Jump to content
shayuthi

Boikot Barang Amerika/israel?

Recommended Posts

...hmm, panjang ceritanya yea..

itu lah, kalau kita duduk, berbincang, semua org luahkan apa yang yang dirasa, apa yang tersimpan dlm otak selama ni, memang kenyataan nampak pahit & sangat menyusahkan- macam takkan selesai sampai bila2 pun...

kami (aku & kawan2) yang mentah ni pun pernah bincang segala isu2 hangat- tiba2 kami semua terdiam...sampai seseorang tanya- so apa yang kita nak buat sekarang? benda yg dibincangkan nmpk sangt serius- tak ada penyelesaiannya pun...

akhirnya, bolehla disimpulkan; bahawa walau apupun yg jadi- no matter how hard it is- segalanya bermula dengan diri sendiri.....

tanya diri, skills yang penting kita dah ada ke, communication skills- mcm mana kita berbincang dengan org, macam mana kita bawak diri, tanggungjawab- sebagai anak, ayah, ibu, kakak, abang, student, jiran, pekerja, pengguna jalan raya, muslim, dsb - dah diselesaikan ke, sirah rasul kita dah learn by heart (dan ambil pengajarannya) ke belum;;;

semua yang nampak kecik sebenarnya membantu untuk selesaikan apapun isu yang dihadapi sekarang...dont ever take things for granted

yup, orang islam skrg tak bersatu...so? kita kena lah bersatu...tapi mcm mana nk bersatu kalau kita tak faham islam dgn sesungguhnya? mazhab dah lain, adat & budaya jauh berbeza, warna kulit pun lain...

yup, Amerika dgn israel kuat dan angkuh...so what? barrack obama dah jadi president, ekonomi diorg meleset, pengangguran kt amerika & western countries berleluasa, ekonomi skrg beralih ke China & India (undoubtedly).....

tapi, jangan tenggelam dalam isu...tumpukan pada apa yang boleh dibuat skrg...kita semua cuma ada 24 jam sehari...

mantapkan diri, kenal islam dengan sebenar benarnya...kenapa kena kenal islam dgn sebenar benarnya?

sebab, yakinlah yang hanya islam yang boleh selesaikan segala masalah dunia sekarang...jangan pandang serong pada 'islam', islam yg kita faham sekarang mungkin bukan islam yg rasulullah nk kita faham...dah berapa generasi berlalu dah...

umat islam tak bersatu, kenapa? sebab kita dah tak ada kalifah macam dulu lagi...kalau dah tak ada ketua, susahlah nak susun strategi...hmm, mungkin iran boleh jadi khalifah kot, tapi diorg syiah tau...(boleh je kot)...kalau dah ada kepalanya, bolehla kita susun strategi perang zaman moden, boleh la hasil pungutan zakat diagih dengan adil & teratur- dapatlah muslim afrika makan sekali sehari....boleh la khalifah tu hantar surat amaran kt mesir sebab dia sengal.....tapi, mcm mana nk bagi negara islam bersatu, kalau yg kita ada cumalah OIC...hanya ketua2 je yang bersidang, anak2 buah tak faham pun matlamat persidangan....

umat islam adalah sebaik-baik umat; dengan syarat umat islam kena mematuhi apa yng Allah gariskan....tapi skrg? kita tengok umat islam ditindas dengan seteruk teruknya...lepas tu kita pun anggap negara barat jahat, yahudi laknatullah jahat....tu je?
sepatutnya, kita ambil pengajaran- kenapa diorng hebat? macam mana diorng jadi hebat?
nilai2 yang sepatutnya org islam ada, hampir semuanya diamalkan oleh orang2 barat, dan tak terkecuali yahudi...
-menepati masa, adil, susun strategi yang rapi, bermesyuarat, hormat hak org lain, effective communication skills, etc...

pernah tak kita terfikir, kenapa Allah cipta bangsa yahudi....kesian, diorng ada segalanya (intelligence, material, power)- tapi hidup dalam laknat Allah..Allah tak kan cipta sesuatu sia2....jadi, ambil pengajaran dari kisah bangsa yahudi....jangan tumpukan pada kejahatan yang diorng buat, fokus pada apa yg diorng buat untuk capai apa yang diorng ada sekarang...diorg dah siapkan strategi untuk kuasai palestin sejak berzaman lagi, kita kt nusa tenggara ni pun sebenarnya dah dikuasai...fikiran kita- apa yang kita fikir, apa yang kita nak, apa matlamat hidup- semuanya dah di takluki....

jadi, kita taknak kalah...kita taknak darah org palestin sia2....mula dari sekarang...susun strategi untuk diri sendiri- macam mana nk tingkatkan kemahiran berkomunikasi, macam mana nak habiskan loan bank dalam masa yg terdekat, macam mana nk jadi individu contoh pada orang lain....

bila diri dah faham, baru lah ada keyakinan nak fahamkan org lain...bila diri dah lengkap dan ada karisma, barulah boleh nk pengaruhi orng lain...

