Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Koleksi Khutbah Jumaat

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Mungkin ada yang dah mengetahui. Tetapi sekadar untuk berkongsi kepada mereka yang tak mengetahui.. Mari kita sama-sama renungkan..


[u]
[b]Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.[/b][/u]

[font="Arial Black"]Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.[/font] Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites
terima kasih kerana mengingatkan..

ketika khutbah ni disampaikan, seluruh umat islam bergembira kerana islam telah disebarkan.. cuma Abu Bakar As-Siddiq sahaja yang kelihatan sedih

apabila ditanya oleh sahabat mengapakah dia bersedih.. maka Abu Bakar terangkan, bahawa setiap perkara yang bermula, pasti akan brakhir.. maka fahamlah semua sahabat..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#8b0000"][u][size="5"][/size][/u][/color][center][color="#8b0000"][u][size="5"][b] Kita Diuji Dengan Pilihan[/b][/size][/u][/color] [/center]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.

Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.

Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.



[center] Firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:
[/center]
[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/04/91_7-10.gif[/img]
[/center]
[i]Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)[/i] [Al-Shams 91: 7-10]

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?

Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.

Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.

Di dalam telaga, Yusuf diuji.

Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.

Hidup adalah ujian.

[center] Firman Allah:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/04/12_231.gif[/img]
[/center]
[i]"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya"[/i] [Yusuf 12: 23]

Benar!

Itulah saat paling genting buat Yusuf.

Diuji dengan pilihan.

Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!

Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.

"Datanglah kepadaku" kata wanita yang digelar Zulaikha itu.

"Aku berlindung dengan Allah!" itulah jawapan Yusuf.

Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!

Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!

Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.

Sidang Jumaat sekalian,

Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.

Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?

Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!

[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/04/hadith-haya.gif[/img]
[/center]
[i]Daripada Ibn Masoud radhiyallahu 'anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [/i][Hadith riwayat al-Bukhari]

Malu yang datang dari Iman.

Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!

Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?

Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.

Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.

TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu 'anhuma.

[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/04/taqwa.gif[/img]
[/center]
[i]Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu 'anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.[/i]

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.

Sedarlah!

Kawallah!

Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.

Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.

Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Jangan banyak memberi alasan.

Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.

[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/02/endnotekhutbah.gif[/img]
[/center]

[spoiler]ABU SAIF @ www.saifulislam.com [/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [size="5"][color="#8b0000"][u][b]Beruntunglah Insan Yang Dagang[/b][/u][/color][/size] [/center]

Sidang jumaat yang dirahmati Allah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

[i]"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil[/i]" [Hadith Muslim no. 145]



Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah.

Masakan tidak.

Islam datang menongkah kebiasaan.

Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.

Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan.

Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.

Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya.

Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.

[b]Sidang Jumaat yang berbahagia,[/b]

Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda sallallaahu 'alayhi wa sallam dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman.

Mereka ganjil bukan sebab mereka salah.

Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai. Itu sahaja.

[center] Firman Allah SWT:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/06/11_116.gif[/img]
[/center]
[i]"Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.[/i]" [Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti.

Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan.

Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA!

Kerana itulah Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bersabda:

[indent] [i]"Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba' iaitu orang-orang yang asing ini"[/i]

[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya, "siapakah orang-orang yang asing itu?"

Baginda menjawab, "iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak"

[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas'oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, "iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia"

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, "mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya"

[/indent] [b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa'!

[center] Firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/06/6_116.gif[/img]
[/center]
[center][i]"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.[/i] [al-An'aam 6: 116][/center]
[center] Allah Subhanahu wa Ta'aala juga menyebut:


[/center]
[center][i]"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)" [/i][Yusuf 12: 103][/center]
[center] Allah 'Azza wa Jalla berpesan lagi:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/06/5_49.gif[/img]
[/center]
[center][i]"[/i][i]Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik" [/i][al-Maa'idah 5: 49][/center]
[center] Allah Subhanahu wa Ta'aala memberikan peringatan di dalam al-Quran:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/06/12_38.gif[/img]

[/center][center][i]"Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur"[/i] [Yusuf 12: 38]

[/center] Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.

[b]Jemaah kaum Muslimin yang dirahmati Allah,[/b]

Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran.

Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, "apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?" Mereka menjawab, "Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini"

[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun,

Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing.

Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam.

Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

[center] Suatu ketika, Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam ditanya tentang maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/06/5_105.gif[/img]
[/center]
[center][i]" Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan" [/i][al-Maa'idah 5: 105][/center]
Baginda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bersabda:

Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama"

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?"

Baginda menjawab, "Ganjaran 50 orang seperti kamu"

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam.

Islam asing di zaman permulaannya.

Islam kembali asing di zaman kemudiannya.

Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

[center]
[/center]
[spoiler]ABU SAIF @ www.saifulislam.com [/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#8b0000"][u][b][size="6"]"SELAMATKAN MASJIDIL-AQSA"[/size][/b][/u][/color]

[left]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa sama ada dalam keadaan terang atau tersembunyi. Marilah kita bersama-sama berusaha memelihara dan mengelakkan diri kita daripada azab Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi setiap larangan-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab-kitab Sejarah ialah:
[list][*]1. Sebagai qiblat pertama umat Islam.[*]2. Terdapat Masjidil-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Dan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi .[*]3. Tempat berlakunya Israk dan Mikraj.[*]4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari qiamat.[*]5. Tempat kelahiran Para Anbia'[/list]Kezaliman yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu.

[b][size="4"]Ia melibatkan isu akidah umat Islam[/size][/b] , tanahair, maruah dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oIeh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjidil-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasululah s.a.w. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oIeh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.

[center]Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 1:
Bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
[/center]

Sejak berzaman lagi Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjidil-Aqsa bermula dengan siri pengeboman terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 01 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkannya dengan nmembakarnya pada tahun 1969. Hari ini usaha meruntuhkan Masjidil-Aqsa giat dijalankan dengan menggali terowong di bawah Masjidil-Aqsa supaya masjid ini
runtuh dengan sendirinya dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjidil-Aqsa.


Kini Masjidil-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Thalmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan dengan proses pengyahudian dan projek-projek penempatan rumah-rumah haram.


Sidang Jumaat sekalian ,
Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa
mengenal sempadan dan warna kulit.

[center]Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat15:
Bermaksud: "Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya)" .


[/center]
Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oIeh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab dan Islam seolah-olah merestui apa yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang disokong oIeh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britain untuk melakukan apa sahaja kepada saudara mereka.


Di manakah maruah umat Islam?. Inilah di antara bahana yang berlaku apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara dan tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala sehinggalah
kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan Yahudi dihalau keluar daripada negara yang mereka jajahi.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Masjidil-Aqsa dikepong dan umat Islam yang berumur di bawah 45 tahun tidak dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus terus-menerus berlaku. Pembunuhan kejam menggunakan senjata-senjata moden yang dimiliki mereka dibenarkan oIeh undang-undang.

Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjidil-Aqsa. Ajaran yang dikeluarkan oIeh paderi mereka
ialah menyarankan agar warga lsrael membawa kitab Thalmud tiga kali seminggu di dalam Masjidil-Aqsa.
Pencerobohan ke atas Masjidil-Aqsa Al-Mubarak oIeh puak Ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 04 Oktober 2009 yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan itu dicetuskan selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan, berlaku pada Perayaan Yahudi 'Yom Kippur'. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat
Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan.

Masjidil-Aqsa Al- Mubarak adalah tempat suci bagi umat Islam tidak boleh menerima sama sekali tentera Israel bersama penduduknya melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, Komuniti Muslim dan masjid sucinya. Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui[size="3"] [b]pembelian barangan makanan, rokok, mahu pun Perkhidmatan Profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara Israe[/b]l[/size]. Di manakah maruah umat Islam?.


Sidang Jumaat sekalian,

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran. Utusan Malaysia bertarikh 24.03.2010 melaporkan Perdana Menteri Israel "Benjamin Netanyahu" dengan bangga menyatakan Baitul-Muqaddis adalah ibu negara Israel yang sah, dengan itu tiada halangan bagi Israel untuk membina penempatan baru untuk penduduk
Yahudi berhampiran Masjidil-Aqsa. Di manakah kita sekarang?. Adakah kita masih lalai dan leka?. Adakah kita masih nyenyak tidur dengan mimpi-mimpi yang indah?. Umat Islam pada hakikatnya sekarang ini sedang [b][size="3"][color="#ff0000"]d[/color][/size][size="3"][color="#ff0000"]isibukkan dengan isu-isu remeh-temeh, dipesongkan fikiran mereka dengan sukan dan hiburan yang menghancurkan, kadangkala artis lebih dikenali daripada masjidil- Aqsa[/color][/size][/b].

Majalah Haretz Israel baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan umat Islam, iaitu pada tarikh 16 Mei 2010 Masjidil-Aqsa akan siap dirobohkan dan terbinalah Kuil Yahudi di atas tapak yang sama. Adakah ini sesuatu yang mustahil?. Untuk mencapai tujuan yang besar ini, Israel tidak melakukannya dengan serta-merta, akan tetapi mereka melaksanakannya dengan perlahan-lahan. Berita yang dilaporkan oIeh radio Israel pada 24.03.2010, pihak berkuasa Israel meluluskan pembinaan penempatan haram


Yahudi sebanyak 1 ,000 unit rumah di dalam Kota Baitul-Muqaddis berhampiran Masjidil-Aqsa. Namun umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hiburan Hidonisme khayal yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seaqidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin
longgar. Justeru, perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.


Sidang Jumaat sekalian,

Di saat ini masjid-masjid lain di Palestin telah ditukarkan menjadi Kuil-kuil Yahudi, kelab-kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Di saat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu kepada siapakah pertolongan mahu dipinta?.

Di manakah umat Islam?. Adakah kita lupa pada kalimah syahadah yang sama-sama kita ucapkan?. Adakah terdapat perbezaan antara dua kalimah syahadah umat Islam Palestin dengan umat Islam di Malaysia?. Jawapannya sudah tentu tiada bezanya. Bahkah solat kita sama, puasa kita sama, qiblat kita sama. Tuhan yang kita sembah juga sudah pasti sama, iaitu Allah yang Maha Esa. Akan tetapi persoalannya kenapa kita masih membiarkan mereka bersendirian mempertahankan masjidil-Aqsa?.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan hak mereka. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim Zionis untuk mempertahankan Masjidil-Aqsa yang mendapat sokongan dan dokongan dari Dunia Barat yang diketuai Amerika Syarikat.

Umat Islam perlu sedar, apakah yang hendak diharapkan daripada musuhmusuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam?. Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul-Muqaddis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oIeh kepentingan individu . Umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci Al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oIeh musuhmusuh Islam.

Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku. Maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fadhu ain dan kefardhuan jihad telah dilaksanakan oIeh mereka.

Sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fadhu ain ke atas mereka, maka kefardhuan tersebut diganti dengan jihad harta dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita?. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.



[center]Firman Allah:
[/center][center]Maksudnya: "Wahai orang yang beriman!, mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjihad di jalan Allah (membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai serta di tempatkan kamu di tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.
(As-Soff:10-12)
[/center]
Itulah kemenangan yang besar".




[quote]Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
[/quote]

Khutbah Jumaat 11 Jun 2010
JAIS
[/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="5"][color="#8b0000"]"Judi Budaya Menjahanamkan Ummah"

[/color][/size][/b][/u]
[left]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah buktikan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan taat dan patuh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan- Nya.

Sidang Jumaat sekalian,

Judi adalah perbuatan yang dipandang hina dan keji oIeh agama Islam. Judi adalah dosa besar yang diharamkan oIeh Allah kerana ia merupakan perbuatan syaitan yang menyesatkan dan amat terkutuk. Kita merasa hairan ada pihak yang menyatakan tidak terdapat ayat Al-Quran yang melarang keras perbuatan berjudi, maka dengarlah Firman Allah Subhanahu Wata'ala ini

[center]Surah Al-Maidah ayat 90
[quote]Bermaksud:
"Wahai orang yang beriman!, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak panah, adalah perkara keji
yang termasuk perbuatan syaitan. OIeh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya".[/quote]

[left]Ayat ini jelas menerangkan kepada kita bahawa judi adalah perkara keji yang mengundang dosa kepada Allah sama seperti perbuatan-perbuatan lain yang dinyatakan dalam ayat ini seperti arak, pemujaan berhala dan mengundi nasib.

Kekecewaan kalah judi berkemungkinan akan membawa kepada ketagihan arak pula. Ia tidak berhenti di situ sahaja, malah dengan sebab buta hati dan lemah iman ada di antara kaki judi sanggup memuja kubur, busut dan pokokpokok besar untuk mendapatkan nombor-nombor ekor walaupun menyedari semua itu adalah permainan syaitan. Terdapat juga di kalangan penagih judi sanggup bertemu tukang-tukang tilik bagi mengadu nasib dan membuat ramalan tentang nasib mereka. Inilah kehinaan yang nyata, yang selalu berlaku kepada kaki-kaki judi.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Selain daripada keburukan berjudi seperti yang dinyatakan tadi, judi juga boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Ini kerana judi boleh menimbulkan penipuan, ketidak-adilan, kezaliman, penindasan, kebencian, permusuhan dan kekecewaan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maidah ayat 91:

[center][quote]Maksudnya:
"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. OIeh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkarayang keji dan kotor itu)".
[/quote]


[left]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya sudah jelas larangan berjudi sebagaimana diterangkan dalam ayat-ayat Allah Subhanahu Wata'ala namun masih terdapat umat Islam yang menidakkan larangan tersebut kerana keangkuhannya. Mereka menjadikan judi sebagai simbol kemegahan dan keangkuhan mereka, dengan memperkenalkan pelbagai jenama seperti judi bola, lumba kuda dan lain-lain.

OIeh itu, tidak hairanlah jika Pusat-pusat Perjudian terletak di kawasan yang berprestij tinggi serta sering diwarnai dengan pelbagai keindahan dan janji hiburan yang menyenangkan. Malah jika dilihat pada kasino-kasino yang ada pada hari ini, kebanyakannya mempunyai protokol-protokol tertentu untuk memasukinya agar ia dilihat eksklusif dan nampak hebat di kalangan orang ramai. Tetapi ingatlah, walaupun apa alasan dan betapa hebatnya tempattempat tersebut ia sedikit pun tidak akan mengubah kemurkaan Allah terhadap perbuatan maksiat judi ini. Yang pasti keangkuhan manusia hanya membawa rebah khususnya ketika berhadapan dengan Allah di hari qiamat kelak.

Judi sering meninggalkan kesan dan janji-janji palsu yang menyebabkan renggangnya hubungan suami isteri seterusnya menjadi penyebab runtuhnya Institusi Keluarga. Judi juga akan menyebabkan pengabaian tanggungjawab kepada keluarga. Judi juga akan menyemarakkan sifat benci dan bermusuh antara manusia. Suami menjadi beban kepada isteri. Isteri pula menderita kerana hobi suami yang kaki judi. Anak hilang hormat pada bapa mereka. Akhirnya anak-anak menjadi mangsa dan memendam rasa. Kesannya keluarga menjadi porak-peranda. Lebih malang lagi apabila kalah judi anak dan isteri digadai bagi menebus hutang judi. Seterusnya masyarakat menjadi lemah dan tidak tentu arah masa depannya. Bukan itu sahaja, Pusat-pusat Judi seperti inilah menjadi punca berlaku masalah sosial dan akhlak. Malah, ia turut menjadi sarang-sarang maksiat lain seperti pelacuran yang padahnya sepanjang zaman bakal mengundang mala-petaka yang datang tanpa ada petanda.

