Jump to content
Sign in to follow this  
NeoLogy

Pemecatan Zaid Ibrahim Dari Umno

Recommended Posts

QUOTE
Berita terkini dimana bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dipecat tanpa boleh membuat rayuan, menunjukkan tahap keterbukaan, diplomasi politik dan juga tahap pemikiran Umno yang sangat kuno dan ketinggalan zaman.

Zaid diambil tindakan pecat adalah semata-mata kerana selalu hadir ke majlis anjuran parti-parti pembangkang PAS dan PKR, ini barangkali termasuk menghadiri Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka anjuran pembangkang.

Zaid telah menyatakan bahawa yang terbaru kehadiran beliau ke Kongres PKR di Melawati hanyalah semata-mata kerana ingin mendengar penjelasan PKR mengenai isu-isu terkini yang melanda negara.

Tindakan mesyuarat majlis tertinggi Umno memecat Zaid menunjukkan Umno memang melarang keras ahli-ahlinya mendengar dan mengambil tahu hujah-hujah parti pembangkang. Apa jenis diplomasi yang ada dalam Umno, boleh dijangkakan dengan tindakan ini.

Disaat rakyat Malaysia sudah lebih bersifat terbuka, lebih professional, lebih merasakan bahawa mereka perlu menjaga keamanan negara dengan sikap boleh terima dan ambil (give and take), Umno bertindak macam orang zaman batu. Disaat rakyat mula memikirkan keperluan parti politik yang merentasi bangsa, dan menolak parti berasaskan kaum, Umno begitu tebal dengan semangat kepartian, bukan semangat nasionalisma melarang ahli-ahlinya bercampur gaul dengan orang lain.

Dengan tindakan ke atas zaid ini adakah selepas ini akan ramai ahli-ahli Umno yang dipecat kerana menghadiri majlis pembangkang. Akan dipecatkah ahli-ahli Umno yang menghadiri jamuan hari raya anjuran pembangkang, akan dipecatkah ahli-ahli Umno yang menghadiri ceramah-ceramah anjuran pembangkang. Akan dipecatkah ahli-ahli Umno dikampung-kampung yang menghadiri program-program anjuran pembangkang diperingkat cawangan walaupun program itu diluar lingkungan politik?

Apakah salahnya membiarkan ahli-ahli Umno bercampur gaul dengan komuniti yang bukan Umno?. Dulu kata PAS dan ahlinya tak campur masyarakat, sekarang siapa yang tak bagi siapa campur masyarakat.
Termasuk yang diambil tindakan displin oleh mesyuarat majlis tertinggi adalah ahli Umno yang mengkritik parti.

Ini bermakna Umno tak boleh dikritik. Mengapa dibiarkan sahaja pimpinan-pimpinan Umno yang sekarang ni banyak mengkritik secara terbuka tentang rasuah yang melanda pemilihan Umno. Muhiyyiddin Yasin, Najib Tun Razak, Rais Yatim, Tengku Razaleigh, Adnan Yaakub dan ramai lagi sepatutnya diambil tindakan kerana mengkritik parti yang bergelumang dengan rasuah?.

Mengapa tidak diambil tindakan?


Apa pendapat korang?

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku setuju dgn pendapat penulis ini..ada logiknya..tapi aku xtau la korang camne? mcm mat_tz ni.. dia kata zaid kurang ajar?adakah sebab dia kritik UMNO?adakah sebab dia hadiri parti pembangkang?semangat kepartian masih menebal dalam UMNO..Pemimpin negara sekarang tidak seharusnya berfikiran politik kepartian lagi..PRU dah habis lama..sekrang ni mereka harus menjadi negarawan yang membantu rakyat..semua ahli parlimen harus bersifat negarawan..masa ni xde sape yg jadi lawan..xde sape jadi kawan..yang benar..katakan benar..yang salah..katakan salah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masalah dalaman parti Umno sepatutnya diselesaikan sesama ahli parti ... mengapa mereka yang bukan ahli Umno mempertikaikan keputusan parti? Kita bukannya memilih ahli Parlimen, ataupun Ahli Dewan Rakyat pun .. lagipun Zaid Ibrahim bukan lagi menteri yang mewakili rakyat dan beliau sendiri yang meletak jawatan baru-baru ini . Jadi, apa kesannya kepada rakyat dengan pemecatan beliau daripada parti UMNO sehingga mempertikaikan keputusan sesebuah parti yang mengambil tindakan kepada ahlinya? Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Padan muka zaid..nuff said.. Ni la contoh duri dalam daging .

