Jump to content
Sign in to follow this  
Falcon

Hadis Dha'if - Nak amal atau tak??

Recommended Posts

Perasan x?

Kebelakangan ni di Malaysia ada dua isu yg makin menjadi2 panasnya:

-Isu khilaf perihal bid'ah (kes doa qunut, baca doa ramai2 lepas sembahyang, guna tasbih dan sebagainya)
-Isu hadis dha'if, jemaah tabligh dan kewajaran amalannya


Dua-dua panas.. terutama di kalangan golongan muda jenis rajin pergi masjid / surau dengan golongan pelajar universiti jenis kuat agama punya.

Thread ni spesific nak bawak perbincangan ke arah hadis dha'if dan amalannya.


Kisah di bawah mungkin fiction.. tapi mungkin juga betul.. bergantung pada korang nak interprete camner:

Aku ada sorang kawan. Kuat beramal. Yang wajib dia jaga. Yang sunat apatah lagi.. bermacam2 dia buat. Dia ni juga join tabligh. All goes well selama lebih kurang 6 bulan jugak. Sampai satu tahap tu aku mmg yakin la kalau dia doa apa-apa insya'allah makbul.

Satu hari dia jumpa sorang mamat ni. Pelajar jurusan Islam tapi style jenis moden punya. Ilmu mmg tinggi. Dia sembang dgn mamat kawan aku tuh.

Sampai satu tahap diorang bersembang pasal tabligh. Dia condemn tabligh. Dia kata:

"Tabligh ni mengamalkan ajaran yg meragukan sebenarnya. Diorang berpegang pada kitab Fadhilat Amal... sedangkan kitab tuh penuh dengan hadis-hadis yang dha'if. Hadis dha'if ni buat apa nk ditumpukan sangat?? Al-Qur'an dengan As-Sunnah dah ada...cukupla. Tak payah mengada-ngada nak amal benda-benda lain pulak yg ntah betul Nabi Muhammad S.A.W ada buat atau ntah tidak. Kita ni daripada berdakwah ajak orang itu ini... lagi baik berdakwah pada diri sendiri. Ini tidak... Shahih Bukhari dengan Shahih Muslim pun tak larat nak amal... tetiba memandai nak amalkan Fadhilat Amal pulak."

Rupanya apa yg mamat tu cakap makan dalam gak kat kawan aku tu. Start dari situ dia mula slow sikit dgn tabligh.. dan dia mula jatuh.

Kalau memula dulu dia selawat sehari 1000x... pastuh dari hari ke sehari dia makin kurangkan.. last-last tinggal berapa kali jer sehari. Dulu tasbih, zikir dgn tahlil beratus kali. Al-Qur'an berhelai-helai... sekarang bila aku datang melawat nampak dia tgh dengar 'My Chemical Romance' punya lagu. Dulu sembahyang awal waktu berjemaah. Sekarang sembahyang sorang jer.. tu pun lewat. Sib baik bukan di akhir waktu.



Persoalan kita.... salahkah mengamalkan hadis dha'if?? Aku nampak dengan hadis dha'if dari Fadhilat Amal tu... dia mmg bersemangat habis berzikir dan beramal. Tapi bila dia stop follow... dia mula jauh.

Isk..isk..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Isu hadis dha'if..

Hadis ini boleh digunakan untuk beramal.
Tapi tak boleh digunakan untuk berhujah.

kawan ko tak habis belajar kot..

Kitab Fadhail Amal disokong oleh 84 lain..

1. Al-Quran
2. Aini Syarah Bukhari
3. Al-Muwahta'
4. Awjazul Masaliki
5. Baihaqi
6. Durul Mantsur
7. etc..

Dia swt sahaja yang tahu..

