Jump to content
Sign in to follow this  
Putera Al-Farid

Fahaman Wahabi?

Recommended Posts

Sir Pyan wrote:
Apa pun, pengajaran yang boleh diambil adalah bersederhana dalam perlakuan. Bersederhana bukan bermaksud ambil mudah, tapi melakukan tanpa melampaui batas. Cuma yang lazim terjadi sekarang bukan kerisauan terhadap kemunculan apa yang kita panggil Wahabi, tetapi melabelkan orang lain Wahabi secara berleluasa, walhal perilaku sedemikian hanya mengundang perpecahan.


bersederhana adalah dituntut dlm Islam..dan ianya terpulang kpd diri kita

apa yg menjadi persoalannya ialah..
kita ambil cth isu qunut td..pihak yg nak buat dgn tidak mahu buat
pihak yg tidak mahu buat tidak sepatutnya menuduh pihak yg buat sbg bid'ah
dari sinilah timbulnya 'perpecahan' dan bkn isu label-melabel
jika tiada tuduhan, maka tiada pelabelan

kita perlu melihat apakah yg menyebabkan perpecahan
melabekan org lain sbg 'wahabi'? di satu sudut mmg mengundang perpecahan
ttp, cuba kaji punca knp dilabel 'wahabi'? sbb suka membid'ahkan amal ibadat umat Islam ::icon_biggrin::
so, jika tiada punca..tiadalah label dan tiadalah perpecahan
puncanya ialah suka membid'ahkan amal ibadat umat Islam

Wallahu A'lam ::icon_question::

Share this post


Link to post
Share on other sites
sixx wrote:aku lg risau ramai org islam yg tak amalkan islam


betul3..
lebih merisaukan bila kita amalkan Islam yg tidak sependapat dgn mereka
kita dicop pengamal bid'ah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
rasanya before ni aku ada tersilap cakap..mohon maaf atas kesilapan fakta..rasanya kebanyakkan mereka yg tidak mengamalkan qunut dalam solat subuh tidak menganggap org yg mengamalkan qunut sebagai bidaah..kerana mereka faham bahawa masing2 ada pegangan mereka sendiri..

p/s: cuma yg aku tak faham, kenapa org sekarang walaupun ada latar belakang agama tapi lalai dalam menunaikan tanggungjawab menunaikan solat lima waktu..malah yg lebih membimbangkan dan menyedihkan, langsung tidak solat..semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua..amin..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam semua..kita cernakan minda,bukakan hati belajar sesuatu yg bermanfaat.

Fahaman wahabi ini kini telah dikatakan sampai ke ipta di negara kita ini.fahaman yg menolak sepenuhnya amalan sunnah dan perkara2 harus spt baca Quran utk si mati,talkin,zikir,yassin malam jumaat,qunut dan sbgainya cuba menarik perhatian mahasiswa/wi.aliran yg disebut ultrakonservatif ini menular dgn begitu cpt sekali.apa yg dibimbngkn ialah akan berlakunya pertembungan antara adat dan ibadat yg diamalkan di negara ini.fahaman ini mengambil pendekatan yang keras,semata-mata memberi penekanan kepada Allah dgn menolak sunnah rasul,tawassul dan syafaat.(memetik kata2 fellow kehormat IKIM Dr Muhammad Uthman El Muhammaddy).
Katanya lagi,fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab yang mana ditolak oleh keluarganya sendiri di Hijaz pada abd ke 18 sekitar 1204 Hijrah.fahaman ini menjadi amat berpengaruh melalui pendekatan ekstremnya.fahaman ini juga dikatakan telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki.jadi lihatlah betapa bahayanya pengaruh fahaman ini.dan btapa semakin berkembangnya ia tanpa kita sedari.sbg contoh,bila kita dgr bacaan talkin,maka akan ada suara2 sumbang kedengaran spt:ustaz aku ckp tak bleh la baca talkin,:ustaz aku ckp boleh takpa..jadi inilah hakikatnya bila perkara2 ini tersebar dan mengganggu pemikiran umat Islam.my

Share this post


Link to post
Share on other sites
betul Putera Al-Farid..
fahaman wahabi inilah yg penjadi penyebab pemecah belah masyrakat
namun ia menyelinap dlm tidak sedar..

lebih bahaya...
fahaman wahabi di Malaysia lebih berunsur liberal
dengan menolak mazhab dan pendapat ulama' muktabar

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam....moga kita sama2 mndpt sedikit manafaat dari topik ini...

