Jump to content
atomic98

Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Recommended Posts

sapa kat sini dalam jawatan F29, nak minta tolong..
adik gua ada temuduga 19.10 nanti, ini kali pertama dia dapat temuduga.
nak tanya, kebiasaan soalan camner yg drang slalu tanya?
harapan memang tipis sebab ramai..
tapi nak minta la bantuan saper yg pernah lalui temuduga nih..
apa kerja rutin? language apa yg di perlu?

harap sangat ada yg sudi kongsi
sekian terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(atomic98 @ Oct 28 2008, 07:17 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sapa kat sini dalam jawatan F29, nak minta tolong..
adik gua ada temuduga 19.10 nanti, ini kali pertama dia dapat temuduga.
nak tanya, kebiasaan soalan camner yg drang slalu tanya?
harapan memang tipis sebab ramai..
tapi nak minta la bantuan saper yg pernah lalui temuduga nih..
apa kerja rutin? language apa yg di perlu?

harap sangat ada yg sudi kongsi
sekian terima kasih.


Cakap dgn adik ko... tarikh 19.10 sudah terlepas. Sekarang 28.10

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada dua orang interviewer..

1. orang yang akan tanya pengetahuan am malaysia
-- aku kena tanya pasal pilihanraya umum biggrin.gif

2. orang IT
-- die tanya soalan buku teks..

Share this post


Link to post
Share on other sites
1. Dia akan tanya apa fungsi/tugas jawatan yang ko mohon dalam Jabatan Kerajaan?


2. Apa beza jawatan ko ini dgn jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan Juruteknik F17?


Kalau ko bagi jawatan tugas pun tak betul... Ko pun mmg sesuai diletakkan sebagai kerani jer laa

Share this post


Link to post
Share on other sites
bro kelamkabutumno, so apa ko jawab?
kongsi la sama...huhuhu
apa kerja rutin? language apa yg di perlukan?
ada saper dapat tak jawatan nih kat sinih?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalu tak silap aku bro Slaughters pun kerja dalam bidang ni kan, pe kata pm dia datang sini terangkan .. kalu tak silap aku la , Hanif Nordan tu sape? http://ict.um.edu.my/projects07-data-centre.html , http://ict.um.edu.my/staff.html. Kalu bukan dia tak tahu la, abaikan reply ni kalu bukan .. tongue.gif Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Mr Ijan @ Oct 30 2008, 09:48 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalu tak silap aku bro Slaughters pun kerja dalam bidang ni kan, pe kata pm dia datang sini terangkan .. kalu tak silap aku la , Hanif Nordan tu sape? http://ict.um.edu.my/projects07-data-centre.html , http://ict.um.edu.my/staff.html. Kalu bukan dia tak tahu la, abaikan reply ni kalu bukan .. tongue.gif


hampeh, ko siap selongkar identiti aku ?

actually pada aku, time aku interview aritu, aku just bagitau apa yang aku tau dan apa yang aku tak tau..

and ade beberapa soklan yang ditanya oleh penemuduga aku directly cakap tak tahu.

and last sekali kebiasaan soalan yang akan ditanya ialah..

Kenapa kami mesti pilih kamu untuk mengisi jawatan ini, dan macam biase la, aku jawab, Pihak UM mesti pilih saya sebab saya dah tahu apa yang patut saya buat sebagai F29 nie. ( dengan nada yakin )

tu je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(atomic98 @ Oct 30 2008, 09:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
bro kelamkabutumno, so apa ko jawab?
kongsi la sama...huhuhu
apa kerja rutin? language apa yg di perlukan?
ada saper dapat tak jawatan nih kat sinih?



kalau ko nak tau juga tu.. ko boleh rujuk pekeliling tugas F29 dalam JPA.. ada skop dia... kalau ko pakai goreng jer...alamat kerani pun ko jadi, pegawai pun ko jadi...pembantu tadbir pun ko jadi...Semuanya ko jadi sebagai tugas F29. byk sgt kerja ko buat dan bukan sepatutnya ko buat... tido dalam office laa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
ada tak sesapa yg ley bagi info ttg temuduga pptm.saya baru dapat panggilan tduga ni.saya x der pengalaman langsung coz saya terjerumus keje di makmal sains /lab assist. di sek.men. pada hal dulu amik bidang it...akaun...


