Jump to content
Sign in to follow this  
sharul_1

penyakit stroke...

Recommended Posts

salam...ada tak sesape yang tahu camana nak merawat penyakit stroke/angin ahmar ni..sorang family aku kena penyakit ni dan sebelah badan dia dah takleh gerak..bercakap pun dah takleh..ada peluang utk sembuh tak?lagi satu aku dengar penyakit ni dinamakan angin ahmar sebab ada jin yang masuk dlm badan..dan jin tu namanya ahmar...tu dari segi perubatan islam la..pastu yg camana nak merawat penyakit ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Angin ahmar ni kalau ikut perubatan pasal saluran darah tersekat atau darah ke otak tetiba berhenti sekejap ,walaupun sekejap sel2 otak yang kurang darah tu akan rosak@mati lalu menyebabkan bahagian otak yang terlibat tu hilang function . Untuk merawat dia ni kena ikut jenis macam mana stroke tu terjadi.

ni setakat yang aku tau jela.

Share this post


Link to post
Share on other sites
oh ya ker nama jin ker ahmar tu... baru aku tau lah... stroke jadi pasal salur darah ke otak tersumbat atau pecah... ini menyebabkan pesakit akan lumpuh ikut dimana salur darah tersebut tersumbat atau pecah... selalunya rawatan untuk kaedah moden ni kebanyakkannya tidak akan mengembalikan semula fungsi normal badan... kebanyakkan rawatannya melalui kaedah terapi... tapi aku tak pasti lau ada ubat dimakan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pernah jugak dengar pasal angin ahmar ni bersangkut paut dengan jin,pape pun boleh dicegah dengan penjagaan kesihatan yang baik dan jika doktor mengesahkan diri pesakit mudah kene stroke,biasa doktor bagi sejenis ubat untuk mencairkan darah dinamakan ASPIRIN.

Dekat US dah ada cara nak selamatkan pesakit stroke ni cuma masih dalam sesi percubaan lagi,dia orang bagi tissue plasminogen activator -- tPA -- , diberi dalam tempoh 3 jam masa kene stroke.Kemampuan untuk sembuh masih tipis lagi.Aku terbaca kat 1 laman web kesihatan US.

Langkah mencegah :-

- Buat pemeriksaan darah tinggi,kencing manis dan kolestrol.
- Jika pesakit kencig manis,pastikan paras gula normal dibawah 7 .
- Berhenti merokok dan elakkan minum minuman beralkohol
- Buat senaman selama 30 minit sehari
- Kawal berat badan dan pastikan BMI normal dan jangan overweight

Share this post


Link to post
Share on other sites
adalah lebih baik mencegah dari berubat... aku sekarang setiap 6 bulan pasti akan check sendiri darah spt check kolesterol,cardiac enzymes(jantung),FBC(sel2 darah),BUSE(ginjal), dan tambahan mcm check darah utk HIV, hepatitis B...

Share this post


Link to post
Share on other sites
stroke hantar hospital depa tak tau buat apa. cuma periksa tekanan darah, tahan masuk wad, cucuk tambah darah. pada pendapat aku, bila kena stroke jangan hantar spital, cara pakar perubatan khusus utk stroke. masa sihat ni la kena survey mana pakar yg berhampiran dgn rumah.

kat ayer baloi pontian dekat saja dgn masjid ayer baloi/ depan balai orang ramai ada seorang pengamal perubatan angin ahmar, kerabat sultan johor pun pergi situ.

kat ayer hitam jln kluang sebelum petronas, parit apa ntah ada seorang lagi wak muri/suri terkenal juga dia ni.

queen elizebeth (macamana eja nama dia)(atau siapa keranat diraja ingeris) awal tahun 2000, artis terkenal sudirman, nenek aku pun meninggal kena angin ahmar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
diorang bukan tak tau buat apa, cuma dah tak beleh buat apa2.sbb sel2 otak tu dah mati.rawatan kat hospital tujuannye nk elak progression, komplikasi pastu bolehkan pesakit jalankan aktiviti2 harian mcm org len(physiotherapy)

Share this post


Link to post
Share on other sites
kiranya penyakit stroke ni lau dah menyerang, pesakit tu mmg tak boleh lg pihak hopital nak buat apa2... apa yg pihak hospital buat hanya mengelakkan pesakit dari mengalami serangan yg lebih teruk... thats why la kenapa mencegah lebih baik dari berubat...n kalau dah pesakit strok dalam keadaan tak sedarkan diri peluang utk hidup adalah amat tipis sekali... aku dah nampak pesakit yg mcm ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Haha macam tak suka layanan hospital gov jer,ala kalau pape jadi pun hospita gov jugak yang ko akan pergi nanti.Janganlah hantar orang yang kene tu ke hospital daerah,hantar ke hospital besar.

