Jump to content
Sign in to follow this  
ammartok_1

Mari membuat melodi dgn Fruity Loops!

Recommended Posts

sangkut wrote:
arbanji wrote:
sangkut wrote:Ha yang nei lagu yg ak dan abg ak pernah reka..guna FL...tapi suara memang tak sedap..di tambah pula kitaorg rec guna mic murah...cuma quality audio dia tak best..kalau volume tu kuatkan tahap max pon music mcm tak gempak...ak tak tau nak buat cam mana..siapa tau..

Tekstil Gemilang :

http://www.mediafire.com/?ntjkwo21jm1

Fesko :

http://www.mediafire.com/?xmmmthqn55u

Tar Gemilang :

http://www.mediafire.com/?3monznzlt42

P/S : semua nei lagu tema...sebab tu sekema je rentak nya...

Selamat mencuba...
sekuen lagu dengan software satu perkara...
nak mengimbangi bunyi dalam proses editing satu perkara lagi... sekali dengan kerja mixing... kemudian sentuhan untuk mastering... diharap hang dapat teroka dengan lebih lanjut lagi..


encik arbanji boleh bagi tau tak mcm mana nak mastering...software apa yang perlu digunakan...??..ak ada tanya kat studio rec kenapa bunyi lagu2 yg ak reka tak same sound dia mcm lagu artis...dia kata "ko kena buat mastering" lalu beliau terus sambung ayat..."klu nak buat mastering kena bayar" oleh kerana beliau melontarkan ayat sebegitu aku tak tanya lebih lagi sebab aku rasa dia mcm tak nak ajar je...

Ilmu susah dapat percuma, zaman dulupun nak belajar silat kena jadi hamba tok guru lagi.... memaqng susah orang nak ajar mastering, even dalam studio recording pun sesama mereka kedekut ilmunya... tidak mahu ilmunya di ketahui oleh orang sebelah... cari makan beb!... 'kalau nak tau belajar sendiri la'... itu jawapan yang kurang menyenangkan... tapi ikhlas... lagi satu... 'naki belajar bayar la....' juga jawapan ikhlas..

Jawapan dari aku pulak... Mastering bukan kerja mudah, kena mahir dalam recording basic dulu, memahami kadar level setiap track, setiap bunyi mempunyai kesesuaian paras level yang berbeza, begitu juga tahab compress, eq dan sebagainya. Ini perkara basic yang perlu/wajib diketahui. Pastu kena sesuaikan dengan efect, panning dan lain-lain lagi... semuanya kena diimbangan kesesuaian mengikut jenis music yang di bawa contohnya techno, balada, rock dan sebagainya, setiap jenis muzik tersebut punya kadar imbangan yang berbeza. Kalau techno bassnya besar dan rendah gelombangnya. Denyutan bassnya mungkin dirasai bukan didengari. Kalau rock mungkin drumnya lebih menunjul.

Selepas tu baru boleh melakukan mastering.

Software boleh saja gunakan cubase, protool, cakewalk sonar dan sewaktu dengannya.

Dan yang paling penting adalah keupayaan sistem PC, soundcard yang sesuai dan menggunakan flat monitor speaker.

Share this post


Link to post
Share on other sites
arbanji wrote:
Ilmu susah dapat percuma, zaman dulupun nak belajar silat kena jadi hamba tok guru lagi.... memaqng susah orang nak ajar mastering, even dalam studio recording pun sesama mereka kedekut ilmunya... tidak mahu ilmunya di ketahui oleh orang sebelah... cari makan beb!... 'kalau nak tau belajar sendiri la'... itu jawapan yang kurang menyenangkan... tapi ikhlas... lagi satu... 'naki belajar bayar la....' juga jawapan ikhlas..

Aku setuju pasal benda ni...nothing totally free in this world. Kalau kita nak belajar sesuatu...eloklah kita keluarkan modal untuk belajar samada sikit atau banyak itu cerita lain...sekurang-kurangnya appreciate kepada orang yang mengajar kepada kita..sebab dia pun bukan dapat percuma..ambil masa, tenaga, duit, dan paling penting passionate sesorang tu dalam satu bidang. One more thing selalunya kalau memanjang free kita kurang appreciate ilmu yang kita dapat..

BTW dalam kes recording dan mastering ni aku memang akui bro arbanji memang sangat berpengalaman dalam bidang ni..so kasi laa upah yang berpatutan dengan pengalaman dan passionate dia kalau kita nak belajar dari dia... you know why? lebih sepuluh tahun dulu banyak orang sapu hasil kerja midi beliau..and make money out of that...betul tak arbanji ::icon_smile::

Honest;y aku pun kurang mahir bab mastering ni..but apa yang boleh aku cakap macam ni...
mastering menyedapkan lagi keseluruhan rakaman yang kita buat berdasarkan apa jenis music yang kita rakam. Selalunya bila kita rakam lebih dari dua atau tiga lagu kemungkinan level berbeza antara satu lagu dengan lagu lain..so masa mastering kita cuba th best possible buat matching level dengan semua lagu yang kita dah rakam. Mastering juga bertujuan bila kita mainkan music kita di semua player samada yang murah atau yang mahal sound dia sedap..sometime bila mainkan player atau sound sytem mahal sound dia sedap bila mainkan player murah terlalu hampeh...

Somtime mastering engineer bayaran yang dia dapat lebih banyak dari recording enginner..why masa mastering inilah sound yang akan didengar oleh orang yang beli cd atau album..cth kalau masa tracking atau mixing sound dia tak bagus but bila mastering sound dia cantik...jadi bila kita beli CD kita dapat sound yang baik..

Finally most advanced audio recording software ada tool untuk buat mastering or at least basic tool untuk buat mastering..selebihnya boleh didapati dalam bentuk plugin cth VST dan sebagainya..cth antara yang popular macam Izotope Ozone, T-racks..etc..but most of them bukan free...

Share this post


Link to post
Share on other sites
maknanya mastering nei untuk recording..contohnya drum yang diletakan dengan mic untuk direcod...tapi macam FL bukan ke sound dia contohnya bunyi piano dan drum dah ada dalam software FL tu...(dan mastering kot)..tapi kenapa bila convert ke mp3 quality dia tak bagus...@ kena install apa2 plug in di FL tu...contoh lain macam software drum site...

Share this post


Link to post
Share on other sites
FL sama dengan software lain yang menjana music. Kita tidaklah boleh mengharap auto level saja, kita harus atur secara manual paras setiap track untuk menjadikan bunyinya didengari seimbang. Sebelum mixdown ke wave, kita kena tahu kadar sample rate dan bit. Selalunya dalam kerja2 studio kita buat dalam tahap studio quality ialah sample rate 48000Hz, 32 bit. Setelah di mixdown dan dilakukan mastering, maka kadar sample rate dan bit perlu diubah/convert kepada kadar yang sesuai, jika nak dijadikan CD-Audio = 44100Hz dan 16 bit. Dan kalau mp3, mampatan failnya juga mempunyai kadar yang berbeza untuk menetukan kualti bunyinya, iaitu kadaran bitrate di samping sample rate dan bit.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...