Jump to content
Sign in to follow this  
Magnolia

Solat Imam Cepat... bagaimana kita??

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Aku adalah satu soalan ni... pelik dan heran.

Minta kalau boleh sesiapa berikan jawapannya
sebab Google mmg kurang membantu bab perihal
agama islam ni.




Malam tadi sembahyang Isya'... aku pun sembahyang
la berimam di masjid. Imam tu baca memang laju
habislah. Sujud sekejap jer. Ruku' sekejap jer.
Al-Fatihah pun laju.

First time jumpa imam laju mcm tu.


Aku ni pulak... jenis dah biasa sembahyang slow...
take time reading and reciting all the surah and
ruku' / sujud punya bacaan.

So sbb imam laju... dia ruku' sebelum al-Fatihah aku
habis lagi dah.

Kemudian masa ruku' dan sujud pun sama... aku baru mula
baca "Subhanarab-..." dia dah bangun.

Sebab aku dah biasa habiskan bacaan ruku' / sujud tuh
3 kali maka aku pun habiskan jer la mcm biasa.

Maknanya... imam dah bangun dari sujud aku masih lagi sujud
la.



Habis sembahyang... ada sorang pakcik ni duduk sebelah aku
sound aku. Dia cakap "Sujud lama-lama dan ruku' lama-lama
ni untuk sembahyang sendiri. Kalau dengan imam kena ruku'
dan sujud dengan imam". Kalau bacaan tak habis pun bangun
juga dari sujud.



Alamak... aku terkena nasihat. Tapi tak terus melenting la..
aku dengar jer dulu... sbb dia kemungkinan besar betul.



Maka soalan aku... adakah betul apa yang pakcik tu perkatakan??

Mcm mana bila berhadapan dengan imam yang rukuk dan sujud mcm
The Flash atau persis Masked Rider Kabuto punya Clock-Up punya
kelajuan ni??

Share this post


Link to post
Share on other sites
Imam tu ada emergency kot... mana tau dia sakit perut ke masa tu.. sebab tu cepat2 jer semua..

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha..imam flash..wakaka..

aku salu je mmg lmbat..hehe..a ah ek..cane eh? xde la plak org lain tgur aku..hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites
LanoG wrote:Imam tu ada emergency kot... mana tau dia sakit perut ke masa tu.. sebab tu cepat2 jer semua..


Imam kat masjid tuh... semenjak aku pergi ni ada tiga.

Yang first tuh (aku rasa imam betul aka 1) mmg slow motion jer dia. Aku syok bila dia sembahyang.

Imam lagi dua orang tuh (sorang imam ganti.. sorang lagi imam kedua masjid tuh).. dua-dua sembahyang versi clock-up.

Dah lama dah... cuma mlm tadi first time aku kena tegur.

Itu yg jadi persoalan tuh.. pening aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau solat dengan imam yang baca laju, kita kena ikut imam, lajukan sikit bacaan.
Tapi jangan sampai tak habiskan bacaan al-Fatihah, sebab rukun.
Rasanya imam tu baca surah secara berterusan antara satu-satu ayat.
Pastu masa ruku' dan sujud, tak perlulah baca 3x. Sebab imam laju, kita baca sekali je.
Betul la apa yang pakcik tu nasihat, kalau solat berjemaah kita kena ikut tempo imam.

Ini apa yang saya pernah dengar / baca lah.
Kalau silap harap perbetulkan. :-)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau ikutkan takboleh tertinggal jauh kan... kena ikut imam kat depan. Kalau dah sampai tetinggal satu rakaat... memang lambat giler ler ko baca...

Share this post


Link to post
Share on other sites
LanoG wrote:Kalau ikutkan takboleh tertinggal jauh kan... kena ikut imam kat depan. Kalau dah sampai tetinggal satu rakaat... memang lambat giler ler ko baca...


Huish.. ko ni. Takde la sampai tertinggal satu rakaat.

Tertinggal sikit jer... imam rukuk aku al-fatihah lagi.

Imam sujud aku baru habis rukuk.

Imam dah bangun start al-fatihah aku plak baru habis sujud.

