Jump to content
Sign in to follow this  
funkwasabi

Gerakan Yahudi nk musnah Islam..

Recommended Posts

Zaman globalisasi adalah zaman menyeluruh, iaitu seluruh dunia.
Negara A buat sesuatu perkara, maka Negara B sampai Z akan belajar dan mengikut contoh.
Negara A buat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala, maka Negara B sampai Z akan belajar dan mengikut contoh Negara A.
Zaman para nabi-nabi dahulu, jika kaumnya buat perkara yang dilarang keras oleh Allah Taala, maka hanya kaum itu saja yang dimusnahkan oleh Allah Ta`ala sebab Zaman masa tu tak globalisasi.
Jadi kesimpulannya, jika orang-orang islam mengikut perkara-perkara terkutuk yang dibawa oleh Negara yang terang-terang menentang islam, maka seluruh dunia akan Allah Ta`ala musnahkan sebab zaman sekarang zaman Globalisasi(menyeluruh)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalammualaikummm.. apa kabar saudara muslimku yang baik hati semua?semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat walafiat, semoga apa yang kalian lakukan di rahmati, diberkati Allah, amin....

[quote name='sawi' date='19 August 2009 - 06:37 AM' timestamp='1250635020' post='984886']
kalau tgk JUMLAH, dan KEKAYAAN negara umat Islam, tak susah mana pun nak takutkan, apalagi kalahkan Zionis/Yahudi.
tapi kenapa dalam jumlah yg ramai, negara yg kaya dgn hasil mineral, umat Islam tetap lemah, dan dgn mudah dijual beli, ditindas, dibuli Zionis/Yahudi?

nak jawapan mudah, tgk sendiri umat Islam mcm mana.
Zionis/Yahudi sendiri bina kekuatan mereka dgn ambil dari Quran, cuma mereka takde hidayah, mereka gunakan sumber Quran dgn cuba melawan kuasa Allah. Kalau Allah kata akhir zaman Yahudi akan dikalahkan Islam, mereka merancang dan berusaha melemahkan umat Islam sejak dulu lagi, dan hari ini kita dh dpt lihat hasilnya.

Umat Islam diwasiatkan Rasullullah dgn Quran & Sunnah, tp apakah umat Islam berpegang SEPENUHNYA pada Quran & Sunnah. Takyah pegi jauh, tgk Umat Islam di Malaysia sahaja. Kalau kat negara kita ni, takyah tunggu org bukan Islam hina Islam, org Islam sendiri yg lebih hebat dlm menghina/mempertikaikan Islam.

Kekuatan Islam pada kesepakatan, sbb tu Islam tak bezakan BANGSA, WARNA KULIT, BAHASA, kerana Islam itu bersaudara.
Kalau semua umat Islam kukuh berpegang pada TALI ALLAH, Quran dan Sunnah, secara automatik, seluruh umat Islam bersatu, tak kira apapun ISU, bila sumber rujukan dan pegangan adalah satu, maka bersatulah umat Islam. Bila jemaah di masjid dan surau, lebih ramai dr jemaah di hari Jumaat, maka itu tanda2 umat Islam kembali kepada Allah.

Allah berjanji, dan janji Allah adalah benar, Allah tak mungkin mungkir janji.
Allah berjanji, kalau kita ikut perintahNYA Allah akan jaga segala urusan kita.
JADI hari ni, kita lebih byk ikut perintah2 Allah, atau kita lebih banyak ikut aturan kehidupan kita sendiri?
Bagaimana Allah nak menjaga urusan kita, negara kita, bilamana kita menjauhkan diri daripada Allah dgn tidak merasa apa2 apabila ingkar perintahNYA?
Islam tidak hanya pada solat semata-mata, Islam bukan pada Mahkamah Syariah, Islam bukan hanya pada doa makan, tp Islam meliputi seluruhnya, seluruh urusan dunia & akhirat.

