Jump to content
Sign in to follow this  
NeoLogy

Jangan Sombong Dgn Gelaran Professional/pakar

Recommended Posts

Spoiler :
Pakar cegah penculikan AS diculik di Mexico

MEXICO CITY 16 Dis, Utusan Malaysia. - Seorang pakar pencegah penculikan dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah diculik dan dijadikan tebusan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di utara Mexico, minggu lepas.

Insiden itu membayangkan bahawa kumpulan penculik di negara ini sudah menjadi begitu berani dan semakin bermaharajalela.

Konsultan keselamatan AS, Felix Batista, berada di Saltillo, negeri Coahuila untuk menawarkan nasihat mengenai langkah menghadapi ancaman culik apabila beliau sendiri diculik, kata pihak berkuasa tempatan.

Batista, 55, konsultan firma keselamatan ASI Global LLC di Houston, Texas sebelum ini mendakwa telah membantu menyelesaikan hampir 100 kes penculikan dan tuntutan wang tebusan.

Sekumpulan penculik yang tidak dikenali telah menahannya pada 10 Disember lalu, kata Presiden ASI Global LLC, Charlie LeBlanc semalam.

“Kami sudah memaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) serta pihak berkuasa Mexico, dan mereka sedang menyiasat kes ini,” kata LeBlanc.

Presiden itu menjelaskan, Batista mempunyai syarikat keselamatannya sendiri dan “beliau berada di Mexico untuk urusan perniagaan yang tidak ada kaitan dengan firma kami.”

Batista disebut sebagai seorang pakar antipenculikan pada persidangan dan dalam laporan media tetapi beliau kini berada dalam tangan penculik.


Tersenyum seketika bila baca laporan akhbar Utusan tentang seorang Pakar Cegah Penculikan AS yang diculik di Mexico. Felix Batista, 55 yang merupakan seorang pakar konsultan bagi mencegah penculikkan akhirnya jatuh ke tangan penculik yang ternyata lebih hebat darinya.

Bagaimanakah beliau akan membebaskan dirinya? hanya Allah yang tahu.

Pengajaran dari kisah ini;
  1. Jangan sombong dengan gelaran Profesional dan Pakar (termasuklah spt IR., Dr., AR. pakar silap mata, pakar urut dan yang seerti dengannya) kerana ada orang lain yang lebih bijak dan hebat dari anda.
  2. Walaupun anda seorang yang pakar, namun tetap ada kelemahan yang mana Allah jualah Tuhan yang tiada kelemahan.
  3. Hebat mana sekalipun ilmu kita, pasti ada orang lain yang boleh mencabarnya kerana ilmu yang kita ada ini terlalu sedikit berbanding ilmu Allah.
  4. Bersyukurlah kerana Allah telah beri ilmu kepada anda, kerana tidak semua orang berpeluang mendapatnya.
  5. Gunakanlah ilmu itu untuk berbakti kepada manusia kerana Allah dan bukannya kerana wang, pangkat atau kemahsyuran.


Kepada insan lain yang tiada gelaran Profesional, jangan bimbang. Sesungguhnya anda juga seorang yang pakar. Pastinya anda juga mempunyai kelebihan yang unik atau kemampuan yang boleh dibanggakan.

Mungkin anda bukan seorang pakar perubatan, tetapi dengan senyuman yang ikhlas insyaAllah, anda adalah orang yang pakar dalam membahagiakan hidup anda dan menyembuhkan penyakit dengki orang lain melalui senyuman itu.

Mungkin Anda juga bukan seorang jurutera yang mampu bina bangunan tertinggi dunia, tapi yang pasti, anda adalah jurutera yang mampu membina diri dan roh anda untuk kebaikkan dunia akhirat. Anda juga mungkin jurutera rumahtangga yang mampu bahagiakan isteri dan anak untuk lebih mencintai Allah.

Anda mungkin tidak berpeluang menjadi peguam dalam hidup ini, tapi janganlah risau. Berkat amal baik anda didunia, InsyaAllah anda akan menjadi peguam yang hebat bila berhadapan dengan Allah kelak. Pastinya segala amalan baik itu akan menjadi bukti penguat hujah anda.

Sesungguhnya menjadi pakar itu banyak cara, terpulang pada kita untuk menjadi pakar yang bagaimana.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahaha Felix Batista

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(En_Zaki @ Dec 20 2008, 03:11 PM) <{POST_SNAPBACK}>
jangan konfiden dan sombong utk takeover kerajaan malaysia pada 16/9.. tapi akhirnya terbukti kaki kencing.. HAHAHAAHAHAHAHAAHA

jangan konfiden dan sombong utk menang PRK Pmtg Pauh.. tapi akhirnya terbukti kalah.... HAHAHAAHAHAHAHAAHA
Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah2 lar tu don't feed a troll....
kita tetap dengan pegangan kita..

soon... election kat KT....hahaha kt my hometown....leh aku join time penamaan calon! Edited by Batista

Share this post


Link to post
Share on other sites
alamak..tersilap lak..patut xpayah layan si En_Zaki tu..sori batista..aku akan ikut nasihat ko.. tongue.gif Edited by NeoLogy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...