Wallahualam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku ada pandangan lain sebenarnya.

aku ni x la kuat sgt bab-bab ni..tapi aku nampak kalau dia follow ajaran tabligh punya hadith tuh (misal kata.. salah satu yg dia follow dari Fadhilat Amal iaitu hadis yg mengatakan penghuni syurga tidak ada sesuatu apa pun yg disesalkan kecuali masa di dunia yg berlalu tanpa zikir) mampu buat dia bersemangat nak berzikir..asalkan yg wajib tidak ditinggalkan dan hadis dha'if itu sendiri tidaklah pula bertentangan dgn syara'... aku rasa xde masalah.

Tapi mamat jurusan Islam tuh terus tembak semua hadis dha'if dalam Fadhilat Amal sebagai tidak elok... last-last kawan aku tuh ganti zikir dia dengan lagu Metal and My Chemical Romance.

Dia punya jawapan..bila aku tanya:

"Nak zikir pun susah.. dahlah x boleh guna tasbih sebab bid'ah. Nak ikut hadis pun x boleh.. baik aku dengar lagu. Bid'ah takde... protokol hadis mana nak ikut pon x de."


Aku jadi sedey bila dengar...


Dari satu aspek mmg betul hadis dha'if ni mmg ada beberapa isu...tapi aku rasa x salah kalau dia motivate orang ntuk beramal. Aku ada baca Fadhilat Amal tuh di masjid kampung aku baru-baru ni. Hadis-hadis dia mmg perghh.. dia cerita fadhilat berzikir, solat dan sebagainya tuh (fadhilat untuk akhirat) dalam cara yg mmg kita rasa mmg best dan rasa x sabar nak beramal. Siapa yg tulis buku tuh mmg hebat. Tapi aku perasan ada pelajar-pelajar jurusan Islam yg memandang serong pula buku tuh atas alasan buku tuh mampat dgn hadis dha'if.

Pendek kata.. prinsip diorang adalah "cukuplah Al-Qur'an dan As-Sunnah kalau nak beramal... tak perlu Fadhilat Amal ke buku apa-apa dah ke".

Tapi aku rasa prinsip atas tuh dah tak boleh apply pada kawan aku dah. The moment dia drop dari follow ajaran buku tuh dan follow tabligh.. terus dia jauh dari amalan2 yg dia selalu buat tuh. ::icon_sad::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selagi boleh aku xnk run topic ni, but sedikit sebanyak kesian gak aku see member ko tu.. Just doakan dia..

Spoiler:
Zikir???

Zikir ini apa???
Zikir ini mengigati - remember -

Dalam kata yang lain bila kita sebut zikir kita akan terbayang zikir 1000 x, tasbih dan sebagainya..

May i share someting???

Bila sebut kekasih..
Kita akan terbayang Kekasih Wanita..

Bila sebut loji..
Kita akan terbayang tempat kumbahan..

Bila sebut Khalwat..
Kita terbayang wanita dan lelaki bersama..

Bila sebut zikir..
Kita akan terbayang berzikir 1000x dan etc..

Dalam konsep 'Jemaah'..
Zikir itu mengigati Allah swt setiap waktu dan keadaan..

Zikir yang terbaik adalah Dakwah.. sebab dakwah direct terus 'Menceritakan tentang Kebesaran Allah swt'.

The true meaning untuk mengitati Allah swt :-
1. Dakwah Juga Berzikir
2. Doa Juga Berzikir - Juga satu bentuk zikir
3. Baca Al-Quran Juga Berzikir - Setiap ayat berhubung terus kepada yang ' Mencipta swt '
4. Solat Juga Berzikir - Yang lalai dalam solat meaning lalai dari mengigati Allah swt
5. Tasbih, Tahmid, Istigfar, Selawat Juga Berzikir
6. Doa-doa harian - Masuk keluar masjid, rumah, bilik, makan.. Ini semua zikir..
7. etc..

Yang member u ' terbayang ' bila sebut zikir adalah yang No.5 itu..
Pegang tasbih dan secara berulang menyebut kalimah zikir..

Aku melihat banyak kes yang gak serupa dengan member kau tu..