Tapi kan, dlm aku taip ni, aku sendiri tau, diri aku sendiri sangat2 hina dan teruk, blm berjaya menjaga diri dr larangan2 Allah. Paling teruk aku sendiri tak kuat utk meramaikan jemaah di masjid/surau, utamanya subuh. Jadi apa aku tulis ni lebih pada peringatan utk diri sendiri, malu nak nasihat org lain, tp diri sendiri tak buat apa2.
[/quote]


setelah saya amati daripada komentar yang telah diberikan oleh saudara semua, maka komentar di atas lah asas yang perlu kita kuasai, kembali kepada al-quran dan sunnah.. pasti tidak akan sesat, pasti selamat... apa maksud sesat seperti nabi kata? sesat maksudnya adalah tidak sampai kepada tujuan. tetapi tujuan kita apa? innalillah wainna ilaihirojiun - daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..... itulah tujuan kita... kita akan kembali kepada Allah, berjumpa dengan Allah, melihat wajahNya, sudah pasti nak lihat di dalam Syurga, ini semua adalah intipati ahli sunnah waljamaah... jika kita tak ikut Al-Quran dan Sunnah, maka pasti kita sesat, tak sampai kepada tujuan kita, sebab masuk neraka.. kita lalu je titian sirath di atas neraka tu untuk menyeberangi ke syurga, tapi sayangnya tidak kesampaian, jatuh terjelopok ke dalam neraka sebab semasa di dunia kita tidak ikut ajaran Al-quran dan hadith NAbi saw. sudah pasti dalam ajaran itu terkandung cara bagaimana ingin hidup di dunia, mentadbir dunia ni, melawan yahudi, dan sebagainya...

[quote] Posted 10 September 2009 - 06:06 AM
hai bro,skg sya x heran klu kaum kafir nk jatuhkan islam,dh memang dr datuk nenek dorang lagi dorang dendam kat islam..tp yg aku pelik & heran klu org islam sendiri yg nk jatuh kan sesama islam..
tak percaya..[b]tgk apa yg terjadi kat shah alam syeksen 23..dh terang2 majoriti islam lg nk buat kuil kat sana. untuk apa semua tu???nk lawan dgn islam??[/b] [/quote]

saudara muslim ku yang baik hati

saya rasa kamu pun dah terpengaruh dengan golongan orang munafik yang tidak faham islam. beginilah jadinya jika tidak faham islam dengan sebenarnya, tidak faham islam secara keseluruhannya... Allah pun suruh, jika datang berita dari orang fasik, selidik dulu, nanti kita juga yang rugi... cuba tgk saudara pun dah terpengaruh... selidik dulu, jgn terpengaruh dengan media massa yang korup, berat sebelah,..

saudara, golongan munafik ni kan, jika mereka cerita mengenai islam, memang hebat, kita pun boleh terpengaruh tau, tapi hakikatnya mereka ni kosong... cuba lihat mengenai kes perarakan maulidur rasul ni penang. kecoh kononnya mengatakan si ketua menteri anti Islam... ttp sebenarnya siapa yang anti Islam? adakah maulidur rasul ada dalam islam? adakah perarakan ada dalam islam? adakah ia wajib? apatah lagi sunnat? mmg la takde dalam islam, tetapi menyambut sekadar untuk saling mengingati Nabi saw tiada salahnya, tetapi yang wajib pun, undang-undang islam pun tidak dilaksanakan, orang yang menuduh di liwat tidak didakwa di mahkamah syariah tapi nak bawa pula orang dituduh ke mahkamah sivil... mana yang wajib saudaraku? konon nak ikut sunnah... chit porah... jgn la saudara terpengaruh dengan segolongon orang Islam yang munafik ni. dah memerintah 50 tahun, tapi Islam tak ke mana.....!!!

memang betul dikatakan oleh Allah dalam alquran "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui."(5 AL-maidah:54)... cuba tengok ayat tu, siapa yang berpaling, tak buat kerja agama, tidak menegakkan syariat Allah, undang-undang Allah, tidak mentadbir ikut cara Islam, maka Allah akan gantikan dengan mereka dengan orang lain, yang mereka ni ALlah cintakan mereka, mereka pula juga cintakan Allah.. cinta siapa lagi paling best? paling agung? paling hebat? jika bukan cinta Allah.... saya pasti dan amat yakin kerja Islam akan diganti dilakukan oleh orng lain jika orang yang melakukannya sekarang lari, lari dari syariat ALlah dan sunnah nabi...