Berpuluh-puluh umat silam yang degil dan ingkar kepada Allah telah dimusnahkan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Az-Zariat ayat 44:

[center][quote]Bermaksud:
"Maka mereka bersikap angkuh terhadap perintah Tuhan mereka,
lalu mereka disambar petir (tanpa dapat melarikan diri), dalam keadaan mereka melihatnya".[/quote]


[left]Bani Israel telah dilaknat dan disumpah menjadi beruk kerana degil dan ingkar. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al- A'raf ayat 166:

[/left][/center][/left][quote][left][center][left][center]Maksudnya:
"Maka setelah mereka bersikap sombong (tidak mengambil endah)
berkenaan apa yang telah dilarang daripadanya (mereka terus melakukannya),
Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
[/center][/left][/center][/left][/quote]

[left]Sebagai umat Islam, kita perlulah bersama-sama mencegah kemungkaran dan membasmi kegiatan judi ini agar ia tidak menjadi penyakit yang memporakperandakan umat Islam. Mengikut Enakmen 9, Jenayah Syar'iah negeri Selangor tahun 1995 seksyen 17 (1) menyatakan bahawa berjudi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dithabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sedarlah, bahawa tiada siapa yang akan untung dalam merancakkan budaya judi dalam masyarakat, malah sebagai sebuah negara umat Islam sudah tiba masanya kita berusaha menghapuskan budaya kotor ini dari terus merosakkan kesucian dan tamadun manusia. Sebagai sebuah negara umat Islam juga tidak wajar menjadikan pendapatan judi sebagai hasil pendapatan negara.

Tabiat berjudi bukan sahaja membawa keburukan dalam urusan dunia, tetapi juga urusan agama, malah peribahasa "Tahi judi" itu sendiri menggambarkan bahawa ia sesuatu yang menjijikkan lagi najis dan tidak diterima oIeh Islam.

Jika mereka yang bukan Islam boleh berfikir, judi hanya mengundang kerosakan dan kemusnahan dalam kehidupan manusia sepatutnya umat Islam berfikir jauh lebih baik dan lebih dalam daripada itu. Maka adalah wajar bagi semua pihak khususnya pihak yang berwajib berusaha agar aspirasi ummah untuk bebas judi dapat direalisasikan. Jika tidak, maka kita akan melihat generasi akan datang akan bergelap dengan dosa dan maksiat, kepapaan, kucar-kacir, kemiskinan dan kehancuran di dunia dan di akhirat.

[center][quote]Maksudnya:
"Bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhakaterhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulnya, maka Kami hitung amal
mereka satu-persatu dengan hitungan yang keras rapi serta Kami menyiksamereka dengan azab yang mengerikan
(Surah At-Tholaq:8)[/quote]


[/center][/left][/center][/left][quote][left][center][left][center]Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.[/quote][/center][/left][/center][/left][left]
[/left][/center][/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b][center] [size="5"][u][b][color="#8b0000"]Takut Yang Sudah Tercabut Itu[/color][/b][/u][/size] [/center]
[/b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta'aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.



Takut kepada panas, menyelamatkan manusia daripada tercedera memegang api.

Takut kepada penyakit dan kesakitan, menjadikan manusia berusaha lebih untuk menjaga kesihatan.

Takut kepada rompakan dan kehilangan, manusia akan menjaga aspek-aspek sekuriti di kediaman masing-masing.

Semua perasaan takut itu adalah untuk membantu manusia menjaga kualiti hidupnya kerana untuk selamat, manusia perlu bertindak lebih pantas daripada proses berfikir. Takut menghasilkan tindakan spontan yang diperlukan.

Begitu jugalah dengan sifat-sifat kontras yang lain di dalam diri manusia. Sifat marah, cemburu, dendam, letih dan mengantuk, biar pun lazimnya dianggap negatif, hakikatnya ia mempunyai peranan yang tersendiri dalam menghasilkan manfaat dan mencegah mudarat dalam kehidupan manusia.

[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/05/91_07-10.gif[/img]
[/center]
[center] 7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – Yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

[/center][center][Al-Syams 91: 7-10]

[/center] Sifat takut ini boleh berubah daripada baik kepada buruk, apabila ia tidak diletakkan kena pada tempatnya. Apabila perasaan takut itu melebihi keperluannya, maka manusia yang selamat kerana memanfaatkan rasa takut yang betul, berubah menjadi manusia yang penakut hingga merosakkan diri.

Cicak mungkin disangkanya buaya.

Cacing mungkin disangkanya ular.

Perkara kecil menjadi besar… tatkala takut hilang batasan dan menguasai diri melebihi keperluan.

Justeru Allah Subhanahu wa Taala mengingatkan orang-orang yang beriman, agar belajar menguruskan ketakutan. Mereka juga diberi peringatan supaya menyiapkan diri, bahawa ada keadaannya, orang-orang yang beriman ini akan diuji oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan beberapa cabaran kehidupan termasuk ujian berupa ketakutan.

[center] Firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam al-Quran:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2008/10/albaqarah-2-155.png[/img]

[i]"Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar"[/i] [Al-Baqarah 2: 155]
[/center]


Di dalam ayat ini, Allah Azza wa Jalla menerangkan kepada kaum yang beriman bahawa keimanan mereka kepada Allah harus meningkat dari satu tahap ke satu tahap, dan peningkatan itu berlaku melalui kejayaan mereka menangani dan menguruskan beberapa ujian kehidupan. Antara yang disebut di dalam ayat itu:

1. Ketakutan

2. Kelaparan

3. Kekurangan harta

4. Ancaman nyawa

5. Kehilangan sumber tanaman atau sumber pendapatan

Inilah bentuk ujian yang akan melazimi kehidupan orang-orang yang beriman. Kesemuanya datang dengan maksud yang jelas, iaitu sebagai desakan daripada Allah untuk menzahirkan siapakah di kalangan kita yang akan bertindak secara yang terbaik di dalam hidup ini, tatkala berdepan dengan ujian-ujian berkenaan.

[center] Firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/05/almulk_2.gif[/img]

[center]

[/center][/center][center][i]Dialah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan kamu sebagai ujian untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).[/i] [al-Mulk : 2]


[/center] Antara ujian yang tersenarai itu, Allah Subhanahu wa Taala meletakkan ujian ketakutan sebagai ujian pertama, kerana ketakutan itu boleh bersarang dan menguji manusia sebelum ujian yang sebenarnya terjadi. Seorang yang mahu mengamalkan Islam, mungkin membayangkan kesusahan hidupnya apabila pilihannya tidak disenangi rakan, susah mahu naik pangkat, susah nak dapat tender, dan pelbagai lagi kerisauan dan ketakutan yang muncul di dalam diri, sebelum ia sebenar-benarnya berlaku. Bahkan mungkin ia tidak akan berlaku.

Justeru, seorang mukmin diperingatkan oleh Allah supaya membina kekuatan dan keberanian sebagai sebahagian daripada pembinaan iman.

Allah memujuk orang-orang yang beriman agar membuang rasa takut itu dengan beberapa cara. Misalnya, di awal ayat itu, Allah menggunakan kalimah ???? yang memberikan makna sedikit. Maka sesungguhnya sebesar mana sekali pun ujian yang mendatang, ia hanya secebis dan sedikit daripada ketakutan yang sebenar.

Masakan tidak.

Jika kita takut dengan cakap-cakap orang apabila kita memilih untuk menutup aurat, sebesar manakah ketakutan itu jika dibandingkan dengan ketakutan Akhirat tatkala kealpaan kita daripada mematuhi Allah bakal menerima akibatnya yang Maha Dahsyat. Jika kita takut kepada sedikit kehilangan harta benda semata-mata kerana menolak rezeki yang haram, apalah sangat ketakutan itu berbanding ketakutan ancaman Allah untuk membakar setiap inci daging tubuh yang tumbuh dari sumber yang haram?

Sesungguhnya ketakutan di dunia, hanya ketakutan yang sedikit.

Maka janganlah sekali-kali perasaan takut menyebabkan kita hilang keupayaan dan kekuatan untuk mentaati Allah di akhir zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini. Ia hanya mengundang kehinaan diri, apatah lagi jika ketakutan itu ditambah lagi pula dengan rasa cinta yang mendalam kepada dunia dan kehidupan.


[center] Di dalam sepotong hadith yang panjang, berlaku sahabat bersama Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam:
[/center]
[center][i]"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan" Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"[/i] [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani][/center]

Sesungguhnya jangan kita hairan terhadap nasib umat Islam yang ditekan dan dihina pada hari ini. Allah mencabut rasa gerun dari jiwa musuh terhadap kita, disebabkan oleh penyakit hina yang membelenggu diri. Itulah penyakit WAHAN.

Cintakan dunia, dan membenci kematian.

Lupakah kita kepada seruan tentera Saad bin Abi Waqqas semasa masuk ke daerah tanah besar China?

[center]"Kami adalah kaum yang mencintai kematian seperti kamu cintakan kehidupan"[/center]
Kata-kata itu bukan ancaman bunuh, tetapi suatu penegasan terhadap prinsip dan keseriusan umat Islam terhadap visi dan misi hidupnya. Kata-kata itulah yang menjadikan Islam, diterima dan berkembang luas di China, lama sebelum Islam menjengah Kepulauan Melayu, suatu ketika dahulu.

Buangkanlah rasa takut yang membelenggu kita daripada berperanan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

[b]TIDAK TAKUT[/b]

Hari ini, kita berdepan dengan suatu fenomena yang luar biasa.

Ketika orang yang baik-baik semakin takut-takut untuk mempertahankan prinsip dan keimanannya kepada Allah, manusia yang lupakan Allah pula semakin hilang rasa takut dalam kehidupan.

Manusia menjadi terlalu berani, hingga mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang merbahaya, tanpa sebarang manfaat atau sebab yang layak untuk berkorban hingga mati.

Anak-anak semakin liar dan berani, hingga tiada sekelumit rasa takut di jiwa mereka kepada ibu bapa dan guru. Golongan yang digelar sebagai Mat Rempit tidak takut dengan ancaman kematian, atau kecacatan diri yang serius andai mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya, malah ada sesetengah program yang secara sengaja, mencabar ketakutan manusia untuk fitrah itu dilumpuh, dibunuh atau dimatikan sepenuhnya. Rancangan seperti Fear Factor, adalah rancangan yang secara khusus menyediakan ruang untuk manusia bertanding membuang rasa takut di dalam diri mereka.

Apabila anak-anak tidak takut kepada ibu bapa dan guru, apabila Mat Rempit menganggap hukuman undang-undang, pecah kepala berderai otak, dan lumpuh separuh badan hingga menjadi beban kepada ibu bapa yang sudah puas membasuh berak kencingnya semasa kecil, semua itu sekadar gurauan dan permainan, seluruh masyarakat menanggung sakitnya.

Seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan taraf pendidikan, kesemuanya menanggung kesusahan dan ancaman, dek hilangnya rasa takut daripada naluri manusia seperti ini.

Lebih membimbangkan, terhapusnya rasa takut itu bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak remaja kita dan kelompok Mat Rempit, namun musibah terbesarnya ialah apabila perasaan takut itu tercabut dari jiwa para penjenayah!

Biar pun hukuman gantung diperkenalkan sebagai hukuman mandatori ke atas kesalahan pengedaran dadah, jenayah itu tidak pernah merosot. Pelbagai undang-undang diperkenalkan untuk mengekang jenayah dan mengugut pelakunya, tiada sebarang peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu, mampu menimbulkan rasa takut dan gerun di jiwa penjenayah dan masyarakat keseluruhannya.

Lihat sahaja di negara seperti Amerika Syarikat, hukuman penjara yang diperkenalkan, ada di antaranya yang tidak masuk akal. Hukuman penjara mencecah 500 tahun dikenakan ke atas James Downs, seorang bekas pekerja gereja New Destiny Christian di Laveen atas 28 kesalahan jenayah seks di luar tabii dengan kanak-kanak di bawah umur.

Apakah hukuman sedemikian rupa berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu? Jauh sekali.

Malah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat, ada hukuman bunuh yang sangat kejam diperkenalkan. Hukuman mati di kerus elektrik, mungkin merupakan salah satu bentuk hukuman mati yang paling mengerikan malah menyeksa penjenayah pada kadar yang tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Hukuman itu diperkenalkan di Amerika Syarikat seawal tahun 1890 malah turut pernah digunakan di Filipina. Namun hukuman yang amat kejam ini, tidak sama sekali menyumbang kepada merosotnya kadar jenayah di kedua-dua negara berkenaan.

Apabila penjenayah sudah tiada rasa takut, ia menjadi bencana yang menimpa seluruh anggota masyarakat. Tidur malam tidak lena, berjalan siang resah menyerang, setiap detik dan saat adalah peluang untuk jenayah berlaku dan kita mungkin mangsa yang berikutnya.

Sesungguhnya,

Hanya ada satu sahaja undang-undang yang memilik unsur ketakutan yang tidak ada pada hukuman sekejam kerusi elektrik atau penjara 500 tahun. Undang-undang ini tidak kejam tetapi ia amat mengkucar kacirkan fikiran manusia. Belum lagi ia dilaksanakan, penyataan untuk melaksanakannya sudah cukup menimbulkan pelbagai huru hara dalam kehidupan manusia.

Orang tidur bangkit terjaga.

Orang berjaga mengigau di siang masa.

Orang cerdik menjadi bodoh.

Orang bodoh turut tergopoh-gopoh.

Itulah hukuman Allah. Hukuman yang ditentukan oleh Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai hati manusia. Tuhan yang membuka hati kepada rasa takut, dan Tuhan yang menutup hati hingga tercabut kegerunan dan ketakutan. Hukuman itu adalah resepi tunggal, untuk manusia bisa ditundukkan kembali kepada undang-undang dan kehidupan berperaturan.

Hukum Allah, tatkala ia dibawa ke meja perbincangan, sudah cukup untuk menimbulkan rasa bimbang, rungsing dan takut yang membingungkan. Kenyataan-kenyataan seperti makan sup tangan, atau jalan tidak berturap kerana batu habis terpakai untuk merejam penzina dan macam-macam lagi kenyataan lucu yang menyakitkan iman pada yang mendengarnya, timbul di sana sini.

Chaotic atau kehuru-haraan itu bukanlah terjadi secara kebetulan. Ia berbalik kepada unsur-unsur khusus yang terdapat di dalam falsafah undang-undang Qisas, Hudud dan Takzir itu.

[center] Misalnya Allah Subhanahu wa Ta'aala berfirman:

[img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/03/5_38.gif[/img]
[/center]


[center][i]Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [/i][al-Maaidah 5: 38][/center]


Takut itu adalah perasaan hati.

Hati itu milik Allah.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan ([i]sibghah[/i]) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur [i]nakaalan minaLlaah[/i] itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

[center][img]http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/03/saraqasyarif.gif[/img]
[/center]
[center][i]"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya"[/i] [Hadith Muttafaq 'alayh][/center]
Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri basikal di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

Abu Saif
saifuloslam.com

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][u][b][size="4"][color="#8b0000"]"SEMPENA HARI ILMU DAN PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2010"[/color][/size][/b][/u]


[left]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga kita tergolong di kalangan hamba- Nya yang memperolehi keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah sekalian,

Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan tamadun alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pembangunan insan dan kemajuan alam. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oIeh Rasulullah s.a.w. dalam
[center]surah Al-'Alaq ayat 1-5:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk).
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah. Tuhanmu yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya".

[left]
Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Mengikut ahli Mufassirin mereka mengatakan surah Al-'Alaq ini mengandungi tiga perkara besar:

[b]Pertama[/b]: Mengenal Allah Rabbul 'Alamin yang Maha Esa dan Maha Kuasa, yang menghidupkan dan mematikan manusia.

[b]Kedua[/b]: Ilmu tentang "manusia dan kemanusiaan" yang telah diciptakan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai-bagai keistimewaan berbanding makhluk-makhluk yang lain

[b]Ketiga[/b]: "Nikmat ilmu pengetahuan" yang telah diajarkan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala kepada manusia melalui pena dan tulisan.

Imam Al-Qurtubi turut mengutarakan bahawa permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan. Ia merupakan dasar utama yang diperjuangkan oIeh Islam bagi membangunkan diri insan. Islam yang di dalamnya tersingkap keindahan ajarannya menggesa umatnya mencari dan mendapatkan ilmu sama ada secara formal atau tidak formal di mana membaca adalah salah satu cara di antara cara-cara tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Iqra' kalimah pertama yang diturunkan kepada insan terpilih Muhammad Rasulullah s.a.w. Kalimah yang mempunyai hikmah, rahsia dan mukjizat yang tersendiri. Apabila kita menghayati gagasan semangat iqra' yang diceritakan melalui Rasulullah dengan turunnya ayat pertama surah Al-'Alaq ia boleh membuka minda ummah daripada terpenjara dalam pemikiran yang sempit dan jumud.