Yang mengajar, tidak menyampaikan yang sempurna..
Tu sebab bila ada orang 'shoot' u punye member terus down..

Falcon wrote:aku ada pandangan lain sebenarnya.

aku ni x la kuat sgt bab-bab ni..tapi aku nampak kalau dia follow ajaran tabligh punya hadith tuh (misal kata.. salah satu yg dia follow dari Fadhilat Amal iaitu hadis yg mengatakan penghuni syurga tidak ada sesuatu apa pun yg disesalkan kecuali masa di dunia yg berlalu tanpa zikir) mampu buat dia bersemangat nak berzikir..asalkan yg wajib tidak ditinggalkan dan hadis dha'if itu sendiri tidaklah pula bertentangan dgn syara'... aku rasa xde masalah.


Fadhilat amal sebenarnya untuk guide kita apa amalam yang terbaik di lakukan pada waktu yang tepat..
Meaning ganjaran yang Allah swt paling banyak beri apabila kita lakukan sesuatu amalan pada waktu yang tepat..

Yang memberi semangat adalah sebahagian daripada tujuan hadith itu sahaja..

Kenapa tak ambil dari sudut yang positif???
Sekurang-kurangnya masyarakat kita membaca hadith, mengetahui hadith..

Falcon wrote:Tapi mamat jurusan Islam tuh terus tembak semua hadis dha'if dalam Fadhilat Amal sebagai tidak elok... last-last kawan aku tuh ganti zikir dia dengan lagu Metal and My Chemical Romance.


Tanya kat member u tu, hadith mana yang dhaif.. Kenapa dhaif..

Setahu aku, yang dhaif adalah perawi hadith itu, meaning salasilah perawi haditf itu yang dhaif, bukan hadith itu yang dhaif..
Ini otai dalam jemaah yang bagi tahu aku..

And otai ni lak bukan calang-calang, mase aku tanye dia tengah siapkan tesis PHD dia..

Aku berkawan dengan Ahli perniagaan, doc, eng, lecture, yang buat dakwah ni..
Banyak juga yang aku tanya fasal jemaah ni... (kenangan mase aku stdy dulu)..

So, aku just nak cakap kalau kita tidak mengenali secara mendalam "The true meaning about Jemaah ".. Memang rugi..

Falcon wrote:Dia punya jawapan..bila aku tanya:

"Nak zikir pun susah.. dahlah x boleh guna tasbih sebab bid'ah. Nak ikut hadis pun x boleh.. baik aku dengar lagu. Bid'ah takde... protokol hadis mana nak ikut pon x de."

Aku jadi sedey bila dengar...

Dari satu aspek mmg betul hadis dha'if ni mmg ada beberapa isu...tapi aku rasa x salah kalau dia motivate orang ntuk beramal. Aku ada baca Fadhilat Amal tuh di masjid kampung aku baru-baru ni. Hadis-hadis dia mmg perghh.. dia cerita fadhilat berzikir, solat dan sebagainya tuh (fadhilat untuk akhirat) dalam cara yg mmg kita rasa mmg best dan rasa x sabar nak beramal. Siapa yg tulis buku tuh mmg hebat. Tapi aku perasan ada pelajar-pelajar jurusan Islam yg memandang serong pula buku tuh atas alasan buku tuh mampat dgn hadis dha'if.

Pendek kata.. prinsip diorang adalah "cukuplah Al-Qur'an dan As-Sunnah kalau nak beramal... tak perlu Fadhilat Amal ke buku apa-apa dah ke".

Tapi aku rasa prinsip atas tuh dah tak boleh apply pada kawan aku dah. The moment dia drop dari follow ajaran buku tuh dan follow tabligh.. terus dia jauh dari amalan2 yg dia selalu buat tuh. ::icon_sad::


Orang yang berilmu memang akan bangkang jemaah..
Yang aku pelik tu kenapa orang-orang yang pandai macam ini x buat usaha agama???

