Jump to content
Sign in to follow this  
electron

Bahasa Melayu Makin Tercemar

Recommended Posts

QUOTE(fuze @ Nov 30 2008, 10:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
bukan tesaurus je la, byk lagi perkataan yg di ambil dari bahasa lain mcm INFLATION > INFLASI, PRODUCTIVE > PRODUKTIF.


Apa yang seeloknya perkataan Inflasi dalam bahasa Melayu?


Cuba contok ini pula :

Kebanyakkan orang kita suka kepada artis yang cantik.

Orang kebanyakkan = Orang berada

Share this post


Link to post
Share on other sites
i verry setuju dengan pandangan u tu. U know our malay langguage memang very teruk nowdays. see our menteri, artis, ever the orang biasa pun cakap tunggang langgang u know. i thing dia sendiri pun dont know apa yang dia cakap.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(malayNUX @ Nov 30 2008, 03:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Apa yang seeloknya perkataan Inflasi dalam bahasa Melayu?


Cuba contok ini pula :

Kebanyakkan orang kita suka kepada artis yang cantik.

Orang kebanyakkan = Orang berada


Sorang lg tak faham penggunaan bahasa melayu....
kesian bahasa melayu yang dah layu....

QUOTE(unimax @ Nov 30 2008, 06:03 PM) <{POST_SNAPBACK}>
i verry setuju dengan pandangan u tu. U know our malay langguage memang very teruk nowdays. see our menteri, artis, ever the orang biasa pun cakap tunggang langgang u know. i thing dia sendiri pun dont know apa yang dia cakap.


Alah menteri-menteri ni dah kesedapan ckp mcm tu... Aku respek Rais Yatim...
Dia aku tgk, kalo berhujah, mesti x canpur aduk bahasa melayu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(electron @ Nov 29 2008, 07:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalau ikut contoh ayat ko nih....betul la ada kesilapan penulis berita tu...

Contoh

1. Seramai 125 orang terbunuh ........ (betul)
2. Sebanyak 125 orang terbunuh........(salah)


Nampah gaya forumer makin bersemangat berhujah...
sesuai le..ia diletakan dalam serius discussion
Kalau tak!.. dalam "sembang" pun dah cukup...huhu


Tidak ada sebarang masalah sama ada anda mahu menggunakan 'banyak' mahupun 'ramai'. Kedua-duanya membawa maksud yang sama.

QUOTE(fuze @ Nov 30 2008, 10:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
CIKGU BM!!
dtg cepat.
hahaha.

hurm, bagi aku, bukan sahaja Bahasa Melayu ni tercemar dengan kesilapan-kesilapan tatabahasa tapi, tercemar dengan perkataan-perkataan asing yang di-import dari bahasa lain mcm THESAURUS > TESAURUS. aku tgk sendiri kat atas tu, TESAURUS DEWAN BAHASA.

TESAURUS

bukan tesaurus je la, byk lagi perkataan yg di ambil dari bahasa lain mcm INFLATION > INFLASI, PRODUCTIVE > PRODUKTIF.


Yang ni ko kena faham dengan teliti. Hal ini berlaku bukan menunjukkan pencemaran bahasa.

Proses menceduk perkataan daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu berlaku kerana tiada perkataan yang sedia ada sesuai untuk menggantikannya. Sebab itu semua bahasa berkembang dan hidup kerana mengambil istilah daripada bahasa asing, untuk menambah perbendaharaan dalam bahasa masing-masing, untuk memudahkan penuturnya memahami dan menggunakannya.

Contoh, dalam BI guna amok, diambil daripada bahasa Melayu, BM duna almari, diambil daripada bahasa Portugis. Boleh rujuk di laman sesawang Wikipedia dan DBP.

QUOTE(Exception 2008 @ Nov 30 2008, 12:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Ramai rupanya tak faham Bahasa Melayu.... sad.gif
Hu hu hu hu... Tak tahu penjodoh bilangan...
Sedihnya aku.... sad.gif
Banyak ke... Ramai ke... Boleh digunakan untuk apa sahaja....
Tak kira orang ke... Lembu ke... Kucing ke...
Janji orang faham... Takkan la pasal penjodoh bilangan ni pun nak kecoh....
Banyak lagi Bahasa Melayu yang dicedok dari bahasa inggeris...
DBP mcm dah ketandusan akal...
Aku bg contoh kat sini:

Parkir (Tempat Meletak Kereta) - (BI) Parking
Bajet (Belanjawan) - (BI) Budget
Lain-2 aku x ingat....