jadi agak sedikit jelas sekarang ape yng kita bincangkan..dapat kita simpulkan,apakah amaln ibadat yang kita lakukan itu adalah sunnat,wajib,harus bidaah hasanah,ijmak ulama,dan sebagainya..jadi bila berlakunya perselisihan pendapat tidak bermakna kita salah atau yang bertanya itu betul.seperti sahabat diatas ada menyebut agar jgn mengWahabikan org lain dengan mudah atau dengan mudahnya mengatakan amalan2 tertentu adalah salah dan sebagainya..

ada pernah bertanya..sah atau tidak solat sekiranya seseorang hanya melaku kan perkara2 rukun yang 13 sahaja...jawabnya mudah sahaja,ibarat mkn nasi tanpa berlauk..kenyang tetap kenyang tapi lazat atau tidak,,fikir-fikirkan..

bertanya pada yang arif dan mahir tentang hukum hakam agama serta akidah..banyakkan mengaji dimasjid2 mahupun dimana2 sahaja itu lh yg lebih afdhal,bg menambah ilmu serta banyakkan bertanya.pastikan jawapan yg diberikan jelas dan tepat...moga kita semua mendapat petunjuk..
(sekadar berkongsi pandangan)

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalammualaikum....

saya nak bagi pendapat sikit..yang saya tahu wahabi nie dia nak combine 4 mazhab dan compile utk memudahkan org fahaman wahabi melakukan ibadat. byk pendapat bercanggah dgn fahaman wahabi dan saya ada dgr negara arab merupakan pembawa wahabi....ada pendapat ckp fahaman wahabi ni terpesong.... nak gak tahu ttg fahaman nie.ada pendapat mengatakan terpesong dan berasal dripada org bukan islam...betul ke???..kalau salah datangnya dari saya sendiri yang baik datangnya dari Allah .... wallahualam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

* Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.

* Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.


petikan daripada wiki

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebok sangat ngan hal mahzab wahabi..asal tak sebok psal syiah? mahzab wahabi ketat dlm bab hadith tp syiah meyimpang jauh dr ajaran hadith..mahzab wahabi tak bunuh org sunnah tp syiah bunuhulama2 sunnah,mengkafirkan para sahabat,mengkafirkan ulama2 sunnah! pegilantaklah dengan perbezaan pendapat mahzab wahabi,nak gadoh2 ngan dorg buat pe? dorg berhujah mengenai hadith ikut cara dorg kite plak ngan cara kite,ituje masaalahnya..besar sangatke masaalah mahzab wahabi berbanding dgan syiah?..inilah org islam(bukan semua)skang yg kecil dibesar-besarkan, yg besar dikecil-kecilkan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sir Pyan wrote:Sedikit sebanyak penerangan berkenaan apa yang dikenali sebagai kumpulan/mazhab/tarekat/gerakan/dsb, semoga dapat meningkatkan pemahaman. Di sampaikan oleh Yusuf Estes di salah satu ceramahnya.

http://www.youtube.com/watch?v=B60VP5FC9iw


bagos video hang kasi tu..harap jgn ade lg yg nak berperangsaka buruk ngan mahzab wahabi sebaliknya hati2lah ngan syiah..

ni aku kasi video ttg propaganda syiah

propaganda iran
http://www.youtube.com/watch?v=CjrPScW1eoE&feature=related

kenali syiah
http://www.youtube.com/watch?v=C0K3BTy3tfg

Jangan mudah menuduh wahabi
drmaza.com/home/wp-content/wahhabi.pdf

Share this post


Link to post
Share on other sites
Battousai wrote:Sebok sangat ngan hal mahzab wahabi..asal tak sebok psal syiah? mahzab wahabi ketat dlm bab hadith tp syiah meyimpang jauh dr ajaran hadith..mahzab wahabi tak bunuh org sunnah tp syiah bunuhulama2 sunnah,mengkafirkan para sahabat,mengkafirkan ulama2 sunnah! pegilantaklah dengan perbezaan pendapat mahzab wahabi,nak gadoh2 ngan dorg buat pe? dorg berhujah mengenai hadith ikut cara dorg kite plak ngan cara kite,ituje masaalahnya..besar sangatke masaalah mahzab wahabi berbanding dgan syiah?..inilah org islam(bukan semua)skang yg kecil dibesar-besarkan, yg besar dikecil-kecilkan..



Sebab syiah dah konfirm mmg kalau ada dlm Malaysia kita tahu.

Bila tahu boleh elakkan diri dari terpengaruh.


Wahabi... dia masuk senyap. Tup-tap-tup-tap 3000 budak IPTA dah
kena dengan fahaman itu.


