Jump to content
Sign in to follow this  
Helghast

"Ancaman yahudi dan freemanson melalui hiburan"

Recommended Posts



aku pernah terbaca sebuah buku,yahudi akan menghancurkan Islam dengan berbagai cara...mungkin ini salah satu caranya...
dulu pernah topik ini dibuka,namun ramai yang mempertahankan Ahmad Dhani kerana pada masa tu ramai sukakan lagunya...sekarang pula bagaimana?sudahlah pakai baju menyamakan Islam dgn agama yahudi dan kristian,malah dgn bongkak mengakui depan wartawan Malaysia kumpulan itu sangat kaya sehinggakan tidak kisah jika buat persembahan percuma bila2 masa...

sedikit kontroversi kumpulan ini...

Indonesia telah digemparkan dengan insiden 10 April 2005 apabila Kumpulan Dewa, group terkenal di republik itu didakwa telah memijak kaligrafi kalimah ALLAH berbentuk bintang yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Trans TV. Kaligrafi tersebut merupakan lambang album terbaru Dewa, Laskar Cinta.

Ustaz Wahfiuddin, seorang pendakwah terkenal yang secara kebetulan menonton siaran langsung itu telah membuat aduan ke stesen TV tersebut,mendakwa logo yang dipijak oleh Dewa sebenarnya adalah kaligrafi kalimah 'ALLAH'. "Orang yang mengenal huruf Arab dan sedikit faham mengenai seni akan langsung mengetahui bahawa logo di lantai yang diinjak-injak itu adalah kalimah ALLAH," katanya. Aduan itu terus diberi perhatian oleh Pengarah Trans TV, Ishadi SK dan sudut penggambaran kamera diubah serta merta sehingga akhir pementasan.


Pihak Trans TV bagaimanapun mengundang Ustaz Wahfiuddin ke stesen tersebut untuk berdepan dengan Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan Dewa bagi merungkai kekusutan dan menjernihkan semula keadaan yang bersebab pada kaligrafi dan dakwaan pendakwah tersebut. Wahfiuddin telah menunjukkan sendiri kepada Ishadi dan Ahmad Dhani sendiri sebuah buku berjudul 'The Cultural Atlas Of Islam' karya Prof. Dr Ismail Faruqi yang memaparkan imej bintang yang sama berupa tulisan kaligrafi Arab dari ungkapan 'LAFDHUL JALALAH' (ALLAH).

Ahmad Dhani berusaha menafikan dengan mengatakan terdapat perbezaan antara 'LAFDHUL JALALAH' dan Laskar Cinta kerana lambang yang dipijak itu sudah dimodifikasikan. "Dhani telah memodifikasikannya dengan mengisi bahagian tengah dari huruf terakhir (ha). Tapi bagi orang yang mengenal huruf Arab,modifikasi itu tidak mengubah bentuk dan maknanya secara signifikan," kata Ustaz Wahfiuddin.



Didin Sirajuddin AR dari Lembaga Kaligrafi Al Quran (LEMKA) bersetuju bahawa lambang kaligrafi Laskar Cinta adalah simbolik dari kaligrafi Arab 'LAFDHUL JALALAH'. Apabila ditanya mengenai perbezaan seperti yang dinyatakan Ahmad Dhani, Didin berkata, lambang itu tidak sepenuhnya mirip tapi ia boleh dibaca dengan tulisan kufi (kubisme) sebagai ungkapan ALLAH.

Selepas pertemuan Wahfiuddin dan Ahmad Dhani, pengurus Dewa, Dian menganggap isu tersebut telah selesai.Kemelut itu bagaimanapun tidak reda sebagaimana yang dijangka.Berakar daripada konsert di Trans TV itu, ada pihak lain yang mahu menyelongkar cerita di belakang pentas muzik Dewa. Tokoh Budayawan, H Ridwan Saidi yang juga bekas Ahli Parlimen (DPR), pada 2 Mei 2005 lalu telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa, meminta supaya kumpulan Dewa disiasat kerana disyaki menjadi AGEN PENYEBAR PROPAGANDA ZIONIS YAHUDI di repulbik itu.



"Ini harus disiasat. Ada apa di belakang Dewa?" kata Ridwan dipetik dari majalah Saksi keluaran 22 Mei 2005. Menurut Ridwan lagi, Laskar Cinta bukan satu-satunya tindakan Dewa yang boleh dilihat sebagai usaha memperlekehkan Islam, bahkan telah bermula sejak album mereka yang pertama lagi dengan simbol yang membawa imej ZIONIS YAHUDI.

Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,"Saya sebagai orang yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan bahawa ini(Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi yang terbesar dalam sejarah Indonesia." Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi.



Ridwan mendakwa, gambar piramid yang terdapat pada kulit album DEWA 19 (1992) adalah mirip lambang gerakan rahsia Zionisme (Illuminati) yang dicipta oleh Adam Weishaupt (1748-1830). Weishaupt adalah pemimpin gerakan 'Ancient and Illuminated Seers of Bavaria' (AISB), sebuah gerakan rahsia Masonic yang memperjuangkan doktrin Luciferic di bawah payung pertubuhan Freemason antarabangsa. Logo yang sama juga boleh ditemui pada wang kertas US$1 dengan moto NOVUS ODO SECLORUM yang bermaksud Tata Dunia Baru (New World Orde). Ini secara tidak langsung telah memberi maksud akan usaha gerakan Zionisme untuk menguasai dunia, apa yang telah mereka capai dalam pelbagai bidang termasuk muzik dan hiburan pada masa ini!!!

Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu Tuhan mereka. Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah yang dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu.YEhweh (Allah) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE LORDS)Huh



"Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap dengan judul dan logo." katanya yang memang menguasai bahasa tersebut. Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis untuk 'memerhati' dunia dan menguasainya. Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah 'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).

Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme antarabangsa melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya.

Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS NAMA CINTA I & II (2004). Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi yang berasal dari mitologi Mesir Purba. Selain itu, banyak terdapat simbol mata gerakan Freemason.



Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005) turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ. Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan:"THANKS TO: AL-HALLAJ" manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :"THANKS TO SYEKH LEMAN ABANG". 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!

Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan kata-kata aluan menulis :"DHANI THANKS TO...JAN PIETER FREDERICH KOHLER (THANKS FOR THE GEN)" yang bermaksud :"DHANI BERTERIMA KASIH KEPADA...JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA).Ridwan mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler.KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang Jerman. "Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu." kata Ridwan.



Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana memakai loket simbol yang sama).

Renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlajak jauh. Seluruh negara, bangsa dan agama di dunia ini mengakui alam nusantara , terlalu kuat pegangan Islamnya. Dikatakan sehingga kini bangsa paling berpengaruh iaitu bangsa yahudi terlalu sukar untuk menembusi akal pemikiran bangsa melayu di alam nusantara untuk mengikut agama mereka. Ini juga merupakan salah satu cara gerakan yahudi untuk menghancurkan Islam di sebelah Timur.Jangan kita menjadi bangsa Arab, telah lemah segala-galanya dengan tekanan Zionisme.Perlu diingat, selepas rantau timur Tengah telah dapat mereka kuasai,Zionis akan datang ke Timur atas sebab-sebab yang telah mereka rancangkan ratusan tahun dahulu Sekian."

[img]http://img707.imageshack.us/img707/2900/dewa1.jpg











(artikel di dapati daripada email,di hantar utk pengetahuan semua)

apa komen korang?

Share this post


Link to post
Share on other sites
One day time aku menonton2 youtube lagu Lucky Laki - Bukan Superman,
tiba-tiba tertonton persembahan mereka ni memakai baju bertanda salib yang sangat besar, bersama2 bapaknya Ahmad Dhani tu.
(Silakan search).
Terus aku trauma dengar lagu tu, benci bapaknya dan anak-anaknya (yang tak bersalah) tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
??????????? wrote:One day time aku menonton2 youtube lagu Lucky Laki - Bukan Superman,
tiba-tiba tertonton persembahan mereka ni memakai baju bertanda salib yang sangat besar, bersama2 bapaknya Ahmad Dhani tu.
(Silakan search).
Terus aku trauma dengar lagu tu, benci bapaknya dan anak-anaknya (yang tak bersalah) tu.
vc tu minit ke berapa al?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dulu pernah ada topik ni kat Putera lama.
Ada gak yang dok sokong kumpulan Dewa nie.