Dr. Wahbatuz-Zuhaili menggambarkan bahawa nilai-nilai penting yang ada pada wahyu pertama ini, lebih kepada mengajak manusia bagi memahami kepentingan membaca dan menulis. Melalui wahyu pertama, Tuhan memberikan mukjizat kepada nabi yang dikenal sebagai buta huruf, hal ini sebagai petanda bahawa Tuhan menganugerahkan kepada manusia "akal" yang menjadikan manusia lebih bernilai berbanding makhluk-Nya yang lain. Manusia dikeluarkan daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu melalui budaya membaca dan menulis.

[center]Imam Malik mengungkapkan:
[quote]"Ilmu itu (umpama) binatang buruan, tulisan itu (laksana) ikatan, ikatlah
binatang buruan itu dengan kuat (agar ia tidak dapat lari).[/quote]

[left]Dengan membaca segala rahsia dapat dibongkar dengan melakukan penyelidikan mendalam dalam semua bidang. Ilmu adalah makanan rohani dan spiritual. Tanpa ilmu, rohani dan spiritual proses perkembangan manusia menjadi tidak seimbang.

Ini yang menyebabkan banyaknya berlaku gejala sosial yang semakin hari semakin bernanah dalam masyarakat kita. Gejala rogol, seks bebas, dadah, arak, judi, termasuk judi bola dan sebagainya menjadi masalah yang tidak selesai sejak dahulu lagi.

Masyarakat Islam terdahulu mengalami ledakan ilmu yang hebat. Daripada ilmu agama hinggalah kepada ilmu berkaitan sains. Munculnya tokoh-tokoh terkenal dan terbilang seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Jabbar, Al-Kindi dan Al- Khawarizmi. Mereka ini bukan sahaja menjadi rujukan umat Islam, tetapi umat seluruh dunia. Ia berlaku di atas penghayatan dan pengaplikasian Konsep Iqra'.

Pengalaman budaya membaca dalam masyarakat kita terutamanya di Malaysia amnya dan di negeri Selangor khususnya masih di tahap sederhana. Statistik yang dikeluarkan berdasarkan kajian profil membaca rakyat Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun. Ini adalah satu peningkatan yang baik berbanding statistik yang sama dibuat pada tahun lapan puluhan.

Pelbagai usaha dilakukan oIeh kerajaan ke arah Bangsa Cintakan Ilmu Cintakan Pembacaan. [size="2"][b]S[/b][b]etiap tahun selama lima tahun berturut-turut sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor. Pada tahun ini ia akan diadakan dari 25 Jun hingga 5 Julai bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam.[/b][/size]

Di samping itu, satu program yang dinamakan 'Hari Ilmu' dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor akan juga diadakan bertempat di Taman Tasik, Shah Alam pada 26 Jun 2010 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir dan insya-Allah ianya akan dicatatkan sebagai Acara Membaca Beramai-ramai Terbesar di Malaysia.

Usaha bersepadu ini adalah bagi memastikan budaya ilmu menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan negeri khususnya dan negara amnya. Salah satu kriteria kepada sesebuah negara maju adalah Kemajuan Industri Perbukuan Dan Penulisan di negara tersebut yang sentiasa pesat dan meluas.

Islam adalah agama yang menaungi dunia ilmu. Banyak agama lain yang mencuba menggabungkan antara Dunia Ilmu Sains dengan agama mereka, namun begitu mereka masih gagal.

Islam adalah satu-satunya agama atau ad-din yang dapat menggabungjalinkan dengan Dunia Sains tanpa sebarang masalah. Islam adalah agama segala cabang ilmu yang bermanfaat. Setiap kalimah dan ayat di dalam Al-Quran adalah kata-kata tersirat yang jika diterjemahkan akan memberikan nilai dan hikmat kepada semua pembacanya.

Untuk menjadi bangsa berilmu, kita seharusnya memohon kepada Allah agar kita diberikan limpahan ilmu yang berguna. Ia tidak akan berlaku sematamata dengan doa sahaja. Ia perlu dijalankan dengan usaha bersepadu daripada semua pihak. Pembinaan Perpustakaan Mini atau pun sudut bacaan di rumahrumah adalah suatu permulaan yang baik. badan-badan kerajaan, tempat-tempat awam dan terutamanya masjid-masjid seharusnya mempunyai perpustakaan tersendiri.

Ilmu yang dicari dan dimiliki begitu sahaja tanpa diamalkan tentu tidak memberi kesan. Sebab itu, mencari ilmu mestilah dengan niat mengamalkannya. Ini kerana para ulama' Islam ada yang mengingatkan bahawa orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya akan disiksa sebelum penyembah berhala disiksa.

Sidang Jumaat sekalian,

Sebab itulah sidang Jumaat sekalian, Marilah kita sama-sama meningkatkan usaha mencari ilmu dan beramal dengannya. Semoga dengan usaha dan kegigihan dalam pencarian ilmu ini, kita boleh mengembalikan kegemilangan umat Islam dan menaubatkan kembali kekuatan serta kedaulatan Islam bagi kepentingan agama dan negara.

[center](Al-Israk: 14-15)
.
"Bacalah kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini
menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).
Sesiapa yang beroleh hidayah (dengan mengikut panduan Al-Quran), maka
sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk
kesesatannya hanya ditanggung oIeh dirinya juga. Seseorang yang berdosa,
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkah dosa usahanya sahaja).
Kami tidak mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutus seorang rasul
(untuk menerangkan yang benar dan yang salah)".

-Doa-

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai,
lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan
demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
[/center]

[/left][/center][/left][/center][/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#8b0000"][u][b]"Ketentuan Ilahi (Qadha' Dan Qadar)"


[/b][/u][/color][/size] [left]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan
ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Allah Subhanahu Wata'ala telah menciptakan Adam Alaihis-Salam dan makhluk-makhluk yang lain menurut ketetapan dan ketentuan-Nya. Firman Allah dalam surah Al-Furqaan ayat 2
[center]
"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-
Nya dan Dialah yang menciptakan setiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna".

[left]Kita sebagai makhluk-Nya wajib meyakini tentang qadha' dan qadar Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana terkandung di dalam rukun iman yang enam.

Beriman kepada qadha' dan qadar ertinya kita percaya dan yakin dengan sapenuh hati bahawa Allah Subhanahu Wata'ala telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluk-Nya .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam Masyarakat Melayu kita istilah qadha' dan qadar kadangkala disebut dengan "Takdir Tuhan" atau "Ketentuan Tuhan". Kedua-duanya memberi maksud qadha' dan qadar.

Berkaitan dengan qadha' dan qadar, Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'Anhu
yang bermaksud:

[center]"Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi
segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal
perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia".
(Riwayat Bukhari dan Muslim) .

[/center]Dari hadith tersebut dapatlah kita ketahui bahawa nasib manusia telah ditentukan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala sejak sebelum ia dilahirkan. Walau pun setiap manusia telah ditentukan nasibnya, ianya tidaklah bererti bahawa manusia hanya duduk diam menunggu nasib tanpa berusaha dan berikhtiar.

Walau apa pun keadaannya, manusia tetap berkewajipan untuk berusaha, sebab kejayaan sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ar-Ra'du ayat 11:

[center]"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Apabila
Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat
menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Dia".

[left]Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi jelaslah bahawa setiap perkara yang berlaku merupakan ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala, namun hakikatnya manusia tetap diberikan peluang oleh-Nya untuk terus berusaha mengubah sesuatu keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Kita harus yakin dengan sepenuh hati bahawa segala sesuatu yang terjadi pada diri kita, baik yang menyenangkan mahu pun yang susah adalah atas kehendak Allah Subhanahu Wata'ala.

Kejadian bencana yang sering berlaku seperti banjir besar, gempa bumi, ombak besar sunami dan sebagainya hendaklah diterima dengan penuh keinsafan dan meyakini kesemuanya itu adalah ujian dari Allah Subhanahu Wata'ala. Kita juga mesti meyakini bahawa di sebalik kejadian-kejadian itu ada hikmah yang amat bernilai, seumpama khazanah yang tersimpan di dalam perut bumi yang perlu digali untuk mendapatkannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu Wata'ala,

Segelintir masyarakat kita pada hari ini menjadikan takdir dan ketentuan Tuhan itu sebagai alasan untuk malas berusaha dan berbuat kebaikan.
Segelintir yang lain pula meletakkan kesalahan dan kejahatan yang mereka lakukan kepada takdir dan ketentuan. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan seperti ini merupakan satu fitnah yang boleh menjejaskan kemuliaan agama Islam itu sendiri. Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya malas berusaha. Islam juga tidak pernah menyuruh umatnya melakukan sebarang bentuk kejahatan.

Pernah terjadi pada Zaman Khalifah 'Umar bin Al-Khattab, seorang pencuri tertangkap dan dibawa ke hadapan Khalifah 'Umar. Beliau bertanya: "Mengapa engkau mencuri?". Pencuri itu menjawab: "Memang Allah sudah mentakdirkan saya menjadi pencuri". Mendengar jawapan demikian, Khalifah 'Umar pun marah lalu berkata: "Pukul sahaja orang ini dengan cemeti setelah itu potonglah tangannya". Orang-orang yang berada di situ bertanya: "Mengapa hukumannya diberatkan seperti itu?". Khalifah 'Umar menjawab: " Ya, itulah yang setimpal. Ia
wajib dipotong tangannya sebab mencuri dan wajib dipukul kerana berdusta atas nama Allah".

Di dalam sebuah kisah yang lain pada Zaman Nabi Muhammad s.a.w. pernah terjadi di mana seorang Arab Badwi datang menghadap Nabi. Orang itu datang dengan menunggang kuda. Setelah sampai, ia turun dari kudanya dan terus menghadap Nabi, tanpa terlebih dahulu mengikat kudanya. Nabi menegur orang itu, "Kenapa kuda itu tidak engkau ikat?". Orang Arab Badwi itu menjawab: "Biarlah, saya bertawakkal kepada Allah". Nabi pun bersabda: "Ikatlah kudamu, setelah itu bertawakkallah kepada Allah".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Terdapat banyak hikmah yang amat berharga bagi kita apabila kita meyakini dan redha dengan sepenuhnya segala ketentuan Ilahi. Di antara hikmah tersebut ialah:

1- Melatih diri untuk bersyukur dan bersabar.
Firman Allah SWT. dalam Surah An-Nahl ayat 53:

[center]"Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan,
maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan".

[left]2- Menjauhkan diri dari sifat sombong dan putus asa.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sebiji sawi dari sifat kesombongan".

3- Memupuk sifat optimis dan giat bekerja.
Manusia tidak mengetahui takdir apa yang terjadi pada dirinya. Semua orang inginkan keberuntungan tetapi ianya tidak datang begitu sahaja. Ia haruslah diusahakan. OIeh sebab itu, orang yang beriman kepada qadha' dan qadar sentiasa optimis dan giat bekerja untuk meraih kebahagiaan dan keberuntungan itu.

4- Dapat menenangkan jiwa.
Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27 – 30 bermaksud:

[center]"Wahai jiwa yang tenang!, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hambahamba-
Ku yang berbahagia; dan masuklah ke dalam syurga-Ku".

[left]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebagai orang beriman!, kita harus redha menerima segala ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala atas diri kita. Di dalam sebuah hadith Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang maksudnya:
[center]"Siapa yang tidak redha dengan qadha' dan qadar-Ku
dan tidak Sabar terhadap bencana-Ku yang Aku timpakan atas-Nya, maka hendaklah mencari Tuhan selain Aku".
(Riwayat At-Thabrani).

[left]Takdir Allah merupakan kehendak-Nya semata-mata. OIeh sebab itu takdir tidak selalu bersesuaian dengan keinginan kita. Tatkala takdir kita sesuai dengan keinginan kita, hendaklah kita bersyukur kerana hal itu merupakan nikmat yang diberikan oIeh Allah kepada kita. Ketika takdir yang kita alami tidak menyenangkan atau merupakan musibah, maka hendaklah kita terima dengan sabar dan ikhlas. Kita harus yakin, bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah yang kita belum mengetahuinya. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukan-Nya.

[center](An-Nisa':79)
"Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa sahaja
bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami
mengutusmu menjadi rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah
menjadi saksi".
[/center][/left][center]


[/center][left]
[/left][/center][/left][/center][/left][/center][/left][/center][/left][/center][/left] [/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[right]
[/right][color="#ff0000"][b] [/b][/color][center] [color="#ff0000"][b][size="5"]"KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR "[/size][/b][/color]


[/center]
[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: "KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR "

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:

[center][b]Maksudnya:[/b][i] [/i]
[quote][i]" [/i][i]Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu".[/i][/quote]
[/center][i]
[/i]
Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab. Menurut Imam Ghazali: [i]Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh[/i].

Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.

Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk,
[b]Pertama: [/b]manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka,
[b]Kedua:[/b] manusia yang berjalan kaki dan [b]
Ketiga: [/b]manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.

Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "di bumi al-Mahsyar ," masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.

Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka sudah merasa terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, " tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman?. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.

Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:

[center][b]Bermaksud:[/b]
[quote][i]"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?"(At-Tirmizi)[/i]
[/quote]
[/center] [b] [/b]
[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di Padang Mahsyar amat dahsyat yang memakan masa ratusan tahun. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri, sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Muhasabah ini penting supaya buku rekod catatan amalan akan menunjukkan amalan yang cemerlang di Padang Mahsyar dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Buku rekod amalan yang baik akan diberi melalui tangan kanan. Manakala mereka yang mempunyai buku rekod yang penuh dengan dosa maka buku rekod diberi melalui tangan kiri.

Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 42-43:

[center][b]Maksudnya:[/b]
[quote][i]"[/i][i]Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas."[/i]
[/quote]
[/center] [i] [/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [/center] [center] [color="#2e8b57"][b][size="5"]"PERGI TIDAK AKAN KEMBALI"[/size][/b][/color][/center]

[b]Muslimin yang di Rahmati Allah,[/b]

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: "PERGI TIDAK AKAN KEMBALI"

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 78:

[b]Maksudnya:[/b]
[i]" Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat".[/i]

Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Kubur atau alam barzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, " [i]bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak". [/i]

Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Berdasarkan kajian JAKIM terdapat kelompok ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat dari Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rasyidin. Dakwaan terbaru kumpulan ajaran sesat ini ialah pemimpin mereka yang silih berganti tidak akan mati sampai bila-bila, mereka hanya ghaib. Sebelum ini mereka mendakwa pemimpin mereka sering bertemu dan berbincang dengan Rasulullah SAW dalam keadaan sedar untuk menerima arahan baru dari Rasulullah SAW. Ketaksuban kepada pemimpin dengan mendewa serta memujanya menjadi salah satu ciri ajaran sesat. Pendewaan ini berterusan sehingga kematian pemimpin tersebut. Pernah berlaku diluar negara terdapat mayat pemimpin di awet untuk dikekalkan jasadnya seterusnya di dewa dan di puja. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:

[b]Maksudnya:[/b] [i]"[/i]
[i] [/i][i]Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan[/i][i]." [/i]

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya amat perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan nabi. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian nabi SAW seraya berkata: [i]ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati. [/i]

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya adalah hak Allah SWT yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadith-hadith sahih. Dasar akidah yang bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak. Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Jinn ayat 26-27:

[b]Maksudnya :[/b]
[i]"[/i] [i]Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapa pun. [/i][i]Melainkan kepada sesiapa yang di redhai-Nya dari Rasul-Nya maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya[/i][i]"[/i]

[b]Muslimin Yang di Rahmati Allah,[/b]

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.

Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 144:

[b]Maksudnya:[/b]
[i]"[/i][i]Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Dan sesiapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).[/i]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#8b0000"][b]"MENANGANI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA"[/b][/color][/size]


[/center][b][i]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/i][/b]

Dari minbar Jumaat yang mulia ini khatib berseru kepada dirinya sendiri dan para hadhirin sekalian, marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa di dalam segenap aspek kehidupan dengan melaksanakan tuntutan mentaati segala perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.

Semoga dengan ketaqwaan yang sebenar kita semua akan beroleh kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia ini, disusuli kebahagiaan abadi di akhirat yang amat kita harapkan.