Aku lebih suka mengambil pendekatan kedua-duanya adalah masalah
besar... berbanding dengan mengecilkan Wahabi dan membesarkan syiah.

That is... kalau betul Wahabi ni bermasalah lah.


Aku lebih tertarik dengan isu baca doa lepas sembahyang. Sebab some people
melabel orang yang menolak bacaan doa kuat2 lepas sembahyang sebagai berkefahaman
Wahabi.

Hakikatnya even dekat Mekah pun Imam tak pernah baca doa kuat-kuat
lepas sembahyang jemaah.

Bila jadi mcm tu dikatakan diorang mazhab lain. Yg mana mungkin juga btol.

Tapi tak hairan ke?? Kita follow Syafie... tapi dari mana asalnya Mazhab Syafie
nie?? Takkan Malaysia kot?? Cuba tgk tempat asal mazhab ni pulak.. rasa aku
takde baca doa spas sembahyang secara kuat gak kan??

Why di negara kita semua masjid and surau baca kuat-kuat ye??

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/zikir-dan-wirid-selepas-solat/



By the way... aku suka jugak kalau nak sembang pasal Syiah jugak disini...
tapi aku sangat-sangat prefer kalau dibuat dalam topik lain. Ini
supaya isu Wahabi ini tidak akan dikecil-kecilkan oleh bayangan isu
syiah.

Jangan kerana masalah besar... masalah kecil diabaikan.

Masalah kecil juga kalau dibiarkan lama boleh jadi isu besar.


Sama mcm dosa la... dosa kecil bila terkumpul akhirnya menjadi dosa besar juga.




=====================================================================



But... persoalan dalam fikiran aku sekarang... betul ke Wahabi ni salah??

Cuba kita recap balik apa dia Wahabi dan kenapa diorang salah?
Adakah sebab tidak baca doa qunut? Adakah sebab tidak menggalakkan
orang baca doa bersama secara berjemaah dengan menggunakan mic lepas
sembahyang??

Aku mengaku satu hal... aku tergolong dalam mereka yang prefer baca doa
sorang-sorang selepas sembahyang berbanding meng'amin' kan imam all
the time.

Does that make me a Wahabi. And also... does that means I'm committing bid'ah??

Please... continue this discussion. In the mean time aku kena
cari ustaz / ustazah / imam jugak la untuk explain kepeningan aku ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebab syiah dah konfirm mmg kalau ada dlm Malaysia kita tahu.

Bila tahu boleh elakkan diri dari terpengaruh.


Wahabi... dia masuk senyap. Tup-tap-tup-tap 3000 budak IPTA dah
kena dengan fahaman itu.


Kalaulah besarnya problem Mahzab Wahabi seperti yg degembar-gemburkan kenapa kerajaan Malaysia tak blockje mcm syiah? soalan ni dah dibangkitkan kat Parlimen dan jawapan dr pihak kerajaan Mahzab Wahabi same seperti 4 mahzab besar yg lain iaitu tergolong dlm ahlu sunnah wal jamaah..dan jadi perkara biasa jika berlaku 'khilaf' ulama antara mereka..dan jgn ingat ahlu sunnah cume ade 4 mahzab je,berlambak lg mahzab lain yg tergolong dlm ahli sunnah cume yg besar(banyak pengikut) ialah 4.


Aku lebih suka mengambil pendekatan kedua-duanya adalah masalah
besar... berbanding dengan mengecilkan Wahabi dan membesarkan syiah.


masaalah Wahabi adalh 'dasar' tp masaalah syiah ialah 'teras'!

That is... kalau betul Wahabi ni bermasalah lah.

masaalahnya adalah kite sendiri! mudah sangat dengar ckp org..syiah menuduh wahabi punce perpecahan dorg ngan kite,tp pada hakikatnya dorglah yg memecahkan kite ngan wahabi sampai kite lupe wahabi juga memperjuangkan sunnah dan al-quran..tp syiah? membunuh org sunnah adalah pahala bagi mereka, stakat memecahbelahkan kita apalah sangat..


Aku lebih tertarik dengan isu baca doa lepas sembahyang. Sebab some people
melabel orang yang menolak bacaan doa kuat2 lepas sembahyang sebagai berkefahaman
Wahabi.

Hakikatnya even dekat Mekah pun Imam tak pernah baca doa kuat-kuat
lepas sembahyang jemaah.

Bila jadi mcm tu dikatakan diorang mazhab lain. Yg mana mungkin juga btol.