-hula_girl2502

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku dpt gak temuduga jawatan ni sok kt putrajaya,.,.
spe2 yg gi interbiu gak es0k pm2 la aku k,.,.kongsi pe yg patut,.,.~
kec0t perut nih,..,lme dah tgglkn era2 system developmnt nih,..,~
unsure.gif unsure.gif unsure.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
OFF TOPIC JP...

ko mohon kt spa.gov 2 ke...?
n 1 lagi...cm ne nk taw pangkat contoh cm...
F23 la..N24 la...ape function nye 2...

ON BALIK... Edited by charMine~^^

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(charMine~^^ @ Nov 11 2008, 12:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
OFF TOPIC JP...

ko mohon kt spa.gov 2 ke...?
n 1 lagi...cm ne nk taw pangkat contoh cm...
F23 la..N24 la...ape function nye 2...

ON BALIK...


aku apply kt www.spa.gov.my je,.,.tu pon setaun bru pggl intebiu,.,.
yg pangkat tu aku pon cam xpaham je,.,.hehe~ F la, N la,.,.
kot2 ade warga putera laen yg bley trg kan..?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hello bro semua, aku akan pergi exam PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 pada 29.09.2012 ni.

Sesapa yang ada pengalaman duduk exam ni, sila kongsikan dengan aku ye.
Kertasnya
1. PENGETAHUAN AM seksyen A
2. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH seksyen B
3. PENAKSIRAN PERSONALITI

Sesapa yang dah lalui exam ni share dengan aku. Semoga bantuan korang nanti dapat balasan syurga dari yang maha Penyayang. Amin.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[size=4][font=comic sans ms, cursive]Hai korang2 smua.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]errr. mohon la kepada sesape yg fenah join exam neh.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]bule bagi tips tak.?[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]Penaksiran personaliti tuh cmne eak.?[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]adoiiii.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]neh first time na exam setelah da bertahun2 tak exam.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]wuwuwu. bedebo rase.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]surat baru smpai semalam (18/9/12)[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]sgt excited sbb kalo boleh na jwatan nih.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]kekekeke.[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]sy dapat kat [b]"Hotel GoodHope Skudai"[/b][/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]ade sesape dpt kat sini ta.?[/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]jom study ![/font][/size]
[size=4][font=comic sans ms, cursive]heee~[/font][/size]

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mrRemz' timestamp='1347942468' post='1084624']
Hello bro semua, aku akan pergi exam PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 pada 29.09.2012 ni.

Sesapa yang ada pengalaman duduk exam ni, sila kongsikan dengan aku ye.
Kertasnya
1. PENGETAHUAN AM seksyen A
2. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH seksyen B
3. PENAKSIRAN PERSONALITI

Sesapa yang dah lalui exam ni share dengan aku. Semoga bantuan korang nanti dapat balasan syurga dari yang maha Penyayang. Amin.
[/quote]

sama lh kite awk ehh..sy pn ad exam PPTM jgk nie 29/9/12 nie.. duk pening jgk nk study pasal ap..tension pn ada sbb rasa mcm susah je..
kalau seksyen A dan C blh tahan lg lh..
tp seksyen B tu mcm payah je..kne study psl pengkalan data n math..


ada sape2 blh tolg kami x?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='aienreen' timestamp='1348115046' post='1084689']
sama lh kite awk ehh..sy pn ad exam PPTM jgk nie 29/9/12 nie.. duk pening jgk nk study pasal ap..tension pn ada sbb rasa mcm susah je..
kalau seksyen A dan C blh tahan lg lh..
tp seksyen B tu mcm payah je..kne study psl pengkalan data n math..


ada sape2 blh tolg kami x?
[/quote]

Rasenye ade lagi cth soalan utk Jawatan nie...sebab ni 1st time kan exam tuk position nie...

[quote name='rOshiEma' timestamp='1348415857' post='1084751']
Rasenye ade lagi cth soalan utk Jawatan nie...sebab ni 1st time kan exam tuk position nie...
[/quote]

opssss...type....rsenye takde lagi cth soalan..

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam semua..
mari pakat tengok contoh2 soalan n jawapan bg peperiksaan untuk memasuki sektor kerajaan.
walaupun x terjurus 100% dlm exam PPTM tp sedikit sebanyak kita blh bayangkan mcm mne bentuk soalan yg akan keluar.

sila link ke www.kerja-kerajaan.com/examptd.pdf

harap2 dpt m'bantu kalian semua t'masuk sy hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

OK lah kengkawan. Alhamdullillah...Akhirnya aku LULUS exam PPTM F29 yang lepas. Siap puasa nazar 2 hari.

Sekarang aku kongsikan contoh soklan utk tatapan bakal calon temuduga F29 yang akan datang.

