Jump to content
ApoKalypse

Spa Apply 5 Jawatan Je?

Recommended Posts

actually aku pon baru je habis blaja bulan 9 laz sblm cuti raya aritu, aku dh apply dh keje2 lain mcm CTRM, kilang2 lain... tp takat ni CTRM je yg panggil interview tp mcm x dpt je sbb panel tu ckp 2 weeks duration tp ni dh lebih 2 weeks....huhuhuhu....

aku ada gak apply kat jobstreet...lom ade pannggilan... nk keje tech komp aku bukan dak komputer, aku dip mekatronik...

membe aku ckp skang susah cari keje sbb ekonomi down...

Share this post


Link to post
Share on other sites
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI URUSAN PENGAMBILAN

1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan? Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah di buat dengan mengisi Borang SPA8. Permohonan juga boleh di buat secara on-line di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di www.spa.gov.my




2. Saya telah mendaftar dengan SPA. Bilakah saya akan di panggil temu duga?
Semua permohonan yang telah berdaftar dengan SPA akan di panggil temu duga sekiranya:

a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon pengisian oleh Kementerian/Jabatan;
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan yang dikenakan.
Setiap pemohon akan didaftarkan di dalam Bank Data SMSM dan akan diberi surat akuan pendaftaran.



3. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?
Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik terdapat di dalam buku panduan Iklan SMSM. Buku panduan ini termasuk di dalam Pakej Permohonan Borang SPA8 yang boleh di beli dengan harga RM5.00.




4. Di mana perlu menghantar Borang SPA8?
Semua borang SPA8 hendaklah diposkan terus kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA.




5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?
Sejak SMSM dilancarkan pada tahun 1997, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun SPA ada menyiarkan iklan 2 kali setahun untuk memaklumkan atau mengingatkan bakal pemohon mengenai jawatan yang berada di bawah bidang kuasanya. Para pemohon boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.




6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui SMSM? Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.




7. Kenapa sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan?
Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan mungkin disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya.




8. Bila saya patut memperbaharui pendaftaran?
Tempoh sah laku sesuatu pendaftaran ialah setahun. Jika tempoh ini telah luput, pemohon boleh memperbaharuinya dengan membuat pendaftaran semula. Ramai pemohon telah terlepas peluang untuk dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pengambilan disebabkan tempoh sah laku pendaftaran mereka telah luput dan tidak diperbaharui semasa urusan pengambilan dijalankan. Pemohon juga dikehendaki memperbaharui pendaftaran sekiranya mereka ingin menukar jawatan yang dipohon. Pemohon tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh setahun bagi berbuat demikian. Bagi calon KPSL, pembaharuan pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar surat makluman tanpa perlu mengemukakan permohonan baru.




9. Mengapa saya perlu perbaharui pendaftaran?
Setiap pendaftaran perlu diperbaharui walaupun pemohon tidak pernah dipanggil temu duga dalam tempoh setahun. Ini bertujuan untuk membolehkan SPA menyimpan maklumat pemohon yang benar-benar berminat sahaja dalam data banknya di samping mendapatkan maklumat pemohon yang terkini.



10. Mengapa pegawai sedang berkhidmat perlu memohon melalui Ketua Jabatan?
Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam Perintah Am 17 (P.U. (A) 176/2005). Tujuannya ialah supaya Ketua Jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temu duga.




11. Bolehkah pegawai sedang berkhidmat memohon jawatan melalui internet?
Pegawai sedang berkhidmat kini dibenarkan memohon jawatan di bawah bidang kuasa SPA melalui internet. Walau bagaimanapun sekiranya berjaya dipanggil temu duga, mereka hendaklah membawa surat daripada Ketua Jabatan sebagai bukti bahawa permohonan mereka itu telah dimaklumkan kepada mereka. Seterusnya permohonan memperbaharui pendaftaran boleh dibuat melalui surat tanpa perlu mengemukakan borang baru. Walau bagaimanapun, calon pegawai sedang berkhidmat perlu memastikan telah disahkan dalam jawatan sekarang sebelum membuat permohonan jawatan baru.




12. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf?
Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar negara diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT atau kelayakan yang mereka perolehi dari IPT berkenaan telah diiktiraf oleh Kerajaan. Senarai IPTS dan bidang pengajian yang diiktiraf ada dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, semakan bolehlah dibuat dengan Jabatan berkenaan atau laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp .




13. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama mendaftar dengan SPA seperti:

a. Jawatan yang dipohon itu tidak ada yang kosong, atau jika kosong sekali pun Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan itu wujud tidak meminta SPA membuat pengisian atas pelbagai sebab; atau/dan

b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak didaftarkan dengan bank data SPA; atau/dan
c. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah lakunya dan pemohon tidak membuat pembaharuan; atau/dan
d. Pemohon tidak melepasi syarat tapisan yang dikenakan oleh Suruhanjaya sekiranya jumlah pemohon terlalu ramai; atau/dan
e. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang mereka pohon.



14. Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma atau STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.




15. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?
Keputusan temu duga, iaitu sama ada berjaya dipilih sebagai calon lantikan, simpanan ataupun gagal, akan disampaikan kepada anda melalui pos. Anda juga boleh menyemaknya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my atau telefon talian TeleSPA di nombor 600-83-7979 atau melalui sms di nombor 39111.




16. Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan?
Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolaknya atau tidak melaporkan diri, tidak akan dipanggil temu duga bagi jawatan yang sama selama 3 tahun dan 1 tahun bagi jawatan yang lain, kecuali bagi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi. Bagi jawatan yang menetapkan ujian sebagai salah satu syarat tapisan, pemohon boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga bagi jawatan yang memerlukan ujian itu dengan syarat mereka lulus ujian tersebut dan ada kelulusan khas Suruhanjaya walaupun mereka telah dilantik dan melapor diri ke jawatan yang lain.




17. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
Calon-calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak hadir tidak akan dikenakan sebarang penalti.



18. Bolehkan saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
Boleh, sekiranya anda mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang munasabah. Pertukaran tarikh dan tempat temu duga, terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak, elok dipohon awal dengan menulis kepada Urus Setia SPA untuk mengelak sebarang kesulitan dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no. telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan tempat temu duga baru dan alasan kenapa ingin bertukar.




19. Apakah keistimewaan yang dinikmati oleh calon KPSL atau pegawai sedang berkhidmat?
Biasanya calon KPSL diberi peluang hadir temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya mereka telah memenuhi syarat minimum yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan kecuali jika kekosongan terlalu sedikit. Pegawai sedang berkhidmat juga (iaitu selain dari calon KPSL) biasanya akan melalui proses tapisan yang sama dengan calon lantikan terus. Namun, semasa ditemu duga ketiga-tiga kumpulan pemohon ini perlu bersaing tanpa sebarang keistimewaan atau kelonggaran kerana pemilihan akan dibuat berdasarkan merit.




20. Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas?
Golongan pemohon lain yang tidak dikenakan tapisan ialah Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR), dan Penerima Bantuan Am. Mereka ini akan dipanggil temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya memiliki kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga mereka dikehendaki membawa dokumen yang berkaitan untuk membuktikan status mereka itu.




21. Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pekerja sangkut, pegawai sementara, sambilan atau pegawai kontrak?
Tidak ada sebarang keistimewaan diberikan kepada pekerja sangkut (attachment), pegawai sementara, pegawai sambilan dan pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.




22. Adakah calon pemegang biasiswa Kerajaan diberi keistimewaan?
Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan juga tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada calon lantikan terus yang lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.


23. Sekiranya calon tidak menghadiri temu duga, apa kesannya kepada calon?
Calon tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Namun demikian sekiranya calon telah ditawarkan untuk sesuatu jawatan, tetapi calon menolak, akan disenaraihitamkan selama 3 tahun untuk jawatan yang sama dan 1 tahun untuk jawatan yang lain.


24. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
Tidak diambil kira. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih berkeyakinan.

25. Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam?
Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai sektor awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khdimat Awam (ITKA), kenaikkan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

26. Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?
Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS.

27. Bagaimana penetapan gaji masuk dilakukan?
Pemberian penetapan gaji masuk adalah berdasarkan jawatan yang disandang dan kelayakan yang diperolehi.

28. Sekiranya saya mempunyai Diploma, adakah saya boleh memohon jawatan bertaraf SPM?
Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma (sekiranya calon mempunyai Diploma). Edited by fotosintesis

Share this post


Link to post
Share on other sites
ni mail yang biasa SPA dapat. hehehehe




Masalah :

assalamualaikum....

saya Shawal Matzieni Bin Chukuni Dari Negeri Sembilan. 013-xxxxxxx. sebelum ini saya telah menghadiri temuduga sebanyak 2 kali di JKR iaitu sebagai juruteknik dan baru-baru ini sebagai pembantu teknik (elektrik) di JKR seremban. saya amat kecewa kerana sehingga ke hari ini saya masih tidak mendapat kerja sedangkan kelayakan,pengalaman dan juga CGPA saya memang melayakkan saya untuk menjawat dalam jawatan ini. saya benar-benar berharap agar pihak SPA dapat menjalankan temuduga yang baru untuk saya dan berikan sebab-sebab kenapa saya tidak berjaya dalam temuduga? adakah kerana saya tidak ada KABEL seperti yang dikata-katakan oleh masyarakat. saya benar-benar berasa susah hati sekarang kerana sehingga ke hari ini saya telah menghadiri 11 interview 9 di syarikat swasta dan 2 dalam sektor kerajaan.Tolonglah saya

810813-xx-xxxx


Penyelesaian
Terima kasih kerana berminat untuk bekerja dengan sektor awam (kerajaan). SPA tidak pernah mengamalkan pilih kasih atau melayani penggunaan "kabel" seperti yang sering dikatakan oleh calon / orangramai. Anda sebenarnya telah melepasi tapisan yng dikenakan oleh SPA dan memenuhi syarat kelayakan untuk dipanggil temu duga. Anda gagal semasa temu duga dan kebiasaannya disebabkan prestasi semasa temu duga tidak memuaskan. Mungkin calon tidak membuat persediaan dari segi fizikal atau mental, tidak membawa dokumen yang lengkap dan tidak menjawab dengan betul dan menyakinkan panel.

ni lagi, hehehehe

Saya telah menghadiri satu temuduga di bandar xxxx pada pertengahan tahun yang 200x. Masalah saya ialah saya tidak puas hati dgn cara penemuduga itu menjalankan temuduga beliau. Caranya sambil lewa saja. Bukan kerana saya tidak berjaya dalam temuduga itu disebabkan saya membuat kritikan ini. Tetapi terlalu awal pegawai tersebut bersikap demikian kerana masa temuduga tersebut adalah pagi sekitar jam 0900. Di kalangan para temuduga pada hari itu terdapat bbrp org teman saya. Mereka pun mengatakan pegawai tersebut bersikap sambil lewa. Terutama bagi saya, ini adalah temuduga saya yang pertama setelah sekian lama mencuba memohon jawatan di dalam Kerajaan. Anggapan saya mungkin penemuduga tersebut seorg yg bersikap prihatin semasa calon temuduga menjawab soalan temuduga tetapi sebalik lain pula.

Saya bekerja dgn syarikat swasta yg byk berurusan juga dgn pegawai kerajaan. Pada persepsi saya sebelum di temuduga, mesti seorg yg temuduga tersebut adalah seorg yg berkaliber. Seperti selalu Pegawai kerajaan yg dtg berjumpa dgn kami membuat urusan kerja dgn baik tapi tanggapan saya sama sekali salah. Saya masih ingat siapa nama pegawai tersebut. Kami yang dtg temuduga, dtg dengan seribu harapan untuk masa depan tapi apabila melihat keadaan sedemikian. Sukar dijangkakan. Cara proses Kerajaan menjalankan temuduga amat berlainan dgn proses syarikat swasta menjalankan temuduga. Saya sudah byk kali hadir temuduga di syarikat swasta tersenarai sebagai yg besar.

