Jump to content
Sign in to follow this  
Magnolia

Solat Imam Cepat... bagaimana kita??

Recommended Posts

Satu lagi persoalan... kalau imam dah semayang awal2 dengan makmum... then kita datang lewat, pastu imam dah kat tahyat akhir, kita pun start semayang then duduk tahyat akhir gak. Soalan, berapa rakaatkah patut kita sambung lepas tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dalam hadis Nabi s.a.w, baginda bersabda maksudnya: "Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku segerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya." (Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah sikap mesra yang ditunjukkan baginda. Tidak hairan, masjid di zaman itu menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi.

Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya. Demikianlah Nabi s.a.w menjaga perasaan ahli jemaahnya.

Adapun kita, jika ada anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika di pusat hiburan, berbanding di masjid.

Kemudian kita 'bising' apabila generasi muda tidak minat dengan masjid.

Bagi Soalan LanoG...ikut solat apa yg anda buat..kalau Isyak 4 rakaat, kalau subuh 2 rakaat. Sebab anda sudah jadi Makmum Masbuk iaitu pengikut yang kemudian. Lepas bagi salam bersama imam, bangun dan teruskan solat seperti biasa. Waallahu a'lam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
LanoG wrote:Satu lagi persoalan... kalau imam dah semayang awal2 dengan makmum... then kita datang lewat, pastu imam dah kat tahyat akhir, kita pun start semayang then duduk tahyat akhir gak. Soalan, berapa rakaatkah patut kita sambung lepas tu?


macam tak biase. ::icon_biggrin:: kene buat rakaat seperti baru nak start sembahyang jugaklah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau kita jadi makmum masbuk, rakaat pertama kita dikira jika kita sempat baca al-Fatihah walaupun sepatah ayat kan?
Maksudnye dalam kes Lanog, iaitu kita terus duduk tahiyat akhir bersama imam, maka ia tidak dikira sebagai rakaat pertama kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau sempat rukuk bersama imam, rakaat tu dikira dapat.

Tp kalau imam tgh rukuk, kita baru masuk saf, baru nak angkat takbir, imam dah bangun dari rukuk, rakaat tu tidak dikira.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Okey, nie lagi ada soalan.. hehehe.

Katakan solat Isya'. Imam dah masuk rakaat kedua, so kita baru masuk saf dan start dari rakaat ke-2 berkenaan. Maknanya kita tertinggal satu rakaat lah kan. Adakah patut kita buat tahyat awal pada rakaat ke-3 imam berkenaan sedangkan imam dah bangun dari sujud?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak patut kot LanoG. Sebab kita kena ikut apa yang imam buat.
So nanti tahiyat awal kita adalah pada tahiyat akhir imam. Lepas tu kita ganti satu rakaat akhir.
Kiranya nanti kita ada 2x tahiyat awal, 1st masa kita masuk saf (rakaat ke-2 imam), 2nd masa imam tahiyat akhir.

Betul kan ek kalau silap.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ikut aje ape yg imam wat..tp nnti naikla utk rakaat yg tertggal..

dlm ni kite wat 2 kali tahiyat akhir..sbb satu ikut imam n satu kite punye sendiri..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau tertinggal rakaat pertame, jadi kene ikut sampai habis imam bagi salam ke 2 baru naik dan sudahkan rakaat terakhir. jadi ade 3 tahyat kene buat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum,

sekadar nak tambah, rukuk bersama imam adalah 'pintu masuk' kepada rakaat tersebut,jika tak sempat rukuk bersama imam,maka rakaat tu tak dikira walaupun kita sempat sujud bersama imam. tapi hanya apply untuk yang terlepas rakaat pertama bersama imam sahaja.

kalau salah tolong betulkan. saya sendiri dah lupa apa definition bagi masbuk dan muafik,tapi tahu apply dalam solat,cuma dah lupa istilah dia sahaja. Takut nanti timbul salah ajaran pulak.

Off Topic: Satu perkara lagi, betul ke apa yang aku dengar bahawa tidak ada masbuk dalam solat jumaat,jikalau terlepas rakaat pertama bersama imam, harus menggantikan rakaat seperti mana solat zuhur, betul ke?

Moral: Jangan datang lewat solat jumaat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mr_sparrow wrote:aku penah dengar kalo kta x sempat dengar khutbah... solat jumaat kita dikira x sah....btol ker?

Ramai aku tengok selamba jer borak2 masa khutbah... sedangkan kalau kita tegur orang cakap dengan berkata 'diam' pun hilang pahala masa khutbah. Kalau tak dengar tu tak tahu ler plak hukum nya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak silap saya lah, dengar khutbah tu salah satu rukun solat Jumaat. So kalau tak dengar khutbah maka tak sah la.
Masa sekolah dulu pun ustaz ada pesan, jangan berborak masa khutbah Jumaat, nanti tak sah.
Tak tau la kalau dia hanya nak train budak-budak sekolah, atau memang betul-betul bagi peringatan.
Sampai sekarang saya tak pernah borak masa khutbah, takut tak sah pulak.
Sama jugak dengan khutbah Solat Sunat Aidilfitri. Wajib dengar khutbah kalau tak sia-sia je solat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
bukan tak sah tapi pahala jumaat kosong. khutbah wajib didengari sekurang-kurangnya 40 orang kalu tak, solat jumaat tak boleh buat. 40 orang tu mesti orang bermastautin. musafir tidak termasuk.

nak lebih detail buleh bace sini. http://wapedia.mobi/ms/Solat_Jumaat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...