Jump to content
Sign in to follow this  
ApoKalypse

Video Orang Kahwin

Recommended Posts

Salam all,

member saya minta tolong buatkan video akak dia kahwin, erm biasanya video orang kahwin ni kita nk tambah effect yg sesuai guna software apa ye? saya juz ada ulead video studio 10 je....

Share this post

Link to post
Share on other sites
Apa-apa sfware pun boleh... ikut yang mana dah biasa guna, samada ulead, sony vegas, adobe premiere, edius, avid, liquid dsbnya. Sementara harga pulak bergantung kepada mutu dan corak yang dapat dihasilkannya, seperti kreativiti, kualiti video, persembahan dsbnya.

Effect yang sesuai? terpulanglah, jika nak dimasukkan klip video (lagu yang sesuai), masukkanlah apa yang sesuai seperti 'white blur frame' ker!.. (aku selalu buat), 'noise frame' ker, atau letakkan effect 'old film' yang ada kesan calar-calar dan bintik-bintik hitam, he he..

untuk menu (jika dvd) boleh hias background gambar yang ada kaitan dengan kepengantinan, atau video background apa-apa yang patut. Hiaskan dengan logo yang sesuai macam tulisan qhat 'walimatulurus' dsbnya.

Pisahkan adegan yang diambil kepada beberapa bahagian berasingan dan asingkan mengikut tajuk dalam menu dvd, contohnya:-

1. Intro: - letakkan wajah penganting lelaki dan perempuan.. text nama, alamat, tarikh kenduri dsbnya. (Masukkan muzik background yang sesuai)
2. Bersanding: - chapter ini mengandung adegan bersanding, upacara renjis, tepung tawar, bunga rampai dsbnya. ( Lagu latar: cth, Dirinjis2 Dipilih, Bunga Rampai)
3. Dalam bilik: Segala aksi dalam bilik pengantin, aturkan aksi menarik dalam bilik pengantin. (Muzik latar biasa yang sesuai, elakkan dari mengulang-ulang lagu 'Selamat Pengantin Baru')
4. Ucap Selamat: Rakaman ucap selamat pengantin baru dari tetamu/saudara mara yang terpilih. Termasuk ucapan dari pengantin sendiri, bapa dan emak pengantin. Anak aku selalu masukkan adegan pengantin memperkenalkan keluarganya. (muzik latar: lagu instrumental biasa)
5. Majlis potong kek (jika ada) (Music latar: instrumental biasa)
6. Majlis/upacara akad nikah (jika ada) - (Muzik latar - biarlah sedikit kearaban, dan kalau boleh yang lebih percusion, jangan letakkan sebarang bunyi muzik ketika acara akad dijalankan)
7. Majlis khatam quran (jika ada) - (Mzik latar sama seperti no. 6)
9. Ketibaan pengantin dan pengantin makan: babak sambutan pengantin tiba selalunya pendek sahaja, jadi eloklah disatukan dengan acara pengantin makan. (Lagu latar: Sebarang lagu pengantin baru)
10. Kenduri: Tetamu jemputan yang hadir, tetamu sedang bersalaman dengan tuan kenduri termasuk tetapi VIP, tetamu sedang makan, sedang layan diri atau sedang dilayan, orang basuh pinggan, bahagian persediaan makanan dbnya. (Muzik dan lagu latar yang berkaitan)
11. Acara khas (kalau ada): seperti pertunjukkan silat, joget lambak, nyanyain nasyid, kugiran dsbnya, jangan ambil keseluruhan tetapi cukuplah sekadar 3 - 5 minit. (Muzik latar biasa)
12. Acara bacaan doa dan marhaban: (jika dirasakan sesuai) - (muzik latar kearaban sama seperti no. 6)
13. Video Clip: Ambil sebarang lagu yang sesuai jadikan lagu latar, rakam aksi pengantin, buat pengambaran di lokasi luar jika berkesempatan. (inilah yang paling disukai oleh pengantin)

Bukan semua perkara di atas perlu dimasukkan, semuanya terpulang kepada pakej yang dipersetujui dan keadaan kenduri kahwin itu sendiri. Tentang lagu latar, elakkan dari mengulangi lagu yang sama beberapa kali. Bunyi asal dalam video hendaklah dipastikan samada perlu atau tidak dimasukkan, contoh bunyi bising pinggan mangkuk mungkin perlu untuk menggambarkan suasana, tetapi bunyi jerit budak-budak yang melampau dan bunyi pengantin batuk berkali-kali hendaklah di'mute'kan ketika editing.

Jika hendak yang lebih lanjut bolehglah berkurssus dengan aku.. he he..

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(arbanji @ Dec 30 2008, 12:21 PM) <{POST_SNAPBACK}>

walaupn ilmu ni x sepenuhnya tp saya dh cukup bersyukur dh bro... bukan senang org nak share ilmu secara 'free' mcmni so saya takkan sia2kan peluang untuk tambah ilmu di dada smile.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...