Jump to content
Sign in to follow this  
slaughters_1

Harapan anda pada Putera.com

Recommended Posts

Guest
aku sayang topik:

1. masalah graduan time di interview.
2. niche marketting by pheonix.


aku harap sgt 2 topic ni x hilang..aku x sempat copy topic2 tu semua!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aluda.AluQieY wrote:ade tak sesape kat sini yg dah join putera dari awal hingga akhir

atau yg plg lame 3thn 4thn 5thn


::star3:: ::star3:: gue baru kurang dr setahun ::star3:: ::star3::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam...naik jenuh aku cube nk connect putera.com smpai give up..last2 dapat gak,member aku ramai tnye pasal putra.com
nape xbleh masuk sbb aku yang hasut diorang lepak kt putera nih...hehhe......aku harap putera nih dapat kembali macam biase dngan ahli2 yg lame....pasal sumbangan ni aku tngah collect ngan member2 aku....

Share this post


Link to post
Share on other sites
cadangan dr bro antujawi di thread laporan & cadangan aku rasa bagus skali. dan aku nak bagi sedikit tambahan lagi utk forum putera akan datang. rasenya ni kali 3 tau ke 4 aku terpaksa rg balik kat putera tp sape yg tau kan?

okeh, cadangan pertama aku ialah pasal pemilihan moderator yg akan datang. ni aku bagi melalui pengamatan aku kat thread jualbeli, harap pihak tuantanah dapat memilih moderator yg mempunyai ciri² berikiut:

1. hormat pada yg tua tidak kiralah yg baru rg atau yg dah lama.
2. yg tidak sombong dan angkuh seperti zeroneza
3. yg login tidak bermusim. cth seperti nick seluang. time Uni cuti sem baru selalu nampak. pastu bila online mula lah tunjuk kuasa.
4. tidak hanya dari satu group, member, puak kerana mereka akan mendominasi sesuatu subforum.
5. tidak lagi mengamalkan ISU PERKAUMAN. aku lepak kat lowyat ok jer. tapi bila masuk kat putera lain jadinya. malu aku.

okeh dah lah cadangan utk ciri² moderator. ni utk tuantanah pulop. ::icon_basketball::
1. bila server dah takde duit baru sibuk mintak derma. pasal tak mintak awal². antara yg boleh dimintak derma ialah org yg melakukan jualbeli hingga dah dapat ribu² takkan tak boleh kasik 10ringgit sebulan kot?
2. aku dulu ada gak nak derma tapi tawar hati sebab mengenangkan perangai moderator. aku taruk nama diaorg tu nanti aku nak tengok bila server on diaorang ada cari aku tak.
3. apa hubungkait Hanif Nordan ngan putera.com ni? sebab sekarang ni ko mintak derma utk putera so bagi lah penerangan sikit... pasal sekarang ni ramai sangat org kaya melaui internet ::icon_rolleyes::

ni utk rujukan sahaja. antara nick aku kat putera:
1. NyorKembE semasa belajor
2. NyoR_SurF semasa abis belajor sebab tu surf ajer kerja
3. Kipca_76 semasa kerja jual ABC & jd mat rempit
4. Kipca_1976 semasa mula kawen
5. pokpar semasa dah beranak pinak hingga sekarang. digunakan secara meluas dlm kebayakkan forum memancing.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aluda.AluQieY wrote:ade tak sesape kat sini yg dah join putera dari awal hingga akhir

atau yg plg lame 3thn 4thn 5thn


aku dh join sjk thn 2001 gi

dri aku bute pc dan internet smpi pndai setup pc sndik dan pebgl gi

utk sesape nk tgk web putera.com yg jaman2 dulu kala blh cek cni http://web.archive.org/web/*/http://forum.putera.com

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagus, maklumbalas yang sangat baik dan sangat2 menarik.

InsyaAllah, pembaharuan akan dilakukan untuk putera.com ini. Segala kekurangan akan dikenalpasti dan diperbaiki.

Semoga kita semua bersatu hati untuk putera.com ini.

Ok, hubungan saya dengan putera.com ni, macamana ye nak jelaskan..

Tapi boleh dikatakan sebagai wakil admin untuk menguruskan, bangunkan balik, carik sponsor untuk putera.com ini.

Tak boleh la nak lepas pada bro shanai sorang2, so saya tawarkan diri untuk berbakti dengan putera.com..

Terlalu rugi untuk orang2 melayu kita sekiranya putera.com ni terus hilang.. putera.com da bertapak lama..

tapi biasalah, biasa bile da mula gah, ada saja yang akan dengki..

faktor2 dengki ? kita tak usah pandang jauh... lihat saje bagaimana kemegahan kota melaka suatu ketika dulu, lebih kurang sama aja faktor kejatuhan die, disebabkan oleh pembesar2 ( user2 yang dah pandai IT disebabkan putera.com ) ini berlagak2 dan membuli user2 baru ( newbies ). so siapa yang tidak sakit hati, dan macamana putera.com boleh jadi sampai macam ini ?

jadi untuk mengembalikan putera.com dengan cara yang lebih mantap, saya akan usaha untuk menyatupadukan geng2 putera.com ini..

saya pernah sekali create thread untuk mengajak ahli putera.com ini bersatu padu, pernah juga create thread yang membicarakan tentang nilai2 murni termasuk adab2 dalam pergaulan dalam forum dan dunia nyata..

dan pernah juga membuka thread untuk meminta pendapat untuk mencari berapa ramai yang sanggup buat donation untuk kesinambungan putera.com ini..

