Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Pesanan dari Admin, Mr. Shanai kepada ahli Putera.com pada 15/5/2004

Recommended Posts

Assalamualaikum...

renungkan pesanan dari Admin, Mr Shanai pada forum Putera.com pada tahun 2004..


Assalamualaikum,

Ke hadapan ahli-ahli (lama & baru) PUTERA.com yang dikasihi,

Demi kesejahteraan kita bersama dan demi keberkatan ilmu yang diberi dan dicari, maka saya berharap setiap ahli mengamalkan komunikasi yang beradab dan membina.

1. Jangan Flaming.

Jangan lawan api dengan api, tetapi lawanlah api dengan air (atau tepung CO2).
Kebodohan perlu diatasi dengan kebijaksanaan.

Hutang emas boleh dibayar dengan emas, tapi hutang darah tak perlu dibayar dengan darah, kerana ia akan menyemai rasa dendam yang berpanjangan dan diwarisi turun-temurun.

2. Rasional

Jadilah seorang yang rasional. Kritiklah dengan membina, tetapi jangan perlekehkan kawan yang ikhlas.
Jika dikritik, berhujahlah dengan matang. Berani kerana benar, insaf jika tersilap.

Jangan sombong dengan ilmu yang ada.
Berdiam diri itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada berkata-kata yang boleh menyinggung orang lain.

3. Muafakat

Orang memberi kita merasa, kita mencaci orang merana.
Bantulah mereka yang memerlukan dan tunjukkan jalan yang betul kepada mereka yang sesat.


Renungkanlah. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua.

Wassalam.

- Shanai


Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
i already "renung" every characters. so what is your point? better ask your developer and the "new team", including you, because you are the "webmaster" (i don't know what kind of "web" that you "mastering" right now ::icon_razz::) to read it first. i promise that i will read it and understand that soon after the developer and all his new cabinet members understand each of that words. why? because all of you must SHOW good example first, before asking us as a normal user to do this and that. ::affraid::

p/s: btw, today is 12th of march. tq ::icon_cheers::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

Thank you mr x.d.c.c ::icon_cheers:: ... I already read it long time ago.. That's why I'm still here.. ::icon_biggrin::.. Lupa nak bagitahu, renungan ni bukan sahaja untuk ahli-ahli putera di forum sementara sahaja. Tetapi untuk semua termasuk 'ahli kabinet' di forum sementara ni. Bersama-sama kita renungkan. Tunjukkan contoh dan teladan yang baik rakan-rakan sekalian termasuk diri saya... insyaAllah, saya perbaiki.. ::icon_biggrin::...

p/s: long time no see x.d.c.c, where are you going? ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
makhluk yg jenis tersirat dan duri dalam danging nh merbahaya,so,kita tangani dengan bijaksana,sabar,cekal dan berahkhlak,jgn terpengaruh dgn sebarang provokasi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kepada bro Shanai - just for the nasihat saja walaupun saya muda tp ada respect saya just cakap ape terbuku dihati, sebuzy org itu dan sebz perdana menteri akan ada hari dimana semua urusan peribadi akan diuruskan .. aku rase problem tu leh solve untuk sehari atau 2 kalau focus 1 bende .. ambil la cuti walau busy mana pun kite disini seksa sgt dgn tohmahan semua.. kalau tak cukup teknikal ambil saja sesiapa disini yg pakar boleh bantu .. problem ni dah dekat 4 5 bulan lebih .. apa kata bende ni ambil sehari dua tiga untuk solve jgn dijadikan alasan sibuk atau busy, memang semua busy tapi ada masa untuk makan tido untuk family kan apa kata luang masa untuk benda macam ni , tahu forum ni tak memberikan sebarang wang atau faedah kepada bro shanai tp pikirkan potensi atau usaha keras anda dari mula dan kami disini bagai pungguk rindukan bulan menunggu sesuatu yg lama untuk suatu yg boleh diselesai tak lebih dari 4 5 purnama. Lagi sekali saya beri nasihat jgn sibuk atau busy dijadikan alasan sepenuhnye masalah table missing or database problem boleh selesai dalam masa singkat jika focus pada suatu benda dgn penuh yakin. Maaf jika nasihat dari org muda seperti saya ni menyinggung perasaan bro shanai yg tua dari saya, cuma biasa la "org yg lebih tua egonya tinggi" mana t au saya lak kene banned sebab teguran begini. Sini ramai pakar IT apasalah nya pinjam bakat mereka untuk selesaikan masalah lagi bagus jumpa sua muka untuk setelkan masalah, lagi cepat lagi kite tidak duduk disini takut forum ni akan jadi forum rasmi lebih dari sementara.

Share this post


Link to post
Share on other sites
nivi wrote:kepada bro Shanai - just for the nasihat saja walaupun saya muda tp ada respect saya just cakap ape terbuku dihati, sebuzy org itu dan sebz perdana menteri akan ada hari dimana semua urusan peribadi akan diuruskan .. aku rase problem tu leh solve untuk sehari atau 2 kalau focus 1 bende .. ambil la cuti walau busy mana pun kite disini seksa sgt dgn tohmahan semua.. kalau tak cukup teknikal ambil saja sesiapa disini yg pakar boleh bantu .. problem ni dah dekat 4 5 bulan lebih .. apa kata bende ni ambil sehari dua tiga untuk solve jgn dijadikan alasan sibuk atau busy, memang semua busy tapi ada masa untuk makan tido untuk family kan apa kata luang masa untuk benda macam ni , tahu forum ni tak memberikan sebarang wang atau faedah kepada bro shanai tp pikirkan potensi atau usaha keras anda dari mula dan kami disini bagai pungguk rindukan bulan menunggu sesuatu yg lama untuk suatu yg boleh diselesai tak lebih dari 4 5 purnama. Lagi sekali saya beri nasihat jgn sibuk atau busy dijadikan alasan sepenuhnye masalah table missing or database problem boleh selesai dalam masa singkat jika focus pada suatu benda dgn penuh yakin. Maaf jika nasihat dari org muda seperti saya ni menyinggung perasaan bro shanai yg tua dari saya, cuma biasa la "org yg lebih tua egonya tinggi" mana t au saya lak kene banned sebab teguran begini. Sini ramai pakar IT apasalah nya pinjam bakat mereka untuk selesaikan masalah lagi bagus jumpa sua muka untuk setelkan masalah, lagi cepat lagi kite tidak duduk disini takut forum ni akan jadi forum rasmi lebih dari sementara.


terima kasih di atas teguran. Tapi janganlah kata saya tak dapat apa2 faedah dari mewujudkan putera.com. Byk faedah yg saya dapat, cuma ia bukan berbentuk materialistik.

Mmg saya akui saya tak menjalankan tanggungjawab mengendalikan putera.com dgn baik sejak kebelakangan ni. Public expectation mmg tinggi sejak dari mula2 ia diwujudkan lagi dan saya seharusnya bersyukur dgn keadaan itu. Saya rasa macam dah faham sangat dgn psikologi di sebalik public services ni.

Mslh dah berlarutan hampir 2 bulan, mmg sbb saya busy. Tapi tak perlulah saya beri alasan kenapa saya busy, kerana alasan tak kira benar atau palsu adalah tetap alasan juga.

Tapi alhamdulillah, dgn terus membusykan diri, saya dpt juga akhirnya restore database lama dgn bantuan rakan2 yg prihatin. Insyaallah dlm waktu terdekat kita akan dapat pulang ke pangkuan putera.com yg asal.. di rumah tumpangan yg baru.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...