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Mr Ijan @ Dec 5 2008, 06:34 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Masalah dalaman parti Umno sepatutnya diselesaikan sesama ahli parti ... mengapa mereka yang bukan ahli Umno mempertikaikan keputusan parti? Kita bukannya memilih ahli Parlimen, ataupun Ahli Dewan Rakyat pun .. lagipun Zaid Ibrahim bukan lagi menteri yang mewakili rakyat dan beliau sendiri yang meletak jawatan baru-baru ini . Jadi, apa kesannya kepada rakyat dengan pemecatan beliau daripada parti UMNO sehingga mempertikaikan keputusan sesebuah parti yang mengambil tindakan kepada ahlinya?


Kalo berdasarkan kes Zaid ini, tidak mustahil ada ahli2 lain yang akan dipecat kerana menghadiri majlis orang bukan UMNO...Bukan masalah dalaman yang dipertikaikan..yang dipertikaikan adalah keputusan yang diambil..mencerminkan pemikiran pemimpinnya...Mr Ijan mengatakan "mengapa mereka yang bukan ahli UMNO mempertikaikan keputusan parti?" saudara pastikah org UMNO sendiri tidak mempertikaikan keputusan ini.

Apakah kesannya kepada rakyat dengan pemecatan beliau?
Bagi rakyat yang berfikiran matang dan waras, rakyat akan melihat satu bentuk pemikiran yang xprofessional oleh pemimpin UMNO. Keputusan meletak jawatan adalah harga yang perlu dibayar apabila dia menegakkan kebenaran dan mengkritik parti. Ini menunjukkan UMNO tidak boleh dikritik oleh ahlinya sendiri..UMNO tidak boleh ditegur..

p/s : Kepada orang2 bukan UMNO, jangan jemput ahli2 UMNO ke majlis kenduri anda..nanti diorang kena pecat lak..kesian kat dorang.. tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku senang jer view hal nih

dia cam org Islam x boleh sambut Hari raya krismas dsb atas dasar keimanan dan ketaqwaan

so dia 'sambut' majlis pkr masa dia dalam umno, salah la. hehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(hdroxy @ Dec 5 2008, 08:13 PM) <{POST_SNAPBACK}>
aku senang jer view hal nih

dia cam org Islam x boleh sambut Hari raya krismas dsb atas dasar keimanan dan ketaqwaan

so dia 'sambut' majlis pkr masa dia dalam umno, salah la. hehe.



dasar keimanan dan ketaqwaan tu mmg xbleh dipertikaikan sbb kita yakin dgn kesucian Islam. Ini soal ketauhidan kepada Allah..

Tapi politik dan fahaman ni..bukanlah satu perkara yang terbanding dgn keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah..Allah xkan tanya di akhirat nanti.."hey, engkau parti apa dulu?"..Allah akan tanya "Apa agama mu?" sbb hanya Islam agama yang diterima Allah..

So, soal org islam sambut krismas tu..mmg xterbanding dgn kes zaid ni..kes zaid xsampai menyekutukan Allah kerana dia hadiri 'majlis' PKR..

kalo nk ikut ape yg ko ckp kt atas..ramai la org umno yg 'murtad' sbb menghadiri majlis org pkr?camtu?

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(NeoLogy @ Dec 5 2008, 06:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalo berdasarkan kes Zaid ini, tidak mustahil ada ahli2 lain yang akan dipecat kerana menghadiri majlis orang bukan UMNO...Bukan masalah dalaman yang dipertikaikan..yang dipertikaikan adalah keputusan yang diambil..mencerminkan pemikiran pemimpinnya...Mr Ijan mengatakan "mengapa mereka yang bukan ahli UMNO mempertikaikan keputusan parti?" saudara pastikah org UMNO sendiri tidak mempertikaikan keputusan ini.