Sama juga jawapan di atas. Bukan bermaksud ketandusan akal, tetapi memperkayakan istilah dalam bahasa kita.

Perkataan bajet mula dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam pembentangan belanjawan suatu ketika dahulu (dah terlupa bila). Sebenarnya diksi yang tepat adalah belanjawan untuk merujuk perkara tersebut, perkataan itu belum ada lagi dalam bahasa Melayu. Jadinya, kalau rujuk Kamus Dewan, perkataan bajet tertulis disebelahnya (bp-bahasa pasar). Maknanya digunakan dalam konteks bahasa pasar bukan bahasa rasmi. Sila ambil perhatian!

Share this post


Link to post
Share on other sites
kenape kene melatah kalo kite cedok bahase english?

kalo bahse laen? arab? tagalok?
xnak melatah same? kalo gituh, sjak dr dulu..ratusan taun dlu lg kite dah leyh melatah2...
sjak kite bermula dr beberapa perkataan saja...

tgokla dulu..objek2 d sekitar...kene sesuaikan penggunaan..
sudah kurang objek2 dahulu ada pda zaman sekarang, jd memerlukan perkataan baru untuk menterjemahkan apa yg kita nampak...

nak mmperkayakan bahasa kita...(bg saya) tiada salahnya...
sbb bende ni d adakan krn kita nak catch up, mcmane nak berkomunikasi scara global..mggunakan bhasa kita..
by hook or by crook.. even kite terpakse mentranselet secara membakukan saja perkataan tuh..

ingt kite je x derk terjemahan omputih?
omputey pun kdg2 x derk terjemahan kite tau.....

Share this post


Link to post
Share on other sites
@rahsia

Baik ko sendiri perbetul post ko tu dengan membaca rules forum serious discussion nih

QUOTE
Sebelum anda memulakan sesuatu topik baru atau menjawab sebarang topik; sila pastikan ;

1) JANGAN membuka tajuk yang telah dibincangkan. Pastikan Anda menggunakan fungsi carian.
2) JANGAN menggunakan ayat ayat SMS !. Ruangan menulis disini amat besar, bukan nya seperti paparan di talipon bimbit anda.
3) JANGAN memjawab sesuatu topik itu hanya untuk menyinggung, hati forumer lain.
4) TIDAK DIBENARKAN sama sekali mempolitikkan sesuatu isu.
5) TIDAK DIBENARKAN membincangkan persoalan yang berkaitan dengan AKIDAH, Rukun2 Islam dan Iman.
6) JANGAN menghantar sebarang artikal yang anda dapat melalui e-mail atau sebarang media atau "copy&Paste" , sebelum anda baca dan faham akan maksud artikal tersebut.
7) JANGAN memperlekehkan pendapat forumer yang lain.
8) JANGAN menggunakan ayat2 atau perkataan yang mempunyai unsur Lucah, Mencarut dan Makian.
9) TIDAK DIBENARKAN sama sekali memberi sebarang pautan (link) ke web atau blog yang mempunyai unsur2 Lucah , sebarang propaganda politik dan Anti-Islam.
10) Mana mana forumer yang membuka sebarang Topik yang tidak berkaitan dengan Bahagian Ini AKAN DIBERI TANDA AMARAN.

Mana mana forumer yang melanggar tatacara diatas, akan diberi amaran.
Syarat syarat ini akan di kemaskini dari masa kesemasa.


Harap anda faham.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(malayNUX @ Nov 30 2008, 03:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Apa yang seeloknya perkataan Inflasi dalam bahasa Melayu?


Cuba contok ini pula :

Kebanyakkan orang kita suka kepada artis yang cantik.

