Jump to content
Sign in to follow this  
rafizy

Ciri - ciri ajaran SESAT

Recommended Posts

Depa ni bukan sesat, samada belum sampai tahap sesat atau laluannya lain. Istilah yang lebih hampir adalah "liberal". Ancaman liberal ni boleh jadi datang dari pelbagai sumber yang mungkin. Salah satu tapi tak semestinya sumber tersebut adalah sogokan emosi dan sentimen dari orientalis musuh Islam yang lazim dari sebelah barat yang menusuk jarum secara harus dan perlahan tanpa disedari.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sir Pyan wrote:Depa ni bukan sesat, samada belum sampai tahap sesat atau laluannya lain. Istilah yang lebih hampir adalah "liberal". Ancaman liberal ni boleh jadi datang dari pelbagai sumber yang mungkin. Salah satu tapi tak semestinya sumber tersebut adalah sogokan emosi dan sentimen dari orientalis musuh Islam yang lazim dari sebelah barat yang menusuk jarum secara harus dan perlahan tanpa disedari.

tak phm ar..blh terngkan lagi mksud liberal....SIS mengatakan wanita blh jd imam kepd lelaki...dan katakn wanita berhak atas hak2 lelaki dlm islam..contoh mcm talak..em nieh bkn kategori sesat eh? ::icon_cry::

Share this post


Link to post
Share on other sites
budak baik wrote:nak tye kalu tgk gmbr dapat pahala adakah itu dinamakn ajaran sesat?apakah hukum jika berkata begitu?

bang mon tahu ape mslh bang...better bang bwk perkara nieh bincnag kat forum sufi.com sbb tak ramai tau bab nieh ::icon_cool::

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagi aku, hal2 macam ni, susah nak dibualkan. sebab, ada diantara kite yang dapat tau dari internet, mulut ke mulut, surat khabar, majalah dan lain2. dan penulis2 ni pulak, kite tak sure betul atau pun tidak ape yang diorang tulis. mungkin ade yang tokok tambah semata-mata nak hasut orang untuk membenci sesetengah pihak ni bla bla bla.

contoh yang SIS ni, mcm sir pyan ckp, liberal, yang lain2, mcm dah confirmkan yang diorg ni sesat.

media2 lagi2 tv1/2/3, tak mustahil diorg dibayar untuk bace 1 1 berita yang sengaja mendedah dan menyorokkan sesuatu. macam diorg tak tunjukkan keburukan kerajaan sangat, tapi lebih kepade kebaikan kerajaan.

rasenye forum ni kene ade sorang yg agak arif(bukan mod TJ-Arif ::icon_biggrin:: ) tentang hal2 agama ni.

lagi bagus kalau orang ni mmg keje dlm bidang2 ni. bincang itu ini dan lain2. takut2 kite yang menyesatkan diri sendiri.

cume yang pasal SIS tu, rasenye macam ade ugutan dari sesetengah pihak yg buat diorg tak ambil tindakan yg tegas. sedangkan bini2 menteri pun ramai tak pakai tudung. dan menteri2 wanita pun ade yg pakai tudung sekadar fesyen. rase macam diorg tak ambil berat tentang agama. ape yang penting, kerjasama. eh silap, ape yang penting, pembangunan, duit, pengaruh, kuasa.

p/s: ade sorang kawan ni, die keje freelance utk 1 institut kerajaan. keje die buat ape pun aku tak tau nak terangkan. (kan kalo ade majlis2, nanti diorg kasi 1 kertas utk bace jadual majlis sekian2, pukul 8 menteri ni datang tu datang) ha tu la keje die ::icon_biggrin:: pastu, die cakap, kat muke depan tu, font utk jawatan tu kene besar. sedihnye la dengar. diorg ni mcm gila pangkat. padahal institut tu khusus dlm bidang2 agama. pernah skali tak dapat payment gara-gara tak cukup besar jawatan diorg. fuhhh sedih2