[i]
[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b][/i]

Sesungguhnya, kebahagiaan di dunia hanya akan dapat direalisasikan apabila kita didampingi oIeh anggota keluarga dan anak-anak yang sama-sama memahami dan mengamalkan syariat Islam. Anak-anak yang beginilah disebut di dalam Al-Quran sebagai "Qurrata A'yun" penyejuk mata ayah bonda.
[i]
[b]Sidang jamaah yang dikasihi,[/b][/i][b]
[/b]
Kecelaruan yang ditimbulkan oIeh golongan remaja bukan sesuatu yang baru bagi kita. Di samping ia sesuatu yang membuktikan kegagalan kita mendidik mereka, ia adalah suatu kebimbangan yang wajar dipandang serius oIeh semua pihak, khususnya ibu bapa. Statistik serta kajian pihak berkuasa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Institusi Pengajian Tinggi Tempatan menunjukkan betapa jenayah di kalangan remaja meningkat setiap tahun dengan serius. Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan setiap tahun.


Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes pada 2008 yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan. Mereka terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk membunuh, merogol, mencuri, pecah rumah dan sebagainya. Kajian menunjukkan 43.1 peratus remaja menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan berbanding 38 peratus yang merujuk kepada ibu bapa.

Sementara, 14.8 peratus menjadikan disko sebagai tempat mencari hiburan. Kajian juga menunjukkan 31.7 peratus adalah terbabit merokok dan 13.6 peratus ketagih alkohol. Sementara 25.2 peratus menganggap agama tidak penting.

Semua hasil kajian ini bukan saja petanda kepada kecelaruan remaja hari ini, malahan ia membuktikan kecenderungan mereka untuk terpengaruh dengan budaya yang bercanggah dengan agama. Ternyata ia sedang melanda dengan hebat di dalam rentak hidup remaja kita. Malah, ramai remaja juga menganggap agama tidak lagi penting dalam kehidupan mereka.

[b][i]Sidang jamaah yang dikasihi,[/i][/b]

Realiti permasalahan remaja hari ini perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan waspada. Ingatlah!, bahawa mereka adalah golongan yang akan menjadi penentu corak bangsa dan negara kita di masa hadapan. Jika tiada usaha membendung dan memperbaiki dilakukan, kita pasti akan melihat kehancuran yang sangat menghinakan pada generasi akan datang. Jika kita gagal membimbing mereka, remaja akan menjadi golongan yang banyak menimbulkan masalah di dalam masyarakat.

Apakah yang akan berlaku kepada generasi yang mencerminkan bangsa kita suatu masa nanti jika remaja hari ini terus hanyut dalam keruntuhan akhlak seperti melepak, penagihan dadah, seks rambang, pembuangan bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, minum arak, berdisko, rempit dan lain-lain.

Meskipun pelbagai langkah dan usaha telah dijalankan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral dan keruntuhan akhlak remaja ini, namun nampaknya kerenah mereka semakin menjadi-jadi dan masalah sosial ini semakin meningkat setiap tahun.
[b]
[i]Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,
[/i][/b]
Berdasarkan kajian yang pernah dibuat di Universiti Islam Antarabangsa, banyak faktor yang mengundang kepada salah laku remaja ini. Antaranya ialah:

[b]1- [/b]Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan memberikan
pendidikan agama sejak di peringkat awal kanak-kanak.

Didikan awal inilah faktor paling penting bagi memperteguhkan jati diri remaja berhadapan dengan cabaran dunia yang melalaikan.

Benarlah Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Muslim jelas
menyatakan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak :

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibu bapanyalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka sama ada menjadi yahudi, nasrani atau pun majusi ".
[b]
2- [/b]Kegagalan ibu bapa memberikan perhatian yang mencukupi serta kurangnya kasih sayang kepada anak-anak. Lazimnya anak-anak yang terbiar tanpa perhatian dan pengawasan ibu bapa akan menjadi liar dan mudah terjebak ke dalam pelbagai bentuk gejala sosial.

[b]3- [/b]Pengarauh rakan sebaya. Ibu bapa yang gagal berperanan sebagai teman dan tempat merujuk anak-anaknya akan berhadapan dengan masalah ini. Remaja akan lebih rapat dan selesa bersama rakannya dan akan mudah terpengaruh dengan rakan-rakannya itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seseorang itu berada di atas (pengaruh) agama rakannya, maka perhatikanlah setiap kamu dengan siapakah dia bergaul".
[b]
4- [/b]Pengaruh dari media elektronik dan media massa. Contohnya, rancangan yang berunsur keganasan atau seks akan membentuk remaja yang rosak dan kasar akhlaknya kerana media mempengaruhi remaja dengan cara pantas lalu mereka segera meniru gaya dan budaya yang ditontoni. Inilah agenda yahudi dan kristian yang sejak dahulu berusaha gigih menjahanamkan dan mempengaruhi umat Islam dengan budaya liar mereka. Rasulullah s.a.w. telah memberi ingatan kepada kita semua tentang hakikat ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari daripada Abu Sa'idil-Khudriyyi
Radhiallahu 'Anhu:

"Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang yang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka memasuki lubang biawak sekali pun nescaya kamu akan turut mengikutnya. Kami bertanya; "Wahai Rasulullah!, adakah yang kamu maksudkan itu orang yahudi dan nasrani?. Jawab Baginda: Siapa lagi? (jika
bukan mereka)".

[b]
5- [/b]Persekitaran yang tidak baik. Pemantauan perlulah dilakukan bagi memastikan golongan remaja tidak dicorakkan dengan persekitaran yang negatif seperti pusat-pusat hiburan, tempat-tempat perjudian, kelab-kelab malam, karaoke dan lain-lain. Pengaruh persekitaran ini akan membentuk syahsiah remaja ke arah negatif.
[b]

[i]Hadirin mukminin yang dikasihi,[/i][/b]

Walau apa sekali pun faktor yang merosakkan remaja pada hari ini, kita hendaklah bekerjasama dalam usaha membendung masalah mereka dan berusaha membawa mereka keluar dari kemelut ini;

[b]1- [/b]Ibu bapa perlu kembali berperanan sebagai penaung, pendidik dan teman yang dapat meluangkan masa untuk memberi panduan dan kasih sayang kepada remaja.
[b]
2-[/b] Para guru perlu lebih serius dan gigih mendidik akhlak remaja di samping menyampaikan pembelajaran di sekolah. Bimbing dan doronglah mereka kepada kebaikan sehingga terbentuk jati diri yang ampuh bagi menghadapi cabaran semasa.
[b]
3- [/b]Seluruh anggota masyarakat juga perlu peka dan sentiasa bersedia menegur dengan berhikmah dan membimbing remaja jika mereka tersilap langkah.
[b]
4- [/b]Remaja sendiri harus menggunakan akal yang dianugerahkan oIeh Allah kepada mereka untuk menilai setiap perbuatan dan keputusan yang bakal mereka lakukan. Hindari segala perlakuan yang negatif. Jangan asyik menyalahkan ibu bapa, guru-guru dan persekitaran. Gunakanlah usia remaja dengan aktiviti yang berfaedah untuk meraih ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

[b]5- [/b]Masyarakat seluruhnya mestilah sedar sehebat mana pun kemajuan yang dicapai semuanya tidak bererti jika akhlak remaja runtuh. Bahkan ia adalah petanda keruntuhan sesebuah bangsa dan negara di masa akan datang.

[b]6- [/b]Pemerintah perlu melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan membanteras unsur-unsur berlakunya kemaksiatan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program Generasi Selangor bagi melahirkan remaja yang berkualiti. Ia bagi melahirkan Generasi Al-Quran yang sedang dilaksanakan melalui Program Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor.

[i]
[b]Sidang jemaah yang dirahmati Allah,[/b][/i]

Antara kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah :
[b]
Pertama- [/b]Remaja adalah aset agama, bangsa dan negara yang perlu dipelihara dan dipastikan keutuhannya demi memastikan kesinambungan bangsa dan negara yang berdaulat.
[b]
Kedua- [/b]Kecelaruan identiti dan permasalahan remaja hari ini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Justeru semua pihak perlu kembali merenung dan bertindak secara bekerjasama menangani permasalahan ini.
[b]
Ketiga-[/b] Remaja beriman dan berakhlak mulia adalah impian semua. Hanya dengan kembali kepada didikan dan panduan Islam,
impian ini akan menjadi kenyataan.


Akhirnya, lihatlah betapa Allah pernah memuji golongan pemuda beriman yang tetap teguh mempertahankan iman mereka di dalam surah Al-Kahfi ayat 13

"Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh daripada kebenaran".

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#8b0000"][b]"TUNTUTAN SOLAT BERJAMAAH"[/b][/color][/size][/center]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan mengerjakan semua perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kejayaan sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

[b]Hadhirin yang dihormati sekalian,[/b]

Solat ialah ibadah yang wajib dilakukan oIeh setiap muslim sejak mereka 'akil baligh, lima kali sehari semalam mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pelaksanaan ibadah ini memberi peluang kepada setiap muslim sentiasa mentaati dan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Dengan ini setiap muslim akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah An-Nur ayat 56;

[center][quote]"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, agar kamu diberi rahmat".[/quote][/center]
Kesetiaan melaksana solat melambangkan kualiti iman dan keyakinan kita terhadap Allah Subhanahu Wata'ala. Melalui ibadat solat kita dapat melahirkan kepatuhan yang tulen kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Inilah ibadat yang membezakan Islam dengan mana-mana agama lain. Malah solat ialah ibadah yang akan menentukan keislaman seorang muslim berbanding dengan orang kafir. Solat yang ikhlas akan mempastikan individu muslim berjaya memasuki syurga dengan mudah.

Sesungguhnya solat merupakan penanda aras kekuatan agama, kemantapan jati diri dan keteguhan akhlak. Menegakkan solat bererti menegakkan agama dan syiar Islam. Sebab itu umat Islam dituntut mengamalkannya sejak seorang muslim itu berumur tujuh tahun lagi. Ketika berumur sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak menunaikan solat. Ia mesti dilakukan sekali pun kita mempunyai halangan seperti sakit, bermusafir atau bertugas. Bagi orang yang sakit terdapat kaifiat khusus untuk mereka mengerjakannya. Begitu juga jika kita terhalang untuk menggunakan air untuk berwudhuk, kita boleh bertayamum. Yang jelas Islam tidak membenarkan ibadah solat ini ditinggalkan walau pun sekali.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,[/b]

Di samping solat ditunaikan secara bersendirian terdapat pula tuntutan khusus kepada para lelaki muslim supaya menunaikan solat secara berjamaah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
[center][quote]"Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat" .[/quote][/center]

Kelebihan utama solat berjamaah ialah ganjaran yang diperolehi. Memang sesuatu yang amat menghairankan jika umat Islam tidak mengambil peluang ini. Bagi mana-mana manusia yang waras mereka sentiasa mahukan kelebihan maka inilah kelebihan yang diberikan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat Islam. Hukum mengerjakan solat berjamaah ialah fadhu kifayah. Ada juga pendapat yang menyatakan solat berjamaah hukumnya sunat muakkad. Ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya oIeh dua orang.

Sekiranya penduduk di sesuatu kampung, desa, taman perumahan dan kawasan tidak melakukan solat secara berjamaah maka syaitan telah menguasai mereka. Maka munasabahlah jika kawasan mereka tidak aman, tenteram dan harmoni yang mungkin berpunca kerana mereka tidak pernah melakukan solat secara berjamaah. Keutamaan solat berjamaah hendaklah dilakukan di

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][color="#8b0000"][b][size="4"]“KE ARAH MANAKAH HIBURAN MASA KINI?”[/size][/b][/color]
[/center]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,[/b]

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
[b]
Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
[/b]
Islam merupakan agama yang cukup sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah Al-Maidah ayat ke 3;

[quote]“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.[/quote]


Bagi menjamin kesejahteraan hidup ini, Islam telah memberikan pelbagai garis panduan untuk dilaksanakan oleh setiap individu muslim, termasuklah dalam aspek hiburan. Secara umumnya hiburan mempunyai skop yang amat luas sama ada berbentuk permainan, percakapan, lakonan mahu pun nyanyian. Namun apabila kita melihat fenomena hiburan yang melanda masyarakat hari ini, kita dapati sebahagian masyarakat lebih cenderung kepada hiburan yang berbentuk nyanyian dan juga lakonan.

Berhibur memang tiada salahnya kerana hiburan itu sendiri melambangkan suatu seni yang indah. Ini diakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadith daripada Ibnu Mas’ud r.a.:

“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan”. (HR Muslim)

Di dalam sebuah hadith yang lain diriwayatkan bahawa Sayyidatina ‘Aisyah r.a. pernah membawa seorang pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki dari kaum Ansar, maka Nabi s.a.w. bertanya:

“Wahai Aisyah, tidak adakah hiburan pada mereka sebab orang-orang Ansar itu menyukai hiburan?” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menunjukkan bahawa secara umumnya, hiburan itu adalah sesuatu yang diharuskan Islam. Namun Islam telah menetapkan bahawa ia mestilah dilakukan secara sederhana dan tidak keterlaluan sehingga melalaikan manusia daripada mengingati Allah Subhanahu Wata’ala. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah memberikan beberapa garis panduan yang harus dipelihara ketika berhibur terutamanya hiburan yang berbentuk nyanyian, antaranya:-

[b]1. Tema atau isi kandungan lagu itu mestilah sesuai dengan adab dan ajaran Islam.

2. Tidak boleh mengalunkan suaranya dengan tujuan membangkitkan rangsangan berahi.

3. Tidak ada percampuran bebas antara lelaki dan wanita dan sebagainya[/b]

Sekiranya garis panduan tersebut tidak dipatuhi, maka hukum harus pada nyanyian tersebut boleh berubah menjadi syubhat atau pun haram.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Aktiviti-aktiviti hiburan yang dijalankan pada masa kini kebanyakannya tidak memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan. Bahkan kita dapati kebanyakannya dipenuhi dengan unsur-unsur yang melalaikan seperti terlalu memuja kecantikan manusia, senikata yang berunsur percintaan yang mengasyikkan, lawak jenaka yang berlebih-lebihan, mendedahkan aurat, gaya tarian yang menggiurkan dan lain-lain lagi. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa hiburan-hiburan sebegini begitu mudah mempengaruhi jiwa anak-anak remaja kita.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, bolehlah dikatakan bahawa masyarakat di tanahair kita, terutamanya golongan remaja amat meminati hiburan seperti ini di samping hiburan lain yang diimport dari luar. Kita telah sedia maklum bahawa kesemua jenis muzik yang disebutkan itu merupakan sumber penyebaran budaya negatif di kalangan masyarakat kita. Pembawaan muzik ini amat pantas mempengaruhi identiti dan penampilan anak-anak muda kita. Di antara contoh yang sering kita lihat adalah cara mereka berpakaian yang sering berubah mengikut trend yang dibawa oleh artis-artis yang mereka minati. Ada yang mewarnakan rambut, ada juga kaum lelaki yang bertindik, memakai anting-anting, ada yang memakai seluar londeh, baju T singkat sehingga menampakkan pusat dan lain-lain lagi. Kesemua ini dilakukan semata-mata kerana ingin meniru gaya yang dibawakan oleh artis-artis kesayangan mereka.

Seringkali kita lihat di dalam konsert-konsert ini, para penonton terutamanya anak-anak muda akan terjerit-jerit apabila seorang artis menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Mereka melonjak-lonjak dan menari sesama mereka dalam keadaan yang sukar dikawal. Selain daripada itu, penampilan buruk sebahagian para artis ini juga sering dijadikan ikutan mereka. Keadaan ini menunjukkan betapa identiti mereka sebagai umat Islam sangat tercemar. Pergaulan di kalangan anak-anak muda yang tidak terkawal ini sebenarnya merupakan antara punca berlakunya masalah-masalah sosial lain yang lebih serius. Antaranya;

1. Masalah lari dari rumah.
2. Masalah zina dan bersekedudukan di kalangan remaja.
3. Masalah anak luar nikah.
4. Pembuangan bayi dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga, fenomena ini terdapat di kalangan orang-orang dewasa dan lanjut usia. Ada di kalangan mereka terlibat dengan hiburan yang melalaikan seperti dangdut dan karaoke.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam suasana lalai sebegini, bagaimanakah mereka mampu menunaikan tuntutan solat yang diwajibkan ke atas diri mereka apabila tiba waktunya?.