Tapi tak hairan ke?? Kita follow Syafie... tapi dari mana asalnya Mazhab Syafie
nie?? Takkan Malaysia kot?? Cuba tgk tempat asal mazhab ni pulak.. rasa aku
takde baca doa spas sembahyang secara kuat gak kan??

Why di negara kita semua masjid and surau baca kuat-kuat ye??


ini lg 1 masaalah org 'melayu' kite..kononnye ikut mahzab imam syafie padahal 1 kitab imam syafie pon takde kat umah, hakikatnye kite bukan mengikut die pon tp kite ikut tok,nenek,ayah,ustaz,imam masjid dah org ramai..contohnye bile ditanya "kenapa awak letak tapak tangan kiri dirusuk awak masa berdiri iktidal?" jawapan nye mudah.."saya mahzab syafie"atau"imam buat camtu" sedangkan tiada dalil dari hadith yg mengatakan letak tapak tangan di situ sebalik di tengah dada adlah cara yg sebenarnya berpandukan dalil hadith,dlm ibadahni harus ade dalil dr hadith/al-quran ketika hendak keluarkan hukum bukan dalil dr 'manusia'sbab sepandai-pandai manusia tetap melakukan kesilapan,so bile dengar hujah dr seseorang mengenai ibadah, wajib pastasikan hujahnya 'disokong' oleh hadith/Al-quran.

Bab lafaz niat semasa hendak solat pon same..

Imam Ahmad antara murid terkemuka imam syafie mengatakan "ramai org telah salah anggap tentang yg dikatakan oleh guruku mengenai 'lafaz niat ketika hendak solat' sebenarnya yg dimaksudkan oleh beliau lafaz itu ialah 'takbir'"...mmg logik ape yg dikatakan imam Ahmad 'takbir' didlm hati adalah tidak sah,ianya perlu dilafaz! bukannya lafaz 'hussoli sunnatan' etc.

so dlm bab ibadahni kite kene hisab balik diri kite,kite ikut siape sebenarnya? rasulullah atau org ramai?ape2pon aku tak mengatakan yg mengamalkan lafaz 'hussoli' dan perbuatan2 yg dalilnya tidak kuat itu bidaah..siapalah aku nak kata gitu kan?
ape2pon utk meredakan keadaan bidaah-membidaah ni dengarkan sabda baginda s.a.w: "Tiada seorang pun masuk syurga kerana amalannya"Tanya para sahabat:"engkau juga ke rasulullah?" Rasulullah s.a.w:"Ya!aku pun demikian kecuali jika Allah s.w.t menyelimuti aku dgn rahmatnya"

Share this post


Link to post
Share on other sites
Battousai wrote:Kalaulah besarnya problem Mahzab Wahabi seperti yg degembar-gemburkan kenapa kerajaan Malaysia tak blockje mcm syiah? soalan ni dah dibangkitkan kat Parlimen dan jawapan dr pihak kerajaan Mahzab Wahabi same seperti 4 mahzab besar yg lain iaitu tergolong dlm ahlu sunnah wal jamaah..dan jadi perkara biasa jika berlaku 'khilaf' ulama antara mereka..dan jgn ingat ahlu sunnah cume ade 4 mahzab je,berlambak lg mahzab lain yg tergolong dlm ahli sunnah cume yg besar(banyak pengikut) ialah 4.


masaalah Wahabi adalh 'dasar' tp masaalah syiah ialah 'teras'!


masaalahnya adalah kite sendiri! mudah sangat dengar ckp org..syiah menuduh wahabi punce perpecahan dorg ngan kite,tp pada hakikatnya dorglah yg memecahkan kite ngan wahabi sampai kite lupe wahabi juga memperjuangkan sunnah dan al-quran..tp syiah? membunuh org sunnah adalah pahala bagi mereka, stakat memecahbelahkan kita apalah sangat..


ini lg 1 masaalah org 'melayu' kite..kononnye ikut mahzab imam syafie padahal 1 kitab imam syafie pon takde kat umah, hakikatnye kite bukan mengikut die pon tp kite ikut tok,nenek,ayah,ustaz,imam masjid dah org ramai..contohnye bile ditanya "kenapa awak letak tapak tangan kiri dirusuk awak masa berdiri iktidal?" jawapan nye mudah.."saya mahzab syafie"atau"imam buat camtu" sedangkan tiada dalil dari hadith yg mengatakan letak tapak tangan di situ sebalik di tengah dada adlah cara yg sebenarnya berpandukan dalil hadith,dlm ibadahni harus ade dalil dr hadith/al-quran ketika hendak keluarkan hukum bukan dalil dr 'manusia'sbab sepandai-pandai manusia tetap melakukan kesilapan,so bile dengar hujah dr seseorang mengenai ibadah, wajib pastasikan hujahnya 'disokong' oleh hadith/Al-quran.