 

1. PENGETAHUAN AM seksyen A

 

 - Ada 40 soklan jawab dalam masa 30 minit (kalau tak silap lah)

50% soalan nya berkisar tentang jenis sistem windows, jenis software antivirus, jenis topologi network - soklan nya memang umum. kalau korang sentiasa up to date dengan berita komputer pun dah cukup. Tak perlu belajar dalam-dalam.

 

cth soklan: Apakah Windows Seven? Sekiranya sebuah pejabat ada 5 buah komputer, apakah topologi network yang sesuai? Apakah Worm?

 

50% soklan yang selebihnya lebih kepada perkembangan ekonomi dan perundangan negara.

 

cth soklan: Apakah pnyumbang terbesar eksport malaysia bagi suku tahun terakhir 2011? Sekiranya seseorang terlibat dengan perhimpunan haram, apakah surat kuasa yang membolehkan polis untuk membuat penangkapan ke atas mereka? "Sentiasa ke arah kerja berkualiti adalah apa"? - misi? visi? atau slogan?


 

2. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH seksyen B

Untuk part ni aku terus terang cakap - MATEMATIK. Ha ha ha... lemah otak dengar benda ni. Yang ni pun taklah susah sangat. Soklannya banyak berdasarkan soklan buku matematik PMR. Soklan tak susah...asal korang tau tambah, tolak ngan bahagi. dah cukup bagus. Tambah satu lagi.. korang juga kena tau pasal MIN / MEDIAN / PURATA. yang korang kena sedia adalah buang karat dlm otak korang sebab 40 soklan kena jawab dalam masa 30 minit TANPA KALKULATOR. Buat latihan buku PMR adik korang. Try jawap 30 soklan dalam masa 30 minit. Kalau korang dapat 20 betul...cerah masa depan.yang selebihnya korang tembak je. hi hi hi.

 

cth soklan: Amir membeli sebuah radio pada harga diskaun sebanyak 35%. Dia juga membeli sebuah buku pada harga 1/4 daripada harga diskaun radio tersebut. Adik amir pula meminta abangnya membeli sebatang pembaris berharga RM 3.69. Berapakah perbelanjaan Amir untuk tiga barang tersebut sekiranya harga radio adalah RM250?  


3. PENAKSIRAN PERSONALITI

Part ke tiga ni susah sikit aku nakbagi panduan. Tapi soklannya adalah yang paling mudah dalam ketiga - tiga kertas ni. Ada 180 soklan yang korang kena setelkan dalam masa 60 minit. Ia adalah soklan PSIKOLOGI. Korang kena jawap dengan tenang tp kena berfikir juga. Ada soklan akan diulang sebanyak 3 kali secara rawak. Soklan yang sama akan tengok korang jujur ke tak masa menjawap. Sebab kalau 1 soklan di ulang 3 kali tp jawapan korang lain2...maksudnya korang menipu.

 

Cth soklan: Mencuri tulang semasa bekerja adalah tidak mengapa asalkan kerja telah disiapkan. A. Saya bersetuju B.Saya tidak bersetuju C.Saya tak tahu.

 

Tips soklan part3 ni...kalau boleh elak jawap saya tak tahu.... nampak sangat korang tak de pendirian.

 

Ok...tu jer yang dapat aku nukilkan...aku dah nak duduk TEMUDUGA pd 04.01.13 ni. Doakan kejayaan aku dan kengkawan yang akan turut sama interview bulan depan. Aku nazar tumbangkan seekor kambing kalau dapat jawatan ni. Amin.

 

Buat bro yg dah penah lulus interview F29 ni...harap2 dpt kongsikan pengalaman anda.

Terima's.

