LanoV 22 Report post Posted December 3, 2009 Berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di Sub-forum Pembangunan Permainan, sila ambil perhatian dan beri kerjasama yang sewajarnya.Bahasa- bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali- penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya.- penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan.Hormat- jangan memperlekeh pendapat ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah.- dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran- hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu andaMembalas & Membuka Topik- sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik- topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Pembangunan Permainan sahaja.- tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain yang terlalu ringkas.- ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja.- elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik.- 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan.- artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibacaPerkongsian Perisian- 'direct link' dalam mana-mana pos yang bertujuan berkongsi perisian yang tidak sah adalah tidak dibenarkan.- ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana perisian yang dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber.- sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai perisian yg dikongsi.- dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel.Terima kasih di atas kerjasama anda**pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan.TERIMA KASIH Quote Share this post Link to post Share on other sites