Apakah kesannya kepada rakyat dengan pemecatan beliau?
Bagi rakyat yang berfikiran matang dan waras, rakyat akan melihat satu bentuk pemikiran yang xprofessional oleh pemimpin UMNO. Keputusan meletak jawatan adalah harga yang perlu dibayar apabila dia menegakkan kebenaran dan mengkritik parti. Ini menunjukkan UMNO tidak boleh dikritik oleh ahlinya sendiri..UMNO tidak boleh ditegur..

p/s : Kepada orang2 bukan UMNO, jangan jemput ahli2 UMNO ke majlis kenduri anda..nanti diorang kena pecat lak..kesian kat dorang.. tongue.gif


Jadi, ko nak kata bagi kitorang yang tidak masuk campur dengan masalah dalaman parti adalah orang yang tidak berfikiran matang dan tidak waras? Beliau meletakkan jawatan kerana beliau dikatakan menegakkan kebenaran?Siapa yang kata beliau menegakkan kebenaran? Ahli Umno? Rakyat? Atau pembangkang? Bagi sesetengah orang, mereka katakan tidak, bagi sesetengah pula, iya. Kebenaran yang dikatakan itu atas pandangan siapa sebenarnya?
Pemimpin2 Umno seperti kenyataan di dalam media sendiri tidak gemarkan dengan tindakan Zaid dan meminta beliau disingkirkan, jadi siapakah kita untuk mempertikaikan keputusan parti yang kita sendiri tak menyertainya? Lainlah kalau saudara Neology ni merupakan ahli Umno, nampak seperti beria-ia membantah keputusan sesebuah parti yang mungkin saudara juga ahlinya, then I rest my case .. smile.gif

Majlis kenduri dengan sesetengah majlis yang dianjurkan oleh pembangkang tak sama, sebagai ahli sesebuah parti dan sebelum menyertainya, pastinya anda sudah tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Kalau doa selamat dan sebagainya tak de sapa nak pertikaikan, tak kira pembangkang atau kerajaan mana2 boleh pergi, atas pagar pun boleh .... sila google majlis yang bagaimana dihadiri oleh Zaid yang menyebabkan ahli Umno berasakan tidak wajar dan melanggar prinsip parti, ini bukan majlis kenduri doa selamat dan makan2 saja .. lain dan jauh definisinya tu .. smile.gif Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Mr Ijan @ Dec 5 2008, 09:01 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Jadi, ko nak kata bagi kitorang yang tidak masuk campur dengan masalah dalaman parti adalah orang yang tidak berfikiran matang dan tidak waras? Beliau meletakkan jawatan kerana beliau dikatakan menegakkan kebenaran?Siapa yang kata beliau menegakkan kebenaran? Ahli Umno? Rakyat? Atau pembangkang? Bagi sesetengah orang, mereka katakan tidak, bagi sesetengah pula, iya. Kebenaran yang dikatakan itu atas pandangan siapa sebenarnya?
Pemimpin2 Umno seperti kenyataan di dalam media sendiri tidak gemarkan dengan tindakan Zaid dan meminta beliau disingkirkan, jadi siapakah kita untuk mempertikaikan keputusan parti yang kita sendiri tak menyertainya? Lainlah kalau saudara Neology ni merupakan ahli Umno, nampak seperti beria-ia membantah keputusan sesebuah parti yang mungkin saudara juga ahlinya, then I rest my case .. smile.gif

