Jump to content
Helghast

boikot korang masih amalkan ke?

Recommended Posts

[quote name='khairul anwar' date='07 June 2010 - 02:13 PM' timestamp='1275891231' post='1035375']
boikot tu perlu

tapi patut buat macam mereka sebagai persaingan..

kalo makanan memang kita leh lawan,

macam mereka aded McD, kita patut ade product same macam mereka sebagai persaing, maka baru la boikot tu effective

kan?

macam
KFC = Radix Fried Chicken

tapi store dia tak meluas lak
[/quote]

KFC bumiputera punyer daa.

Jcorp. under Johor govt. Diorang beli lesen franchise KFC tu dari KFC USA. Senang cakap takde sesen pon duit kita keluar pegi KFC USA.

Radix mmg aku x makan la. For me, KFX x100 better.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='OngBok' date='12 June 2010 - 05:28 PM' timestamp='1276334896' post='1036502']
Kasut Bola Adidas yahudi gak ker?
[/quote]kasut bola adidas tu kena tgk daripada mana dibuat,ade yg dari indonesia,china dll
tapi kalau barangan jenama adidas adalah dari germany...bukan yahudi

[quote name='Nezict' date='12 June 2010 - 06:01 PM' timestamp='1276336919' post='1036505']
KFC bumiputera punyer daa.

Jcorp. under Johor govt. Diorang beli lesen franchise KFC tu dari KFC USA. Senang cakap takde sesen pon duit kita keluar pegi KFC USA.

Radix mmg aku x makan la. For me, KFX x100 better.
[/quote]
sama dengan!!! aku suke KFC sebab ayam keluarannya semuanya ikut hukum syarak...cara penyembelihan,cara proses makanan,sentiasa dikawal ketat dan selalu diawasi oleh pegawai JAKIM,walaupun fasr food ni kurang elok,sekali sekala makan takde salahnya...tapi McD memang aku boikot,sebab kalau ko tgk filem Hollywood yang berkaitan sukan banyak tunjuk McD ini menguatkan lagi yang McD tu disupport penduduk US,agak pelik KFC takde pulak ditonjolkan sedangkan KFC tu berasal dari US.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='luqolas' date='12 June 2010 - 06:25 PM' timestamp='1276338309' post='1036509']
KFC dah jadi malaysia nye(KFC Holding).... watpe diorang nak promot barang malaysia dalam filem diorg.
[/quote]
owh kire mcm Lotus la eh?nama Lotus tapi proton punye...hehehe...bagus2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku ingat KFC punya cerita dah macam Kenny Rogers punya cerita kalau tak silap. Tak pasti, tapi boleh cuba selidik balik. Macam KFC bawah JCorp. Kenny Rogers kat Malaysia bawah Berjaya. Memang dua-dua ni dulu asal dari US. Tapi pihak kita kat sini dah dapat "makan" balik master franchisor dia kat US sana, kiranya dah jadik hak mutlak company Malaysia. Macam kes Kenny, petik dari website dia:

[quote]In April 2008, Berjaya Corp Bhd (BCorp) wholly owned subsidiary of ROASTERS Asia Pacific and master franchise for Kenny Rogers ROASTERS [b]fully acquired the chain’s parent, US-based Nathan’s Famous Inc[/b].[/quote]

Masa aku pi kursus kat MFA dulu diorang ada cerita macam ni, tapi aku tak berapa paham sangat. Yang aku paham, franchisor bawah dalam keadaan tertentu boleh sapu master franchisor dia balik, ni macam dalam kes Kenny. Kalau dalam kes KFC aku tak pasti, tu kalau ada sesiapa boleh selidik baguslah. Kalau benda ni betul, maknanya KFC dah jadi 100% syarikat kita.

Share this post


Link to post
Share on other sites
(Salam)

Mula pelan2.

Ubat gigi beli brand Mukmin atau Najwa.

Fast food aku tak makan.
Fast food = fast die ^_^ Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Jedi' date='16 June 2010 - 07:31 PM' timestamp='1276687882' post='1037291']

Fast food aku tak makan.
Fast food = fast die ^_^
[/quote]
saya bantah yang arif!!!
fast food bermaksud :

[b]fast[/b] order
[b]fast[/b] look at cashier cun
[b]fast[/b] get food
[b]fast[/b] payment
[b]fast[/b] kenyang
oii cashier laki,dahlah buruk,muke hodoh [b]faster[/b]lah...!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Sir Pyan' date='16 June 2010 - 05:02 PM' timestamp='1276678954' post='1037276']
Aku ingat KFC punya cerita dah macam Kenny Rogers punya cerita kalau tak silap. Tak pasti, tapi boleh cuba selidik balik. Macam KFC bawah JCorp. Kenny Rogers kat Malaysia bawah Berjaya. Memang dua-dua ni dulu asal dari US. Tapi pihak kita kat sini dah dapat "makan" balik master franchisor dia kat US sana, kiranya dah jadik hak mutlak company Malaysia. Macam kes Kenny, petik dari website dia:



Masa aku pi kursus kat MFA dulu diorang ada cerita macam ni, tapi aku tak berapa paham sangat. Yang aku paham, franchisor bawah dalam keadaan tertentu boleh sapu master franchisor dia balik, ni macam dalam kes Kenny. Kalau dalam kes KFC aku tak pasti, tu kalau ada sesiapa boleh selidik baguslah. Kalau benda ni betul, maknanya KFC dah jadi 100% syarikat kita.
[/quote]

Aku ada baca emel yang dipost kat blog sape tah yang quote dari Unit Perhubungan Awan KFC Holding.

