Jump to content
Sign in to follow this  
anti_aktivis

Gomen Tau Apa Depa Buat

Recommended Posts

Tu la kata kata sahabat aku.

Kisah ni bermula dengan ketidakpuashatian beliau terhadap pembelian Camry oleh beberapa negeri yang diperintah PR. Beliau ni sebenarnya memang boleh dikatakan "hidup matinya utk UMNO". Aku tanya sebab apa dia tak puas hati dengan pembelian tu.

Dia kata itu satu bentuk pembaziran wang rakyat , sebab hampir 2 juta dibelanjakan utk kenderaan tersebut.

Aku sebenarnya separuh setuju dengan kata kata beliau. Tapi ya la bila MB negeri tu terangkan kos penyelenggaraan yang agak tinggi bagi perdana , aku semacam nak setuju . Tapi takkah lagi elok mereka beli MyVi . Besar dan jimat (besar bagi orang yang misikin cam aku laaaaaa). Hmmmm tak pa la , tu da first issue yang wajar kita telitikan dan kita suarakan ketidak puas hatian kita.

Kemudian , for sake of menyedarkan beliau , bukan setakat itu aja bentuk so call pembaziran yang ada. Aku tanya dia. Cam na la klu depa di masa akan datang membazirkan wang rakyat sampai berbillion billion setahun.

Dengan nada tinggi "akulah orang pertama yang akan membangkang , aku akan bermati matian membantah perkara ini"

Ooooooooooooooo cam tu ka.

Then aku tanya , ko tahu tak kerajaan pusat yang ada sekarang membayar kepada IPP yakni penjana bebas berbillion ringgit setahun utk servis yang rakyat tak guna pakai?

Errrr dia diam sebentar. kemudian dengan senafas dia jawab cam apa yang aku tulis kat tajuk tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Gomen tau apa depa buat

Ki ki ki ki ki ki Lebih sudu dari kuah (errr cam x betul aja perumpamaan aku ni

Share this post


Link to post
Share on other sites
dia masuk sini semata2 nak komen pasal politik saje.... dry.gif
takde inisiatif langsung... ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Tun loy_azloy @ Jan 21 2009, 08:07 AM) <{POST_SNAPBACK}>
dia masuk sini semata2 nak komen pasal politik saje.... dry.gif
takde inisiatif langsung... ph34r.gif


tidakkah terfikir dihati anda nick "anti_aktivis" ni seboleh bolehnya khusus utk politik.

tidakkah terfikir dihati anda mungkin utk perkara lain saya guna nick lain?


QUOTE(Mr Ijan @ Jan 20 2009, 12:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Daripada hari tu ko asyik cerita pasal IPP, apa tajuk lain takda ka bang?



Hidup kita bukan sekadar diri kita. Sekalipun kita tahu , ada orang yang belum tahu. (sila rujuk pertanyaan sahabat kita sayuthi)

QUOTE(shayuthi @ Jan 20 2009, 06:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
apa tuh IPP aku tak tahu pa kemende tuh...


Ini post blog saya yang pernah saya paparkan

Saya pasti ada kalangan kita yang gagal memahami apa itu reserve margin , IPP dan PPA.

Dipendekan cerita

IPP adalah penjana kuasa bebas (swasta spt YTL , Malakoff).

Reserve margin pula ialah , kesediaan IPP untuk menjana kuasa tambahan pada tahap tertentu , dan kesediaan ini dibayar oleh kerajaan (rakyat) walaupun tiada apa yang dijanakan sebagai kuasa tambahan. Dalam dunia , reserve margin ni normal , pada tahap 20 hingga 30 %

PPA ialah - perjanjian yang dibuat antara Kerajaan dan IPP.

Ok , DI MALAYSIA

Reserve margin mengikut PPA yang telah ditandatangi oleh Gomen adalah fleksible dan boleh dikatakan menguntungkan IPP dan sekaligus merugikan RAKYAT. Cuba bayangkan , sekarang reserve margin melonjak naik 47%. Menteri sundiri mengakui hal ini sepatut tidak berlaku dengan memberi contoh , Jepun yang alam sekitarnya tak stabil pun baru satu digit sahaja peratusnya.

Jadi inilah yang dikatakan secara HARFIAHNYA , kita membayar utk tenaga yang kita tak guna pakai.

http://antiaktivis.co.cc/index.php?option=com_mojo&p=103

P/s saya pasti anda juga akan merasa tak senang mengenangkan berbillion ringgit setahun dibazirkan begitu sahaja

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...