Jump to content
Helghast

Merokok hukumnya haram....namun...

Recommended Posts

Mengikut fatwa islam dunia pada tahun 1990an, pada mulanya merokok itu MAKRUH. TETAPI, menjelang tahun 2000, ulama dunia sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat alQuran dari surah al-Baqarah “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..”

persoalannya berapa ramai umat Islam negara ini yang mengamalkan perkara ini?adakah mereka sedar merokok itu haram?
kadang terfikir juga,sia2 lah mereka ini yang beramal namun pada masa yang sama mencipta dosa...
sape boleh bagi pandangan kenapa perokok ni masih nak hisap walaupun dah tau ianya membunuh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
loy_azloy wrote:surah al-Baqarah “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..”


ayat nie da cukup menjelaskan kepada kita bahawa,

apa2 sahaja benda yang boleh memudaratkan adalah di kira berdosa..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kenapa Ulama Dahulu Menfatwakan Rokok Makruh & Ulama Mutakhir Menfatwakan HaraM?? Nampak seolah2 contradict bukan??

Bagi Menjawab Persoalan Ini Aku Ingin Buat Sedikit Ulasan :

Ulama dahulu menfatwakan hukum merokok makruh kerana pada masa itu belum ada alat2 canggih yang dapat mengkaji secara terperinci mengenai bahaya rokok ini dan mereka menghukum makruh disebabkan baunya yang busuk. Berdasarkan ilmu yang ada mereka mengeluarkan fatwa bahawa rokok itu makruh kerana tidak mengetahui bahaya yang wujud pada rokok.

Ulama Mutakhir menfatwakan rokok haram kerana terbukti dengan kajian sains bahawa rokok itu boleh memudaratkan kesihatan diri penghisapnya. Atas dasar itulah kita nampak seolah2 berlaku contradict dalam kenyataan ulama dahulu dengan sekarang padahal mereka berhukum berdasarkan ilmu yang ada pada mereka.

Mati Disebabkan Menghisap Rokok Adalah Membunuh Diri

Bayangkan apabila sedikit demi sedikit kita memudaratkan diri dengan asap rokok dan kita meninggal disebabkan terlalu banyak menghisap rokok bukankah itu dipanggil membunuh diri sendiri. Perlu diingat menerusi hadis Nabi bahwa mereka yang membunuh diri akan kekal ke dalam Neraka.

Pergilah wahai penghisap rokok buat survey di mana2 hospital seluruh Malaysia ni anda akan dapati bahawa kebanyakan para penghisap rokok tidak dapat melafazkan kalimah tauhid semasa hendak meninggal dunia kerana kedua belah bibir enggan mengeluarkan kalimah tauhid semasa nazak & mulut seumpama ditindih bukit tidak mampu mengucapkannya kecuali mereka yang di Rahmati Allah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kadang kala kat surau2 dan masjid2 pun ada orang selamba jer merokok. Malahan ada jugak tok imam yang merokok. So, apa pendapat korang? Adakah perlu label kat rokok itu ditulis Merokok HARAM disisi Islam seperti mana ditulis kat kedai2 nombor ekor.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tok Imam Pun Manusia Biasa...Tok Imam Yang Hisap Rokok Ialah Contoh Tok Imam Yang Zalim Pada Diri Sendiri..Tak Layak Jadi Imam...Tapi Kalau Bacaan Dia Betul & Sempurna Rukunya Kita Masih Boleh Mengikutinya Coz Sahabat Nabi Abu Hurairah Pun Pernah Solat Belakang Hajaj Bin Yusuf As-Saqafi yang terenal sebagai Pemimpin yang telah membunuh berpuluh ribu manusia di zaman pemerintahannya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
menda ni dah panjang lebar di perkatakan.. jadi tanggungjawap kerajaan negeri memasing kena fatwakan haram maka haram lah merokok tu.

perbuatan tidak mendatangkan manfaat leh di kira makruh.. dulu kita tau merokok makruh.. dan di buka quran hadis maka ramai mengatakan qisya bias bukan mutlak.
jadi kerajaan memasing ( majlis agama ) kalau fatwakan mende tu haram ..maka haram lah bagi penduduknya merokok. tu sahaja jalan nak selesaikan masalah makruh or qisya bias...

tapi bila sains dah maju ..mengatakan merokok tu memang bahaya.... sepatutnya akan jadi haram sebab dah sah memudaratkan diri...tapi ini akan berkait pula ngan perbuatan lain maka melibatkan ekonomi dan keperluan... bila mana kita tau asap kereta kilang boleh memudaratkan kita.. takkan nak haram hidupkan enjin keta..

tu sebab kena ikut keputusan pemerintah. kalau di keluarkan fatwa haram di negeri tu.. maka haram lah rokok or apa-apa masalah yang lain.