Majlis kenduri dengan sesetengah majlis yang dianjurkan oleh pembangkang tak sama, sebagai ahli sesebuah parti dan sebelum menyertainya, pastinya anda sudah tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Kalau doa selamat dan sebagainya tak de sapa nak pertikaikan, tak kira pembangkang atau kerajaan mana2 boleh pergi, atas pagar pun boleh .... sila google majlis yang bagaimana dihadiri oleh Zaid yang menyebabkan ahli Umno berasakan tidak wajar dan melanggar prinsip parti, ini bukan majlis kenduri doa selamat dan makan2 saja .. lain dan jauh definisinya tu .. smile.gif


adakah dgn mendengar hujah pembangkang itu satu kesalahan?adakah UMNO xbenarkan ahli2nya mendengar hujah daripada pihak pembangkang terutamanaya?hanya dgr dari UMNO saja?mcm mana pertimbangan nak dibuat sekiranya hanya dengar sebelah pihak?inilah yg sedang berlaku sebenarnya..ahli2 UMNO hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja..kalo UMNO benar, biar ahli menilai..biar zaid menilai..zaid bukan lulusan srp je..bukannya tidak tahu berfikir..

zaid menghadiri majlis2 politik PKR..then?apa yg salahnya?apakah hak UMNO melarang ahlinya mendapatkan maklumat?ok..kalo UMNO ckp zaid pro pembangkang..duri dlm daging..adakah UMNO benar?atas pandangan sape kebenaran itu?atas pandangan MT2 UMNO?at least, biar la zaid tunjuk sebab..

adakah kalo kita melihat seorang imam masuk kedai arak kita nk ckp dia minum arak?mungkin dia nak melarang pembeli Islam kat situ?Aku xkisah pn UMNO nk pecat zaid ke...nak gantung ke..tp aku mempersoalkan kredibiliti MT2 UMNO dalam membuat keputusan..kerana dia tidak disukai oleh sesetengah ahli..kita menzaliminya..

org kafir pn kte xbleh zalimi dia walaupn dia memerangi kita..inikan pula sesama umat Islam..

p/s : pasal kenduri tu..tu sindiran je..xsangka lak amik serius.. tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(NeoLogy @ Dec 5 2008, 08:30 PM) <{POST_SNAPBACK}>
parti apa dulu?"..Allah akan tanya "Apa agama mu?" sbb hanya Islam agama yang diterima Allah..

So, soal org islam sambut krismas tu..mmg xterbanding dgn kes zaid ni..kes zaid xsampai menyekutukan Allah kerana dia hadiri 'majlis' PKR..

haha. menyekutukan parti politik ler. tongue.gif

mana boleh join dua-dua. nampak sangat x der pegangan. sat umno sat pkr. baik jadi bebas.

lagipon ini adalah AGM PKR. wat per la nak sibuk... kalo diskusi lain2 tuh boleh la.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Seronok tengok penyokong pembangkang sokong ahli umno/bn yang "menyebelahi" pihak dorang . kekeke. Semata2 untuk tunjuk keperihatinan palsu dorang dalam politik malaysia tapi sebenarnya hanya nak memburukkan pihak lagi satu, ditambah dengan ayat2 putar alam yang cantik ... Rupanya penyokong2 lebih kuah dari sudu melaga2 kan orang malaysia .

Encik neology sembang macam ahli umno yang tak puas hati dengan pemecatan zaid,tapi rupanya penyokong pembangkang lol rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
apabila benar..katakan benar..kalo salah..kita akan ckp slh..xkan org tu btol pn kta nk kata dia salah sbb dia xse'parti' dgn kita?dan xkan kte nk kata btol kalo org tu salah sbb dia satu parti dgn kita?

aku xkisah kes dia dtg ke majlis2 yg 'diharamkan' kepadanya..itu soal lain..yg mnjadi persoalan, tindakkan pemecatan tnpa meminta tunjuk sebab sbg satu yang xprofessional..

bukan nak bela sape2..zaid sendri dlm sidang media beliau mengatakan dia tidak akan menyertai PKR..mungkin UMNO yang takut sgt..