Itu jer... tak jauh. Tapi pakcik tu membuka mata aku la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau tak silap aku tak boleh tertinggal sampai 3 rukun. kalau kita jd imam, digalakkan tunggu makmum habis baca dulu. lg2 kalau ada makmum yg masbuk, agak2 makmum dah habis baca fatihah baru la ruku'. kalau jemaah kecil la 2,3 org ke

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tak boleh lebih tinggal lebih dari satu rukun. Kalau dah tertinggal al-fatihah terus ikut imam, sebab Al-fatihah tadi sudah di tanggung oleh imam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang aku tau...kalo tak sempat abes fatihah imam da rukuk, ko bole je ruku...
tapi ko mesti ade bace sebahagian dari fatihah tu la..
kan bismillah tu ayat pertama fatihah, so ko bismillah pun dah ok...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ohhr??
Boleh ye tak baca al-Fatihah sampai habis kalau jadi makmum? I mean kalau dah terlambat.
Erm. Ingatkan kena ganti satu rakaat. Thx.

Oh ye alang-alang tu nak tanya, kalau solat Jumaat pulak, time kita takbiratul ihram, imam baru saja habis baca surah pendek.
Kita sempat baca "Bismillah. . ." then terus ruku'.
Maka dikira sah la ya?

Sorry TS tumpang thread. . .

Share this post


Link to post
Share on other sites
klau jadi makmum, semua wajib ikut imam...
sebab niat sembahyang pon dah" sahaja aku.....mengikut imam (makmum) kerana Allah Ta'ala"
so semua bab rukun dan bacaan ditanggung oleh imam. (tapi klau tgh semayang garu sana sini, henjut depan blakang ... sendiri la..)
so klau x habis baca pon x per... sebab imam dah bacakan untuk makmum semua...
cuma jagan plak tersama laju ngan imam... (imam dok Allah hu akbar nak bangun kita pun dah bangun sama laju ngan imam..)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...


Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan.

Soalan dah terjawab.

Basically... adalah lebih afdal kita follow imam walaupun
bacaan masih belum habis kan??

Thanks :-)



Saudara.. kalau ada soalan saya nak kemukakan kepada Ustaz Zaharuddin tu
mcm mana??

Cari email dia tak jumpa. Form nak bertanya pun tak ada dlm blog / website
dia tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Magnolia wrote:Assalamualaikum...

Saudara.. kalau ada soalan saya nak kemukakan kepada Ustaz Zaharuddin tu
mcm mana??

Cari email dia tak jumpa. Form nak bertanya pun tak ada dlm blog / website
dia tu.


Boleh emel terus kepada beliau di zaharuddin(@)yahoo.com. Tapi tidak semestinya emel anda akan terjawab kerana banyak lagi emel yang diterima beliau tidak terjawab.

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum...

yang saya tahu... kalau kita tak sempat baca alfatihah, imam yang akan tanggung..mksd nya disini, imam tlg bcakan utk kita... walllahualam....

Share this post


Link to post
Share on other sites
btul tu..smua rukun kna ikut imam even imam tu cepat..tp dinasihatkan kalu kita jd imam jgn lah overclock bacaan n smua rukun solat.kesian kt pakcik n makcik kt blakang tu nk ikut overclock cam imam.jgn sampai makmum2 bercakap psl ketidakpuas hati ikut imam laju.

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum...

heheh...kalau di ikutkan theory,kalau overclock lebih pun akan mengakibatkan overheating.... applylah theory nih di dalam solat anda.. overheating di sini bermaksud,kalau imam baca laju,makmum pun akann berasa marah.... wallahualam

Share this post


Link to post
Share on other sites
waalaikumsalam. . .
Seterusnya membawa kepada kegagalan menghantar request dan kerosakan processor? (meaning: doa tak sampai dan rosak akhlak) ye ztecon. .

Share this post


Link to post
Share on other sites
Satu huraian yang baik...
pandangan dari sudut agama dikaitkan ke sudut teknologi... amat berkesan dan senang difahami...

Syabas kelian.. ::icon_cheers::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum..
Yang aku taula antara adab solat berjemaah ni jgn terlalu lama dlm berukun spt rukuk, sujud dan surah yg terlalu panjang etc..
kerana imam perlu memikirkan keadaan makmum juga..ade yg sakit dan sebagainya. Tapi sbg imam juga perlulah tau tomakninah yg wajib didalam solat..walau laju sekalipon ia still kena dijaga.. ::icon_biggrin::

Dan semestinya makmum wajib mengikut imam dalam berjemaah. sehingga imam selesai memberi salam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...