Cara mungkin berlainan tetapi sikap mereka tidak seperti pegawai tersebut.

Saya pernah mengemukakan masalah tersebut kepada salah seorang kawan saya di JPA, beliau menasihati saya agar ke lamam web SPA untuk menbuat aduan atas ketidakpuashati saya.

Di harap apa yg saya hadapi ini tidak berlaku ke atas org lain.




Penyelesaian

Saya cadangkan agar anda berikan butiran yang tepat mengenai sesi temuduga tersebut iaitu

Jawatan yang ditemuduga, tarikh temuduga, lokasi temuduga dan nama penemuduga tersebut.

Ini adalah kerana 1. memudahkan pihak SPA membetulkan kesilapannya

2. mengelakkan dari pihak kami menganggap anda membuat tuduhan palsu.



Sekian, harap dapat membantu.




penyelesaian, untuk makluman pihak tuan pihak SPA menghadkan 5 jawatan sahaja. selanjutnya tuan perlu mendaftar permohonan baki 5 lagi jawatan di http://www.elx.gov.my. harap dapat membantu.
(ada macam pegawai SPA tak) Edited by fotosintesis

Share this post


Link to post
Share on other sites
sapa yang nak masuk keja gomen ni bila interview jgn la kerek sangat, maksud aku bila cita pasal keja yang korang ngah keja skang. kalau orang SPA tanya gaji sakng brape korang auta la sket bagi dia rasa kesian. aku dulu bla interview ak bgtau aku tlg member berniaga ayam je. gaji xtetap la mcm2 aku bgtau. padahal masa tu aku duk keja kat INTEL penang.hehehehe. ni salah 1 tips yang berguna. member aku yang keja SPA bgtau. biasa la manusia ni ada hati dan perasaan. kalau nasib baik korang dapat le.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalo da tertulis dalam diari hidup.. x kemana pon..
cuma lambat ngn cepat jek..
huhuhu....
tp jgn terlalu berharap....
hehhehhe

aku da masuk 3 kali isi SPA...
langsung xde panggil..
nth tgk ke idak..
huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(fotosintesis @ Dec 18 2008, 02:59 AM) <{POST_SNAPBACK}>
sapa yang nak masuk keja gomen ni bila interview jgn la kerek sangat, maksud aku bila cita pasal keja yang korang ngah keja skang. kalau orang SPA tanya gaji sakng brape korang auta la sket bagi dia rasa kesian. aku dulu bla interview ak bgtau aku tlg member berniaga ayam je. gaji xtetap la mcm2 aku bgtau. padahal masa tu aku duk keja kat INTEL penang.hehehehe. ni salah 1 tips yang berguna. member aku yang keja SPA bgtau. biasa la manusia ni ada hati dan perasaan. kalau nasib baik korang dapat le.


Aku masa interview...penemuduga tu yang kerek.
Dua orang lelaki...sorang muda dan sorang tua.
Yang tua tu kerek.
Bercakap cam menghina jer dry.gif

Sampaikan ada calon2 yang hempas pintu masa kuar dari bilik temuduga tue.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(fotosintesis @ Dec 18 2008, 02:46 AM) <{POST_SNAPBACK}>
penyelesaian, untuk makluman pihak tuan pihak SPA menghadkan 5 jawatan sahaja. selanjutnya tuan perlu mendaftar permohonan baki 5 lagi jawatan di http://www.elx.gov.my. harap dapat membantu.
(ada macam pegawai SPA tak)


erm bro, yg baki lagi 5 tu nk daftar mcmana? aku p laman web tu tgk dia mcm suh p jobsmalaysia je.... rolleyes.gif

QUOTE(yusri @ Dec 18 2008, 09:34 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku masa interview...penemuduga tu yang kerek.
Dua orang lelaki...sorang muda dan sorang tua.
Yang tua tu kerek.
Bercakap cam menghina jer dry.gif

Sampaikan ada calon2 yang hempas pintu masa kuar dari bilik temuduga tue.


la yeke bro...menghina mcmana? sbb kelayakan akademik x memuaskan ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku Dip. IT dari ITTAR , joint venture ngan SWANSEA UK.