**kalau salah betulkan... sebab ni yang aku faham...

Share this post


Link to post
Share on other sites
patut bwat statement cam ni je:

Jika anda berjaya menghabiskan 1 batang rokok,TAHNIAH buat anda kerana berjaya menyumbangkan 1 biji peluru kepada puak ISREAL untuk membunuh 1 umat islam yang tak berdosa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jin makanan mereka asap dan tulang.

Peliknya manusia pun nak 'makan' makanan jin.

Patut la perangai perokok ni buruk.
Jin dok sebelah dia ::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pada aku, asap rokok dengan asap eksos kereta tak boleh nak disamakan bahayanya.
Sebab asap rokok tu memang directly memudaratkan diri sendiri, orang yang merokok memang sedut asap rokok dengan sengaja (letak rokok kat mulut).
Tapi asap kereta pulak, bukan secara direct, orang tak sedut asap eksos dengan sengaja (letak eksos kat mulut).
Malah, kita masih boleh hindar asap eksos sebab kita duduk dalam kereta, bukan belakang kereta.
Tapi macam mana pula kita nak hindar asap rokok kalau kita seorang perokok?

Kalau enjin kereta diharamkan untuk dihidupkan kerana asap eksos yang berbahaya, itu lebih memudaratkan sebab takkan kita nak kena tolak kereta dari KL ke Perlis? Takkan kita nak mengayuh basikal? Atau naik sampan?
Maka kalau enjin kereta diharamkan, ia memudaratkan.
Kalau rokok diharamkan, adakah ia memudaratkan?

Maka tiada sebab untuk rokok tidak diharamkan, sepatutnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Perokok tegar sure pertahankan rokok dia ::icon_razz::
Ada jer hujah dia ::icon_lol:: ::icon_wink::

Hisap la bebanyak.
Jangan sampai dok usung tong oksigen ke hulu ke hilir sebab paru2 dah 'kong' ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam

erm aku pon setuju dgn ayoi.sbb utama rokok x difatwakan haram di Malaysia adalah kerana faktor ekonomi.

seperti yg kita ketahui pasaran rokok menjana agak byk jgkla ekonomi kita.cukai seme tue.so kalau haramkan rokok maka ekonomi akan terjejas jgk sedikit sebyk.

tp kalau nk dikira rokok nie penyumbang duit kat yahudi xleh jgk.byk lg company yg xberkaitan dgn rokok nie yg disupport oleh rakyat negara kita,contohnya company2 Fast Food..selamba jek rakyat2 kita p mkn sambil menderma kat yahudi ::icon_lol::

isu rokok haram sudah lama diketahui oleh rakyat Malaysia namun seme nie bergantung ats diri mereka untuk terus menghisap rokok ataupon tidak..sama jgk dgn isu pompuan tidak bertudung..rambut pompuan tue aurat tp kita selamba jek tgk tv,puja pompuan lawa x pakai tudung,simpan poster seme tue walhal kita tau menda tue berdosa.

so aku rs menda nie mmg depend pada diri kita dan kerajaan.kalu kerajaan haramkan rokok diorg kena cari altenatif lain tuk cover pendapatan negara untuk digantikan dgn kerugian hasil dari penjualan rokok nie..so mesti leceh and diorg xkan bt aku rs.. ::icon_lol::

erm tue jek ke pendapat seposen aku..ada slh silap tlg betulkn

Share this post


Link to post
Share on other sites
W'salam...

kerajaan melakukan jenayah besar kerana membenarkan jualan rokok kepada rakyatnya...sumber ekonomi yg terhasil dari jualan rokok adalah haram...pemimpin Malaysia bukankah beragama Islam..? Jelas sekali kerajaan yg salah walaupun byk fakta jelas mengatakan rokok memudhoratkan tetapi kerajaan..ke kerajaan kerajaan...hmm mu jawab sendri la ngan tuhan..!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rokok ni cam KFC ngan McDonald gak la.
Untung dia akan salurkan pada Israel untuk bunuh umat Islam.
Terus terang aku tak makan.

Makanan segera ni tak elok untuk kesihatan.

Sebut pasal rokok.
Asal dari tembakau.
Orang yang tanam tembakau ni tak perlu letak pagar sebab binatang takde yang makan
tembakau ni.


Khinzir pun tak makan beb.
Manusia lak yang 'makan'.


Fikir2kan...

::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
??????????? wrote:Pada aku, asap rokok dengan asap eksos kereta tak boleh nak disamakan bahayanya.
Sebab asap rokok tu memang directly memudaratkan diri sendiri, orang yang merokok memang sedut asap rokok dengan sengaja (letak rokok kat mulut).
Tapi asap kereta pulak, bukan secara direct, orang tak sedut asap eksos dengan sengaja (letak eksos kat mulut).
Malah, kita masih boleh hindar asap eksos sebab kita duduk dalam kereta, bukan belakang kereta.
Tapi macam mana pula kita nak hindar asap rokok kalau kita seorang perokok?

