Jump to content
Sign in to follow this  
Miss U.A

Bersolat tapi tak ikhlas....

Recommended Posts

Jedi wrote:
Kalau rasa tertinggal...cepat2 buat.

Ada sesetengah orang dia akan Qada tiap kali lepas solat fardhu;
Lepas Subuh, Qada Subuh. Lepas Zuhur, Qada Zuhur etc.
Dia Qada solat yang dia tak buat masa dia muda/lalai dulu.

Orang yang tak nak solat ni belum dapat Hidayah agaknya.
Tapi walaupun Hidayah belum sampai, kita kena gi cari ::icon_wink::


Nk cari Hidayah tu pn.. perlukan hidayah dan keinginan gak.. sbb tu kdngkala org cakap hidayah x datang lagi... tapi usaha mencari x de pon.. ::icon_eek::


luqolas wrote:Khusyuk x khusyuk tu belakang cerita. yang penting tunaikan dulu rukun islam ke2 tu.
solat tu WAJIB.

Cume nak berkongsi dengan korang. Ni cara yang aku biasa wat sebelum baca niat nak solat, istighfar 3x, tasbih/tahmid/takbir. pastu tadah tngan minta supaya Allah beri kekusyukkan dalam solat, n supaya solat diterima. Inshaallah.

Kalau ada salah silap tolong betulkan. Terima Kasih.



Btul ni..

Jgn sampai jadi mcm sorang mamat ni.. melayu dan islam. Aku tny pasal apa x solat?? Dia ckp solat dia x pernah khusyuk.. so baik x payah solat.



Perkara pokoknya disini adalah solat. Khusyuk atau tidak itu perkara lain. Sbb hak Allah swt nak terima solat atau tidak. Dan tidak mustahil langsung yg Allah swt akan kurniakan kekhusyukan asal saja kita x berhenti dari berusaha.

Dan kalaupun perangai mmg dah teruk sgt mcm mamat yg aku ceritakan tu.. setidak2nya solat jer.. dah terlepas dari hukuman seksa meninggalkan rukun. Insya'allah khusyuk dan keikhlasan akan datang kemudian...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kita melakukan sesuatu perkara dengan relahati kerana mendapat keseronokan & kepuasan.
Lama kelamaan ia menjadi satu kegemaran atau hobi.

Jadikan solat itu sebagai satu kegemaran kerana dalam solat ada keseronokan.
Orang yang malas nak solat kerana mereka rasa solat tak ada keseronokan.
Oleh itu carilah keseronokan yang ada dalam solat. Antaranya;
1) Keseronokan berkata-kata/bercakap-cakap dengan Allah s.w.t
iaitu ketika kita membaca surah al-Fatihah. Di sini kita perlu faham
apa yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Apa bila dah faham maka
timbullah khusyuk dalam solat.

2) Keseronokan menjadi hamba Allah yang taat, sopan dan sayangkan Allah.
Menjadi hamba Allah nie adalah satu keseronokan, yang boleh diterjemahkan
dalam setiap rukun perbuatan seperti qiyam, rukuk, sujud dan duduk.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Khusyuk Yang Terganggu

Diriwayatkan dari Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.”

(al-Bukhari)

Huraian

Solat adalah sah jika menepati segala rukun dan syarat yang telah ditentukan oleh syarak walaupun memakai pakaian yang ada gambar (bergambar). Walau bagaimanapun dari segi adab dalam beribadat, perkara ini tidak digalakkan kerana ia mungkin mengganggu penumpuan kita atau orang lain terhadap solat kecuali tidak ada pakaian yang lebih baik ketika itu. Sesungguhnya dalam beribadat, bukan sahaja rukun dan syarat perlu diikuti tetapi adab juga mesti diutamakan. Memakai pakaian yang sopan dan selayaknya dipakai mestilah dititikberatkan apalagi ketika behadapan dengan Allah Ta'ala. Itulah yang dinamakan sifat ihsan iaitu merasakan bahawa Allah Ta'ala melihat ibadat yang sedang kita kerjakan. Jika kita tidak menjaga adab ini dikhuatiri ibadat kita tidak sempurna walaupun di sisi syarak ianya dianggap sah.
Spoiler:
rujukan:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-e-hadith

Share this post


Link to post
Share on other sites
Miss U.A wrote:Assalamualaikum, nk tny sket

Psl solat....

