Jump to content
Sign in to follow this  
F18 HORNET_1

"RASUL MELAYU" KINI MENGANAS PULA DI INTERNET

Recommended Posts

yela..mmg la masyuk..
tp disebabkan golongan2 cmni..
org yg btul2 perlukan khidmat pguam ni terpksa tunggu kes disebut smula..
sbb tu kdang2 kes rogol pn byk kali dtngguh...
bkn sbb ape,tp sbb pguam bela or dakwa ader kes penceraian artis ect...

Share this post


Link to post
Share on other sites
td aku tgk Eksklusif 1, cite psl si kahar nih....
ade la sket sedutan ms reporter interview die dulu...

ade ke die ckp Yasin diturunkan kat die, sbb tuh la die ckp Tuhan lantik die sbg Rasul...

eiiii rase nk tujal2 je kepala org tua tuh...
ayat dalam surah tuh ditujukan kat Nabi Muhammad, yg ko perasan Tuhan tujukan kat ko knp????

tak ke bangang nmnye tuh....pastu dgn angkuhnye bercakap yg die mls nk lyn ckp org2 yg kata die tak betul nih...
kepala hotak die!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
udah la tu kahar tu dah masuk penjara.. ni kita ni... carefull lah sket... saki baki dan ajaran sesat lain pun ada lagi.

aku dapat bayangkan bertanpa mudah bangsa kita boleh di perdaya.. contoh...

bang bang boom !!! rancangan mengenakan org dan perdayakan org.....

satu scene tu wat ajaran sesat.... ajak 3 org kawan gi umah guru ajaran sesat.

dia org ni tak tahu apa.. ikut jeeee..... sebab tengok ramai pengikut lain 7 8 org taat setia kat tok guru tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak tengok kat maner??

Share this post


Link to post
Share on other sites
smlm cite psl ayah pin, abuya ngn sorg lg sape ntah...sesat jugak...
buruknye berzikir sambil terlompat2 cm kera ngn berjubah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..

pendpat aku kebykan org yg terikut2 ajaran sesat nie adalah dari golongan yg kuat agama..

nie cite btl..aku dlm 3-4 thn dulu ada join bdk2 tabaligh..ada satu mlm ketua kitaorg ajak pergi satu banglo..kat luar banglo tue penuh dgn keta2 mewah..pas aku msk dlm ada ramaila jgk org2 tua..yg aku kenal sbgai org yg kuat agama pon ada..pastu dia bg tazkirah..dlm sejam lps tue diorg ckp nk berzikir..pastu tiba2 je gelap diorg tutp lampu..aku pon pelik la..asal diorg ttp lampu nie..aku tanya ketua aku..dia pon ckp berzikir dlm gelap lebih diterima Allah..aku xckp ape2 terus blah dari banglo tue..pastu aku blk aku report kat bapak aku..bapak aku ckp umah banglo tue dah byk kali dah polis dgn jabatan islam rush tp xde ape2 tindakan psl diorg pandai berlakon..start ari tue aku dah xjoin dah mane2 tabaligh nie..takut pisang berbuah 2 kali..cite aku nie dari kampung aku kat kemaman terengganu..

sekian..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ko nih strip....patut ko duduk je dulu...tgk ape die buat....ntah2 diorg nk berzikir sambil lompat2 cm cite yg aku tgk tu tak....
hahhahhahaa!

Share this post


Link to post
Share on other sites
lol..xnkla aku..kan tiba2 diorg suh minum air basuh kaki leader diorg kan naya aku..baik aku blh awal2..dahla gelap time aku blah tue,abis tersepak makcik2 dgn pakcik2 yg tgh duk bersila tue..hahaha..skrg aku xtau ada xlg perkara khurafat kat banglo tue..dah lama xlalu ikut situ ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
air basuh kaki? eee... ilang selere ak tgh mkn eskeyem... cuma hati2 jela kalo nk ikut ape2 pn... zaman skrg adalah zaman dimana ko kne hakimi sendiri setiap perkara yang berlaku depan mata.. utk menghakimi, kne ada ilmu didada.. jgn mudah ikut org.. nasib ko bertindak bijak time tuh... kalo x,.... <----sila isi tempat kosong

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bicarasufi.com wrote:
Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?
Jawapan Dato' Dr Harun Din

http://www.iptaf.net/tarisufi.htm

Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?
Jawapan Dato' Dr Harun Din dalam Harakah 19-22 SYAABAN 1430/10-13 OGOS 2009 (Kolumnis / Sisipan FIKRAH)


Dato' Dr Harun Din

SOALAN : Bolehkah laku zikrullah secara menari-nari?

SELESAI satu ceramah di masjid kami, dalam isu zikrullah ada seorang bertanya penceramah, bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam bekhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarikat sufi. Penceramah tersebut secara spontan menjawab: “ Rasa saya itu adalah haram, mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian, tarian itu haram.” Kami menjadi keliru, minta pandangan Dato’, terima kasih.

JEMAAH RAGU,
Sepang

JAWAPAN Dari Dato' Harun Din :

SETIAP soalan memang ada jawapan. Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.

Kadang-kadang ada yang mengikut 'rasa', seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan 'rasa'. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): "Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.'" (Surah 'Ali-'Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, "Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku."

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita'birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau 'body language' beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, "Tidak mengapa dan boleh dilakukan."

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah 'Ali-'Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah ar-Ra’d, ayat 28 )

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita'birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, "Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram."

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu 'alam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
wokeh topik dah selesai,mod boleh closed topik kalau takde bantahan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...