Share this post


Link to post
Share on other sites
nampak sangat umno takut dengan pkr
zaid pun bukan nak sangat dengan umno dah
time dia letak jawatan dulu lagi dia dah "keluar" dari umno la
takkan tak nampak kot
ades

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Evilngenious @ Dec 5 2008, 11:37 PM) <{POST_SNAPBACK}>
nampak sangat umno takut dengan pkr
zaid pun bukan nak sangat dengan umno dah
time dia letak jawatan dulu lagi dia dah "keluar" dari umno la
takkan tak nampak kot
ades

mane tk tkut lak....
kaki belit ader dlm tu..
an**r dry.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Zaid tu je saje nak cari populariti...
Buat sidang akhbar dan mengatakan ketuanan melayu sudah x relevan lg...
Bodoh punya Zaid... Kau tu melayu ke keling!? Bodo!!
Cakap ikut rentak DAP... Mmg patut kena pecat dari UMNO...
Dia saje cari pasal...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Exception 2008 @ Dec 6 2008, 01:53 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Zaid tu je saje nak cari populariti...
Buat sidang akhbar dan mengatakan ketuanan melayu sudah x relevan lg...
Bodoh punya Zaid... Kau tu melayu ke keling!? Bodo!!
Cakap ikut rentak DAP... Mmg patut kena pecat dari UMNO...
Dia saje cari pasal...


aku x baca surat khabar beberapa hari nie sbb bz skit..
ehh betul ke zaid ada kata mcm tuh..?
kalu betul mmg patut ko kata dia keling..

apa yg si zaid fikirkan dlm kepala otak dia nie..

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
p/s : Kepada orang2 bukan UMNO, jangan jemput ahli2 UMNO ke majlis kenduri anda..nanti diorang kena pecat lak..kesian kat dorang..
laugh.gif laugh.gif


Anyhow, sebab dia dipecat bukan sekadar itu, tp balik dari kes kenyataan dia pasal ISA dulu.. then meleret la sampai ke tempat tu... Anyhow, aku tak rasa si Zaid ni ada hati lagi ngan UMNO.. Kalau dia boleh datang majlis PKR tu, ertinya memang dia tak kisah pun kena kick.. Bukan ada untung pun Zaid stay..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau dikeluarkan dari umno maka orang tu takleh hidup ke?
inilah sikap pemimpin umno
takut menyuarakan kebenaran
sebab takut disisihkan dari umno pastu tak dapat ak teruskan hidup/"perjuangan"

p/s: tapi aku pun turut tak setuju dengan sape2 yang merendah2kan ketuanan melayu

Share this post


Link to post
Share on other sites
zaid saje jer nak cucuh Pak Lah...
haha selamba jer dia lepak kat Kongres PKR...wakakaka

kemungkinan zaid jadi bebeas cam brahim ali..xtau lar kalau dia nak join PR sooner

Share this post


Link to post
Share on other sites
alasan je 'menghadiri majlis PKR' tu. mmg umno xnak zaid lagi. tunggu time dier blah @ kene pecat. so skang ade reason. pecat sudey. kenape? selak balik cerita time dier jadi menteri aritu. mmg dah condong ke pembangkang dah pon.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku kenal Zaid.. hehehe.. Tercapai juga niat dia untuk dipecat.

Memang patut pak lah keluarkan dia sebab memang dia nk camtu.. dia nk pemecatan dia lebih dianggap mulia.. sengaja dia letak jawatan dalam menteri tapi tak mau keluar dari Umno.. dia nk orang pecat dia dengan dia buat 'onar'. Bila orang marah dengan perangai onar dia ni.. maka akan dipecat la.. bila dipecat, nampak macam dia di zalimi..

Silap pak lah sebab ambil dia walaupun dia tiada kerusi (kalah di Parlemen Kota Bharu). Tapi pak lah juga tendang dia keluar.. Banyak spekulasi dia buat, lebih2 lagi masa isu majlis peguam ari tu.. tapi Anwar becup dia slow2.. Itu yang menyebabkan YB Zul (PKR) mengamuk..

Zaid terasa hati sebab dia hilang pengaruh di KB.. dia sedih masa kalah bertanding pemilihan hari tu.

Tapi, zaid tetap orang kuat pak lah.

Zaid2.. PAS xsuka kamu.. UMNO pula tak suka.. PKR je suke.. hikhikhik.

------------
PSss.. Mana kerajaan Langit 8 Disember?

tongue.gif Edited by malayNUX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...