Saya rasakan sudah sampai masanya untuk membalas balik jasa putera.com ini.. Saya boleh celik IT disebabkan putera.com..

manakan tidak, kalau tidak kerana putera.com, saya tidak kenal siapa prontoxp yang tidak pernah kenal erti letih untuk membantu newbies even soalan yang sama kerap ditanyakan, dan ramai lagi user2 putera.com yang hebat2 dan rendah diri, selalu menjawab soalan2 anak2 melayu kita yang ingin tahu..

dari putera.com juga kita kenal dengan fatah, dan ramai lagi..

aiseh, da berceramah la pulak..

kejap, nak carik gambar saya dengan bro shanai kat times squre.. masa main bowling sama2.

aiseh, tak boleh nak masuk photobucket la plak..

lain kali la aku masukkan gambar..



gambar aku dengan bro shanai time main bowling.. aku pakai baju putera tu.. tapi terlindung jaket kerja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
satu lagi tambahan huhu~

mod azuan

korang jangan ambik azuan jadik mod, tegur sikit pun x boleh, asal tegur jer, naik la 10% warning kat aku.

Aku tegur pun untuk kebaikan dia jugak, aku cuma bergurau jer dalam post, eh dia pi kasi warning.

seseorang bertanya:

"Bro, aku nak mintak tunjuk ajar dari otai2 semua camner nak buat lubang pada casing tu"

aku jawab:

"senang jer bro, ko cuba merlu tandakan berapa besar lubang yang ko nak buat untuk kipas ko tu, lepas tu ko tandakan dengan marker dengan alat matematik protaktor.

ha, lepas tu ko guna la gerudi ke apa ke, kalau ko takder semua alat tu, ko leh guna pembuka tin susu


Then, tak sampai 5 minit, aku dah xleh balas topik atau pos, kena suspend seminggu kata aku melalut tak tentu pasal. aku benci sangat kat ko, tersangat benci, kata nak menjalinkan ukhuwah sesama members dan mods,

Ni tidak, moderator lebih mementingkan diri dan berlagak. aku pun pernah berdoa gak, biar putera.com ni jahanam dengan mod yang berlagak camtu..

Mentang-mentang la dia tu berkelulusan tinggi, aku hanya sekdara sekolah tahfiz jer, sibuk dengan rutin harian menghafal 30 juzuk al-quran.

korang ada dengar ker? doa org yang menghafal quran lebih mustajab, aku bukan nak riak, nak menyombong diri tapi hakikatnya begitu. aku juga bukan boleh meniru gaya dan akhlak seperti rasulullah, sanggup bersabar dengan kritikan dan tohmahan.

So, kalau korang leh lantik dan cari mod yang berkaliber aku doakan putera.com ni dapat bangkit semula dengan wajah yang baru dengan members dan mod yang tidak mementingkan diri.

"Wa la yahsabannnal lazi nayab kholun"

"Janganlah kamu kikir apa yang telah dikurniakan"

::icon_cheers::

Sekian saja dari aku, Rayquaza ::icon_lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
hopefully putera dpt kembali cm biase scepat mungkin..
n bila putera dh ok,aku dpt jd mod..huahuahua
gurau je.. lps ni update balik la mod2 sume.. aku tgk dh rmai sgt yg x puas hati ngn mod..

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku lak harap Putera kembali ngan lebih mantap... takde lg perang2 sesama puteranian ni..
n 1 more thing.. tambah chatbox cam kat putera smentara nih.. baru best.. tempat chat kat putera lama tak best ler..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Rayquaza wrote:satu lagi tambahan huhu~

mod azuan

korang jangan ambik azuan jadik mod, tegur sikit pun x boleh, asal tegur jer, naik la 10% warning kat aku.

Aku tegur pun untuk kebaikan dia jugak, aku cuma bergurau jer dalam post, eh dia pi kasi warning.

seseorang bertanya:

"Bro, aku nak mintak tunjuk ajar dari otai2 semua camner nak buat lubang pada casing tu"

aku jawab:

"senang jer bro, ko cuba merlu tandakan berapa besar lubang yang ko nak buat untuk kipas ko tu, lepas tu ko tandakan dengan marker dengan alat matematik protaktor.

ha, lepas tu ko guna la gerudi ke apa ke, kalau ko takder semua alat tu, ko leh guna pembuka tin susu


Then, tak sampai 5 minit, aku dah xleh balas topik atau pos, kena suspend seminggu kata aku melalut tak tentu pasal. aku benci sangat kat ko, tersangat benci, kata nak menjalinkan ukhuwah sesama members dan mods,

Ni tidak, moderator lebih mementingkan diri dan berlagak. aku pun pernah berdoa gak, biar putera.com ni jahanam dengan mod yang berlagak camtu..

Mentang-mentang la dia tu berkelulusan tinggi, aku hanya sekdara sekolah tahfiz jer, sibuk dengan rutin harian menghafal 30 juzuk al-quran.

korang ada dengar ker? doa org yang menghafal quran lebih mustajab, aku bukan nak riak, nak menyombong diri tapi hakikatnya begitu. aku juga bukan boleh meniru gaya dan akhlak seperti rasulullah, sanggup bersabar dengan kritikan dan tohmahan.

So, kalau korang leh lantik dan cari mod yang berkaliber aku doakan putera.com ni dapat bangkit semula dengan wajah yang baru dengan members dan mod yang tidak mementingkan diri.

"Wa la yahsabannnal lazi nayab kholun"

"Janganlah kamu kikir apa yang telah dikurniakan"

::icon_cheers::

Sekian saja dari aku, Rayquaza ::icon_lol::



Salam...sbnanye tidak agak keterlaluan pun ko pnye keidakpuasan hati tu,lgpun dah banyak yang aku dengar pasal ketidakpuasan ahli2
putera.com pd sesetengah mod....pe kate ko plak jadi mod...hehe...cam de tokoh je.....sabor jelah,rambut same je hitam..hati?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...