Jump to content
Sign in to follow this  
ZAMTOI

Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan..

Recommended Posts

kalau loan rumah boleh katakan bank pun kira interest ikut baki berkurangan gak
cuma interest loan kerajaan ni rendah jela
kalau bank biasanya 7%
kerajaan mungkin 4%
lebih kurang gitu la
tak tau plak aku angka sebenarnya
7% dgn 4% tu bnyk bezanya bayaran bulanan
dalam 3~~4 ratus jgk tu

Share this post


Link to post
Share on other sites
ah tidak.. bestnye sape2 keje gomen... byk tul korg leh dpt kemudahan... tak mcm kami pekerja swasta nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites
xpe teri chan mybe swasta ade kemudahan lain plak..gaji korg lagi tinggi manakala gov ni kelebihan dia tang benefit je..kadang ade gak aku dgr swasta ade benefit best gak mcm pinjamn perumahan,kereta dan pakej perlancongan:-)..

Share this post


Link to post
Share on other sites
well swasta ader byk jenis... kalu dpt company kecik mmg sakit la.. ape pun takde... gaji pun bwh 1.5k je.. wif no benefit. kalu dpt swasta besar... mmg syok tak tipu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala rilek r..nk masuk company besar pon kne la cari pengalaman..so biase nye kompany kecik ni bnyk bg ilmu kat kte..bernasib baik je kalo terus dpt company besar:-)

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tlg bagi sket info ni kelayakan pinjaman perumahan bagi sektor awam

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun kelayakan pinjaman perumahan adalah dipinda seperti berikut:-


Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
1. 3500 dan ke atas 360,000
2. 3000 ke 3499 300,000
3. 2500 ke 2999 264,000
4. 2000 ke 2499 240,000
5. 1500 ke 1999 192,000
6. 1200 ke 1499 156,000
7. 1000 ke 1199 120,000
8. 800 ke 999 96,000
9. 600 ke 799 72,000
10. 599 dan ke bawah 48,000


Tarikh Berkuatkuasa Mulai September 2006


apa lagi p la apply seminggu da approve kot. tongue.gif




1. Syarat-Syarat Asas

Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib


2. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA


Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :



(i) Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
(a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen


Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima



Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-

1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600


(cool.gif Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.


Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.


(ii) Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )



(iii) Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.



(iv) Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun



(v) Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.



(vi) Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.



(vii) Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.



(viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.



(ix) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.



3.
Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah



SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAAN
BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH

(i) Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.



(ii) Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.



(iii) Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.



(iv) Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.



(v) Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.



(vi) Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.



(vii) Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.



(viii) Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).



(ix) Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.



(x) Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.



(xi) Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.



(xii) Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.



(xiii) Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.



(xiv) Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.



(xv) Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.



(xvi) Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP



(xvii) Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.



4.
Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Strata



SYARAT - SYARAT TAMBAHAN BAGI PEMBELIAN HARTA YANG BELUM MEMPUNYAI HAKMILIK STRATA DI PASARAN SEKUNDER DARIPADA INDIVIDU (PENJUAL KEDUA)


(i) Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

(ii) Rumah telah siap 100%

(iii) Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 3 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)

(iv) Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama

(v) Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli

(vi) Hakmilik bebas dari sebarang kaveat persendirian

(vii) Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5A)

(viii) Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)

(ix) Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 6A) )

(x) Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian

Nota :
Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman Jenis I.

5. Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan

JENIS I : BELI RUMAH SIAP
JENIS II : BELI RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
JENIS III : BELI RUMAH DALAM PEMBINAAN
JENIS IV : BELI TANAH
JENIS V : SELESAI PINJAMAN/PEMBIAYAAN PERUMAHAN DARI BANK @ INSTITUSI KEWANGAN
JENIS VI : KOMBINASI PINJAMAN JENIS IV & JENIS II / KOMBINASI PINJAMAN JENIS V & JENIS II
JENIS VII : PINJAMAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH SENDIRI YANG DAHULUNYA DIBIAYAI
DENGAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN PINJAMAN UNTUK HARTA KEDUA

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b][font=Rockwell Extra Bold', serif][size=4]PELUANG MILIKI RUMAH TANPA DEPOSIT!!![/size][/font][/b]

[b][font=Rockwell Extra Bold', serif][size=4]KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA (TETAP)[/size][/font][/b]


[center]
[b][color=red][font=Rockwell Extra Bold', serif][size=4]TAMAN SERIMAS SEPANG 2 (juga dikenali Taman Langat Murni)[/size][/font][/color][/b][/center]

[color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3][b]~Amat sesuai untuk tinggal sendiri atau untuk pelaburan.
~Kawasan sedang membangun.
~Unit terhad [/b][/size][/font][/color][b][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3](tinggal 30 unit sahaja drp 310 unit)[/size][/font][/color][/b][b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3] [/size][/font][/color][/b]
[b][font=Verdana, sans-serif][size=3]~50% sudah terjual semasa pelancaran tapak.[/size][/font][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Ciri-ciri Rumah: [/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]* Teres 1 Tingkat
* 3 Bilik / 2 Bilik Air
* Luas Tanah 20'x60’ [/size][/font][/color][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]* Leasehold 99 years[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Lokasi Strategik:[/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~10 min ke ERT (Express Rail Link ~Transit)Salak Tinggi
~10 min ke KLIA / LCCT / Sepang Circuit,[/size][/font][/color][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~INTI University College
~15 min ke Bagan Lalang, Dengkil
~20 min ke Putrajaya, Cyberjaya, Alamanda & MYDIN
~30 min ke Kuala Lumpur
~Berhampiran Akses Lebuhraya ELITE & MEX [/size][/font][/color][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~5 minit sahaja dari masjid besar bulatan KLIA[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Syarat kelayakan : [/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~Istimewa untuk kakitangan kerajaan sahaja
~Tetap / terlibat skim pencen
~Potongan tidak boleh melebihi 60% gaji[/size][/font][/color][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~Tidak kurang dari satu tahun tarikh umur pencen.[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Doc yang diperlukan : [/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]1. Dua keping I/C copy PEMBELI
2. [/size][/font][/color][/b][b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]Dua keping I/C copy WARIS
3. Tiga bulan slip gaji terbaru.[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Keistimewaan :[/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]~Dijangka siap 2014
~Potongan gaji akan dibuat pada bulan ke-19 setelah pinjaman diluluskan
~Tanpa deposit & bayaran tempahan (booking)
~Dokumen semua diuruskan pemaju, yuran guaman dan dokumentasi ditanggung [/size][/font][/color][/b][b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3] sepenuhnya oleh pemaju (FREE)[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Lawatan tapak :[/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]** lawatan tapak juga boleh dibuat pada [/size][/font][/color][font=Verdana, sans-serif][size=3][color=#ff0000]sabtu/ahad [/color][/size][/font][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3](pejabat jualan dibuka 9.00 pagi - 6.00 petang 7 hari seminggu)[/size][/font][/color][/b]
[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Hubungi :[/size][/font][/color][/i][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3]Tel- 017-620 0059 / 016-210 4110 (edi)[/size][/font][/color][/b]
[b][color=#353535][font=Verdana, sans-serif][size=3] - 017-536 3668 / 019-359 3835 (yazid)[/size][/font][/color][/b]

[b][i][color=red][font=Verdana, sans-serif][size=3]Harga :[/size][/font][/color][/i][/b]
[b][i][font=Verdana, sans-serif][size=3]** RM 198,000.00 sahaja!!!!!!!!![/size][/font][/i][/b] Edited by grouphartanah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...