Amatlah malang bagi mereka yang melalui situasi sebegini. Mereka hanya inginkan keseronokan hidup tanpa memikirkan dosa atau pun pahala. Walhal, sebagai seorang muslim, kita seharusnya sentiasa menyedari hakikat bahawa Allah menciptakan manusia bukan untuk berseronok-seronok tetapi yang lebih utama adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah Al-Mukminun ayat ke 115;

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?".

[b]Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,[/b]

Sebenarnya, dalam Islam, hiburan seharusnya dapat memberikan kerehatan kepada manusia setelah penat bekerja seharian. Hiburan juga seharusnya dapat menghilangkan kerisauan dan kedukaan yang dialami oleh manusia. Seterusnya dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada mereka untuk melaksanakan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Selain daripada itu, hiburan juga seharusnya dijadikan sebagai salah satu wasilah untuk mendidik generasi muda ke arah kebaikan.

Namun realitinya sekarang ini, kebanyakan hiburan yang dipertontonkan sudah menyimpang jauh dari tujuannya yang asal. Ianya lebih bersifat komersial dan mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan baik buruknya. Oleh itu, hiburan-hiburan yang menyimpang ini mestilah dikawal daripada terus merosakkan akhlak masyarakat kita terutamanya muda mudi. Manakala rancangan-rancangan yang lebih bermanfaat di media elektronik hendaklah diperbanyakkan seperti rancangan berbentuk ilmiah dan maklumat semasa, yang seharusnya lebih ditonjolkan sebagai alternatif yang baik kepada masyarakat kita. Mudah-mudahan dengan cara ini akan dapat mendidik dan membentuk masyarakat terutamanya generasi muda menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.


[center][quote]“Dan di antara manusia ada yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan".[/quote]
(Luqman : 6)


[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
lame tak update thread nie... tenet problem heheh


aku tertarik ngan khutbah jumaat pada jumaat lepas ( 24 september 2010)

berkenaan AL-Quds

terima la, khutbah dari jais tuk putera.com

=====================================================================================================================================



[center][b][size="5"][color="#2e8b57"]"BEBASKAN BUMI AL-QUDS"[/color][/size][/b]


[left][b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,[/b]

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya di dunia dan di akhirat.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,[/b]


Kita diperingatkan oleh hadith Rasulullah s.a.w.

[quote][center]"Perumpamaan orang yang beriman dalam ikatan kasih sayang,
silaturrahim dan kemesraan, mereka adalah seperti tubuh yang satu, apabila ada
anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh atau anggota lain turut sakit atau
demam".
[b](Riwayat Muslim)[/b]
[/center][/quote]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

[left][left] Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu Tuntutan Ukhuwwah. Tuntutan ukhuwwah dalam Islam tidak mengenal batas-batas negara, bangsa dan keturunan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya.
[b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahu pun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak lebih tiga tahun yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman memenjarakan 1.5 juta rakyat Palestin yang dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada yang terpaksa merebus rumput di tepi jalan untuk mengalas perut yang kelaparan. [color="#ff0000"][b]Dan paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 bilion orang seolah-olah tidak bermaya untuk membantu saudaranya yang berada di ambang kematian.[/b][/color]

Negara-negara pengeluar minyak yang kaya berdiam diri apabila umat Islam diperlakukan dengan biadap oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih memeranjatkan apabila terdapat negara Islam yang berjiran menutup sempadannya dengan Gaza sebelum ini. Rakyat Gaza yang memerlukan bantuan perubatan tidak dibenarkan masuk untuk mendapatkan rawatan.

Kepekaan kita terhadap isu Palestin bukan sahaja berkaitan dengan penderitaan rakyat Palestin bahkan kepekaan kita didorong oleh suatu hakikat yang jauh lebih besar iaitu kedudukan Baitul-Maqdis sebagai tanah suci dan Masjid Al-Aqsa, masjid yang ketiga paling mulia dalam Islam kini sedang terkepung dan terjajah oleh Zionis Israel. Pada 21 Ogos 2010 yang lalu genaplah 41 tahun Masjid Al-Aqsa dibakar.

Tarikh tersebut telah diwartakan sebagai hari Al-Aqsa oleh kerajaan Malaysia sebagai mengingatkan umat Islam bahawa isu Palestin adalah isu yang berkait langsung dengan masa depan Masjid Al-Aqsa

Hari Al-Aqsa merujuk kepada peristiwa Masjid Al-Aqsa dibakar oleh seorang pelampau Yahudi. Pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar kepada Masjid Al-Aqsa. Peninggalan sejarah yang tidak ternilai seperti Mimbar Salahuddin Al-Ayubi musnah dijilat api. Perbuatan biadap tersebut adalah sebahagian dari strategi untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan
merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat orang Yahudi (Haikal Sulaiman). Perbuatan jahat ini adalah satu konspirasi yang dirancang oleh ketua-ketua Yahudi yang bersekongkol dengan rejim zionis untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa.

Penduduk Arab dibiarkan untuk memadamkan api dengan hanya menimba air tanpa bantuan dari perkhidmatan bomba. Orang Yahudi yang membakar masjid Al-Aqsa ditangkap tetapi diputuskan sebagai tidak siuman oleh mahkamah zionis. Hakikatnya laporan akhbar Israel mendakwa sebuah kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid Al-Aqsa tiga hari sebelum kejadian pembakaran tersebut.

Tindakan jahat Yahudi ini telah membuka mata Pemimpin-pemimpin Negara Islam dan mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Satu resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam
ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin. Satu sekretariat yang dinamakan OIC ditubuhkan di Jeddah dan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. Sumbangan Al-Marhum Tunku ini besar maknanya terhadap isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.
[b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Baitul-Maqdis dan Masjid Al-Aqsa mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam. Ia mempunyai pelbagai kelebihan. Di antaranya bersembahyang di masjid Al Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali ganda berbanding bersembahyang di tempat yang lain.

[quote][center]Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat
(ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan
solat 1000 kali, dan solat di Baitul-Maqdis adalah sama dengan 500 kali
solat.
[b](Riwayat At-Tabarani)[/b]
[/center][/quote]
[/left]

Masjid Al Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam.

Al-Huzaimi mengemukakan satu riwayat daripada Al-Barra' bin `Azib:
Daripada Al-Barra' bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan Baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul- Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan.

Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi masjid Al-Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.

[center]Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
[quote]Abdullah Ibn umar bertanya pada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah,
terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul-Maqdis. "Jawab
Rasulullah s.a.w.; ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin
(ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi
menerangi masjid) [b]
(Riwayat Bukhari)[/b][/quote]
[/center]

[/left]
Jika menguruskan masjid menjadi tanggungjawab umat Islam maka [color="#ff0000"][b]kewajipan untuk membebaskannya dari cengkaman musuh jauh lebih dititikberatkan[/b][/color]. Saiyidina Umar Al-Khattab r.a. telah mengisytiharkan Baitul- Maqdis sebagai tanah wakaf yang wajib dipertahankan sepanjang zaman.

Jangan sekali-kali kita menganggap bahawa harta yang kita serahkan kepada umat Islam di Palestin sebagai 'derma' atau sedekah sunat. Sebaliknya infaq untuk pembebasan Masjid al-Aqsa adalah kewajipan sebagaimana yang ditegaskan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan ramai ulama-ulama wibawa zaman ini.
[b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah[/b]

Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Maka dengan itu ia menjadi tanggungjawab kolektif seluruh umat Islam. Oleh kerana kewajipan ini kita wakilkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin yang mempertahankan masjid dari pencerobohan musuh walaupun mereka tidak memiliki senjata dan hanya menggunakan batang tubuh mereka maka kita sebenarnya telah berhutang kepada mereka. Seringkali mereka membayar harga yang cukup tinggi iaitu dengan syahid di sisi Allah. Maka marilah kita keluarkan harta kita untuk melunaskan hutang kita terhadap Masjid Al-Aqsa yang sudah lama tertunggak.

Marilah kita sebagai umat Islam menginfaqkan harta untuk membantu saudara seagama kita di Palestin demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT. agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Marilah sama-sama kita menyumbang seberapa banyak wang yang ada ke tabung-tabung yang telah disediakan oleh pihak masjid. Marilah kita menjadikan diri kita sentiasa beristiqamah dan lebih beriltizam untuk berjuang demi pembebasan Baitul-Maqdis dan Masjid Al-Aqsa.


[quote][center]"Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang
yang percaya kepada Allah dan Rasul- Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar (pengakuan
imannya)".
[b](Al-Hujurat ayat 15)[/b]
[/center][/quote][/left][/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#0000ff"][b]"PERANAN KELUARGA DAN MASYARAKAT DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL"[/b]
[/color][/size][/center]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
[/b]
Saya berpesan kepada diri saya dan hadhirin sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT. dengan sebenar-benar taqwa dengan kembali mengikuti ajaran Islam yang syumul iaitu dengan beramal soleh, menyuruh manusia berbuat kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Mudah-mudahan segala amal bakti kita akan diredhai oleh Allah dan membawa kebaikan untuk kita di dunia dan akhirat.

[b]Sidang Jumaat yang berbahagia,
[/b]
Peranan keluarga dan masyarakat dalam membentuk dan mengembalikan Islam kepada generasi umat manusia yang tergelincir daripada landasan iman dan taqwa adalah sangat penting. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama menangani kemelut gejala sosial yang berlaku ini dengan berani dan bijaksana agar golongan sasaran dakwah kita tidak menolak seruan yang disampaikan kepada mereka.

[center][quote]Firman Allah SWT. dalam surah An-Nahl ayat 125:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah juga yang lebih mengetahui
akan orang yang mendapat hidayah".[/quote]
[/center]
Setiap anggota masyarakat mestilah berperanan membimbing mereka yang terjebak dengan maksiat atau gejala sosial supaya kembali kepada Islam secara pendekatan dakwah yang bijak. Hanya menggunakan pendekatan yang matang, sesuai dan berhikmah, kita mampu membimbing golongan ini kembali kepada Islam.

Suatu masa dahulu pendekatan seperti ceramah, nadwah dan Khemah Ibadah sesuai diguna-pakai dalam menarik minat muda-mudi tetapi hari ini umat Islam harus memaksimumkan penggunaan Medium Dakwah yang melibatkan pendekatan kesukanan, hiburan, teknologi canggih seperti penggunaan IT. yang meliputi penggunaan Laman Sosial, Blog, E-Mail atau melalui Laman-laman Web.

Ibubapa hendaklah bersikap terbuka dalam memainkan peranan mereka bagi menarik minat anak-anak dengan cara atau jalan yang paling baik. Pendekatan tegas, berdisiplin di samping menunjukkan kasih sayang, lembut dan mesra adalah sangat sesuai dalam mentarbiyyah anak-anak. Kita tidak ingin melihat anak-anak menjadi semakin jauh daripada kita akibat tiada belaian kasih sayang dan kemesraan terhadap mereka.

Justeru, ibubapa hendaklah mempelajari Ilmu-ilmu Motivasi dan Pentarbiyyahan terkini sesuai dengan peredaran zaman. Ada masa dan ketika kita menjadikan mereka teman dan ada masa kita bertegas dengan mereka. Kasih sayang dan kemesraan hendaklah dipupuk, Program-program Pembinaan Ukhuwwah Dan Jalinan Kekeluargaan hendaklah sentiasa dibentuk seperti lawatan, perkhemahan, hari keluarga, riadhah santai bersama keluarga dan sebagainya

[b]Sidang Jumaat yang dikasihi,[/b]

Apa yang paling penting peranan keluarga dalam menangani gejala sosial yang berlaku ialah penerapan asas-asas agama kepada anak-anak kita.
Tanggungjawab kita sekurang-kurangnya memberikan Pendidikan Asas Fardhu 'Ain dalam diri setiap anak-anak, mudah-mudahan ianya akan menjadi obor dalam kehidupan mereka untuk memperolehi keredhaan Allah SWT.

Ibubapa hendaklah menjadi contoh utama dalam amalan dan menunaikan kewajipan agama seperti solat secara berjamaah dan membimbing anak-anak berkenaan batas-batas pergaulan dalam Islam, pemeliharaan batasan aurat, galakan untuk menghadhiri kelas-kelas agama dan sebagainya.

Di samping itu peranan masjid, NGO, Jabatan-jabatan Kerajaan, Swasta, JKKK. dan Individu Perseorangan dalam membendung gejala sosial hendaklah diperkasakan dengan menyumbang apa-apa yang perlu samada kewangan, kemudahan, dewan, tempat rekreasi atau peralatan mengendalikan Program-program Kesedaran atau Khidmat Nasihat berupa Ceramah Motivasi, Kaunseling, Penyediaan Kursus-kursus Keinsafan, Bimbingan Kerjaya atau Panduan Berumahtangga demi menyelamatkan generasi muda daripada menjadi mangsa keruntuhan akhlak dan akidah.


Kita yakin, sekiranya langkah-langkah ini dilakukan oleh keluarga dan masyarakat yang peka dengan perkembangan yang berlaku di kalangan muda-mudi dan remaja, sudah tentu dapat membendung gejala sosial yang berlaku.

[quote][center]Firman Allah SWT. dalam surah Toha ayat 132:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu;. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa".
[/center][/quote]

Menurut buku [b]"Apa Ertinya Saya Menganut Islam "[/b] yang dikarang oleh Fathi Yakan menyatakan untuk kembali kepada Islam dan sekaligus membendung penularan gejala-gejala sosial yang melibatkan keruntuhan akidah, syariat dan akhlak mestilah membudayakan masyarakat Islam dengan beberapa langkah:

[b]Pertama: [/b]Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa matlamat hidup insan ialah sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:
[center][quote]"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".[/quote]
[/center]Ini menjelaskan kepada kita bahawa sebagai khalifah dan hamba Allah, umat Islam wajib menegakkan agama Allah dan mentadbir alam ini berlandaskan syarak dan agama serta patuh dan taat mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
[center]Firman Allah SWT. dalam surah Az-Zariyat ayat 56:
[quote]"(Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku".[/quote]
[/center]
[b]Kedua:[/b] Manusia haruslah memahami bahawa nilai dunia adalah terlalu sedikit dan bersifat sementara berbanding akhirat.

[b]Ketiga:[/b] Manusia hendaklah menyedari bahawa kematian pasti datang menemui kita. Justeru, carilah bekalan menuju alam akhirat. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:
[center][quote]"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan hanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah
berjaya, dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan
yang memperdayakan".[/quote]
[/center]
[b]Keempat:[/b] Umat Islam mestilah mengetahui hakikat Islam itu dengan mempelajari selok-belok agama agar hilang kejahilan umat dan kebaikan akan terserlah akhirnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Al-'Askari daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
[center][quote]"Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan belajar dan kefahaman itu
didapati dengan mendalami ilmu, barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, nescaya Allah akan memberikannya
kefahaman dalam agama".[/quote]
[/center]
[b]Kelima:[/b] Umat Islam mestilah mengenali siapakah jahiliyyah atau musuh Islam. Semua perkara yang menyimpang daripada agama adalah jahiliyyah. Kita hendaklah waspada bahawa musuh-musuh ini akan sentiasa menghancurkan kita termasuk budaya dan pemikiran.


Tegasnya untuk menyelesaikan sebahagian masalah gejala sosial ini adalah
dicadangkan:

Pertama: Sesebuah keluarga mestilah menggalakkan mereka yang bujang supaya berumahtangga kerana Rasulullah menegaskan dalam hadithnya yang
diriwayatkan oleh Baihaqi dan Al-Hakim:
[quote][center]"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh
dari agamanya maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain".
[/center][/quote]
[b]
Kedua: [/b]Pembinaan sesebuah keluarga hanya berjaya dengan tarbiyyah, asuhan dan didikan menurut nilai-nilai Islam. Bukan hanya dididik dengan ber jaya dalam pelajaran semata-mata dan agama jauh daripada diri mereka, maka akan hancurlah generasi kita sekiranya hanya faham kebendaan ditanamkan kepada mereka.

