Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Lebih 270,000 tidak sedar hidap sakit mental???

Recommended Posts

Assalamualaikum...

KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil.

Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan membolehkan skizofernia dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

Beliau berkata, jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. - Bernama






gerun jugak dengar nih... tak sedar sakit mental?? aku takda lagi simptom2 tu... mintak jauh lah.. huhuhuh... amin!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku ade sepupu yg sakit camtu la. Tak sangka die bleh dapat. Padahal aku ngan die rapat gile.
Sebab die jadi macam tu, putus cinta. Korang bayangkan mase die baru2 sakit tu, bercakap tanpa henti selama 24jam. Mase tu die tido umah aku. Terpaksa la aku layan. Mase tu aku tak tau die sakit.
Pastu tu, mula die tunjukkan sikap die. Mula cakap sorang2 kat tv. Bila aku tanya die cakap ngan sape, die cakap kawan2 die ngah bual ngan die. Yg aku tak tahan nak gelak tu, bile die siap2 pakai baju cantik. Pakai cermin mata ngan bawak payong dok depan umah subuh2 hari. Dah la time tu puasa. Die cakap kawan die nak ajak gi makan MC'D. Suke nangis tak tentu pasal.
Gi check, doc kate die tekanan perasaan. Nasib baik tak masuk Hosp sakit mental. Tiap2 minggu kene gi terapi. Aku penah ikut die, mase masuk dalam bilik tu, doc srh die main ngan permainan barbie. Ada umah ada kereta mainan. Pastu doc akan tny, ape yg die mainkan tu.
Mmg susah la jaga org sakit tu. Tahan sabar je. Bila tak tido, mula la mengarut tak tentu pasal. Padahal umur baru 17.

Share this post


Link to post
Share on other sites
huish... teruknya... malangnya penyakit ni kire sesuatu yg baru kat masyarakat kita ni.. silap2 kalu sakit ader yg anta jumpe bomoh..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa cam aku dah mengalami simptom2 dia lar

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku ade sintom2 tue..adakah aku dah jd sakti mental.....huhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Macam jadi kat aku je... Tapi setakat ni aku belum memekik kat public lagi, cuma kalau sorang-sorang je. Tapi aku memekik bila tension, bukan sebab delusion. Ok lagi kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku kat opis kadng2 berckp dgn cmputr....btul ke aku nieh?huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Klu dh kene penyakit nih, akan kekal dlm diri kite selama-lamanya. Walaupun kite dah sembuh. Ia akan datang lagi klu kite alami walau sekecil kuman tekanan dlm diri kite. Macam kazen aku ar tu, walau dah okay, kekadang dtg jugak sakitnye tu. Mulalah tak nak makan, nangis, slalu salahkan diri sendri, tak nak blajar. Tp semua tu kena ade dorongan dari org disekelilingnya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
dengan kata lain.. sokongan ahli keluarga tu yg penting... jgn pulaukan pulak mcm sesetengah masyarakat yg kurung org2 mcm ni dlm sangkar la.. sedih tau!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebagai maklumat tambahan, perlu diingatkan bahawa Schizophrenia dan Split Personality adalah dua keadaan psikologi yang berbeza. Ini sebab dua keadaan ni biasanya ramai yang terkeliru. Schizophrenia umumnya kalau dari segi simptom, seseorang tu dilihat mengalami delusion, berfikir yang bukan-bukan, kadangkala meracau dan bercakap sendirian, ada yang membayangkan sedangkan bercakap dengan seseorang yang tak wujud di depan mata dan sebagainya. Split Personality atau dalam bahasa rasmi dipanggil Dissociative Identity Disorder, secara umumnya dilihat seseorang yang kadangkala mengalami perubahan personaliti secara ketara, hari ni dia ni nampak lemah lembut, besok tetiba je nak marah-marah orang tanpa sebab, lusa pulak tetiba je nampak happy gembira semacam, kiranya personaliti dia berubah-ubah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tp rasanya sape yg ader split personality takkan sedar ape yg personality yg lg 1 dh lakukan.. kire domain personality dlm spleep mode while other personality take over. kat mesia ni susah nk jumpe split persnality as they tend to keep it to themselves.

kalu kat US tu mcm byk je hehehe... yg criminal la hahaha... but i'll find that dwi-personaliti ni amat menarik.. mcm cite Dr Jackel n Hyde.. or Nikki ngn Jessica dlm Heroes hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

rasanya semua benda ni berlaku sebab tekanan jer... bukan jer dari tekanan keje, malahan tekanan peribadi dsbnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites
YES.... Tekanan yg kite dapat tak kire kat mane2 pun. Kekdang bile kite tak duit pun, jadi tekanan.
Macam aku plak, bile ade prob... hati aku sakit.... aku macam nak sakitkan tubuh aku sendri. Kekadang aku pnah amik pisau nak kerat mane2 urat kat badan aku nih. Mungkin 30% je kot tekanan aku nih dari normal. So, tak jadi. Tapi berulang kali gak aku wat macam tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Quraisya wrote:YES.... Tekanan yg kite dapat tak kire kat mane2 pun. Kekdang bile kite tak duit pun, jadi tekanan.
Macam aku plak, bile ade prob... hati aku sakit.... aku macam nak sakitkan tubuh aku sendri. Kekadang aku pnah amik pisau nak kerat mane2 urat kat badan aku nih. Mungkin 30% je kot tekanan aku nih dari normal. So, tak jadi. Tapi berulang kali gak aku wat macam tu.


Salam....

Bukankah dengan mengingati tuhan (ALLAH) dapat menenangkan hati...

Apa2 pun kembalilah pada AGAMA, insyallah anda akan selamat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...