Bab lafaz niat semasa hendak solat pon same..

Imam Ahmad antara murid terkemuka imam syafie mengatakan "ramai org telah salah anggap tentang yg dikatakan oleh guruku mengenai 'lafaz niat ketika hendak solat' sebenarnya yg dimaksudkan oleh beliau lafaz itu ialah 'takbir'"...mmg logik ape yg dikatakan imam Ahmad 'takbir' didlm hati adalah tidak sah,ianya perlu dilafaz! bukannya lafaz 'hussoli sunnatan' etc.

so dlm bab ibadahni kite kene hisab balik diri kite,kite ikut siape sebenarnya? rasulullah atau org ramai?ape2pon aku tak mengatakan yg mengamalkan lafaz 'hussoli' dan perbuatan2 yg dalilnya tidak kuat itu bidaah..siapalah aku nak kata gitu kan?
ape2pon utk meredakan keadaan bidaah-membidaah ni dengarkan sabda baginda s.a.w: "Tiada seorang pun masuk syurga kerana amalannya"Tanya para sahabat:"engkau juga ke rasulullah?" Rasulullah s.a.w:"Ya!aku pun demikian kecuali jika Allah s.w.t menyelimuti aku dgn rahmatnya"



Assalamualaikum..

Semua aku setuju dengan ko kecuali satu.

Ko seolah-olah (aku guna seolah-olah sbb khuatir aku silap
sbb ini adalah penilaian aku terhadap ko... sedangkan aku bukan ko..
jadi kalau silap aku mohon maaf) menolak terus untuk membincangkan
tentang Wahabi atas alasan Syiah terlalu besar nilainya.

Kalau ko realize syi'ah adalah isu yang besar.. bukankah lebih
baik buka sebuah thread baru yang sangat specific terhadap syi'ah
sahaja???

Aku tak nafikan syi'ah mmg isu yang sangat besar.


Cuba tengok apa yang geng-geng Jordan and pengkaji hadis lain
temui:

-Israel akan melalui Golden Age selama 75 tahun... selepas 75 tahun
of the Golden Age... diorang akan jatuh. Terminated. K.O.

-Apabila itu terjadi... maka perang seterusnya akan terjadi... tapi
bukan antara kristian dengan islam... sebaliknya antara ketumbukan
Islam + Amerika melawan Syi'ah + Komunis (di ceritakan oleh tabligh
Jordan itu bahawa Syi'ah akan bersatu dengan ketumbukan tentera
dari timur... tak pasti apa dia... komunis tuh teori orang lain).

-Apabila peperangan berlaku... Islam + Amerika akan menang.

-Pada waktu tu barulah orang amerika angkat salib cakap salib menang.
Tapi seorang lelaki Islam pula akan balas "No... Islam is the one" dengan
angkat bendera Islam.

-Tembak-menembak berlaku... and Perang Salib terakhir bermula.

-Kristian akan bawa 18 bendera (menurut hadis) yang mana kalau kita translate
directly ke zaman kita... bermakna 18 armada dari 18 negara berlainan untuk
kepung Islam.

-Imam Mahadi muncul pada waktu ni. Dan dengan kuasa tuhan Islam menang.

-..... aku pun dah tak ingat apa yang tabligh dari Jordan tu cerita.


Apa point di atas??

Yang dengar cerita tuh lebih kurang 5 ke 7 orang itu hari, aku, forummers
lain bernama Phoenixwunin, dan dua orang lagi dari circle Internet Marketing
kami.

Semua rasa pelik... kenapa Syi'ah yang patut ditumbangkan dulu dan bukan
musuh Islam lain.

Jawab Tabligh tuh... untuk Islam menang... semuanya mesti bersatu dulu.
Untuk semua bersatu... semua musuh dalam selimut mesti dihapuskan.

Sebab itu aku cukup setuju dengan ko bahawa syi'ah adalah masalah
yang mmg asli lagi besar.



But isu sebenar adalah ko seolah-olah menidakkan terus bahawa
Wahabi adalah isu yang perlu di bincangkan juga.

Simple people ada yang berfikiran... "Wahabi tak penting... tak perlu
bincang!!"

Wajarkah??

Aku baru baca Ust. Asri tulis tuh... dan nyata memang menarik.
Dalam tu juga menegaskan bahawa Wahabi sebenarnya tidak salah.