Islam Liberal...hati2.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rase dorg nih cm tak kisah sgt la psl agama...takde sensitiviti...
tgkla, kawen pun bole campor Islam + kristian....kubo pun bole campor2 gak...
yg sblm nih agnes monica nyanyi lagu pe yg psl Tuhan tuh...(tak ingat da tajuk die)...itu pun dorg relax je..malaysia yg kecoh...
aku dgr statement die dlm melodi tuh start da tak minat die lg..huhuu..sombong nye...langsung tak reti nk menjaga ati umat Islam lain...

so kes ahmad dhani nih rasanye bg dorg small matter je kot...wallahualam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak payah sokong band indo...contoh nya macam radio xfresh FM..layan lagu malaysia jer...dewa nei tali barut dajal nei (dalam bentuk hiburan)...@ ajaran sesat macam ayah pin...nama band dewa pon ak dah tak suka...maria ogazawa nak dtg indo pon diorang bagi...tak sempat dtg dah kena gempa bumi....peace..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dari dlu tak ske DEWA, sbb pertama ialah dari nama dier, and sbb kedua ialah wktu aku tgk VC lagu laskar cinta, pakaian dier serious pelik bg aku. pastu lyric dier ada la yg pelik2 jgak. itu bg aku la. bg korang i dont know.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau tengok baju dia tu bertulis coexist,menggunakan lambang2 keagamaan . Tapi dia ni dah tau orang islam pakai lagi macam tu.. haihhh

Share this post


Link to post
Share on other sites
Miss U.A wrote:
yg sblm nih agnes monica nyanyi lagu pe yg psl Tuhan tuh...(tak ingat da tajuk die)...itu pun dorg relax je..malaysia yg kecoh...
aku dgr statement die dlm melodi tuh start da tak minat die lg..huhuu..sombong nye...langsung tak reti nk menjaga ati umat Islam lain...


lagu agnes monica tu tajuk dia Allah peduli
but lirik dia nama Allah refer as nabi isa (in english)..
mayb sebab diorang bukan negara Islam kot.. so soal agama cam habuk je..

pasal ahmad dhani ni memang dah lame tak brkenan..
skendel memanjang..perlu ke buat lagu 'ketuhanan' kononnya kalau diri sendiri pun cam senget..

p/s: vc madu3 tu ak rasa cam merosakkan lagu p.ramlee ::icon_neutral::

Share this post


Link to post
Share on other sites
jadi kenapa dibenarkan datang Malaysia?sebab orang Malaysia sukeeeee sangat kat dia...pompuan2 gedik suka la band2 indo yang kerek dan sesat mcm ni...cube artis malaysia buat silap sikit...peh kena hentam sampai tak boleh nak bangun...

Share this post


Link to post
Share on other sites
AhmadSyazwan wrote:dengar nama kumpulan pun dah tahu dah !
ak memg x suka dewa19


aku plak mmg anti indo sejak mula knl sape itu sukarno ::icon_twisted:: ::icon_twisted:: ,kalo kt negara die suke ati die la die nk pakai baju ape,psl rata2 owg sane pun mmg ret@rd c#nt!..kt sni,sorry la..ko bwat cam haram,makan kaki la jawabnye..sorry ter~emo lak,nk tumbuk meja sakit,emo kt sni la ::icon_lol:: ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
tu la...tapi ada juga sesetangah media masa di malaysia (tv/radio) yang dok sokong industri hiburan indo..contoh tv3...tiap2 petang ada cita bodoh...ada pari-pari la...tapi islam...jalan citer semua nya tak logik dan boleh membawa ke arah kesesatan....budak2 ramai yg terpegaruh..contoh nya rumah ak dekat dgn taman permainan..masa tu nak hujan.,.budak tengah main...diorang macam marah la hujan...lepas tu diorang ramai2 cakap "pari-pari tolong jgn bagi hujan" banyak kali...kuat pulak tu...ASTRO siap ada chanel untuk rancangan indo lagi tu...hampeh...klu radio pulak siap ada slot 2-3 jam untuk lagu indo...sampai ak rasa malaysia nei negara indo pulak....( radio era )....cuma ak nak tahu KAT indo ADA KE LAGU MALAYSIA DAN CERITA DRAMA/FILEM MALAYSIA BANYAK KE DITAYANGKAN KAT SANA..????...sebab ak pernah gi indo..masa ddk kat hotel..byk kali tgk TV..tapi satu drama malaysia pon diorang tak tayangkan...hampeh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebab tu ak malas tengok tv3 petang2, slot 2jam khas untuk cerita2 merepek dari seberang(pelik gak ada orang malaysia layan cite sampah camtu)
rasa banyak lagi drama malaysia tapi sume sumbat kat TV1..
kalo radio, baik Xfresh dari no'1', takde lagu2 luar


p/s: bukan cite ahmad dhani lagi dah ni ::icon_tongue::

Share this post


Link to post
Share on other sites
TS tuka le topik 'indo lupa diri ke??'...baru sedap sket nk ngutuk...
nih stakat ahmad dhani je...nk bantai band lain pun takot sepam lak nnt..hahhahaa

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...