Si tua tue tongue.gif kata mana ada ITTAR joint ngan UK.
Kejap je aku masuk dalam bilik tu.
Tak sampai 2 minit.

Malu siot.
Sure bebudak kat luar tu pelik 'asal mamat ni cepat kuar?' tongue.gif

Kejam tul.

Kalau korang universiti tempatan...ok la kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalu le korang dapat interview mana2 wat la btul2 pakaian baju putih lengan pangjang tie kalau bley wane gelam. sebab ape wane tie gelap dari baju? ini bg penemuduga memberi perhatian kepada calon. aku ingat lagi tips dari jobstreet ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yup betol2, nak keje gov ni kenalah nampak jujur dan ikhlas tp konfiden masa inteview tu, jangan tunjuk lagak cam ko baguz sgt.
Kalau keje yg ditawarkan tu guna SPM jgn gatal2 tunjuk DIP.
Sudahlah SPM full A, Dip cantek mana org nak amek.
Baik dia amek bdk2 SPM ada 6 kredit yg boleh buat keje dan x menyombong.

heh heh, ni cete kawan baik aku yg berlagak masa dpt inteview tp x dpt keje.

ke2, sorang kawan aku jenis obes. Dpt keje gov sbg pegawai sebab bile inteview swasta, selalu kena rejek sbb badan tu tak sesuai nak buat apa2 keje, dasatkan org swasta biggrin.gif , nak selim-melim cam makcik jek. hahaha.

SPA walaupun guna prosedur - kabel elektrik, telefon dll tu semua mmg selalu sgt digunapakai. Angap jela takdir bila nasib x menyebelahi.

Balik kg cucuk tanam lagi afdal, takde duit tak berkat, tak de riba, halal lagi. Edited by calories

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(yusri @ Dec 16 2008, 09:49 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Tang pointer tu tul gak.

Kabel kena besar gak...hehehe...



Betul tongue.gif



kt apply pastu mohon la pada kabel yg MAHA BESAR... kalo dah usaha dah,pastu tawakal la.. kalo rezeki kt insyaallah la tu.. tp yg pnting mesti ada sebab nape org mesti pilih kt ??

Share this post


Link to post
Share on other sites
unsure.gif saya dh lulus interview,dn trima jwapan y sukacita.....saya dpt result ni,8 hari yang lepas....saya interview,jawatan pembantu tadbir(perkeranian/operasi)14/11/08 yg lalu.....tp,dh 8 hari trima result,smpai hari ni blum trima surat tawara/setuju trima jawatan?knapa ya,saya risau......ada sesiapa yg bleh bg tahu saya sebabnya?saya berada di sandakan,sabah....

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(lai @ Dec 23 2008, 11:49 AM) <{POST_SNAPBACK}>
unsure.gif saya dh lulus interview,dn trima jwapan y sukacita.....saya dpt result ni,8 hari yang lepas....saya interview,jawatan pembantu tadbir(perkeranian/operasi)14/11/08 yg lalu.....tp,dh 8 hari trima result,smpai hari ni blum trima surat tawara/setuju trima jawatan?knapa ya,saya risau......ada sesiapa yg bleh bg tahu saya sebabnya?saya berada di sandakan,sabah....

call SPA ngan segera.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(mfhmy @ Dec 16 2008, 11:34 AM) <{POST_SNAPBACK}>
bagi sesape yg nk idup sng+xnak expand skill & ability masing, aply ler gomen... rmai kate keje gomen ni ko byk melepak+borak2 kosong @ M>A>L>A>S.. hampeh..tp xsume laa.. mase aku praktikal dulu, aku gi wat network kt hospital kerajaan... aku tgk pegawai bhgn farmasi kot...siap leh main game tetris+isap okok+dok ketawa muwakakakkaaa ~ huh.gif

better keje ngan private sector dulu...dh nak tua nanti n dah pikir nk kawin ko apply la gomen...hehehe..