[b]Ketiga:[/b] Sesebuah keluarga amat wajar memantau dan mengambil tahu pergaulan dan pergerakan anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan perkaraperkara negatif.

[b]Keempat:[/b] Sesebuah Keluarga, Ahli Masyarakat dan Pemerintah perlulah memainkan peranan penting dalam usaha membentuk dan mencorakkan generasi kini menjadi Generasi Soleh dengan Penyediaan Alternatif Aktiviti dan Program Membina Generasi Taqwa dan menjadi Modal Insan yang hakiki untuk hari ini dan akan datang, sebagaimana usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor ke arah Pembinaan Modal Insan yang baik dengan pelaksanaan
Program SPIES di semua peringkat.

Ayuhlah kita sebagai umat yang dianugerahkan akal yang waras dan diberikan kesedaran Islam yang tinggi, bertindaklah segera kembalikanlah umat Islam ke jalan yang lurus dan jalan taqwa agar kehidupan kita akan memperolehi ketenangan di dunia dan di akhirat.

[center][quote]"Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka (di dalam
syurga); dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalan mereka; Setiap manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya".
(At-Thur: 21)
[/quote]
[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center] [size="4"][color="#ff8c00"][u][b]"ZINA MENGIKIS IMAN MEMUSNAH KETURUNAN"

[/b][/u][/color][/size][/center]
[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
[/b]
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh
kesabaran. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertaqwa kepada-Nya akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat nanti.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,[/b]

Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan [b]salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar [/b]di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;

[quote][center]"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan".
[/center][/quote]

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuklah juga kegiatankegiatan pelacuran dan hubungan seksual yang terkutuk.
Zina merupakan perbuatan mungkar dan tidak berakhlak, bahkan mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pelaku dan masyarakat. Ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra' ayat 32;

[quote][center]"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)".
[/center][/quote]

Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina dianggap sebagai perbuatan yang sangat keji kerana ianya merupakan jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia serta mendapat seksaan dan azab di akhirat. Hadith riwayat Al-Baihaqi bahawa rasulullah s.a.w bersabda

[quote][center]"Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak
menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah
bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan
akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah
menimpa umat Islam sebelum mereka".
[/center][/quote]


Menurut data Jabatan Pendaftaran Negara bahawa anak luar nikah melayu/Islam yang didaftarkan pada tahun 2007[b] seramai 16,100,[/b] pada tahun 2008,
[b]16,541 dan pada tahun 2009,[/b] [b]17,303. Dalam tempoh 5 tahun, dari tahun 2005 hingga tahun 2009 telah mencatatkan 74,723 pendaftran anak luar nikah melayu/Islam.[/b] Masya Allah, ini benar-benar memalukan dan jumlah yang amat mengerikan bagi umat Islam

[b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,[/b]

Seiringan dengan perkembangan teknologi dan komunikasi masa kini, kita dapati banyak perkara yang merangsang nafsu syahwat telah menjadi
sebahagian dari kehidupan seharian masyarakat kita. Jutaan gambar lucah sama ada dalam bentuk foto mahu pun video terlalu mudah didapati melalui internet. Sebahagian rancangan televisyen juga menyadurkan kisah-kisah percintaan lelaki dan perempuan yang menambahkan rasa ghairah kepada penonton.

Dalam masa yang sama, perniagaan vcd atau dvd lucah amat berleluasa di tengah-tengah masyarakat kita sehingga terlalu sukar untuk dibendung. Telefon mudah alih juga telah disalahguna dengan mengirim gambar atau video lucah. Kesemua perkara ini tidak dinafikan menjadi pendorong kepada perlakuanperlakuan maksiat dan perzinaan. Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr r.a rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
[quote][center]"Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina dijalanan
sebagaimana keldai. Aku bertanya: Adakah itu akan terjadi? Jawab Baginda:" Ya!
Nescaya akan terjadi".
(Riwayat Ibnu Hibban, At-Tabrani)
[/center][/quote]


[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,[/b]

Pada hakikatnya, fenomena yang merosakkan keturunan dan memporak perandakan umat manusia kini berada pada tahap yang amat serius dan mesti ditangani segera oleh semua pihak. Antara langkah-langkah yang mesti dilakukan segera oleh umat Islam ialah:
[b]
Pertama :[/b] Mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menghidupkan budaya ilmu di kalangan umat Islam. Peranan institusi keluarga mentarbiyah dan mengawasi pergerakan anak-anak mestilah dipertingkatkan dan memastikan hanya Islam sebagai asas pembinaan keluarga ke arah " Baiti Jannati " (Rumahku Syurgaku).
[b]
Kedua :[/b] Penjanaan dan pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi melahirkan kesedaran dan kefahaman yang boleh memandu generasi pelajar ke arah penghidupan yang positif berlandaskan agama yang dipraktikkan.
[b]
Ketiga : [/b]Masyarakat hendaklah berperanan membendung gejala pergaulan bebas di kalangan remaja dan muda-mudi. Konsep " Ad-Din
Nasihah" (Agama Itu Nasihat), penyusunan aktiviti dan program hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala ini. Peranan masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan ahli masyarakat hendaklah jauh lebih proaktif dalam mewujudkan suasana yang aman dan selesa.
[b]
Keempat : [/b]Tanggungjawab kerajaan melaksanakan penguatkuasaan undangundang berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu
melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan pelacuran dan persundalan. Aktiviti-aktiviti pergaulan bebas terutamanya di kalangan generasi muda haruslah disekat dengan cara yang sebaiknya.

[b]Kelima : [/b]Mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya berkahwin untuk menjauhi perbuatan zina. Dengan cara inilah
mereka akan mendapat nikmat perhubungan suami isteri yang sah dan zuriat yang suci untuk menyambung keturunan mereka.
Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nur ayat 32;
[quote][center]"Dan kahwinkanlah orang bujang di kalangan kamu dan orang yang layak
(berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada
limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya), lagi Maha
Mengetahui".
[/center][/quote]

[b]Keenam : [/b]Meyakini dengan pendekatan Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah ini. Pihak berkuasa pula hendaklah memainkan peranan yang amat penting bagi melaksanakan hukum Islam dalam usaha menegakkan yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar. Kita hanya meyakini sekiranya Islam ditegakkan baharulah masalah-masalah ini akan selesai. Pihak kerajaan juga disarankan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan gejala seks bebas daripada terus berleluasa, antaranya;
[b]1. [/b]Membenarkan pihak polis memeriksa telefon bimbit remaja untuk
mengelakkan mereka daripada menyimpan bahan-bahan lucah.
[b]2. [/b]Menguatkuasakan peraturan bagi menghalang remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 malam.
[b]3. [/b]Menyekat laman web lucah, mengawal siber kafe dan penjualan perisian tidak bermoral


[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,[/b]

Apabila seseorang itu melakukan perzinaan, bererti dia telah mengaibkan diri dan ahli keluarganya sendiri. Ini kerana perbuatan zina bukan sahaja menyalahi etika hidup manusia bertamadun, bahkan ianya juga melanggar tatasusila dan tuntutan agama. Apabila wanita ini hamil dan melahirkan anak hasil perzinaan, maka anak ini tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, lantaran itu ia hanya boleh dinasabkan kepada ibunya sahaja. Sekalipun si ibu berkahwin dengan lelaki itu, ia tetap tidak dianggap sebagai anaknya yang sah.

Inilah antara nasib malang yang terpaksa ditanggung oleh anak disebabkan dosa yang telah dilakukan oleh ibubapanya. Bahkan apa
yang lebih buruk lagi, anak-anak yang baru dilahirkan ini dibuang begitu sahaja atau dibunuh dengan berbagai cara semata-mata untuk menutup kesalahan yang telah mereka lakukan. Masalah zina ini, sebenarnya masalah kerakusan dan keserakahan syahwat. Cumanya, natijah syahwat zina ini amat merisaukan umat manusia yang waras. Ianya boleh meruntuhkan keharmonian institusi kekeluargaan, menggugat struktur pewarisan harta, menjejaskan keamanan sosial di mana akan timbul daripadanya gejala penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Oleh itu, perbuatan zina ini dianggap kesalahan jenayah yang wajib dijatuhkan hukuman jenayah syariah apabila memenuhi syaratnya. Bahkan Islam memandang serius jenayah zina ini kerana kesannya kepada sosial amat mengerikan.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,

[/b]Allah S.W.T. telah memberikan ancaman keras kepada perbuatan terkutuk ini agar manusia merasa takut untuk mendekati zina, apatah lagi melakukannya.
[center][quote]"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiaptiap
seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam
menjalankan hukuman Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh
sekumpulan daripada orang yang beriman".
(An-Nur : 2) [/quote][/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#8B0000"][size="4"][center][b]“JANGAN DIUNDANG KEMURKAAN ALLAH”[/b][/center][/size][/color]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,[/b]

saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mengingkari perintah Allah bermakna kita sengaja mengundang kemurkaan-Nya sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Israk ayat 16 yang dibacakan tadi yang bermaksud:

[center][quote]"Apabila sampai saat Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah
negeri, Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang yang melampaui batas dengan
kemewahan antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan
melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya".[/quote][/center]

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Sejak kebelakangan ini kita dapati pelbagai bencana alam yang merunsingkan telah berlaku seperti ancaman tsunami, gegaran bumi, ribut kencang dan lain-lain lagi. Ada kalanya hujan turun dengan kadar yang banyak bukan pada kebiasaan musimnya. Ada kalanya pula cuaca menjadi terlalu panas sehingga ke tahap membahayakan kesihatan manusia. Para Saintis mengkaji dan mengemukakan pelbagai teori yang antaranya mengklasifikasikan senario ini sebagai pemanasan global.

Dari satu sudut yang lain, kita tidak boleh menafikan bahawa senario begini adalah permulaan amaran Allah SWT., kesan dari kerosakan yang dilakukan manusia kepada alam ini. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41;

“Telah nyata pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oIeh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat)".

Namun terlalu sedikit di kalangan kita yang ingin mengambil iktibar di sebalik sesuatu yang ditimpakan Allah SWT. Mereka lebih meyakini teori dan pandangan manusia yang hanya bersandarkan pengalaman berbanding ancaman Allah SWT.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Apabila Allah SWT. menurunkan sesuatu bala bencana, sudah pasti ada sebab dan musababnya. Sama ada disebabkan oIeh kezaliman, kemaksiatan, kelalaian terhadap peringatan-peringatan Allah atau mungkin juga sebagai suatu dugaan untuk menguji tahap keimanan hamba-hamba-Nya.

Apa yang jelas, apabila bala bencana itu turun, ia tidak memilih sesiapa walaupun ianya berpunca daripada sebahagian pihak sahaja. Firman Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 25:

[quote][center]“Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa
bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di kalangan
kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahuilah
bahawa Allah Maha Berat azab-Nya".[/center][/quote]

Pada 26.12.2004 Peristiwa Tsunami telah berlaku dan mengorbankan ribuan nyawa. Masihkah kita ingat lagi, di saat umat Islam bersedia meraikan ‘Iduladha, negara kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh; yang mengorbankan 4 nyawa dan ramai lagi kehilangan tempat tinggal mereka. Kini, setelah lama berlalu, kita mula dirisaukan lagi dengan gegaran-gegaran bumi yang berlaku di negara-negara jiran?. Apakah kita masih merasa selesa lantaran bencana tersebut tidak berlaku di tempat kita?.

Begitulah antara siri-siri ujian atau mungkin juga bala bencana yang berlaku dan akan terus berlaku seandainya manusia masih lagi berpaling daripada peringatan-peringatan Allah SWT. Ujian atau bala bencana itu tidak terhenti sekadar itu sahaja . . .Ia mungkin berulang selagi mana manusia masih takabbur, angkuh, sombong dan bangga diri.

Dengan peristiwa seperti ini, sepatutnya membuka mata hati kita semua supaya segera bertaubat, mentaati dan berserah diri hanya kepada Allah.

Manusia tidak seharusnya menyalahkan takdir Allah semata-mata, sedangkan peristiwa-peristiwa malang yang berlaku adalah kerana kerakusan, ketamakan dan kesombongan mereka sendiri. Malang sekali kerana peristiwa sebegini jarang dijadikan iktibar dan panduan. Hanya sekejap sahaja menimbulkan rasa gerun kemudian dilupakan begitu sahaja.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Bala bencana boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada siang atau malam tanpa sebarang amaran. Allah juga mengingatkan manusia di muka bumi ini supaya jangan terlalu yakin bahawa mereka terkecuali daripada ditimpa bencana. Ingatlah apabila manusia leka dan membiarkan kemaksiatan bermaharajalela, maka itu merupakan isyarat bahawa mereka bakal diruntuh dan dihancurkan oIeh Allah SWT. Perkara ini telah pun dibuktikan oIeh Allah SWT.

kepada kaum-kaum terdahulu supaya menjadi pengajaran kepada kita contohnya seperti kaum Nabi Lut ‘Alaihis-Salam yang mengamalkan hubungan sesama jenis, akhirnya dihancurkan dan dilenyapkan dari muka bumi Allah ini. Begitu juga dengan kaum Nabi Hud, kaum Nabi Saleh dan lain-lain lagi yang ditimpakan bencana oIeh Allah disebabkan keingkaran mereka.

Kita tidak nafikan bahawa segala punca kemurkaan yang mendekatkan kita dengan bala bencana Allah SWT. telah berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Antaranya adalah kerana;

[b]Pertama:[/b] Terlalu banyak kemungkaran dan maksiat yang dilakukan seperti bunuh, rogol, rompak dan lain-lain lagi.

[b]Kedua: [/b]Berleluasanya Pergaulan bebas di kalangan remaja seperti di Taman-taman Rekreasi, di Tempat-tempat Hiburan atau di mana jua sehingga berlakunya maksiat perzinaan yang menghasilkan kes pembuangan bayi.

[b]ketiga :[/b] Anak-anak menderhaka kepada kedua ibu bapanya sehingga sanggup meninggalkan mereka yang telah tua di rumah-rumah kebajikan.

[b]Keempat:[/b] Amalan rasuah menjadi-jadi dan dianggap amalan biasa sama ada di
peringkat bawahan mahu pun di peringkat atasan.

Apa yang menyedihkan, Pusat-pusat Hiburan tumbuh bagaikan cendawan, para artis menjadi pujaan, teguran dan nasihat ulama tidak dihiraukan, malahan mereka pula menjadi bahan hinaan.

Selain itu, tidak kurang juga manusia-manusia jahil yang mendakwa memiliki pelbagai keramat dan 'azimat sehingga ada yang mengakui bahawa pemimpin mereka yang telah mati sebenarnya tidak mati tetapi ghaib yang kononnya dikatakan akan kembali hidup semula. Malah ada juga yang mengaku sebagai rasul kaum atau nabi baru, wali dan sebagainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari keuntungan diri sendiri dengan cara menyesatkan orang lain. Ke semuanya ini hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

[b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b]

Dalam suasana kemungkaran yang berleluasa di sekeliling kita, alangkah baiknya jika para ilmuan, para pemimpin, organisasi dan politik, usahawan, remaja, belia dan para pencinta agama dapat disatukan fikrah dan pendirian
mereka seterusnya bersama-sama pihak berwajib membanteras segala kemungkaran dan anasir-anasir yang membawa kerosakan

Bagi mengelakkan bala bencana Allah ini, marilah kita kembali kepada ajaran Islam dan menjadikannya sebagai landasan kehidupan serta bersabar dalam menghadapi segala bentuk ujian daripada Allah SWT.

Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah dan segera bertaubat memohon kerahmatan-Nya dan berdoa supaya terhindar daripada mala petaka yang tidak diingini. Jauhilah diri kita daripada terjebak ke dalam perkara-perkara
maksiat dan mungkar.

