam format PNG):

1. Character watak hero dari pandangan atas.. sedang bawak senjata (kepala dia mesti nampak).
2. Zombie2x. dari pandangan atas (mungkin zombie tu mendepakan tangan nak tangkap hero).
3. Latarbelakang... dari pandangan atas dan ada unsur macam pokok2 kat tepi2 penjuru tapi tak ler banyak sangat. (saiz 550px lebar x 400 px tinggi)
4. Artwork untuk menu pembukaan dimana boleh letakkan button start etc. (saiz sama dengan latarbelakang tadi)

Jadi, kat inilah masanya korang nak lihat hasil2 artwork korang menjadi game. Pasal programming semua tu korang takyah risau. Itu my call untuk jadikan objek2 yang korang lukis menjadi sebuah game yang lengkap dengan highscore dan etc.

Any comments boleh replay sini. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dlu masa belajar java ader gak kena wat games mcm mario bross tpi x sempat abis... aku wat games mario abc yg bermaksud mario kutip abc serta lawan boss yg bermotifkan huruf.... tpi coding aku dah hilang so x dpt ah bgi kau org coding 2... sorry lanog... ::icon_cry:: kalau ader aku suruh kau teruskan tpi x ader... cadangan kau okay gak 2....

Share this post


Link to post
Share on other sites
eriokagurlz wrote:aku dlu masa belajar java ader gak kena wat games mcm mario bross tpi x sempat abis... aku wat games mario abc yg bermaksud mario kutip abc serta lawan boss yg bermotifkan huruf.... tpi coding aku dah hilang so x dpt ah bgi kau org coding 2... sorry lanog... ::icon_cry:: kalau ader aku suruh kau teruskan tpi x ader... cadangan kau okay gak 2....

Takper la, just contribute artwork pun dah memadai...

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum wbt,

huhu lanog.. ak kalo lukis by hand buleh le..
kalo gune pc agak kejanggalan sket..
kira kalo ak bagi ciri2 rupa karekter hero tu dah buleh ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Antara contoh2 character yang aku sempat draftkan sikit dalam masa 5.5 minit seperti dibawah.... dua2 pandangan dari atas. Kalau sapa2 nak improvise atau lukis sendiri sila ler post kat sini.

Character Name: Atan


Character Name: Zombie


Satu perkara lagi... sapa2 nak sumbangkan suara untuk zombie atau hero dipersila kan bagi dalam format MP3. Selain tu, muzik dan sound effect juga diperlukan. Anda boleh rakam sendiri kalau nak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
suare zombie tu ak try buat nanti, tengok dulu camne
tang lukis tu cam best gak.. tapi pakai tangan je la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku ingat konsep dia macam game Mooving Cows dulu... cuma kali nie lembu diganti dengan zombie, and then zombie2 nie semua datang dari arah atas pulak... nak tembak zombie pakai apa yek? Korang rasa nak limitkan peluru ker atas biar peluru infiniti... tak habis punya.. ::icon_pirat::

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

ni kira game shoot 'em up la ni ye? ok jugak tu peluru infiniti..cuma nanti ko kasi bonus peluru ganas2 sikit, bila sampai certain point atau dlm bentuk harta karun ke, crate ke..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ye betul tu Malayneu.. shoot em up.. mesti ler sebab nak tembak zombie. Takkan nak kiss 'em up.... hehehe

Aku dah redraw balik... tak jadi buat dari pandangan atas.. lukis ala2 2.5D... hehehe. Peluru aku dah decide pakai buah durian jer... sapa2 nak tolong aku lukis background dipersilakan... kalau ada yang boleh tolong, aku rasa hari Ahad nie boleh siap.... ::icon_biggrin::

Aku tunggu sound effect dari Aku Tak Sengal jer... dia kata nak buatkan suara zombie...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TemanX wrote:Comel je zombie2 tu.... ::fresse::


incik lano, bole post sample gambar zombie tu tak. Aku rasa cam nak redesign je zombie tu bagi rock skit. ::icon_pirat::

Ko design jer based on screenshot aku bagi nie... aku nak design2 karektor takde masa pulak sebab lebih tumpukan kepada design keseluruhan game. Sebab tu zombie2 nie semua simple2 jer. Satu perkara lagi, kalau boleh ko design dalam Flash tu sendiri supaya saiz fail nanti kurang....

Animasi pergerakan zombie so far... kaki jer la yang bergerak ke kiri dan kanan. So, maknanya aku cuma pakai 2 frame jer... hahaha. Saiz SWF dah cecah 192kb nie... kalau boleh taknak lebih dari 250kb sebab online game nie, file kena kecik2 supaya orang tak bosan nak tunggu download.

Siapa2 nak sumbangkan tenaga dari segi grafik dan sound effect, sila ler bagitau sebelum aku release final version nanti. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum wbt,

dah try main.. dapat 367 je mula2(ade calon2 juara nih) ::icon_razz::
nak tergelak pun ade dengar suare zombie tu.. heheh

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ehh... awal nyer ko main. Aku belum announce secara rasmi lagi pun... nie mesti Johnburn punya keje nie... hahaha. Sebenarnya suara zombie yang ko hantar tu panjang sangat, so aku terpaksa pendekkan sikit dengan Adobe Soundbooth... (juga nak jimatkan kb memory yang digunakan).

Sapa2 nak test game nie... boleh main kat Zombie Dusun Durian.

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum wbt,

LanoG wrote:Ehh... awal nyer ko main. Aku belum announce secara rasmi lagi pun... nie mesti Johnburn punya keje nie... hahaha. Sebenarnya suara zombie yang ko hantar tu panjang sangat, so aku terpaksa pendekkan sikit dengan Adobe Soundbooth... (juga nak jimatkan kb memory yang digunakan).

hahah memang dia punya keje la..
dok promote kat chatbox smalam


@tunfaris
cuba ko klik dulu kat screen game tu..
ak memula pun camtu gak

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ye betul tu... buat macam yang ATS cakap tu.

Originally, benda nie tak sepatutnya berlaku... mungkin ada something tak kena masa aku Encryptkan SWF file tu... Takper ler, lagipun masa permulaan, zombie2 tu lambat sikit nak keluar, so ada masa ler ko nak sedia. Jadi aku rasa mungkin petang ni ker, boleh dah scoring system berjalan lancar... lepas nie bole ler challenge rakan2 anda. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
bace la kat instruction..
zombie hijau ngan hitam imun kepada durian (kire gile durian la nih?) ::icon_lol::
hanye zombie coklat je takot durian..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nanti aku update version selanjutnya... ada apa2 cadangan sila reply segera. So far ATS cakap durian banyak sangat... so bagi dia senang nak main game nie. Jadi, aku akan kurangkan jumlah durian kepada 5 nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tunfaris88 wrote:ak ade cadangan..bg mnambahkn kesusahan die xpn next level.. zombie coklat tu ade pistol..

bley tembak skit2..hahaha

Cadangan anda akan dipertimbangkan... thank you. Tak penah tengok zombie bawak pistol so far... biasa diorang main gigit jer orang.. hahaha. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha satu lagi game dari lanog .good2 cuma durian starting tu macam sikit sangat .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...