Let say, kalo kite bersolat (cukup sehari 5 waktu), tp sbnrnye kite tak bole nk khusyuk time bersolat tuh...
jauh skali nk rase kemanisan bersolat mcm yg sesetengah org berckp...

Pendek kata, bersolat tp tak ikhlas... Cuma skdr nk menunaikan tanggungjwb.... Sbb bile tak buat tuh mungkin rase serba slh n ade kekurangan.

Apakah hukumnye........


Salam,
Ada 3 perkara yang ingin saya tarik perhatian kepada adik TS dan semua.

pertama; - Solat
Kedua; - Khusyuk
Ketiga; - Ikhlas

Hukum Solat, Wajib dengan itu jika anda dah bersolat itu tandanya anda sudah menjalankan perintah Allah.

Khusuk akan hadir dengan berbagai kaedah, anda boleh rujuk kepada mana2 ustaz, buku dan amalan para sahabat bagaimana untuk menhadirkan khusuk.

Ikhlas, Masih tidak ikhlas jika anda berkata yang anda ikhlas mengerjakan sesuatu itu, Ikhlas tidak boleh diucapkan dengan kata2 dan tidak boleh dizahirkan dengan perbuatan.

Persoalannya sekarang ialah keikhlasan dalam solat.

Mari kita pecahkan lagi tingkatan solat semoga kita dapat lebih fahaman.
Peringkat pertama: Alam kanak2 -> Dipaksa -> Kerana Takut pada Ayah/Ibu
Peringkat Kedua: Alam Remaja -> Diperbaiki -> Kerana untuk mendapat Pahala
Peringkat Ketiga: Alam Dewasa -> Diyakini -> Kerana Allah Semata mata

Apa yang saya nyatakan sebab/kerana itu adalah secara asas, banyak lagi pecahan nya. Tetapi pada peringkat ketiga sepatutnya kita bersolat haya kerana Allah, bukan kerana yang lain. Apabila telah sampai ketahap ini, keihlasan itu akan terpancar.

Nasihat saya, bersolatlah walaupun anda tidak khusuk, bersolatlah walaupun anda tidak Ikhlas. Semuanya akan didatangkan Allah jika anda Istiqamah dalam melakukan nya.

Wassalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dengan kata lain, bersolatlah 5 waktu walaupun rasa terpaksa, rasa tak ikhlas dsbnya.
Kemudian perbaiki dari masa ke semasa.

Perkara yang paling mudah dilaksanakan dan banyak faedahnya ialah Solat
Tetapi kenapa masih malas nak buat?

Berbanding dengan perkara lain seperti pergi memancing, main golf dll
kena keluar belanja yang banyak, berhujan berpanas, tetapi rajin pulak tu.

Heran bin ajaib.

Share this post


Link to post
Share on other sites
solat je, khusyuk ke tak ke belakang kira, ikhlas ke tak ke kena cek balik...

kalau semata2 kerana selain Allah solat tu tak sah, macam contohnya dia memang tak solat tapi pasal ade member kat rumah baru solat menunjukkan kat kawan die die tu solat jugak. semata2 kerana bukan Allah ye..

kalau niat die kerana Allah tapi pasal ada kawan rajin sikit, salin baju lawa2 sikit, pakai perfume dan sebagainya, kalau xde orang lain tengok solat jugak tapi xde la lawa2 wangi2 sangat, ade kerana Allah dan ada kerana orang lain, solatnya sah tapi kurang le pahala tu.

khusyuk tu penting, sehinggakan ada mazhab yang mewajiubkan khusyuk, tak khusyuk tak sah solat. katanya Tn Guru Nik Aziz pun (cerita kawan saya yang pernah belajar di Darul Anwar Pulau Melaka) jika ada orang buat bising di belakang, beliau akan potong/batalkan solatnya dan tegur yang buat bising tersebut, mungkin kerana beliau juga menganggap khusyuk itu wajib tak sah solat tanpa khusyuk.

namun, ada kisah ulamak yang tak dapat khusyuk, setelah berusaha dapatkan khusyuk selama 40 tahun barulah beroleh khusyuk. kalaulah khusyuk wajib, maknanya solat selama 40 tahun ulamak tersebut tak diterima ke? tak, khusyuk cuma pelengkap solat, jadi lebih cantik dan indah supaya Allah juga berkenan dengan amalan kita tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...