[quote][center]"Sehingga aku berkata (kepada mereka), mohonlah ampun kepada Tuhan
kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun".
(Noh : 10)[/center][/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="4"][color="#808080"][b]“MEMBANGUN MASYARAKAT MITHALI”

[/b][/color][/size][/center][b]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,[/b]

Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha melaksanakan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

[b]Sidang Jumaat Yang Mulia,[/b]

Masyarakat Mithali ialah masyarakat contoh yang diisi dengan ilmu, amal dan iman yang dibangunkan untuk membawa tugas besar menyinambungkan apa yang pernah dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tugas membangunkan Masyarakat Mithali dalam suasana cabaran hari ini memerlukan kesungguhan atau mujahadah yang tinggi untuk mencapai darjah kejayaan. Hanya kekentalan yang jitu berbekalkan ilmu dan kefahaman yang jelas serta kematangan bertindak mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Dewasa ini kita melihat satu-persatu akidah umat Islam kian goyah, satu persatu Institusi Keluarga rebah, gejala sosial menjadi semakin parah. Justeru, umat Islam perlu segera bertindak untuk merawat kemelut yang ada demi untuk mengembalikan semula Masyarakat Mithali agar ia dihurmati lagi disanjungi oleh kawan dan lawan.

Adalah Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk segera berjihad mengembalikan kewibawaan umat Islam yang telah pudar kepada keagungan dan kewibawaan yang tinggi. Kita perlu mereformasikan umat Islam agar segera bangun untuk mengubah sikap, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih positif.
[center]Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’du ayat 11:[/center]
[quote]
[center]“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
[/center][/quote]


Perubahan yang dituntut kepada umat Islam ialah perubahan yang berani berhadapan dengan cabaran arus perdana untuk mampu berdaya saing dan mencari jalan keluar daripada tohmahan mundur, lemah, pasif dan jumud kepada maju, kuat, aktif dan bertamadun. Ini menuntut kepada umat Islam berbuat sesuatu untuk kembali menjadi Masyarakat Mithali:

[b]Pertama: [/b]Kita mesti mampu membudayakan penguasaan ilmu di semua bidang dan membudayakan ‘iqra’ (pembacaan) dalam semua sudut bagi memperkasakan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Keutamaan dengan mempelajari, mendalami dan mengetahui dasardasar Islam serta hukum-hakamnya serta mampu bersaing di persada dunia dengan melahirkan ilmuan-ilmuan yang pakar dalam bidang sains, teknologi, politik, ekonomi, pertahanan dan lain-lain. Kita yakin mampu berjaya serta bersaing lebih jauh lagi sehingga digeruni oleh musuh-musuh Islam. Firman Allah SWT. dalam Surah Ali ’Imran ayat 139:
[quote][center]“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita padahal
kamulah orang yang tertinggi (kedudukannya di sisi Allah) jika kamu orang yang
(benar-benar) beriman”.
[/center][/quote]

Jelaslah hanya dengan memahami Islam, beriman dan menguasai ilmu pengetahuan sahajalah umat Islam akan kembali gemilang.


[b]Kedua: [/b]Kita mesti mampu membawa keluarga dan masyarakat kita ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Keluarga Mithali dan masyarakat yang dibina berasaskan tauhid kepada Allah SWT. adalah jaminan terbinanya “Qaryati Jannati” sekaligus menjadi pemangkin kewujudan Masyarakat Mithali.
[quote][center]Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6:
“Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu
dari api neraka”.
[/center][/quote]

Keruntuhan Institusi Keluarga akan mengakibatkan kegagalan Masyarakat Mithali dan kesannya terhadap umat Islam menjadi semakin lemah.


[b]Ketiga: [/b]Umat Islam mestilah memperkasakan tarbiyyah untuk anak-anak. Pengabaian tarbiyyah terhadap anak-anak akan mengundang kewujudan masyarakat yang rosak tersasar daripada landasan akidah Islam. Hari ini berleluasanya gejala sosial adalah hasil daripada tidak pedulinya ibu bapa dan masyarakat terhadap tarbiyyah. Justeru, adalah menjadi kewajipan atas bahu kita membina tarbiyyah dan membentuk anak-anak mengikut acuan Islam.
[center]Firman Allah dalam surah Ibrahimayat 40:[/center]
[quote]
[center]“Wahai Tuhanku!, Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami!, perkenankanlah doa
permohonanku”.
[/center][/quote]


[b]Keempat:[/b] Mendirikan dan memelihara ibadah solat. Dengan mendirikan solat itulah sebenarnya tertegaknya syiar-syiar Islam. Ia adalah taubat terpenting yang apabila disempurnakan, maka Allah akan menyempurnakan urusan-urusan lain bagi hamba-Nya. Namun apabila gagal mendirikannya, maka Allah SWT. akan menggagalkan urusannya. Hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w :
[center][quote]“Sesungguhnya amalan yang pertama dihisab (dihitung) pada seorang hamba di akhirat ialah solatnya, maka sekiranya baik solatnya, sesungguhnya dia
termasuk dalam golongan yang menang dan berjaya, dan sekiranya rosak solatnya, maka dia termasuk dalam golongan yang kecewa dan rugi”.
[/center][/quote]

[b]
Kelima:[/b] Menjana penyatuan dan perpaduan ummah berteraskan Islam dan atas dasar taqwa kepada Allah. Hanya perpaduan atas dasar inilah masyarakat Islam akan dipandang hebat dan kuat tetapi sebaliknya perpaduan dan penyatuan atas dasar perkauman, keturunan atau atas dasar harta tidak menjamin kecemerlangan umat Islam. Firman Allah SWT. dalam Surah Ali-‘Imran ayat 103:
[center][quote]“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai”.[/quote]
[/center]

[b]Keenam: [/b]Kembali menegakkan hukum-hakam Allah. Pembinaan Masyarakat Mithali tidak akan terlaksana sekiranya kita masih gagal meletakkan hukum-hakam dan peraturan Allah di puncaknya untuk dirujuk sebagai undang-undang dan peraturan. Kita melihat gejala riddah (murtad), gejala sosial yang melampau sehingga peringkat pembuangan bayi dan sebagainya berleluasa kerana penyelesaiannya tidak dirujuk kepada Islam. Kita yakin selama mana tidak ditegakkan hukum Allah Masyarakat Mithali akan hanya tinggal ungkapan semata.
[center]Firman Allah SWT. dalam surah Al-Maidah ayat 49: [/center]
[quote][center]“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
bahawasanya Allah mahu menimpakan mereka musibah (di dunia) disebabkan sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Sesungguhnya kebanyakan daripada
umat manusia itu adalah orang yang fasiq”.
[/center][/quote]


[b]Sidang hadirin sekalian,[/b]

Marilah kita kembali kepada Islam dan memastikan undang-undang dan peraturan Allah dapat ditegakkan sebagai penyelesaian tunggal terhadap kemelut yang ada. Tegakkanlah Islam dalam rumahtangga kita, dalam masyarakat kita dan seterusnya dalam keseluruhan hidup kita. Ketahuilah tugas dan peranan mengembalikan Masyarakat Mithali yang dihurmati lagi disanjungi adalah tanggungjawab kita bersama.


[center][quote]“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu
dan menjadi hidayah serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam”.
(An-Nahl:89)
[/center][/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][size="5"][color="#708090"][b]“PENGHAYATAN KORBAN”[/b][/color][/size][/center]

[b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian.[/b]

Pada hari ini kita masih meneruskan tahmid dan takbir kita sebagai tanda seorang hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT. Menyembelih korban itu adalah bukti pengorbanan seorang hamba untuk tujuan beribadah kepada-Nya. Mudah-mudahan segala pengorbanan, kebajikan dan amal soleh kita akan diterima oleh Allah dan ianya menjadi saksi kebaikan kita di dunia dan di akhirat kelak.

[b]Sidang Jumaat Yang Berbahagia,[/b]

Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as ketika peristiwa korban anaknya Nabi Ismail, adalah suatu manifestasi ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah SWT. Daripada peristiwa inilah telah disyariatkan dan dihubungkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah SWT dalam Al-Quran ini adalah lambang ketaqwaan seorang hamba terhadap penciptanya.

Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran dan iktibar darinya. Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 111:
[quote][center]“Sesungguhnya kisah para nabi itu mengandungi pengajaran bagi orangorang yang mempunyai akal fikiran. Al Quran itu bukanlah cerita-cerita yang [/center][center]direka, tetapi ia menjelaskan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang [/center][center]sebelumnya, dan sebagai keterangan yang menjelaskan segala sesuatu,[/center][center]serta menjadi hidayah dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.[/center][/quote]



Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah SWT yang menciptakan dirinya. Semoga kesan penghayatan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihima as-salam itu akan dapat memotivasikan dan mendorong diri kita agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT.

Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita ialah; adakah kita hari ini telah menjadi seorang hamba yang benar-benar memiliki ciri-ciri pengorbanan yang sama seperti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihima as-salam?

[b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,[/b]

Kisah kehidupan Rasulullah SAW itu jika dikaji dan difahami, jelas memaparkan kepada kita bahawa perjalanan hidup Rasulullah SAW itu sebenarnya penuh dengan pengorbanan diri, pengorbanan emosi, harta dan jiwa raga yang berlaku secara langsung kepada baginda SAW. Oleh itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada kita agar menjadikan kehidupan Rasulullah SAW sebagai contoh tauladan yang unggul. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 21:[center][quote]“Sesungguhnya,bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah SWT”.[/quote][/center]


Firman Allah ini memberi gambaran bagaimana Rasulullah SAW sentiasa berhadapan dengan ujian dan tekanan. Namun dengan jihad dan pengorbanan yang tinggi sahajalah ianya mampu ditangani. Maka umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa dalam kehidupan mereka mestilah ada konsep pengorbanan yang perlu dicatatkan sebagai suatu perkara yang mesti diperjuangkan dalam kehidupan ini bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

[b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,[/b]

Pertembungan antara hak dan batil adalah suatu sunnatullah. Ini adalah kerana kedatangan Islam itu adalah untuk menghancurkan dan
menghilangkan kebatilan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 81:
[quote][center]Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil (kufur dan syirik); Sesungguhnya yang batil itu pasti akan[/center][center]lenyap".[/center][/quote]



Lantaran itu, untuk melihat Islam itu dimuliakan dan dimenangkan mengatasi kepercayaan dan cara hidup yang lain, maka umat Islam perlulah sanggup bersedia untuk berkorban demi Islam. Satu persoalan yang mungkin timbul: adakah umat Islam hari ini telah memiliki jiwa yang sanggup berkorban untuk mempejuangkan agama mereka?.

Sejarah kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahawa mereka sanggup berjuang demi agama yang tercinta ini. Setelah kematian bapa sauda dan isterinya pada tahun
kesepuluh kerasulan, tekanan, ugutan bunuh dan penindasan dilakukan terhadap Nabi bertambah hebat, namun demi Allah dan agama yang tercinta, Baginda tetap bersabar dan bertawakal bahawa hanya Allah sahaja yang dapat memberi pertolongan. Rasulullah pernah membawa diri ke Taif untuk meminta perlindungan daripada ancaman di Mekah. Namun di sana, banyak tekanan dan kezaliman seperti dilempar batu, duri dan najis akan tetapi Rasulullah tetap bersabar dan memohon agar mereka diberikan hidayah dan petunjuk. Rasulullah dan para sahabatnya berkorban meninggalkan tanah air tercinta iaitu Mekah dan berhijrah ke Madinah semata-mata untuk membina kekuatan Islam sekalipun di bumi yang jauh lagi asing. Sebelum berhijrah ke Madinah, golongan kafir Quraisy cuba mengepung dengan niat hendak
membunuh Baginda, namun Allah SWT menyelamatkannya sehingga terlepas daripada usaha jahat mereka.

Tidak beberapa lama Rasulullah di Madinah, beberapa siri peperangan untuk mempertahankan Islam telah berlaku. Antaranya adalah peperangan Badar Kubra. Peperangan ini adalah lambang jihad dan pengorbanan tinggi Rasulullah dan sahabat seramai 313 orang berhadapan dengan 1000 tentera musuh. Namun dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi, akhirnya umat Islam memperoleh kemenangan.

Antaranya juga sejarah peperangan Tabuk telah mengajar kita erti pengorbanan harta, jiwa dan tenaga yang dipaparkan oleh Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat yang lain dengan menginfaqkan sebahagian besar harta mereka untuk membiayai jihad peperangan membela Islam. Malah terlalu banyak siri-siri peperangan lain yang menggambarkan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan akidah dan Islam yang seharusnya dihayati oleh generasi hari ini.

Semangat inilah yang telah berjaya mengangkat Islam sebagai suatu cara hidup yang menguasai dunia selama lebih 1400 tahun lamanya. Mereka sanggup “berkorban” dengan harta dan nyawa demi kerana Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujarat ayat 15:[center][quote]“Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.[/quote][/center]

[b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,[/b]

Untuk menjadi umat yang terbaik, ‘khaira ummah’, perlulah kita memiliki pemikiran, perasaan dan sikap yang sanggup “berkorban” seperti yang telah ditunjukkan oleh generasi yang terdahulu itu. Lihatlah bagaimana musuhmusuh umat Islam yang diketuai oleh Zionis hari ini begitu rakus dalam menguasai dunia umat Islam serta menyebar-luaskan ideologi kapitalisma ke seluruh dunia Islam.

Realiti di bumi Palestin khususnya di Ghaza, Iraq, Afghanistan dan beberapa negara lain memberikan gambaran jelas kepada kita akan sikap dan tindak tanduk mereka yang sentiasa rakus memusuhi Islam. Kuncukuncu, mereka Amerika Syarikat sanggup mengorbankan harta dan nyawa rakyatnya semata-mata untuk memastikan ideologi kapitalisma yang mereka anuti itu tersebar ke seluruh dunia khususnya ke bumi umat Islam.

[b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,[/b]

Umat Islam wajib berkorban dan berjihad dengan apa sahaja untuk mempertahankan dan membela negara dan umat Islam yang ditindas oleh musuh Islam, baik berupa wang ringgit, ketenteraan, perubatan,
pendidikan, pembangunan mahupun tenaga kerja manusia dan lain-lain.

Sekiranya pengorbanan dan jihad umat Islam tidak digandakan, tidak mustahil akan berlaku cengkaman terhadap negara Islam. Umat Islam di bumi Palestin, bumi tempat terletaknya masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan masjid ketiga mulia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini masih lagi berada di bawah kekuasaan rejim kufur Yahudi laknatullah. Begitu juga nasib umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara secara keseluruhan masih lagi berada dibawah penguasaan kufur secara langsung mahupun tidak langsung.

Justeru, bagi mengembalikan kedaulatan Islam dan umat Islam, suatu pengorbanan dari seluruh dunia umat Islam amat diperlukan. Adakah kita umat Islam hari ini telah bersedia untuk melakukan pengorbanan seiring dengan sambutan hari raya korban yang diraikan di seluruh dunia?.