barulah masyarakat yang faham dan yakin pada islam dapat dibentuk, kemudiannya insyaAllah khalifah pula...

bertatih sebelum berlari.... rolleyes.gif




Share this post


Link to post
Share on other sites
hai topik ni lagi ke? bukan org dah bincang kat topik lain?

ni yg saya tulis kat sana, copy paste edit kat sini:

masih lagi bincang nak ke nak tak nak boikot barang2 tu?
bukannya susah nak boikot pun tapi banyak alasan la, itu la ini la, kata tak berguna la, senang cakap bagi inidividu tersebut taknak boikot lah, senang cerita. susah tak susah? hmm tu alasan je

dari list tu pun kebanyakannya bukan benda keperluan, so kena kawal nafsu berbelanja dan nasfu makan je. mcm le tak pernah puasa, ni baru puasa kfc mcd dah nak pertikai. lagipun barang2 keperluan yg ada dlm list kan ada yg sama dari jenama lain, buatan Malaysia pun ada, apa yg nak disusahkan?

dengan ini, saya nak cabar mereka2 ni (yg taknak boikot), cuba diorang senaraikan memana jenama "keperluan" diorang, yg diorang mcm takbleh kalau tak beli jenama ni nanti diorang tak boleh hidup

mintak moderator serious discussion kalau boleh gabung je topik ni atau tutup terus yg baru ni Edited by DRS

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku bukan nak memperlekehkan atau mempertikaikan usahe untuk boikot barangan israel dan amerika nie... tapi usahe yg telah dilakukan sejak dulu lg. ibarat melepaskan batuk sajer.... orang nak boikot ... dier pun sibuk nak boikot gak...
tapi last2 isap rokok winston gak.... ermm... aku pun sebenar nye turut sokong same usahe boikot barangan dari 2 negara zionis nie... kalau boleh nak haramkan terus pun xpe... mcm Iran yg mengeluarkan fatwa diketuai Ayatollah Ali Khamenei yg mengharamkan terus segala urusan perniagaan yg berkaitan dgn israel.... kalau sebelum nie Majlis Fatwa Negara menimbulkan isu Pengharaman Yoga... kenapa tidak untuk pengharaman barangan dari negara zionis yang secara terang & nyata melakukan kekejaman yang bertentangan dgn semua agama. Seluruh masyarakat dunia terpekik terlolong supaya dihentikan kekejaman di Gaza... akan tetapi pemimpin zionis yg banggang ni boleh berbangga, adik angkat nya Amerika ikut telunjuknya supaya mengabaikan rayuan & ritihan masyarakat dunia... Kekejaman ini bukan dilihat sbg konflik atau pertelingkahan fahaman agama... tetapi masyrakat dunia lebih memandang kpd penghapusan etnik dan pembunuhan terancang akhir dekad ini...kalau dilihat dari sudut agama sekalipun.... kepale orang islam bukan sekadar dihinjak-hinjak,disepak,diterajang akan tetapi habis hancur berkecai kepale orang islam dibom si zionis laknat.... Ape yg kita lihat ... dan kita tonton hanyalah sebahagian episod penderitaan kekejaman menimpa rakyat palestine... bagaimana pula nasib beribu yg lain.... pasti begitu azab dan sengsara... Walaubagaimanapun.... Sebagaima janji tuhan... Mereka mati sebagai Syahid dan Syuhada...... Ramai pemimpin besar liga arab dikritik hebat oleh kerana sifat kedayusan membiarkan nasib saudara mereka dalam penderitaan.... tetapi harus diingat bahawa para pemimpin arab ini sentiasa diseru dan diancam oleh si zionis laknat. Mereka juga tidak mahu rakyatnya menderita apabila bermusuhan dgn zionis. Sebagai mana pemimpin Hizbullah (Lubnan) yg tidak melakukan apa2 tidakan terhadap israel walaupun lebih 3 minngu bumi Gaza terus berdarah...... Berbalik pada usahe boikot barangan zionis..... Usahe ini boleh dianggap sbg satu jihad... tak perlulah kita selemah-lemah manusia cube bermusuhan dgn si zionis laknat yg kejam ini... Melakukan pemberontakan .... lalu dianggap jihad.. dan berakhir dgn ancaman pada bangsa kita sendiri.... Usahe boikot barangan zionis adelah lebih baik berbanding berbanding sumpah-seranah mencarot-carot #$%^^%$#$%F*CK(*&^&^% memaki-hamun israel... Tapi dijari terselit rokok winston.... APE MENDE.... Kesimpulan nya.... bermula saat dan ketika ini cubelah utk mengelak penggunaan/pekhidmatan produk zionis... berterusan dari sekarang hingga generasi seterusnya dan hingga akhir zaman... punca pendapatan zionis adalah bermula daripada anda... Setiap sen yg anda keluarkan untuk membeli barangan zionis .... ibarat anda menaja bom yg membunuh ribuan nyawa anak-anak yg tak bersalah... RENUNGKANLAH.... SEGALA BERMULA DGN ANDA.... huh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...