Ak x setuju dgn kenyataan ini....atas kehendak masing2 la....ilmu kan x pernah putus2....klu dh tau boring cari la ilmu banyk2 dalam internet....bukan susah pun....yang malas tu datang dari diri sendiri la.....ak yg tgh keje ni pun x da keje tapi ak study bend lain tmbh pengetahuan....pasal skill tu rajin2 la sibuk kan diri cari masalah..bukan susah pun....haha

Share this post


Link to post
Share on other sites
peh...aku jtk ft17 ambilan SPA..2 kali temuduga dan xpakai KABEL...lulusan SPM je...time dorg pggl keje ni aku dok wat sijil kat poli....sempat study takat 2 sem je...

P/S:sesetengah twaran jawatan kat SPA ni limited...jgn salahkan penemuduga...jgn slahkan diri sendiri...semua ni rezeki dr-NYA ja... ph34r.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
opsss...maap mencelah jap kengkwn.
sy baru je dpt keje govt ni setelah 1 tahun apply kat SPA.
jadi, nk gtau ni sesapa ada diploma (any stream), silalah cuba mohon jwtn KR29 di SPA.
Ramai nk pakai staff tahun dpn krn nk jadi suruhanjaya nih...
cubalah yeee...

kpd lai dari sabah tu, memang normal reply dari jabatan yg u dapat keje tu lewat diterima. sy pun sama lewat gak dpt surat tu. medical check up report n so ever laaa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(lai @ Dec 23 2008, 11:49 AM) <{POST_SNAPBACK}>
unsure.gif saya dh lulus interview,dn trima jwapan y sukacita.....saya dpt result ni,8 hari yang lepas....saya interview,jawatan pembantu tadbir(perkeranian/operasi)14/11/08 yg lalu.....tp,dh 8 hari trima result,smpai hari ni blum trima surat tawara/setuju trima jawatan?knapa ya,saya risau......ada sesiapa yg bleh bg tahu saya sebabnya?saya berada di sandakan,sabah....


Ko telepon kat SPA kerana itu adalah satu usaha.. Kalau ko dah dapat dan mmg check kata ko dapat..tapi buat taktahu, alamatnya ko tidak berminat..maka nama ko dipadamkan dalam rekod dan diisi dgn nama anak kakitangan SPA..HEHEHEHE

QUOTE(yusri @ Dec 19 2008, 08:20 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalau MAHA BESAR tu majoriti semuanya tahu.
Minta tetap minta.
Redha blush.gif


Kalau mintak tolong KABEL pun itu adalah satu USAHA... kalau BAPA saudara ko orang kerja kat SPA... ko takbagi tahu yang ko pi temuduga..alamat bapak saudara ko orang pun taktahu yang ko mohon SPA walaupun ada KABEL besar pun menyombong diri ...Contohnya, kalau ada BUTTON untuk rayuan, ko tidak berusaha untuk menekan BUTTON rayaun, tak guna juga.. Lepas semua USAHA yang koorang buat tu, tawakal jerlaa.HEHEHE

Edited by kelamkabutumno

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(ReDCOlliSioN @ Dec 15 2008, 05:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
pointer kene 3.0 keatas..
baru sedap sket nk apply..
kalo setakat pointer 2.xx...
berangan la....
ni ade org dlm bgtau...
pointer rendah die tak pandang...
walau ade experiance 2-3 thn...
huhuhu


PS: sbb tu la byk pekeje gomen pandai atas kertas jek.. time wat keje.. hampeh...
IP pon tak tau... ( ade kes.. membe aku dpt.. budak tu keje FT17.. tp x tau ape itu IP..)
hahah


IP tu internet protokal kan....? aku bukan budak IT...tak kisah la kan kalo aku jwpn aku tadi salah..,huhuhuh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...