Kalau enjin kereta diharamkan untuk dihidupkan kerana asap eksos yang berbahaya, itu lebih memudaratkan sebab takkan kita nak kena tolak kereta dari KL ke Perlis? Takkan kita nak mengayuh basikal? Atau naik sampan?
Maka kalau enjin kereta diharamkan, ia memudaratkan.
Kalau rokok diharamkan, adakah ia memudaratkan?

Maka tiada sebab untuk rokok tidak diharamkan, sepatutnya.


hehe aku simbolikan pasal asap keta tu... walau tak direct tapi asap mengalah asap rokok... bukan setakat manusia effect malah alam sekita termasuk BUMI... jadi nak di tekan kan... berkenaan HARAM or TIDAK.
agama kita kan mudah dari segala aspek.... jadi tak perlu kita nak KERAS kan sesuatu yang membolehkan rasa tidak puas hati sebab keegoan kita dalam menegakkan hukum.
Kalau kita tau rokok tu bahaya.. usaha kita seterusnya bagaimana ..macamana.. nak jadikan ROKOK tu haram di Malaysia.
untuk individu ... rokok tu membahaya sendiri mau ingat.... kalau kerajaan fatwakan ia haram maka HARAM kita menghisap rokok ...tiada lagi alasan itu ini..... tak perlu nak buka kitab sana sini... maka jadi lah seperti NOMBOR RAMALAN.
sah di undang2 tapi haram di sisi agama islam....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Arinc wrote:W'salam...

kerajaan melakukan jenayah besar kerana membenarkan jualan rokok kepada rakyatnya...sumber ekonomi yg terhasil dari jualan rokok adalah haram...pemimpin Malaysia bukankah beragama Islam..? Jelas sekali kerajaan yg salah walaupun byk fakta jelas mengatakan rokok memudhoratkan tetapi kerajaan..ke kerajaan kerajaan...hmm mu jawab sendri la ngan tuhan..!
tak boleh nak salahkan kerajaan semata2 tapi sikap diri sendiri,kalau nak ikut islam kenapa kelantan tak kuarkan fatwa pengharaman rokok?orang2 kita ni kalau dah sedap amatlah sukar nak buang bak kata aku,diaorang sanggup anak bini dia mati dari dia mati tak dapat rokok...

Share this post


Link to post
Share on other sites
merokok....sukar tuk dihuraikan....

pada aku...semua tu pada diri sendiri la...'tepuk dada,lu fikirla sendiri'...
tp aku amat2 bersyukur la sebab aku dikelilingi ngn org tersayang yang tidak merokok...dari bapak aku...abang ipar aku, anak buah aku(masih sekoleh, harap tak jugak)...n yang paling aku bersyukur, org penting yg akan idup ngn aku tak merokok.....hehehe...(ni salah topik tak aku ni)? ::fresse::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku rasa ramai yang berhenti merokok tapi sukar.
Nak berhenti merokok ni satu cabaran sebenarnya.
Siap demam lagi sebab nak buang ketagihan tu; nicotin.

Dah berhenti nanti, dapat la jimat duit sikit.

Aku lemas bau asap rokok tu...yelah sebab asap tu merbahaya.
Tapi kekadang nak jaga hati member yang merokok, aku tahan nafas...bernafas ikut mulut ::icon_lol::
Tak pun berdiri ikut arah angin agar asap rokok tu bergerak jauh dari aku ::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagaimana pula dengan negara islam yang lain?mereka merokok juga...benda ni kalau dah dikuatkuasa pun org tetap buat juga,dadah haram dan hukuman gantung...tetap orang hisap dadah,ponteng sekolah apa hukumnya?tetap budak2 lepak kat CC,benda ni mmg wajib dikuatkuasakan,namun individu itu sendiri perlu ada kesedaran,mereka bukan budak cacat yang tak tau menilaikan apa hukum HARAM itu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Arinc wrote:Pemimpin mempunyai kuasa...lgpun dh haram hukumnya...rombak la perlembagaan...kata negara Islaaaammmm.


Jangan bagi lesen jualan terus kan senang... ::fresse::

"Tiada rokok...tiada pengisap" heheeh ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Seperkara yang mungkin paling berkesan yang belum dilakukan oleh kerajaan ialah mewartakan fatwa haram merokok seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995 tu..

Fatwa yang dikeluarkan tapi tak di wartakan je la org kerajaan.

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK
Fatwa :
i. merokok adalah haram
iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw...asp?keyID=1381

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Tajuk : MEROKOK
Isu : Hukum merokok
Keputusan : Merokok adalah haram
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=281

Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok
Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=350

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Tajuk : FATWA TENTANG MEROKOK
Fatwa :
(1) Merokok adalah haram
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=380

Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak
Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam
Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=845


**nampak gaya kerna berenti merokok lah org selangor.. hehehehe..

caiyok....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...