Orang kebanyakkan = Orang berada


kebanyakkan = ejaan salah
kebanyakan = baru betul

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamm....ualaikum...maaf masuk rangkaian - perbincangan yang tengah panas!!

bahasa kita masih baru dan sedang dlm proses perkembangan..
jgn dibuat perbandingan dengan bahasa lain.. negara kita bukan antara tamadun awal yang mempunyai sejarah ketamadunan termasuk kronologi sejarah bahasa yang lama. kita dalam proses perkembangan. yang melangsungkan perkembangan ini ialah u all n termasuk diri saya....

usaha kita yang penting agak2nya..salah satu cara, u all cubalah memperkayakan artikel dalam wikipedia dalam bentuk bahasa melayu...sangat kurang artikel BM kan...

pasal isu utusan tu kan..., kemungkinan News editor or Assistant news editor dia mungkin miss ke, tersalah pandang ke...tapi lau ikut, memang patut pun dia kena band coz struktur dan ejaan adalah penting dalam press kan...salah eja boleh membawa makna yang berbeza...

tapi yang penting, utusan ini sudah 70tahun berkhidmat dalam negara sejak sebelum merdeka dan pencetus kepada idea pro-kemerdekaan, membawa ideologi dan semangat nasionalisme kenegaraan dan kebangkitan semangat negara bangsa kita..pejuang nombor satu orang2 melayu...totally pro-malay, trust me..

yang mungkin kesilapan ialah terlalu mengikut telunjuk --- sesebuah parti hingga lupa akan peranannya sebagai media dan penyalur serta penyebar maklumat kepada rakyat... ( i am one of them, utusan journalist)

yang penting, sebagai melayu kita kena sokong akhbar melayu 100%, jgn ada perasaan berbelah bahagi.. tanpa support u all, can't move further and even support us as malay community -----thank you - takkan nak harap the star, or international press or even local press yang bertunjangkan "isu2 sensasi" - utusan ini bawa isu rakyat n tidak terlalu bertunjangkan --- profit semata-mata....ada Corporate social responsibility gak....k

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(warprofits @ Dec 10 2008, 12:58 PM) <{POST_SNAPBACK}>
assalamm....ualaikum...maaf masuk rangkaian - perbincangan yang tengah panas!!

bahasa kita masih baru dan sedang dlm proses perkembangan..
jgn dibuat perbandingan dengan bahasa lain.. negara kita bukan antara tamadun awal yang mempunyai sejarah ketamadunan termasuk kronologi sejarah bahasa yang lama. kita dalam proses perkembangan. yang melangsungkan perkembangan ini ialah u all n termasuk diri saya....

usaha kita yang penting agak2nya..salah satu cara, u all cubalah memperkayakan artikel dalam wikipedia dalam bentuk bahasa melayu...sangat kurang artikel BM kan...

pasal isu utusan tu kan..., kemungkinan News editor or Assistant news editor dia mungkin miss ke, tersalah pandang ke...tapi lau ikut, memang patut pun dia kena band coz struktur dan ejaan adalah penting dalam press kan...salah eja boleh membawa makna yang berbeza...

tapi yang penting, utusan ini sudah 70tahun berkhidmat dalam negara sejak sebelum merdeka dan pencetus kepada idea pro-kemerdekaan, membawa ideologi dan semangat nasionalisme kenegaraan dan kebangkitan semangat negara bangsa kita..pejuang nombor satu orang2 melayu...totally pro-malay, trust me..

yang mungkin kesilapan ialah terlalu mengikut telunjuk --- sesebuah parti hingga lupa akan peranannya sebagai media dan penyalur serta penyebar maklumat kepada rakyat... ( i am one of them, utusan journalist)

yang penting, sebagai melayu kita kena sokong akhbar melayu 100%, jgn ada perasaan berbelah bahagi.. tanpa support u all, can't move further and even support us as malay community -----thank you - takkan nak harap the star, or international press or even local press yang bertunjangkan "isu2 sensasi" - utusan ini bawa isu rakyat n tidak terlalu bertunjangkan --- profit semata-mata....ada Corporate social responsibility gak....k


Kenyataan pasal bahasa kita masih baru dan sedang dalam proses perkembangan tu aku sangat-sangat tak bersetuju.

