Jump to content
Sign in to follow this  
fnd_1

Klip video game untuk MSC IPCC baru2 ni.

Recommended Posts

Apa Khabar Lanog, zainal, coisox dll.

21st Dream Diamond salah satu game yang terpilih dalam MSC Malaysia IPCC 2009 : Computer Casual Games baru-baru ni.



Animasi rigkas guna flash dan jadikan klip video avi menggunakan perisian 'avi screen capture'.Guna Movie Maker untuk satukan klip2 video ni. Masukkan sarikata dan kemudian 'harcode'kan sarikatanya sebab bimbang PC yang disediakan masa presentation tak support subtitle.

kalau nak cuba game ni sila ke..
http://lingovista.blogspot.com/

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tahniah fendi... akhirnya dapat jugak setelah 3x mencuba... tahniah lagi sekali, semangat macam nie ler yang patut ada pada semua orang..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Thanks Lanog. Minta maaflah jika luahan rasa atas kekalahan dalam 2 IPCC sebelum ni mengguriskan hati mana-mana pihak. Mengaku memang patut kalah pun.Sebab dalam pitching macam ni, bukan idea game saja penting tapi cara nak beritahu idea game tu pun penting jugak.
Dalam IPCC baru ni 3 4 team cuba tampilkan idea game berbentuk 'time management' tapi tidak mampu memikat hati juri walau pun memaparkan grafik menarik dalam game tu.
Yang lain2, tak berapa nak faham sebab maklumlah cakap omputeh.

Tahun depan mungkin ada lagi, jadi member2 semua boleh cuba tampilkan idea game yang menarik.

Tahniah juga kepada 4 team lagi yang terpilih dalam IPCC 2009.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul tu... insya'allah kalau takde aral melintang tahun depan aku try masuk pitch tu. Tahun nie memang takleh, macam2 benda yang menyebabkan busy memanjang. Anyway boleh ler review sikit pasal team2 lain yang menang tu. Apa game diorang dan konsep dia... share ler dengan kawan2 kat sini.. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa kata fnd sila berikan tips2 tentang apa sebenarnya yang para juri mahu. Setelah 3 kali mencuba tentu fnd sudah faham apakah yg mereka sebenar mahu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Antara tip-tipnya Hutoru...

1. Masa isi proposal dalam ruangan pertama tu penting. Ceritakan tentang game anda umpama game anda tu dah siap. Cuma tunggu nak jual je. Jadi selalu2lah baca bahagian belakang cover CD game, jangan tengok depan cover yg cantik tu je. Hayati bagaimana garapan ayat para pengiklan ni untuk menarik minat anda untuk membeli CD game tu. Kemudian letak gambar umpama cover CD sekali kat situ. Dari situ barulah timbul minat para pemilih kat MDEC ni berminat nak mengetahui isi-isi seterusnya. Kalau tak silap, 22 team hantar proposal dan 12 team terpilih masuk pitching. Mungkin tahun depan lagi sengit kut.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tips kedua, banyakkan gambar atau screenshot mengenai game baik dalam proposal atau dalam 'presentation slide' . Gambar2 lebih memudahkan orang memahami bentuk dan mekanik game kita. Lagi cantik lagi bagus dan kalau ada animasi lagi bagus. Sesetengah gamekan ada demo mode. Biasanya dengan melihat demo mode ni saja kita dah boleh faham serba sedikit cara permainan game tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya dah biasa menggunakan Visual Basic 6. Jadi tak begitu bimbang bab-bab programming dari segi mekanik atau cara permainan game ni. Tapi bimbang mengenai animasi. Kalau u tengok dalam game demo tu dia punya pergerakan animasi tu nampak 'rigid'. Visual Basic memang boleh buat animasi lancar (smooth animation) malah lebih lancar dari Flash atau paparan 3D. Tapi codenya jadi panjang dan melibatkan banyak pengiraan. Ambil masa. Inilah antara cabaran dari segi teknikalnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...