Bukankah itu sesuatu yang juga patut dibincangkan??

Clear up those things supaya perpecahan mcm group A dan group
B yang saling menuduh pelajar IPTA Wahabi takkan terjadi (obviously
kita semua tahu siapa group A dan group B.. kalau duduk UUM benda ni
mmg jadi - aku tahu sbb member aku student sana).

Sedangkan... ada ke student kita dituduh syi'ah di IPTA??

Apa yang aku lihat... antara syi'ah dengan wahabi (yg tak semestinya
salah pun)... wahabi adalah perkara pertama yang akan membawa
perpecahan umat islam dalam Malaysia sebelum syi'ah.



Now... kenapa aku concern sangat dengan Wahabi??

Satu hari member aku Phoenixwunin kena sound dengan seorang arab Libya
sebab baca doa selepas sembahyang secara berjemaah. Kawan baru first time
nak bertaubat... dah kena paku dengan orang Libya tu.

Gaduh dari Maghrib sampai Isya'.

Dah berpecah dah.

Yang syok tuh... dalam Blok MISC tuh ada sorang mamat Syi'ah dari Iraq.
They all call him 'Sparta'. Puncanya... dulu dia tengok filem 300...
lepas tuh dari dulu sampai sekarang... menurut ceritanya... dia asyik
teriak dari atas bilik dia.. "This is SPARTAAAAA!!!!"

Nak tau apa yang best??

Syi'ah seorang tu tak pernah membuatkan perpecahan terjadi... sebaliknya
orang Libya tu pulak yang menjadi reason perpecahan berlaku (pada mata
mereka pelajar Islam Melayu kita adalah punca perpecahan tu berlaku).

Nak tau lagi apa yang best??

A cakap B wahabi... B pulak cakap A wahabi.


Canteeeeeekkkkkk.....

Syi'ah senyum jer tengok. Surau pun tak pernah pergi.

Sembahyang bilik jer.

Sedangkan geng-geng pergi surau semua pakat "You Wahabi.." sesama sendiri.



Ini pada aku dah cukup untuk menunjukkan Wahabi ini sendiri... despite
whether its right or wrong... adalah satu isu yang kalau ko tanya aku
personally... aku lebih rasa ia lebih besar daripada syi'ah... if not
on equal standing dengan syi'ah (although.. this part remains my personal
view).

Sebab wahabi constantly bugging kita dan student kita dengan perpecahan.

Syi'ah tidak... at least not yet.

And at least pakcik bawak basikal di kampung dalam ceruk hutang pun
tahu syi'ah salah. Bila jadi apa-apa dia boleh elakkan...

Tapi kalau perihal wahabi.... aku risau pakcik-pakcik tu lama-lama berperang
mulut sekali sesama sendiri.

Someone needs to clear this thing.



PDF ko bagi tu menarik. Kalau everything berjalan lancar hari ni atau
minggu depan aku akan print... kemudian fotocopy dan edarkan ke masjid-masjid
di sekeliling kawasan aku. Insya'allah.

Terima kasih untuk PDF itu. Itu satu solution terbaik yg aku boleh fikirkan
berkenaan wahabi ni.




============================================================================



Kalaulah besarnya problem Mahzab Wahabi seperti yg degembar-gemburkan kenapa kerajaan Malaysia tak blockje mcm syiah? soalan ni dah dibangkitkan kat Parlimen dan jawapan dr pihak kerajaan Mahzab Wahabi same seperti 4 mahzab besar yg lain iaitu tergolong dlm ahlu sunnah wal jamaah..dan jadi perkara biasa jika berlaku 'khilaf' ulama antara mereka..dan jgn ingat ahlu sunnah cume ade 4 mahzab je,berlambak lg mahzab lain yg tergolong dlm ahli sunnah cume yg besar(banyak pengikut) ialah 4.


Itu satu permasalahan lain.

Pertama... kalau pemahaman aku betul... Wahabi tak salah.
Kenapa nak block perkara yang tidak salah????

Kedua... kerajaan Malaysia.... kohkohkohkohkoh.
Yg ni ko ckp la mcm mana pun... walaupun hujah ko relevan...
bila berkaitan dengan kerajaan memang minda aku tertutup dah
untuk terima. Banyak reasonnya. Aku susah nak terima sesuatu
dari golongan yang menolak hudud.

But at times ada juga yang mereka buat bagus... jadi ini masalah
peribadi aku dan aku mohon maaf.

