Jump to content
Sign in to follow this  
AnNamir

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia!

Recommended Posts

Saya petik dari falak-online:

"Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

(Foto di bawah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)


Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita."

Lanjut boleh baca di sini...

Apa lagi sahabat2 sekalian, kejadian alam ciptaan TUHAN yang perlu kita sama2 hayati, ada padanya Kebesaran & Kehebatan Sang Pencipta dan Pengatur alam semesta ini smile.gif

~annamir~

Share this post


Link to post
Share on other sites
Maha Cusi Allah yang mentadbir alam ini. Mari kita pakat ramai-ramai solat sunat gerhana pada 26/01 pada jam 4.00 petang nanti. InsyaAllah. Kampung aku dah berpakat dah laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Rayquaza @ Jan 24 2009, 08:24 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Maha Cusi Allah yang mentadbir alam ini. Mari kita pakat ramai-ramai solat sunat gerhana pada 26/01 pada jam 4.00 petang nanti. InsyaAllah. Kampung aku dah berpakat dah laugh.gif


saya rasa kampung saya buat jgak...

biasanya akan dpt surat dr pejabat agama...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Mengikut teori org puteh..sy tgk berdsrkan discovery channel..

bile berlaku gerhana matahari atau bulan..

akan berlakunye tarikan graviti bulan yg paling dekat ngan bumi dimana tertariknye medan magnet..

so, akan terjadinye gempa bumi atau tsunami...

disebabkan die menarik skali mantel n medan magnet bumi..

so kalu dibahagian tanah yg lembut atau berlarva...

maka akan tertarik tanah atau pun larva tersbut dan jadilah

gempa bumi ataupun gunung berapi..

huhu..nauzibulillah..mintak jauh semua tu..

wallahualam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
esok... cny kan? (xde kaitan... sori tongue.gif)

aku nak tanya, adakah seluruh malaysia boleh tengok gerhana matahari tu atau kawasan kuala lumpur seperti yg TS bagitau tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sape yang berdekatan dengan bukit Damansara ada acara menarik esok di masjid Saidina Omar al-khatab bermula sebelum solat asar ada ceramah dari ahli majlis falak kawasan johor

dan lepas solat asar ada solat sunat gerhana dan sape yang hadir boleh lihat sendiri secara live gerhana tu sbb penceramah tu siap bawak teleskop smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul maklumat dari FryShadow tu, sesiapa yang berhampiran boleh pergi ke sana, ambil peluang dengar ceramah dari ahli falak, dan melakukan solat sunat gerhana (ntah2 sesekali dua jer kita dapat buat seumur hidup)... dan ada sesi cerapan selepas itu...
rugi kalau tak join...
Sayang saya memang tak dapat pergi, so hanya buat cerapan sendiri kat Kuala Kubu ni aje...

Berikut beberapa link yang mungkin berguna utk kengkawan semua:

- Cara nak buat Solar Eclipse Viewer 1
- Cara 2
- Boleh jugak tengok kat bayang2 seperti berikut;


G-kin:
Kita kat M'sia boleh tengok, cuma peratusan kadar bulan menutup matahari tu sekitar 70-80% sahaja, sebab tu dinamakan separa, jadi kita kat malaysia akan nampak matahari tu akan jadi sperti 'matahari sabit' gitu...
Kita tunggu petang besok, sambil doa moga2 awan tak tebal smile.gif

Berikut lagi satu link yang mungkin berguna utk rujukan kengakwan semua:
http://www.angkasa.gov.my/solar_eclipse/index.php

QUOTE(FryShadow @ Jan 25 2009, 06:07 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Sape yang berdekatan dengan bukit Damansara ada acara menarik esok di masjid Saidina Omar al-khatab bermula sebelum solat asar ada ceramah dari ahli majlis falak kawasan johor

dan lepas solat asar ada solat sunat gerhana dan sape yang hadir boleh lihat sendiri secara live gerhana tu sbb penceramah tu siap bawak teleskop smile.gif

Pembetulan:
Ermm, rasanya solat sunat gerhana tu akan dibuat sebelum solat asar... smile.gif Edited by annamirâ„¢

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku dah nampak gerhana ni, dia baru tutup separuh macam gambar #1 dalam risalah tu. Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dh nampak jap td...
tp skang tak nampak dh, pasal dh kena lindung ngan awan...

mata still bpinar2 lg ni.. wacko.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak tanya kroang semua.

buleh tak aku tengok pakai disket? takder efek apa-apa ke? aku ada baca dalam risalah tu, takleh tengok guna filem yang dah negatif, tapi x cakap pun disket.

Kalau boleh, aku nak guna disket, aku dah test dah guna 3 keping disket, lagi banyak lagi selamat mata huhu laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
korang semua tak buat solat sunat gerhana ke? aku ada baca, nak buat solat sunat tu mengambil masa dalam 30 - 40 minit! bayangkan betapa lamanya solat sunat gerhana huhu laugh.gif

Kampung aku dah start khutbah gerhana huhu happy.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada macam2 perkara boleh buat masa gerhana, berzikir, solat, membaca Al-Quran dsb. Sekarang dah masuk fasa #2 [bulan sabit besar] (lihat risalah) Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sekarang fasa #3 dan #4 (Bulan sabit kecil)

p/s: lawak sikit - kepada peminat cerita 'Heroes' inilah masanya anda menghapuskan semua 'heroes' yg kehilangan kuasa. laugh.gif Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
rasa dah abis gerhana dah ni..

actually filem tu boleh kalau disket pon boleh jgak rsnye..

yang pasti kalau guna cover yg wat welding tu confirm selamat la aku guna yang tu je tadi haha.. siap bwk masjid kasi org tgk biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...