Emel tu dari 2008, pasal ada isu kononnya uztaz dan uztazah (ntah mane cilok tah) buat lawatan kat ladang KFC kate diorang bunuh pakai karen. Apa punye <isi tempat kosong> la penulis emel berantai tu, klo dah tau ada orang nak melawat, lagi2 'uztaz dan uztazah', kompem diorang mesti cover. Ni tulis memang nampak sangat berunsurkan fitnah.

So Unit Perhubungan Awam jawab la. Sebab ramai sangat orang yang percaya bila dengar 'uztaz' tu. <_<


Diorang kata actually dah nak take over KFC worldwide in the end of 2009, but due to masalah kegawatan rasenye diorang kene hold dulu projek tu. Kes ASJ (amanah saham johor) pon tarak setel lagi.... :rolleyes:

But if I'm not mistaken, beberapa negara punyer KFC memang dah JCorp yang kontrol can area Asia Tenggara, India, Siam dsb. So memang patutnye selagi franchisee tak take over master franchisor diorang kene bayar lesen, but mungkin due to KFC Holding dah kontrol lagi banyak KFC dari KFC USA sendiri, lepas KOT. Ntah. Tak sure pulak bab ni.

Sebab tu ayam KFC tu berubah2. Ada perasa blackpepper, ada letak daun kari, perencah tomyam. Then every country punyer KFC diroang ada RnD lab diorang sendiri. Macam KFC AM tu dari Singapore klo tak salah. Same with KFC Twister and such. Yang ori dari US cuma Original Recipe je. Hot and Spicy tu mmg Malaysia dan few countries je ada. Even US cuma ada Crispy, menggantikan Hot and Spicy, cume diorang punyer tak pedas. Klo bab daun kari dengan perencah tomyam tu korang tau la dari negara mana kan.


and....

Ade ke kedai makan promote [b]Jihad Bisnes[/b] selain KFC? ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Nezict' date='17 June 2010 - 02:07 AM' timestamp='1276711658' post='1037359']

Ade ke kedai makan promote [b]Jihad Bisnes[/b] selain KFC? ;)
[/quote]
bagus punya info...oleh itu aku tekan tombol hijau tu...

P.S ubat gigi IKHWAN tu bisnes utk jihad ajaran sesat Abuya,sekarang ini dikenali Rufaqa...hati2 ye...

[b]QSR, KFC bayar zakat RM221,761 kepada MUIP[/b]

KUANTAN 20 Julai - Syarikat makanan segera terkemuka, QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFC) membayar zakat perniagaan sebanyak RM221,761 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.

Daripada jumlah zakat itu, sebanyak RM138,200 dibayar oleh KFC manakala selebihnya oleh QSR.

Wang zakat itu diserahkan oleh Pengarah Urusan QSR dan KFC, Jamaluddin Md. Ali kepada Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan yang juga Pengerusi Pusat Zakat Pahang (PZP) di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota di sini.

Majlis pembayaran zakat itu disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi QSR dan KFC, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Pembayaran zakat itu diadakan sempena seminar Pembangunan Industri Halal Nasional peringkat negeri di Kompleks Dagangan Mahkota yang dirasmikan oleh Adnan.

Muhammad Ali ketika ditemui berkata, pihaknya memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM4.43 juta bagi keseluruhan operasinya di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, kata beliau, KFC memperuntukkan RM2.76 juta manakala QSR sebanyak RM1.67 juta.

Menurut beliau, pembayaran zakat tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat yang diamalkan oleh QSR dan KFC.

Pada masa sama, jelasnya, pembayaran zakat itu merupakan salah satu cabang yang ditumpukan oleh syarikat untuk membela kebajikan umat Islam yang memerlukan bantuan.

''Pembayaran zakat menjadi satu kewajipan yang diambil kira dalam perakaunan kewangan syarikat.

''Ia bukan sahaja mempertingkatkan usaha kebajikan kami malah, memberi keberkatan dalam setiap perniagaan yang kami ceburi," katanya.

ni zakat utk terengganu...

[b]QSR, KFC bayar zakat perniagaan RM88,704[/b]
KUALA TERENGGANU 22 Okt. - Syarikat makanan segera terkemuka, QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFC) membayar zakat perniagaan sebanyak RM88,704 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) di sini hari ini.

Daripada jumlah zakat itu, sebanyak RM55,280 dibayar oleh KFC manakala selebihnya oleh QSR.

Wang zakat itu diserahkan oleh Pengarah Urusan QSR dan KFC, Jamaluddin Md. Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman di Gerak Usahawan Siswa 2009 Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Majlis pembayaran zakat itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dan Pengerusi QSR dan KFC, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Muhammad Ali ketika ditemui berkata, pihaknya komited untuk memastikan semua produk makanan yang ditawarkan kepada para pengguna bukan sahaja berkualiti dan ditanggung halal malah hasil diperoleh mendapat keberkatan dengan pembayaran zakat perniagaan itu.

Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM4.43 juta bagi keseluruhan operasinya di seluruh negara.

''Daripada jumlah itu, KFC memperuntukkan RM2.76 juta manakala QSR sebanyak RM1.67 juta.

''Pembayaran zakat tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat yang diamalkan oleh QSR dan KFC," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebanyak lima rangkaian restoran Pizza Hut dan 10 restoran KFC kini beroperasi di negeri ini.

''Kita kini merancang untuk menambah rangkaian restoran di negeri sejajar dengan rancangan menubuhkan 40 restoran setahun," katanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...