Untuk alasan mcm ni... mungkin ko akan keluarkan sesuatu hujah yang
dahsyat untuk balas aku... tapi memandangkan ini (aspek kerajaan
Malaysia ni) dah jadi isu personal... memang susah aku nak terima.

Point aku... aku tak pernah percaya dengan kebanyakan perkara
yang kerajaan Malaysia buat apabila berkaitan agama.

Orang agama yang aku percaya dalam Malaysia ni pun... hanyalah mufti
perak dan bekas mufti perlis dulu... apart from a couple few more
mcm Haron Din dan beberapa ustaz sekolah pondok yang aku kenal.




Aku rasa tertarik dengan banyak hujah-hujah ko sebab semuanya berlandaskan point yang sangat kukuh dan relevan. Aku sangat mengalu-alukan ko menyambung lagi sebanyak yang boleh sebab banyak benefit untuk kita berdua dan juga semua pembaca yang lain.



Dan topik syi'ah juga penting... cuma aku lebih prefer ko buka satu thread baru membincangkan isu itu. Kalau ko taknak bukak aku tolong bukak pun tak apa. Just let me know.


Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites
But isu sebenar adalah ko seolah-olah menidakkan terus bahawa
Wahabi adalah isu yang perlu di bincangkan juga.

Simple people ada yang berfikiran... "Wahabi tak penting... tak perlu
bincang!!"

Wajarkah??

Aku baru baca Ust. Asri tulis tuh... dan nyata memang menarik.
Dalam tu juga menegaskan bahawa Wahabi sebenarnya tidak salah.

Bukankah itu sesuatu yang juga patut dibincangkan??

Clear up those things supaya perpecahan mcm group A dan group
B yang saling menuduh pelajar IPTA Wahabi takkan terjadi (obviously
kita semua tahu siapa group A dan group B.. kalau duduk UUM benda ni
mmg jadi - aku tahu sbb member aku student sana).

Sedangkan... ada ke student kita dituduh syi'ah di IPTA??

Apa yang aku lihat... antara syi'ah dengan wahabi (yg tak semestinya
salah pun)... wahabi adalah perkara pertama yang akan membawa
perpecahan umat islam dalam Malaysia sebelum syi'ah.



Now... kenapa aku concern sangat dengan Wahabi??

Satu hari member aku Phoenixwunin kena sound dengan seorang arab Libya
sebab baca doa selepas sembahyang secara berjemaah. Kawan baru first time
nak bertaubat... dah kena paku dengan orang Libya tu.

Gaduh dari Maghrib sampai Isya'.

Dah berpecah dah.

Yang syok tuh... dalam Blok MISC tuh ada sorang mamat Syi'ah dari Iraq.
They all call him 'Sparta'. Puncanya... dulu dia tengok filem 300...
lepas tuh dari dulu sampai sekarang... menurut ceritanya... dia asyik
teriak dari atas bilik dia.. "This is SPARTAAAAA!!!!"

Nak tau apa yang best??

Syi'ah seorang tu tak pernah membuatkan perpecahan terjadi... sebaliknya
orang Libya tu pulak yang menjadi reason perpecahan berlaku (pada mata
mereka pelajar Islam Melayu kita adalah punca perpecahan tu berlaku).

Nak tau lagi apa yang best??

A cakap B wahabi... B pulak cakap A wahabi.


Canteeeeeekkkkkk.....

Syi'ah senyum jer tengok. Surau pun tak pernah pergi.

Sembahyang bilik jer.

Sedangkan geng-geng pergi surau semua pakat "You Wahabi.." sesama sendiri.

Ini pada aku dah cukup untuk menunjukkan Wahabi ini sendiri... despite
whether its right or wrong... adalah satu isu yang kalau ko tanya aku
personally... aku lebih rasa ia lebih besar daripada syi'ah... if not
on equal standing dengan syi'ah (although.. this part remains my personal
view).


kehkehkeh lucu plak aku dnegar cite kau tu..tp tulah die masaalah umat islam skang suke gadoh bab 'dasar' yg tepok tangan musuh islam, kadang2 yg megatakn die fahaman wahabi dan marah2 org lain tu sebenar bukannya master bab wahabi pon..bunyikje lebih,same jugaklah kite 4 mahzabni..semuanye disebabkan ego dgn sedikit ilmu yg allah kasi..last skali yg busuk mahzab yg dorg ikut padahal pengasas Mahzab tu tak penahpon kate mcm tu..