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum... lama juga topik ni pause. aku baru terbaca majalah MILENIA, kat sini ada senarai ajaran sesat yg telah diwartakan oleh Jakim(boleh tgok kat website). Terus terang cakap aku ada terkesot jugak jiwa bila baca senarai ni. Sebab aku antara pengamal ilmu kerohanian termasuklah ilmu kebatinan, perubatan islam, ILMU MA'RIFAT(jalan mengenal). so, ada sesetengah yang aku bold kat dalam senarai tu seperti ada kaitan dengan yang aku pelajari. apa yang aku nak cuba sampaikan melalui pengalaman aku, setiap apa yang aku belajar tu semua menjurus kepada pendekatan diri kepada ALLAH S.W.T. Lagipun, guru-guru yang aku pernah menuntut selama ni pun tidak mengagung-agungkan selain dari kekuasaan Allah swt. Pada pendapat aku pokok-pangkalnya semua tu atas cara penerimaan ilmu itu sendiri. Sebab tu setiap kali guru aku menurunkan ilmu pada anak buah dia, beliau sentiasa berpesan apa pun perkara yang kita buat semua adalah LILLAHITA'ALA. sebab ilmu yang beliau beri tu kalau tidak diberkati oleh ALLAH, maka sia2 je belajar ilmu tu. Aku beri contoh untuk ilmu kebatinan yang menjurus kepada pertahanan diri, kalo ALLAH tak izinkan kita guna ilmu tu, tak jadi ler jawabnya. Tambahan, ilmu seperti jalan mengenal tu guru aku sertakan sekali dengan cara mendindingkan diri semasa mengkaji ilmu tu supaya Iblis tak mendampingi kita untuk memesongkan akidah kita InshaAllah. Mungkin ada sesetengah pihak yang salah tanggapan atau mungkin betul bagi yang terang2 ajaran itu memesongkan akidah. Sebab sesetengah ajaran contohnya yang aku pelajari selama ini tidak didedahkan secara umum. Tetapi bukanlah bermakna ilmu tersebut meragukan, cuma orang yang bertanggapan demikian. Memang Islam itu tidak berahsia, tetapi ada sesetengah manusia khususnya Muslim yang belum bersedia untuk mengenal kerohanian Islam itu sendiri. Sebab tu asas Islam itu sendiri kita kene teguhkan dulu, contoh paling mudah 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman berserta taqwa. Kalau perkara tersebut tidak difahami dengan betul, itu yang jadinya terpesongnya akidah, itu yang jadinya orang mengaku tuhanlah, rasullah, dan macam2 lagi. Bagi aku, yang paling utama sekali dalam hidup ni adalah Pencipta kita, sebab yang pasti setiap apa yang aku terima, aku lalui, aku rasa, adalah daripada ALLAH S.W.T. So, yang pasal ajaran sesat yang telah diwartakan tu ada aku senaraikan kat bawah ni. Kalau ada sesapa yang boleh berkongsi pendapat berkenaan hal ni... memang sangat2 dialu-alukan. Kalau ada apa2 kesilapan aku baik dari pemahaman... apa2 jelah yang berkaitan dengan perkara ini, mintak ditegurlah. Tak salah kita saling ingat mengingati. Lebih baik sedar awal dari sedar masa nak hembuskan nafas terakhir nauzubillahiminzalik.

1.Nasrul Haq
2.Budi Suci
3.Al-Watan
4.Budi Suci Sejati
5.Jawa Faradin
6.Silat Sunda Pukulan Ghaib
7.Tusuk Hikmat
8.Ilmu Kebatinan
9.Potong Maya
10.Naluri
11.Kaula
12.Haqqullah Syahadah
13.Rampai
14.Wali Suci
15.Kalimat Suci
16.Silat Pukulan Jaraj Jauh
17.Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.Zikir Sha'ban Islam Haq
19.Asal Wujud Garis Laksamana
20.Al-Maazat
21.'Transcendentel Meditation'-Maharisi Mahish Yugi
22.Abdul Manan bin Harun-Menolak Hadis
23.Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun ST Qahar
24.Kumpulan Ikhwan/al-Mas
25.Kuasa Ghaib(tahan diri)
26.Mohd Nordin Putih
27.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
28.Tarekat Naqsyabandiyah Karidun Yahya
29.Wali Sembilan
30.Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
31.Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
32.Ajaran Mohd Seman bin Banjari
33.Al-Arqam
34.Golongan Anti Hadis
35.Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai
Ahmad al-Walidie(Pak Su)
36.Syiah
37.Ajaran Haji Ghazali Othman Hulu Kelang
38.Ajaran Haji Kahar Ahmad-yang mengaku sebagai Rasul Melayu
39.Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
40.Ajaran Ilmu Hakikat@Jahar Dumin Hulu Langat
41.Tarekat Mufaridiah
42.Ajaran Hassan Anak Rimau
43.Tarekat Aurad Ismailiah
44.Ajaran Martabat Tujuh
45.Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol
46.Ajaran Sulaiman(Bahtera Nabi Noh)
47.Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
48.Ajaran Ahmadiah?Qadiani
49.Ajaran Mohd Nor Seman
50.Ajaran Ayah Pin
51.Al-Maaunah
52.Ajaran Azhar Wahab
53.Ajaran Haji Banuar