Stroke ni kalau dah kene skali,memang senang nak kene kali kedua.Perit yang amat sangat kalau kene,tak terkatalah kesakitan,sebab tu orang yang kene stroke hanya mampu gambarkan kesakitan melalui mimik muka jer.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mencegah lebih baik dari berubat. betul tu.
masalahnya hampir semua makanan sekarang direka utk menyebabkan penyakit jantung, diabetis, darah tinggi. seperti ada konspirasi antara industri makanan dan industri kesihatan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sbb itu wjudnya pro dn kontra dlm khdpuan..mcm kereta dn bgkel,kereta rosak kne hntr bgkel tok repair,sbb pe wjudnya bgkel? Sbb nk bntu pmilik kreta mnyelesaikn mslh.

Bgtu jgk dgn bdg mknan dn kshtn,mkn nsi grg basi pn blh g hosptl dn mkn ubt.adess..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kikiki ... lau sekrg banyak makanan yg bole sebabkan penyakit ada jg makanan kesihtan yg bole tambah kesihatan kita mcm alpha lipid, red guara stevico dan macam2 lg pilih jer...

Share this post


Link to post
Share on other sites
harga alpha lipid terlampau mahal (sebab komisen terlampau tinggi) sekarang sudah ada saingan yg dengar kata boleh menyembuhkan stroke.

Gluco LPD Plus. Keluaran tempatan dari Kedah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kat area umah aku ade satu syarikat yg wat welfare nih...nm die MOLITA...aku pasti kat tempat korg pon ade bnd nih...die bukak kedai, org ramai leh gi free kat situ wat terapi...ramai gak yg lumpuh, diabetis, high blood presure yg sembuh bile pegi situ...tp takley la sekadar sekali je pegi...depends pd individu la..ade yg sembuh pas 2-3 minggu pegi...ade yg 3-4bulan..mak aku pown pegi even lom ade pape penyakit seyes...merawat lebih baik dr mencegah...aku respect cr dorg nih...dahla kasi free kat sume org...layan pun baik! Semoga byk lg kompeni yg wat cmni...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam,

Minggu lepas, bapak mentua aku kena stroke... sekarang ada kat ICU sebab ada jangkitan kat paru2 pulak, pakai life support machine sekarang. Memang susah la jugak sebab tak boleh nak gerak dan cakap... stroke nie serang bahagian dalam otak (sampai bengkak). Harap2 cepat sembuh... dah ler nak raya nie. Ada sapa2 tau cara perubatan alternatif untuk stroke nie. Kesian tengok tak dapat nak buat apa2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
makn politik minum politik even reply pun politik, jangan klik spoiler jika tak mahu baca..
[spoiler]
bce Quran, bg dia dengar...mana2 ayat, mana2 surah..

kalau boleh surah ar-Ra'du, Yasin.

baca ayat2 syifa' dan selawat syifa' kat air (yang belum masak, ditapis atau mineral water) tiup, bg dia minum...
Fatihah
(at-Taubah : 14)
(Yunus : 57)
(an-Nahlu : 69)
(al-Isra’ : 82)
(asy-Syuaraa’ : 80)
(Fussilat : 44)
3Qul
boleh download PDF file dia di >> [url="http://panglimakhalid.com/Downloads/dokumen/[pisangmesir] Ayat Penyembuh.pdf"]sini[/url].
[/spoiler] Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penyakit strok boleh dilihat dalam beberapa keadaan seperti tidak dapat berkata-kata,tidak dapat mengangkat tangan serta menggerakkan jari,tidak dapat mengangkat betis dan menggerakkan kaki.Kes strok dalam ini boleh berlaku dalam sekelip mata pada bila-bila masa terutamanya di waktu malam.

Strok juga dikenali sebagai kecelakaan otot.Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini disebabkan berlakunya kerosakan pada pembuluh darah di dalam otak.Ianya terjadi apabila sesetengah tempat di dalam otak

tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.Apabila bekalan darah tidak boleh sampai ke otak,maka akan rosaklah saraf pembawa berita atau motor nerve atau mungkin juga berlaku kerosakan pada saraf penerima berita.

Kes strok ini yang serius biasanya menyerang seseorang dan terus tidak sedarkan diri buat beberapa ketika dan kadangkala boleh membawa maut dalam beberapa jam.Kesan daripada itu,sekiranya mangsa tersebut sedar kembali,ia akan mendapati bahawa sesetengah dari anggotanya di sebelah kanan atau kiri menjadi lumpuh,tidak dapat digerakkan.Adakalanya serangan strok ini tidak menyebabkan pengsan tetapi ia tetap juga menyerang mana satu anggota tubuh dan biasanya terpaksa memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

 

Berbagai Kaedah Rawatan:

 

1. Urut.

2. Ditanam di tepi pantai sehingga separas bahu dan dibiarkan di situ antara 30 hingga 60 minit pada setiap tiga hari sekali.

3. Ditungku dengan batu panas pada setiap hari,terutamanya di sekitar otot-otot dan urat anggota yang lumpuh.Dalam pada itu,pesakit juga perlu dirawat dengan cara ditampal ubatan tradisional pada anggota lumpuh dan dibalut dengan kain.

4. Sesetengah bomoh urut tradisional menggalakkan pesakitnya melatih diri bermandikan embun terutamanya diwaktu pagi,sebelum waktu subuh dengan cara berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat atau dibantu oleh seseorang.

 

www.uruttradisional.com.my

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...