dan mesti ingat 'khilaf' adalah pendapt bukannye 'jawapan' ianyaboleh juga dikatakan 'teori' dan teori kadang2 boleh tersilap..sbab tu pengasas 4 mahzab tak bergadoh dlm bab2 'khilaf'ni sab dorg tau blom tentu dorg btol..khilaf berlaku bila sesuatu hadith tak 'jelas' maksudnya,tp kalau hadith tu jelas maksudnya jarang berlaku'khilaf'..Tp bagi aku qunut 'subuh' mmg takde sbab ape? sbab dalil2 yg digunakan tak kuat,nak tau lg mendlm tgok videoni..
http://www.youtube.com/watch?v=oQjbKyXw4Wc&feature=related

But isu sebenar adalah ko seolah-olah menidakkan terus bahawa
Wahabi adalah isu yang perlu di bincangkan juga.


mungkin kau salah faham maksud aku,Seperti yg aku kata masaalah wahabi'dasar' dan syiah 'teras', kedua-duanya perlu diperbincangkan seperti juga khilaf ulama'dasar' yg kerap dibincangkan walaupun sampai harini,tp jgnlah hanya disebabkan masaalah 'dasar' kita bergaduh,bukanke lebih baik kite dok berbincang dgn wahabi tu daripada kita menuduh dorg tanpa bukti? dlm bab 'kerajaan' tu bukan bermaksud aku pro dorg tp ia juga boleh mewakili kerajaan islam sedunia..cube bg tau aku negara islam mana yg mengharamkan wahabi? dan brapa banyak negara islam pulak yg mengharamkan syiah? jelas masaalh wahabi bukan besar sgat pon kalau kite boleh berbincang ngan dorg tp boleh ke kite berbincang ngan org syiah supaya terima hadith2 yg diriwayatkan oleh para sahabat?

psal nak bukak topik psal 'syiah' aku rase baik kite dengar sendiri dr alim ulama,dan bijak pandai yg arif psal bab tu,sbabnye bab wahabike,syiahke ataupon mane2 yg berkaitan soal agama akuni bukanye pandai sangat pon, yg aku bebel sblomni ni pon atas dasar kedaifan(asas)ilmu yg aku adeje,so aku uzurkan diri aku utk berbincang dgn lebih mendlm babni takut terckp mengikut nafsu bukannye ilmu..klaunak tau memdlam lg rajin2lah gi majlis ilmu takpon 'Youtube' atau 'google' je

Ps:/Semua masaalah wahabi dikalangan kite org 'biasa' adalah disebabkan kurang ilmu mengenai hadith sampaikan basicnye pon kite takde..so bile dihentam oleh golongan berlagak master mahzab wahabi(padahal bukan master pon)kite tak dpt jwb hujah dorg sbab takde ilmu..so disebabkan malu dihentam dek wahabi kite pon menuduh yg bukan2 terhadap dorg sedangkan kitelah yg salah..klau dah tau diritu jahil tuntutlah ilmu barulah kite bleh menjawab hujah2 dorg berdasarkan ilmu bukannya nafsu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
1stly, aku stuju ngn Magnolia spy Battousai buka 1 thread baru ttg syiah dn jgn meyimpangkn fokus thread ni.
2ndly, aku pn stuju ngn Magnolia ttg perpecahan yg dbawa oleh 'wahabi' ni.
3rdly, aku x mnolak wahabi scara total, ttp mnolak fahaman pecah belah yg dibawa oleh mrk.
4thly, bg aku, wahabi adlh agen pemecah belah msyrkt.
lastly, wahabi adlh musuh dlm selimut umat Islam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
pernahkah saudara/i mendengar dakwaan fahaman ini banyak diamalkan di negeri sebelah utara Malaysia..jadi apa komen anda2 semua..atau yang ada pengalaman belajar di sana,mungkin boleh syer pandangan dan sesuatu yang berguna..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku menentang "wahabi" jika ada. aku juga menentang budaya label melabel tanpa usul periksa. aku respect kepada forumer yg berbincang di sini tentang isu ini. semoga kita dikurniakan pencerahan. selamat berpuasa..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ak rasa wahabi ni mcm wasabi la kot.wasabi ni makanan jepun.dia pedas x ramai org suka makan.tapi still ade org suka makan.tapi dia makanan gak.dia bukan tergolong dlm makanan yg diharamkan dlm Islam mcm babi dan anjing.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Izham87 wrote:ak rasa wahabi ni mcm wasabi la kot.wasabi ni makanan jepun.dia pedas x ramai org suka makan.tapi still ade org suka makan.tapi dia makanan gak.dia bukan tergolong dlm makanan yg diharamkan dlm Islam mcm babi dan anjing.


::lol:: ::lol:: ::lol:: ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...