Jump to content
Sign in to follow this  
kecik-88

[Tutorial] Saiz Sebenar Hard Disk/Flash Drive Anda

Recommended Posts

Assalamualaikum,

Pernahkah anda membeli harddisk atau flashdrive/thumbdrive di kedai komputer...??
berapakah saiz hard disk/flashdrive tersebut...?? 1GB? 2GB? 80GB? 160GB? 250GB? 1TB?

Apabila anda pasangkan Harddisk/flashdrive anda pada komputer perasankah anda bahawa saiz harddisk/flashdrive tersebut tidak mencukupi dari saiz yang sebenar yang anda beli...disini bukan nya anda ditipu atau pekakas itu rosak...

OK kat sini aku nak terangkan secara teperinci apa yang berlaku..



Lihat pada gambar diatas ianya menunjukan saiz harddisk pada partition
kecik88[G:\] ialah 37.27GB = 40GB jika kita beli dari kedai...

Bagaimana pengiraannya:-

40GB = adalah nombor DECIMAL(kita membaca menggunakan no. asas) manakala
37.27GB = adalah nombor BINARY(komputer membaca menggunakan no. binary)

40GB x 0.931323 = 37.25292GB
80GB x 0.931323 = 74.50584GB
120GB x 0.931323 = 111.75876GB
160GB x 0.931323 = 149.01168GB
250GB x 0.931323 = 232.83075GB
320GB x 0.931323 = 298.02336GB
500GB x 0.931323 = 465.6615GB
750GB x 0.931323 = 698.49225GB
1024GB(1TB) x 0.931323 = 953.674752GB


UNTUK Thunmbdrive/flashdrive

128MB x 0.931323 = 119.209344MB
256MB x 0.931323 = 238.418688MB
512MB x 0.931323 = 476.837376MB
1024MB(1GB) x 0.931323 = 953.674752MB
2GB x 0.931323 = 1.862646GB
4GB x 0.931323 = 3.725292GB
8GB x 0.931323 = 7.450584GB

UNTUK pengiraan cara terbalik pula

7.45GB x 1.073741 = 7.99937045(perlu Dibundarkan menjadi = 8GB)
1.86GB x 1.073741 = 1.99715826(perlu Dibundarkan menjadi = 2GB)
232GB x 1.073741 = 249.107912 (perlu Dibundarkan menjadi = 250GB)
dan begitu la yang seterusnya....

so nie ilmu yang aku baru belajar(jenuh nak dapat idea nie) cuma nak kongsi ngan korang.....

Share this post


Link to post
Share on other sites
panduan yang amat bermanfaat. selama ni tak tahu pun macam mana hdd yang dibeli tidak menepati
seperti saiz yang dilabelkan, greats bro Kecik-88!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Komputer guna sistem binary digits, base two..Kita guna sistem base ten
Manufacturer guna sistem decimal untuk pengiraan saiz hard disk.. Contohnya hard disk 10GB.. manufacturer buat 10GB=10,000,000,000 bytes.. Tapi sebetulnya mengikut sistem binary 10GB memerlukan 10,737,418,240 bytes, baru jadi 10GB .. So tak cukup disebabkan manufacturer buat tepat2 10,000,000,000 bytes, kurang dari yang diperlukan sistem binary untuk cukup 10GB.. Sebab tu size hard disk berkurangan

Disertakan sekali nilai bytes untuk binary system
Unit Equivalent
1 kilobyte (KB) 1,024 bytes
1 megabyte (MB) 1,048,576 bytes
1 gigabyte (GB) 1,073,741,824 bytes
1 terabyte (TB) 1,099,511,627,776 bytes

Sistem binary
1 kilobytes(KB)= (2^10)= 1024bytes
1 megabytes(MB)= (2^20)= 1024KB
1 gigabytes(GB)= (2^30)=1024MB

So nak tukar GB jadi MB, pastu MB jadi KB, pastu KB jadi bytes tak boleh bahagi dengan 1000, tapi kena bahagi dengan 1024..sebanyak 3 kali sebab tukar GB-->MB-->KB-->bytes

------------------------------------------
Sebab kenapa kena bahagi dengan 0.931323??
Sebab perbezaan antara base ten dengan base two
(1000/1024)^3=0.931323

sebab kuasa 3? nak tukar dari (GB ke MB), dari (MB ke KB), dari (KB ke byte) perlu divide dengan 1.024 3 times
baru boleh compare base two and ten

Tak payah la pening2 kepala tanya pasal nombor tu, just guna formula:
1. bahagi dengan 0.931323, atau
2. bahagi dengan 1.024 sebanyak 3 kali
3. tukar ke bytes dan bahagi dengan 1024 sebanyak 3 kali

CONTOH
250GB X 0.931323 = 232GB
250GB / 1.024 / 1.024 / 1.024 = 232GB
250000000000bytes / 1024 / 1024 / 1024 = 232GB

Aku ambik dari thread lama je, aku dah pernah post pasal ni

Share this post


Link to post
Share on other sites
izwanensem wrote:tumpang tanya......aku xpahamlah formula matematik tu. Mana datangnya 0.931323 n 1.073741 tu kenapa pulak kena darab dgn nombor2 tu?


selamat hari raya....aku baru balik dari kampung....

ok macam mane nak dapat nombor 0.931323 dan 1.073741 tue...
nie cara pengiraannya

1024^3 = 1.073.741.824
1024^-3 = 9.313225746(perlu di bundarkan menjadi 931323)

ok faham tak skrang..? 1024 tue kira nya nombor dasar bagi binary....
kenapa ^3 dan ^-3 iaitu telah diterang kan oleh sheikomatic
iaitu tukar GB-->MB-->KB(nie untuk ^3) atau tukar terbalik KB-->MB-->GB(Nie untuk ^-3)

^3 = menukar dari BINARY ke DECIMAL
^-3 = menukar dari DECIMAL ke BINARY

contoh untuk ^3 iaitu 1.073741:-
37.25 x 1.073741 = 39.99685225(di bundarkan menjadi 40GB)

contoh untuk ^-3 iaitu .931323:-
40 x 931323 = 37.252920GB


Note...
^ =kuasa(dlm matematik)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Good info

Teringat masa tahun hujung 90'an dell atau mana-mana vendor pc show size h/d dalam binary...so masa tu aku beli pc. spec pc ditulis 3.72 untuk h/disk atau kalau dalam kalau dalam dec macam sekarang 4 gig laa..

Aku rasa sepatutnya pengeluar h/disk dan vendor pc sepatutnya guna binary untuk size h/disk macam mana diorang buat dulu..BTW mungkin kalau guna dec lebih mudah..tak perlu ada no. perpuluhan..etc..or may be just for marketing purposes

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...