p/s : aku belajar kebatinan sebab nak persiapkan diri untuk jihad sabilillah kalau tetiba darurat nanti. nak lindungi keluarga,agama,bangsa aku inshaAllah. apa2pun seboleh-bolehnya minta dijauhkan dari sebarang jenis malapetaka la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam LuQolas,
apa yang anda tulis tu memang betul, tetapi tindakan yang diambil oleh pihak JAKIM adalah untuk menjaga akidah umat Islam keseluruhan nya. Khususnya kepada umat Islam "awam". Pada peringkat "pengkhususan" pengajian Islam memang kita akan berjumpa dengan beberapa perkara yang tidak pernah diajar diperingkat persekolahan, bila sampai keperingkat ini, kemantapan akidah amat diperlukan agar kita tidak terpesong dari "jalan yang lurus" yang telah diperuntukan kepada umat Islam.

Apa yang penting setiap ajaran itu ada jalinannya dari Rasullulah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
TJ-Ariff wrote:salam LuQolas,
apa yang anda tulis tu memang betul, tetapi tindakan yang diambil oleh pihak JAKIM adalah untuk menjaga akidah umat Islam keseluruhan nya. Khususnya kepada umat Islam "awam". Pada peringkat "pengkhususan" pengajian Islam memang kita akan berjumpa dengan beberapa perkara yang tidak pernah diajar diperingkat persekolahan, bila sampai keperingkat ini, kemantapan akidah amat diperlukan agar kita tidak terpesong dari "jalan yang lurus" yang telah diperuntukan kepada umat Islam.

Apa yang penting setiap ajaran itu ada jalinannya dari Rasullulah.


Hmmm... ada betul juga apa yang En. SV sampaikan ni. Mungkin tindakan tersebut adalah secara umum. Terima kasih diatas respon tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya dari "Ciri - ciri ajaran SESAT" yang disenaraikan, ada sebenarnya beberapa terjadi didalam Islam tetapi tidak sesat, seperti melihat Allah dalam mimpinya seperti yang berlaku kepada Imam Ahmad Ibn Hanbal (atau ulamak lain? x ingat)

cuma ajaran sesat ni menceritakan kepada orang lain dan menjadikan perkara-2 pelik tersebut seperti mikjizat supaya orang yang mendengarnya percaya dialah Rasul atau tuhan atau Tok Guru atau sebagainya.

baru-baru ini ajaran baru didedahkan dalam metro, ajaran rejab kot, kat putrajaya. boleh lah masukkan dalam senarai ajaran sesat.

sebagai orang alim, atau wali yang ada karamah boleh nampak Nabi atau nampak Allah sekalipun (sebab melihat Allah di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah harus/boleh) tidaklah layak mereka menceritakan kepada orang awam, kalau kepada murid tetap mereka sekalipun seeloknya tidak diceritakan, kerana kelebihan itu dikurniakan Allah untuk mereka.

jika kita belajar atau berkawan dengan Wali, tiba2 beliau menceritakan kepada kita kisah2 luar biasa yang beliau hadapi, janganlah kita sebarkan. biarlah kisah tersebut terpendam begitu sahaja.

guru saya di Malaysia (dirahsiakan nama) pernah menceritakan kepada anak muridnya tentang pengalaman beliau mimpi bertemu Rasulullah SAW, namun hanya diceritakan kepada anak murid tetapnya yang dipercayai sebagai galakan untuk terus mencintai Rasulullah dan memperbaiki amalan supaya diterima doa oleh Allah. dalam ceramah dan tazkirah umum tidak diceritakan.


SIS . rasanya PAS pernah desak kerajaan Malaysia (di parlimen kot) untuk haramkan SIS kerana ada banyak kenyataan mereka yang bercanggah dengan perkara asas dalam islam, menentang hukum Allah SWT dan berbagai2 lagi. cuma rasanya majlis mufti belum keluarkan fatwa kerana majlis fatwa terpaksa ikut perintah kerajaan. pernah saya mendengar luahan seorang mufti di sebuah negeri dalam ceramah beliau, perkara yang sepatutnya dibincangkan adalah perkara lain tetapi disebabkan dapat perintah kerajaan perkara yang hendak dibincangkan itu dikemudiankan dan didahulukan dengan perkara remeh yang dikehendaki kerajaan. Allahu a'lam...lagipun antara tunggak utama dalam SIS adalah anak bekas perdana menteri Malaysia, puteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Allahu a'lam

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum


ya allah lindungilah dari bende2 nie...benda2 kurafat pun kita perlu tinggalkan..sestengah org mkn ubat yakin pada ubat yang boleh hilangkan penyakitnye..walhal allah yang penyembuhnye..allahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...