[b]Sidang Jumaat Yang Berbahagia,[/b]

Kita yang memiliki jiwa berkorban akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah SWT samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah SWT dalam usaha kita untuk mendapatkan keredhaan-Nya, walaupun kita terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawa. Kita wajar memahami bahawa kewujudan kita di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada perintah Allah SWT

[quote][center]“ Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (iaitu samada dalam keadaan susah atau senang, bersemangat atau tidak bersemangat); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. [/center][center](At-Taubat:41)[/center][/quote]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="1"]khutbah pada 17.12.10 dinegeri2 daerah selangor[/size][/font][/font]
[font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][b]
[/b][/font][/font]
[font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][b]
[size="5"][color="#2E8B57"][color="#000000"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="3"][b][size="5"][color="#2E8B57"] [/color][/size][/b][/size][/font][/color][center][color="#000000"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="3"][b][size="5"][color="#2E8B57"] [/color][/size][/b][/size][/font][/color]"HIJRAH MENTRANSFORMASI UMMAH (SEMPENA MAAL HIJRAH)"[color="#000000"][size="3"][b][size="5"][color="#2E8B57"] [/color][/size][/b][/size][/color][/center][color="#000000"][size="3"][b][size="5"][color="#2E8B57"] [/color][/size][/b][/size][/color]
[/color][/size][/b][/font][/font][color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][/size][/font][/color][/size][/font][/color]
[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah S.A.W. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan akhirat.[/size][/font][/color]
[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"] [/font][/color]
[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W ke Kota Madinah yang telah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu merupakan satu titik permulaan transformasi bagi masyarakat Madinah secara keseluruhannya. Kedatangan Baginda telah menyatukan Kabilah Aus dan Khazraj, mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin, bahkan Baginda telah dapat menundukkan golongan Yahudi Madinah agar menerima perjanjian damai yang ditawarkan oleh Baginda. Budaya hidup berpuak-puak pada ketika itu telah berjaya diubah oleh Baginda menjadi masyarakat yang bersatu-padu serta saling sayang menyayangi sesama mereka. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hasyr ayat 9:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Dan orang - orang (Ansar) yang mendiami Kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak pula dalam hati mereka perasaan irihati terhadap apa-apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, serta mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu melebihi diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (sangat memerlukan pemberian itu), dan (ingatlah) sesiapa yang dipelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] Tuntutan hijrah dalam suasana masyarakat pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat 26:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Dan berkatalah Ibrahim: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i] [/i]Walaupun Negara kita telah mencapai kemerdekaan semenjak 53 tahun yang lalu, namun hakikatnya penjajahan minda terhadap umat Islam masih lagi tiada kesudahannya. Sejak akhir-akhir ini, kita dapati masyarakat Islam semakin kerap dihadapkan dengan pelbagai gejala yang mengancam akidah, moral dan pemikiran mereka. Suatu ketika, akidah umat Islam diancam dengan kemunculan fahaman-fahaman baru yang mengugat kesucian agama Islam. Dalam masa yang sama, keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam pada hari ini semakin membimbangkan. Pelbagai bentuk gejala sosial yang berlaku ini membuktikan bahawa tahap akhlak mereka sudah semakin parah.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] Kewujudan media elektronik seperti televisyen, internet dan lain-lain lagi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengaut keuntungan peribadi. Siaran-siaran atau rancangan serta paparan yang dipertontonkan lebih banyak mengandungi nilai-nilai negatif. Akibatnya minda umat Islam terutamanya di kalangan belia dan remaja mudah terpengaruh sehingga merosakkan nilai dan budaya hidup insaniyyah yang diajarkan oleh Islam.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Oleh kerana itu, semangat hijrah pada tahun ini seharusnya dapat diterjemahkan ke arah mentransformasikan atau merubah minda umat Islam terlebih dahulu agar kembali mentaati segala ajaran yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T dalam surah Az-Zariat ayat 50:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka: Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya Aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Usaha mentranformasikan ummah seharusnya mencakupi tiga ruang lingkup utama yang tidak pernah lekang dari kehidupan seharian manusia iaitu;[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Pertama : Transformasi atau perubahan ekonomi.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Kedua : Transformasi atau perubahan nilai dan budaya masyarakat.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Ketiga : Transformasi atau perubahan siasah.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Kedudukan ekonomi umat Islam pada hari ini secara umumnya tidaklah sebaik ekonomi bangsa-bangsa lain. Beberapa kajian juga mendapati bahawa ekonomi umat Islam kini berada pada tahap yang membimbangkan. Keadaan ini jika tidak diperbaiki dengan segera akan diambil kesempatan oleh kuasa luar untuk mengeksploitasi atau menindas ekonomi umat Islam. Ini sudah tentu akan memberikan kesan yang besar kepada kuasa politik umat Islam dimana akhirnya mereka akan kecundang dan terpinggir dari arus utama dunia. Oleh itu, usaha mesti dimulakan segera dengan melaksanakan jihad ekonomi. Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi ummah, maka selama itu jugalah umat Islam akan terus dipandang hina oleh bangsa-bangsa lain. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut ayat 69:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]"[i]Dan orang -orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik[/i][i]"[/i][i].[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Salah satu cabaran yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk tujuan itu, setiap umat Islam seharusnya menunaikan kewajipan bantu-membantu dalam menguatkan ekonomi sesama umat Islam; yang kaya membantu yang miskin dan yang kuat membantu yang lemah. Perkara ini bertepatan dengan tuntutan Allah S.W.T sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Hasyr ayat 7 :[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]" Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu..."[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Sekiranya kita memiliki kuasa ekonomi dan beriman serta beriltizam, maka kita akan menjadi umat yang memiliki kekuatan. Namun sekiranya ekonomi kita lemah, maka tidak mustahil kita akan menjadi peminta sedekah dari orang lain.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Kita menyambut Maal Hijrah pada setiap tahun dengan harapan untuk membangunkan umat Islam menjadi umat yang terbaik sebagaimana kejayaan Rasulullah S.A.W membangunkan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah Al-Munawwarah. Namun dalam masa yang sama, kita sebenarnya masih lagi berhadapan dengan cabaran dan krisis pertembungan budaya. Krisis yang berlaku ini ditambah pula dengan anasir-anasir luar yang sengaja ingin memecahbelahkan perpaduan di kalangan masyarakat kita. Selain dari itu, kegagalan memahami budaya antara kaum juga melebarkan lagi jurang persefahaman di kalangan pelbagai kaum di negara kita. Malahan akhir-akhir ini sudah wujud kebimbangan tentang nilai perpaduan yang sudah semakin susut di kalangan masyarakat kita. Oleh kerana itu, kita seharusnya berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan kita. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 30:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"[/i][i] [/i][i]Mereka memikirkan tipudaya dan Allah menggagalkan tipudaya itu, dan Allah sebaik-baik pembalas tipudaya[/i][i]"[/i][i].[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Justeru, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini merupakan medan terbaik untuk kita memulakan transformasi menyatupadukan semula ummah agar hidup rukun dan damai sekalipun berbeza latar belakang politik dan kedudukan. Perbezaan-perbezaan ini tidak seharusnya menjejaskan hubungan silaturrahmi bahkan ia sepatutnya dijadikan sebagai titik pertemuan untuk melahirkan sikap keprihatinan dan hormat-menghormati sesama kita. Firman Allah S.W.T dalam surah As-Saba' ayat 15:[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan): " Makanlah olehmu dari rezeki yang (di anugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya; (Negerimu) adalah negeri yang terbaik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun".[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Transformasi atau perubahan ummah tidak akan berjaya tanpa melibatkan pemerintahan dalam sesebuah Negara. Maka transformasi siasah juga amat penting dalam pemerintahan Negara kita agar mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan menepati status "Baldatun Thayyibatun" (Negara yang Sejahtera). Sistem pemerintahan mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus supaya setiap lapisan rakyat akan mendapat manfaatnya. Amalan-amalan rasuah, penyelewengan kuasa, pecah amanah dan sebagainya yang berlaku di kalangan pentadbir pelbagai peringkat mesti diatasi dengan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa. Sesungguhnya sesebuah pemerintahan yang adil dan telus akan memberikan kesan yang besar dalam transformasi ummah di Negara ini. Sejarah umat Islam telah membuktikan bahawa apabila sesebuah pemerintahan dilaksanakan denmgan sebaik-baiknya, maka masyarakatnya dapat dibangunkan dan dikembangkan dengan baik. Sebaliknya apabila pemerintahan itu tidak dilaksanakan dengan baik, maka seluruh Negara dan rakyatnya akan mengalami kehancuran. Rasulullah S.A.W. telah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bermaksud;[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Apabila hilang amanah maka tunggulah saat kehancurannya. Baginda lalu ditanya bagaimanakah hilangnya amanah itu? Baginda menjawab; Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".
[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][right][i](Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)[/i][/right][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][b]Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,[/b][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"] Sempena kehadiran tahun hijrah ini, marilah kita melihat semula di dalam diri kita; apakah kita sudah melakukan perubahan dari kesalahan dan kesilpan yang lalu?, Apakah kita telah melaksanakan penambah-baikan pada diri, keluarga dan masyarakat kita?. Justeru, marilah kita mempertingkatkan mujahadah untuk memperbaiki taraf kehidupan kita.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu, dan tidak ada sesipa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya".[/i][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][right] [i](Ar-Ra'd:11)[/i][/right][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][center][b]KHUTBAH KEDUA[/b][/center][/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. [/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"]Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.[/size][/font][/color]

[color="#333333"][font="Tahoma, Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif"][size="2"][i]Khutbah Jumaat Bacaan 17 Disember 2010[/i][/size][/font][/color]


[i]
[/i][/size][/font][/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size=3]ni bukan khutbah... :D[/size]

[center][size=5][url="http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/6948-bersms-ketika-khutbah-jumaat"][color=#b22222]Ber'SMS' ketika khutbah Jumaat[/color][/url][/size][/center]
[left]

[size=3][color=#000000][font=Arial, Helvetica, sans-serif]Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.[/font][/color]

[color=#000000][font=Arial, Helvetica, sans-serif]Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.

Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) .

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) .

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr[2].

------------------------------------
Soalan:

Saya buat masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?

Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :

الحمد لله إن استمعت ولو لم تفهم فأنت على خير إن شاء الله ، ورخص بعض أهل العلم للذي لا يفهم لغة الخطبة أن يتشاغل بالذكر أو القراءة شريطة أن لا يشوّش على غيره ممّن يستمع الخطبة ، والذي أميل إليه أنه عليه الاستماع ولو لم يفهم .

Alhamdulillah. Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama' yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah mendengar walaupun anda tidak memahaminya.

--------------------------------------------

Bukan setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak digalakkan. Malah menurut ulama', menjawab SALAM dan mengucap Tashmit keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah[3] (8/242) :

لايجوز تشميت العاطس، ولا رد السلام، والإمام يخطب على الصحيح من أقوال العلماء؛ لأن كلامنهما كلام، وهو ممنوع والإمام يخطب؛

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"

Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :

وعن يحيى بن سعيد الأنصاري قال : ( السنة إذا قعد الإمام على المنبر يوم الجمعة ، يقبل عليه القوم بوجوههم جميعاً )

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"

وعن نافع : ( أن ابن عمر كان يفرغ من سبحته بوم الجمعة قبل خروج الإمام ، فإذا خرج لم يقعد الإمام حتى يستقبله )

Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.

(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

فينبغي للمؤمن في الجمعة أن ينصت ويخشع ويحذر العبث بالحصى أو غيره ، وإذا سلم عليه أحد أشار إليه ولم يتكلم ، وإن وضع يده في يده إذا مدها من غير كلام فلا بأس كما تقدم ، ويعلمه بعد انتهاء الخطبة أن هذا لا ينبغي له ، وإنما المشروع له إذا دخل والإمام يخطب أن يصلي ركعتين تحية المسجد ولا يسلم على أحد حتى تنتهي الخطبة ، وإذا عطس فعليه أن يحمد الله في نفسه ولا يرفع صوته .

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".

Jelas fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan yang anda nyatakan itu, maka "Adalah dikatakan telah lalai Jumaat seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar mesej SMS melalui handphone". Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat, menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan, sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke, GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain adalah dilarang (secara umumnya).

wallahu' alam

-wassalam-[/font][/color]

[color=#000000][font=Arial, Helvetica, sans-serif][url="http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/6948-bersms-ketika-khutbah-jumaat"]http://bm.harakahdai...-khutbah-jumaat[/url][/font][/color][/size][/left]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]SIHAT TANPA MAKSIAT [/b]

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: “ SIHAT TANPA MAKSIAT”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sejak sekian lama umat Islam telah diperingatkan oleh Allah SWT menerusi ayat-Nya bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Saiyidina Ali RA pernah berkata “ Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku”. Justeru, di dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT, manusia ini juga dapat digolongkan kepada dua golongan. Golongan pertama mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah SWT, golongan kedua mereka yang ingkar dangan ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 24:

[i]Maksudnya : “ Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; Adakah kedua-dua golongan itu sama keadaannya, maka tidakkah kamu mengambil peringatan. ”[/i]

Orang-orang yang beriman, mereka menyerahkan kehidupannya hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada selain daripada Allah. Mereka lebih mementingkan keredhaan Allah daripada bermewah-mewah dengan kehidupan dunia, menjaga solat melakukannya dengan khusyuk, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan tidak berguna, menafkahkan harta mereka ke jalan Allah, menjaga kemaluan atau kehormatan daripada berbuat kemungkaran, tidak melampaui batas dalam bertindak dan mereka juga sentiasa menjaga amanah. Begitu juga sebaliknya bagi yang ingkar dan maksiat, mereka berpegang teguh dengan tali syaitan yang menguasai dalam kehidupan mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:
[i]Maksudnya: “ Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi. ”[/i]

Musuh Allah SWT iaitu syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ke lembah maksiat iaitu dengan lisan ataupun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam neraka. Sayidina Mu’adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda, “Hendaklah kamu menjaga ini ”. Selanjutnya Baginda bersabda, “Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita perkatakan.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Allah SWT telah menyingkap rancangan-rancangan musuh-Nya sebagai jalan atau pintu masuk yang akan merosakkan manusia antara lain adalah: Ajakan kepada kejahatan, menanam rasa takut miskin, menyemai nilai-nilai dusta, menanamkan permusuhan antara individu, keluarga, masyarakat hinggalah ke sesuatu bangsa, mencegah daripada mengingati Allah SWT samada dengan kesenangan atau kesulitan, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT, menanam rasa putus asa, takjub, ego, takabur dengan diri sendiri, memperbanyakkan harta untuk sekadar disimpan bukan untuk kepentingan umum.

Hasil daripada Allah SWT menyingkap pintu-pintu musuh Allah ini, maka lahirlah manusia yang terpaut dengan ajakan serta bisikan yang mendatangkan kerosakan pada kehidupan manusia itu sendiri. Dengan pujuk rayu dan godaannya, maka akhirnya ramailah manusia yang bergabung menjadi pengikut kemaksiatan ini. Dengan demikian, mereka yang dibawah takluk dan lemas dalam godaan maksiat akan jatuh ke dalam lumpur dan lembah kesesatan.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Manusia yang hidup di dalam kemaksiatan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, malah mendorong ke arah kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT. Sayidina Ali RA berkata: “ yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang-halangi kebenaran.”

Pelaku maksiat sudah tentu mereka yang dikalahkan oleh hawa nafsunya, kebatilan menguasai hati, mereka melupakan Allah SWT semasa melakukan maksiat dan dikuasai oleh para syaitan. maka ingatlah bahawa musuh Allah ini sentiasa mengintai-intai sasarannya dan menunggu mangsanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa maksiat tidak akan dilakukan semasa hati seseorang itu beriman kepada Allah SWT. Rasulullah bersabda dengan maksudnya: Tidaklah beriman seseorang penzina itu ketika berzina, tidak beriman seorang pencuri itu ketika mencuri, tidak beriman seorang penenguk arak itu ketika ia menenguknya dan tidak beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika merampasnya. (Riwayat al-Bukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Bagi menutup segala pintu maksiat, maka hendaklah kita sedar dan insaf bahawa sebagai hamba pintu taubat sentiasa terbuka. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya (Riwayat al-Tirmizi). Bagi mereka yang ingin bertaubat dan ingin hidup sihat tanpa maksiat maka hendaklah ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT di dalam taubatnya, bermujahadah dengan bersunguh-sungguh untuk mengelak diri dari diperhambakan oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu dari melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan sekali dua tetapi ianya perlu berterusan kerana Allah SWT. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Mimbar mengingatkan bahawa dalam kehidupan hari ini ramai manusia yang menghadapi penyakit hidup bermaksiat . Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kejadian-kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala sosial, keruntuhan akhlak, kes-kes jenayah, pembunuhan, penindasan sesama manusia, membunuh diri dan melakukan kejahatan, kezaliman keatas makhluk-makhluk Allah adalah perbuatan yang dipengaruhi hawa nafsu. Ingatlah bahawa mereka yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya. Mereka sentiasa resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada diri sendiri. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah SWT dan di akhirat kelak mereka akan di azab dengan api neraka yang amat pedih. Mimbar menyeru sidang jumaat dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengamalkan hidup sihat tanpa maksiat.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung diri kita, dimanakah sebenarnya kedudukan kita, adakah dilandasan kebenaran atau masih lagi berada dijalan yang berliku yang penuh dengan duri-duri maksiat. Marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amal soleh, menutup segala pintu maksiat dan mengingati akhirat agar kita sedar tentang hakikat kehidupan serta menilik wajah kita agar ianya berseri-seri dengan amalan mulia di sepanjang kehidupan ini. Akhir sekali marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al- Hadid ayat 21:

[i]Maksudnya: “Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar .”[/i] Edited by carnine9

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...