Adakah awak faham mengapa bahasa Melayu digazetkan dalam Perlembagaan, yakni Perkara 152? Dan mengapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, bukan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil ataupun keempat-empatnya sekaligus sebagaimana di Singapura? Itu persoalannya.

Sejarah membuktikan bahasa Melayu merupakan identiti orang Melayu selain agama Islam dan adat budaya. Lebih 500 tahun bahasa Melayu kekal di persada Nusantara walaupun kita pernah dijajah selama 446 tahun. Adakah kita tetap mahu mengatakan bahasa kita masih baru? dry.gif

Perkembangan bahasa Melayu dah lama bermula, sejak daripada tulisan pallava, jawi, penstrukturan istilah dan sebagainya sehingga hari ini. Masalahnya kita yang tidak pernah menggunakannya dengan rasa bangga. Sebaliknya lebih percaya dengan bahasa Inggeris yang kononnya bahasa untuk bangsa maju.

Saya cadangkan supaya awak buat satu makalah berkenaan bahasa Melayu dirosakkan oleh orang Melayu sendiri. Akhbar jawi entah ke mana, PPSMI diperteguhkan pula, isu papan tanda jalan dipermainkan sebegitu rupa. Baik kerajaan atau pembangkang sama sahaja, tak faham bahasa. Manalah orang nak sokong akhbar Melayu kalau yang termaktub dalam Perlembagaan pun dilanggar membabi buta. mad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukan senang nak belajar bahasa melayu..kalau ikut tatabahasa,sebutan,penggunaan ayat memang kener faham sungguh..tapi itu tak bererti yang kiter luper bangsa dan bahasa..dulu mase SPM,ramai sangat ke melayu yang dapat "A" dlam subject BM...aku pun kalo jawab soalan tatabahasa selalu keliru...

tapi adakah bahasa melayu ni perlu diucapkan dalam bahasa baku atau bahasa yang kita gunakan sekarang?dulu pembaca berita TV3 selalu gunakan bahsa melayu baku,tapi skang dah dimansuhkan...tapi pada aku ayat dlm bahasa melayu dah semakin canggih which is good i think..ex,EKSPLOITASI in english is exploitation

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku setuju dengan pekwan, yang penting bahasa melayu ini dijaga oleh "orang atas' disana, kalau mereka pun dah lupakan daratan, maka akan hanyutlah bahasa melayu... mellow.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
ayat tuh btol la tiada cacat cela pn. itu adalah surat khabar bukan cerpen. surat khabar perlu padat & ringkas.
perlu tgk ayat tergantung ke tak atau penggunaan ayat penghubung mcmana. bahasa tinggi la katakan.

smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Saya bawakan hal (yang dibincangkan pemula tajuk) ini dalam sembang santai minum petang bersama dua tiga rakan yang banyak pengetahuannya mengenai Bahasa Melayu berbanding saya. Kata salah seorangnya; perkataan 'banyak' itu betul tempat pakainya, dalam ayat yang betul nahunya, namun tidaklah 'arus perdana' sifatnya (sinis nadanya di situ smile.gif). 'Ramai' itu sendiri sudah menunjukkan penggunaannya hanya untuk 'orang' atau 'manusia'. Katanya lagi, orang tak pakai perkataan 'molek' di suratkhabar, tapi dipakai pula 'cantik' dan 'elok'. 'Molek' dilupakan terus. Begitulah nasibnya dengan 'banyak'. Apapun, dia akui dia bukanlah penguasa dalam hal bahasa Melayu maka pegangan dan pendapat itu tidak terpaksa ke atas sesiapapun. Hati saya tenteram dengan penerangan dia tongue.gif

DISUNTING / TAMBAHAN
Orang kebanyakan = Orang ramai, rakyat biasa


Cik Bedah
Temerloh .... Edited by abedahmatusin

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
Masa depan bahasa Melayu
Oleh Nazmi Yaakub

Orang politik diminta bertanggungjawab pastikan ia lestari dalam era globalisasi

SEMINAR Antarabangsa Linguistik & Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-4 mempertahankan ahli bahasa dan linguistik yang dituduh tidak menyumbang ke arah mempertahankan isu bahasa Melayu terutama isu papan tanda pelbagai bahasa, sebaliknya lebih banyak berseminar dan bernostalgia.

Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, menghangatkan suasana seminar dalam ucaptamanya apabila mengambil peluang menjawab bidasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada ucapan perasmiannya.

“Ahli bahasa dan linguistik sudah pun menunaikan tanggungjawab mereka termasuk mencipta istilah, mengkaji sistem bahasa, tatabahasa dan ejaan, tetapi orang politik perlu bertanggungjawab apabila berlaku pelanggaran dalam aspek bahasa,” katanya pada seminar anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, baru-baru ini.


Beliau mengingatkan semua pihak bahawa bahasa Melayu adalah salah satu daripada bahasa yang terbesar di dunia dan ia digunakan tidak hanya di Malaysia yang mempunyai lebih 20 juta pengguna, termasuk di rantau Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim) dengan jumlah 780 juta penutur.

“Sekiranya hanya lima peratus menguasai bahasa ini pada peringkat tinggi, jumlah itu sudah menjadi tenaga luar biasa untuk mencipta ilmu dan teknologi. Saya ingin bertanya berapa orang yang mengetahui bahasa Inggeris di negara ini yang boleh menulis buku dan kertas kerja serta berceramah dalam bahasa Inggeris?” katanya ketika melapah Bahasa Melayu dan Pemerkasaan Masyarakat Malaysia dalam Era Globalisasi.

Dr Hassan turut menempelak orang Melayu yang termakan dan terpengaruh dengan momokan globalisasi sehingga mempercayai ia menentukan untung nasib negara ini, sekali gus sanggup meminggirkan budaya serta bahasa Melayu bagi memenuhi tuntutan itu.

“Orang yang mengatakan bangsa Melayu perlu mengubah acuan minda dan tidak lagi menjadi nasionalis kerana dunia sudah tidak mempunyai sempadan, sewajarnya bertanya pada diri sendiri, apakah Amerika Syarikat (AS) benar-benar mengamalkan perdagangan bebas atau ekonomi dunia kini betul-betul berdasarkan pasaran bebas.

“Rakyat Malaysia tidak kira di pekan atau kampung dikehendaki menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan kerana ia dianggap bahasa global sedangkan bahasa apakah yang digunakan oleh negara maju seperti Jepun dan Russia serta Eropah?” soalnya sinis.

Beliau turut meminta masyarakat Melayu untuk mengambil iktibar daripada pengalamannya yang menetap di Perancis selama empat tahun apabila beliau menyaksikan rakyat negara itu yang mempelajari bahasa Inggeris, memilih memajukan bangsa mereka dengan menghasilkan karya sastera dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Perancis.

“Saya percaya globalisasi juga ada positifnya, tetapi banyak juga yang tidak berfaedah dan sekiranya saudara membaca Global Paradox oleh John Naisbitt, beliau berkata globalisasi menyebabkan seluruh dunia bersifat kesukuan dan lebih bersifat nasionalistik dalam mempertahankan identiti bangsa, selain menganggap globalisasi sebagai penjajahan baru.

“Pandangan Naisbitt itu sudah dilalui dunia Melayu lebih 400 tahun dulu, bermula 1511 apabila Melaka diserang dan ditawan penjajah Portugis, Belanda serta Inggeris iaitu era perdagangan bebas ala kolonial sehingga Pelabuhan Melaka jatuh ke tangan mereka, politik Tanah Melayu dikuasai Barat dan pendidikan dikuasai bahasa Inggeris,” katanya.

Selama 500 tahun, bangsa Melayu dikatakan bukan saja berjaya mengekalkan identiti dan bahasa, bahkan menyebarkan budaya Melayu, mempertahankan institusi kerajaan Melayu dan agama Islam sehingga menjadi anutan terbesar di rantau ini.

“Kita perlu sedar alat yang harus dipertahankan untuk menyelamat dan mengekalkan identiti sesuatu bangsa ialah bahasa, kepercayaan agama dan budaya fitrah yang bersifat supra wilayah yang bukan saja merentas sempadan etnik, bahkan dapat dibawa ke luar daripada wilayah Melayu.