Kalau Ilmu dah banyak kenapa " U sendiri tak berdakwah " (orang yang belilmu)
Kenapa biarkan orang yang xde ilmu itu pergi berdakwah???

ok, lah ada banyak cara berdakwah...
But cara yang terbaik apa??? apa yang Nabi saw buat???

Kalau dengan nasyid itu cara yang terbaik, dah lama Ikhwan Muslim, Hasan Albana tu buat kumpulan nasyid..

Betul tak aku cakap..
Dakwah yang terbaik adalah dengan hikmah.. Meaning yang terbaik mengikut keadaan..
Dalam sejarah kebanyakkan ' pendeta ' terpegun dengan akhlak wali-wali ini, sifat zuhud, ikhsan dan sebagainya..

Yang pergi jumpa face to face itu ' Hanyalah untuk mengigati sesama muslim '..

Kalau xde budak-budak dakwah ini, sape lagi nak pergi jumpa ' Orang yang tak datang kemasjid '..
Orang yang berilmu ni ke??? or ustaz-ustaz??? - Mereka ini semua ada cara masing-masing..

So, janganlah salahkan budak-budak dakwah ini memperingati sesama muslim..
Yang suka pandang dari sudut negatif i cannot saying anyting..

erm...
Maybe aku betul, Maybe aku silap..
Dia (swt) sahaja yang tahu..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hadis Itu Dari Sudut Diterima Atau Ditolak Terbahagi Kepada Dua Bahagian :

1. Hadis Maqbul(Hadis Yang Diterima)
2. Mardud (Hadis Yang Tertolak) (Hadis Mauduk = Hadis Palsu)


Hadis Maqbul

Hadis maqbul ialah hadis yang diterima di sisi ulama hadis iaitu :

Hadis Sahih

Dapat dikatakan, bahwa hadis sahih adalah hadis yang mengandung syarat-syarat berikut;
1. Hadisnya musnad
2. Sanadnya bersambung
3. Para rawi (periwayat)nya adil dan dlabith
4. Tidak ada syadz (keganjilan)
5. Tidak ada ilah (cacat)

Hukum Beramal
Menjadi hujah dan dalil syara'
X boleh mengingkari kerana memenuhi ciri utama syarat hadis sahih


2. Hadis Hasan
sama dengan hadis sahih cuma kurang sikit dari sudut dhobitnya

Hukum beramal
Boleh dijadikan hujah dan dalil syara (maqbul)


3. Hadis Dhaif

- kurang salah satu dari syarat hadis sahih & hasan.


Hukum Beramal
-Boleh beramal untuk perkara2 bersangkut dengan fadhailul a'mal (kelebihan beramal)
- Tidak boleh beramal untu perkara2 yang bersangkut dengan akidah & ibadah


Pendapat aku tak patut kawan dia p hentam cakap macam tu coz hadis dhaif yang memberi motivasi kepada kita untuk beramal masih termasuk dalam kategori maqbul dan hadis itu bukannya berkaitan dengan akidah & tatacara ibadah.


Perlu diingat standard/status hadis ini ditetapkan oleh ulama Hadis bukannya dari Nabi jadi kadang2 hadis ini boleh jatuh martabat kepada dhaif hanya kerana dalam rangkaian perawi hadis itu ada seorang rawi yang pernah berdusta dalam hidupnya. Mana kita tahu sewaktu dia meriwayatkan hadis ini dia betul2 jujur tapi ulama hadis tetap akan mengira ia sebagai hadis dhaif ekoran kecacatan pada perawinya boleh jadi hadis ini memang betul2 datang dari Nabi. Sebab itu hadis ini masih boleh digunakan tapi dengan syarat ia tidak terlalu dhaif.

Sebenarnya banyak faktor lain lagi yang menjatuhkan martabat hadis itu kepada dhaif oleh itu jangan suka2 cakap hadis dhaif ini tidak boleh dipakai tanpa pengkajian dan penelitian yang mendalam dari sudut sanad dan matan hadis.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...