ingat tak ayat ni?... " Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (3. Ali 'Imran:31) konon kata orang lain yang bukan islam , anti islam sbb tak buat perarakan, orang islam yang tak amalkan islam bagaimana? konon cintakan nabi, tapi tak ikut kata dan ajaran yang dibawa oleh nabi.. bagaimana tu? sebab apa? dalam diri tu penuh dengan nafsu dan hasad dengki... dengki kepada orang Islam yang mengamalkan Islam, dengki sebab dah kurang kuasa, nafsu dan tamak kepada dunia, harta, pangkat dan kuasa... untuk kepentingan diri dan kroni.... untuk Islam nabi dan Allah? jauh panggang dari api.. sebab ilmu dan iman tiada dalam hati, yang ada hanyalah nafsu semata-mata...

perarakan ni dari zaman pemerintahan mereka pun ada gak tak buat di negeri tertentu, tapi kenapa tak pula buat bantahan dan demo? pelik bin ajaib tak? begitu la nasib umat islam yang majoriti di malaysia yang tertipu dengan dakyah mereka golongan munafik ni...

sebab tu benarlah kata-kata Allah ...

[u]" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) [b]kebanyakan[/b] dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7. Al A'raaf:179)
[/u]

[u]"Sesungguhnya Kami benar-benar telah memhawa kebenaran kepada kamu tetapi [b]kebanyakan[/b] di antara kamu benci pada kebenaran itu." (43. Az Zukhruf:78)[/u]

[u]"Sesungguhnya ayat-ayatKu (Al Quran) selalu dibacakan kepada kamu sekalian, maka kamu selalu berpaling ke belakang, dengan menyombongkan diri terhadap Al Quran itu dan mengucapkan perkataan-perkataan keji terhadapnya di waktu kamu bercakap-cakap di malam hari. Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu? Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka, karena itu mereka memungkirinya? Atau (apakah patut) mereka berkata: "Padanya (Muhammad) ada penyakit gila." Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan [b]kebanyakan[/b] mereka benci kepada kebenaran itu. Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (23. Al Mu'minuun:66-71)"[/u]


cuba lihat ayat tu, Allah bagitahu kepada kita semua, [b]kebanyakan[/b] manusia masuk neraka sebab tak nak dengar al-quran, tak nak ikut ajaran nabi, sbb semua nya ikut nafsu, taknak guna akal untuk belajar ilmu agama, dah belajar pun tapi salah belajar, salah ikut orang lain, jadi pak turut, jadi pencacai kepada pemeimpin zalim dan tamak haloba... al-quran, sunnah di belakangkan, perundangan dunia, perundangan nafsu kepentingan peribadi didahulukan... bukan Allah diutamakan, laksakan syariat didahulukan!!!

so kesimpulannya jangan ikut orang kebanyakan.... nak berperang pun tak semestinya yang banyak menang, tetapi yang sedikit tu boleh menang jika iman kepada Allah kuat seperti perang badar dan perang-perang lain...

wallahualam..

jumpa lagi lain waktu, jika bukan di dunia yang hina dan fana ni kita jumpa, semoga jumpa nanti kat syurga Allah yang indah dan kekal abadi, tapi asasnya kita berjumpa di sana adalah takwa kepada Allah... takwa tu ikut apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang... semua tu termaktub dalam Al-quran dan sunnah nabi saw, iaitu ISLAM.... kamu buat kamu dapat.. lu pikir la sendiri...

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagaimana nak selamt dari golongan munafik ni? belajar la, belajar... belajar ilmu agama... Maksud hadith, Jika Allah nak beri kebaikan kepada seseorang, Allah akan beri kefahaman dalam Agama.. nak faham kena belajar la kan? kena kaji, baca... bukan dengar cakap2 orang, apatah lagi dengar dan baca dari hasil orang munafik yang benci Islam dan orang kafir yang menulis tentang Islam....

Allah juga bagi tau dalam Al-quran, Dia muliakan orang yang berilmu, apakah sama orang yang tahu dengan orang yang tak tahu?,orang yang takut kepada Allah adalah orang yang berilmu dan mcm-mcm lagi, boleh cari dalam al-quran untuk yang lebih detail dan terperinci, download software al-quran digital dan search ayat Ilmu.. kalau nak cari dan kajila, tak cari tak jumpa...

sama juga dalam komputer dan kehidupan dunia ni, mcm mana kita nak tahu benda tu baik dan buruk, kalau takde ilmu kan? oleh itu penting ilmu ni.. nak beriman kena ada ilmu juga, nak beramal pun kena ada ilmu juga....

wallahualam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...