“Budaya Melayu mewakili minda terbuka bangsa Melayu sehingga ia dapat kekal dan menyesuaikan diri dengan unsur daripada tamadun luar serta menolak unsur yang tidak serasi dengan kepercayaan dan ketamadunan bangsanya,” tegasnya.

Dr Hassan meminta pihak yang was-was terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk melihat sejarah kerana geografi sosiobudaya dan sosiopolitik bahasa itu yang luas dan tidak terbatas di kalangan pengguna asal bahasa itu, manakala penggunaannya melalui proses panjang.

“Ia turut membabitkan perdagangan di Pelabuhan Melaka dan penyebaran agama Islam sehingga bahasa Melayu mampu merentas sempadan etnik, daerah dan budaya tempatan untuk tampil sebagai bahasa supra etnik serta wilayah hingga mencapai kedudukan lingua franca,” katanya.

Bahasa Melayu sudah membuktikan ia mampu berfungsi sebagai bahasa pasar untuk perdagangan di pelabuhan yang berlaku pada zaman kegemilangan Melaka, bahasa agama dan pentadbiran kerajaan, selain banyak karya agung Melayu ditulis dalam bahasa itu meskipun bukan semua ulama atau pengarangnya daripada bangsa berkenaan.

“Hikayat Aceh ditulis dalam bahasa Melayu dan bukannya Aceh manakala surat Sultan Abu Hayat dari Ternate kepada Raja Portugis juga ditulis dalam bahasa Melayu pada 1521 dan 1522, menjadi bukti bahasa Melayu sudah menjadi bahasa diplomasi,” katanya.

Malahan, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmu seawal zaman Srivijaya apabila mubaligh China, Itsing, mencatat bahasa Melayu digunakan untuk mempelajari falsafah budhisme manakala negara naga mini, Jepun menitikberatkan sejarah bangsanya sebagai pedoman merancang masa depan negara itu.

Rujukan

Antara contoh pimpinan negara meletakkan kesalahan yang dibuat kepada orang lain berhubung isu bahasa. mad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sama-sama kita nantikan keputusan daripada Persidangan Meja Bulat berhubung isu PPSMI pada 16 Disember ini. Yang pasti, ada sesuatu tindakan yang menimbulkan kemusykilan di fikiran saya selepas membaca ini.

Dikatakan bahawa KPM telah melantik badan penilai peperiksaan Australia untuk membentangkan hasilnya. Walaupun keputusan belum dicapai dan disepakati, saya berpendapat KPM tetap berkeras untuk meneruskan juga. Mengapa? Kenyataan daripada Hishamuddin beberapa hari yang lalu dalam akhbar nasional menceritakannya, umpama sudah ada 'gambaran awal' keputusannya.

Kedua, di Australia, bahasa pengantar pendidikan mereka adalah bahasa Inggeris, sudah pasti laporan yang dibentang bersifat sebelah (kemungkinan), iaitu dengan bahasa Inggeris kita telah berjaya. Masalahnya, KPM tidak telus dalam memberitahu peratusan pelajar cemerlang dalam PPSMI antara kawasan bandar dan luar bandar selepas keputusan diumumkan. Kadar lulus boleh 'dinaikkan' atau 'dikurangkan' berdasarkan arahan 'orang atas' kepada Majlis Lembaga Peperiksaan.

Satu sumber tidak rasmi daripada orang yang terlibat dalam dasar tersebut yang saya sempat bertemu menyatakan bahawa mereka meletakkan markah lulus tertinggi sejak 1994 ialah 21% dan terendah ialah 14%. Kalau dalam bahasa Melayu sudah begitu rupanya, masakan dalam bahasa Inggeris tiba-tiba murid-murid ini menjadi hebat? dry.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apapun diskusi ini janganlah dijadikan seperti tempat parkir. Dalam era globalisasi ini bahasa melayu kita tidak perlu dijaga oleh orang-orang atas sana. Kita pun harus menjaganya. Janganlah topik ini terlalu disensasikan. Kita harus pandai bajet bahasa kita.

Ntah mende la aku cakap ni... Ha ha ha ha ha ha...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...