Edited by mrRemz

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aslkm semua kengkawan, Setelah lulus dengan jayanya peperiksaan yang lepas, sekarang aku kongsikan pula pengalaman menghadiri temuduga Gred F29 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang aku lalui pada 04.01.2013 yang lalu di Pusat Temuduga SPA Johor Bahru. Part 1: Introduce yourself in English - Masa yang diberikan dalam 5 minit. So korang kena sediakan teks awal-awal dan setkan masa 5 min. Kalau korang merapu lebih dari 5 min, penemuduga tu akan potong cakap korang. x penting sangat isinya...dia juz nak test korangnya english je...asal jangan terketar2 dan sebutan OK... mesti lepas! Part 2: Awak kerja dimana sekarang ... apa tugas awak kat sana. Utk soklan ni, korang kena cerita pengalaman kerja yg lalu. Tips....walau apa pun kerja lama korang sebelum ni...pastikan korang kaitkan dengan tugas yg berkaitan IT. Tak kesah lah apa kerja pun...cth aku cakap aku kerja sebagai penyelia Asrama di KPWKM tapi salah satu tugas aku adalah sebagai Ketua Unit ICT. Part 3: Apa yang awak tahu tentang jawatan PPTM ni dan apa tugasnya? Utk soklan ni...mudah jer, korang copy pastekan sebijik mcm kat senarai tugas dlm laman web SPA tu. Pastu huraikan dengan ringkas. Part 4: Berikan saya Projek yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat yang pernah awak buat dan apakah fungsinya? Soklan ni soklan wajib. So make sure korang pernah buat projek. DAPAT Markah BESAR kat sini. Kalau korang tak pernah buat... aku cadangkan korang cari budak IT yg sedang belajar kat mana2 U pastu baca proposal dia orang tentang mana2 projek. Cth projek adalah Membina Laman Web Syarikat / Kerajaan(bukan individu punye!), Membuat Program Interaktif berorientasikan perisian Multimedia cthnya: DVD Video Interaktif Belajar Matematik untuk Pelajar UPSR (program yg boleh feedback dengan pengguna) dan banyak lagilah!. Tp kalau korang nak tau...Projek yg korang BOLEH MENANG hati penemuduga adalah projek yg berlandaskan SQL + MYSQL. Sebab kalau korang tengok balik dlm senarai tugas kat laman SPA.... mmg yg nilah yg COREnya. So aku nyer Projek adalah Projek Paper Less TSH Tampoi. Aku buat satu pengkalan data yang menyimpan semua data staff dan penghuni TSH Tampoi yang memudahkan sesiapa sahaja mengetahui maklmumat spt no. tel dan alamat lebih 200 orang kat tpt tu. Sebab guna fail memang leceh!. Kepentingan projek aku adalah kurangkan penggunaan kertas selain mempercepatkan akses data berbanding cari fail satu persatu. Projek ni aku bawa masuk ke Pertandingan Inovasi Peringkat Institusi di Johor. Part 5: Cuba awak jelaskan macam mana awak buat program ni dan apa programing yg awak gunakan? Kalau korang mmg buat projek tu... x de masalah korang jawap soklan ni. Part 6: Berikan saya sebab, kenapa saya mesti pilih awak berbanding calon yang lain? Soklan killer ni... aku x nak kongsikan kat sini. Kalau korang nak tau jawapan KILLER utk SOKLAN Killer ni...korang PM jer aku. Wassalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih mrremz untuk perkongsian anda... kalau jawatan PPTM nih kena ada diploma kan kalau nak mohon..?? 

 

Pernah isi borang SPA sekali jer seumur hidup hhuhuhuhu...aku takde diploma pung.. huhuhuhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Contoh bidang tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 bertanggungjawab dalam perkara berikut:

1. Bertanggungjawab Dalam Penyenggaraan Peralatan ICT Dan Peranti Kelengkapan

Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan dan pembaikan perkakasan IT yang tidak dapat berfungsi samada melalui telekomunikasi, lawatan tapak atau dibawa oleh penggung ke Unit IT.
Menjalankan kerja-kerja berkaitan pemasangan komputer dan komponen ICT.
Menjalankan kerja-kerja berkaitan meningkat upaya komputer.
Menjalankan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan pencegahan terhadap perkakasan dan perisian ICT.

2. Bertanggungjawab Dalam Penyelenggaraan Aplikasi Pengkomputeran

Menjalankan kerja-kerja baikpulih dan instalasi perisian serta meningkat upaya system operasi dan aplikasinya.
Menjalankan kerja-kerja peningkatan perisian ke versi terkini.
Menjalankan kerja-kerja mengimbas dan menghapuskan virus komputer.

3. Bertanggungjawab Dalam Operasi Sistem

Bertugas mengikut jadual tugasan dan piawai yang ditetapkan di Unit IT.
Memberi perkhidmatan tunggu sedia bagi majlis-majlis rasmi Fakulti.

4. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pentadbiran Fakulti dari masa ke semasa.

Sudah pasti, calon temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 seharusnya peka dengan perkembangan peranti dan aplikasi terkini.

Dapatkan panduan, tips dan contoh soalan yang bakal di'dedahkan' kepada calon Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29.

KLIK 'siggy' kat bawah ni..

 

semoga membantu

Edited by php

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...