Jump to content
syafix95

Cara-cara Untuk Overclock

Recommended Posts

Tutorial ini ditulis untuk memberi pengetahuan asas kepada pengguna komputer mengenai 'overclocking'. Teruskan membaca .

Saya membuat andaian bahawa pembaca telah atau mempunyai sedikit pengetahuan mengenai pemasangan PC. Memasang PCI, AGP, RAM dan sebagainya. Dan disini saya ingin mengingatkan pembaca bahawa 'static electric' boleh merosakkan komponan komputer terutamanya CPUs. Cheers!!

Apakah Overclocking?

Agak simple Overclocking ialah membenarkan atau memaksa komputer anda berfungsi melebihi tahap pemprosesan yang ditetapkan oleh manufacturer.

Kenapa kita 'overclock' komputer kita. Lain orang lain pendapat mereka, sesetengah orang berpendapat mereka dapat mengurangkan perbelanjaan membeli hardware yang mempunyai spesifikasi yang tinggi. Para gamers meng'overclock' computer mereka kerana mereka ingin menambahkan 'Frame per second' FPS rate mereka dalam permainan.

Piagam Overclocking

Agak mustahil bagi dua komputer yang sama spesfikasi dapat di overclock pada tahap yang sama. Contohnya jika A mempunyai spesifikasi komputer yang sama dengan B, agak mustahil bagi A untuk overclock komputenya mencapai tahap komputer B sungguhpun komputer mereka mempunyai spesifikasi yang sama. Ingin saya ingatkan kepada pembaca bahawa tiada jaminan di dalam overclocking. Ia bergantung kepada beberapa factor dan nasib.

Adakah overcocking membawa kepada risiko merosakkan komponen komputer.

Ya!. Dan anda juga akan menyebabkan jaminan warranty komponen komputer anda luput. Akan tetapi dengan berpandukan tunjuk ajar asas dalam artikel ini, risiko untuk rosak adalah sangat rendah. Terlalu panas dan voltan adalah factor utama yang menyebabkan kerosakan komponen komputer. . Overclock at your own risk! Saya tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerosakan yang berlaku se

masa atau selepas anda overclock komputer anda.

Komponen asas Overclocking

Casing komputer: terdapat dua jenis casing komputer yang saya ingin ketengahkan.

Pertama ialah casing generic yang biasa digunakan oleh kebanyakkan komputer. Jika anda menggunakan casing jenis generic pastikan anda mempunyai airflow yang sangat baik untuk memastikan haa tidak terperangkap di dalam casing. Anda perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli kipas dan dipasangkan kepada casing anda dengan memastikan casing anda mempunyai blow-in fan dan blow-out fan. Hal ini bagi memastikan aliran udara sentiasa berjalan dan tidak terperangkap.

Kedua ialah casing seperti Thermaltake, Enlight, Lian-Li dan beberapa jenama yang terkemuka. Casing-casing keluaran syarikat-syarikat yang tersebut sudah menepati beberapa syarat utama untuk overclocking dan casing keluaran mereka mempunyai 'air flow' yang sangat baik.

Power Supply: Anda memerluka power supply yang berkualiti untuk overclocking, kerana anda akan bermain dengan violtan kuasa serta beberapa bekalan kuasa tambahan diperlukan untuk memastikan kipas casing, system penyejuk CPU dan sebagainya yang memerlukan voltan tambahan untuk beroperasi. 350 Watt power supply adalah yang paling minimum. Sungguhpun kebanyakkan generic casing sudah disertakan bersama power supply tetapi saya menasihatkan pembaca supaya mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membeli power supply yang branded seperti Antec, HEC, Thermaltake dan Enlight. Tambahan pula jika pembca menggunakan unit pemproses utama AMD yang memang terkenal sebagai pengguna extreme bekalan kuasa.

Motherboard/ Papan induk: Papan induk merupakan komponen terpenting untuk overclock. Papan induk memainkan peranan utama dalam menjayakan misi anda untuk overclock kopmputer. Pada pendapat saya, Abit, Asus dan MSI mempunyai produk papan induk yang berkualiti dalam overclocking.

CPU: Banyakkan membuat survey, kajian dan banyakkan bertanyadan pastikan anda membuat survey harga bagi setiap kedai yang anda kunjungi sebelum memutuskan untuk mebeli CPU. Senang-senangkan diri anda untuk bersantai dan membuat kajian di database overclockers.com mengenai CPU yang paling baik untuk di overclock. Pada pendapat saya, unit pemproses Intel terbaik ialah Pentium 4 1.8 B, Pentium 4 2.4 serta 2.8 A. Manakala bagi unit pemprosesan Athlon adalah versi Athlon XP , tambahan pula dengan adanya unit pemproses yang menggunankan Barton Core sudah berada di pasaran. Akan tetapi model core T-Bred juga sudah memadai, hanya pastikan anda membeli model core T-Bred Rev B.

SISTEM PENYEJUK!!: Ini adalah perkara TERPENTING YANG TERSANGAT PENTING. Haba adalah musuh utama. Jangan sekali-kali anda cuba menaikkan nila voltan anda jika anda tidak mempunyai system penyejuk yang baik. Abaikan kipas yang disertakan semasa anda membeli CPU anda. Bagi saya GlobalWin, Alpha dan Thermal Take coolers adalah yang terbaik pada masa ini.

Semasa memasang CPU anda, penggunaan 'thermal paste' yang berrkualiti adalah sangat penting. Abaikan 'thermal paste' silicon yang disertakan bersama CPU anda. 'Thermal paste' jenama Arctic Silver adalah antara yang terbaik. Penggunaan 'rounded IDE cable' adalah baik untuk memastkan aliran udara di dalam casing anda berjalan dengan baik.

RAM: Ram juga memainkan peranan penting dalam memastikan komputer anda dapat di 'overclock' dengan semaksimumnya. RAM PC266 dan PC333 sudah memedai. Mushkin, Crucial, Kingmax, Geil, dan Corsair adalah antara brand yang menunjukkan prestasi 'overclockable' yang memuaskan Pastikan anda memilih RAM yang mempunyai rating CAS yang rendah seperti CAS-2 kerana ia lebih pantas dan lebih 'overclockable' daripada rating CAS yang lebih tinggi.

Video Card: Video/ Display card yang berda dipasaran kini kebanyakkannya adalah 'overclockable'. Pada pendapat saya, Display card GeForce dan Radeon adalah yang terbaik pada masa kini.

Cakera Keras/ Harddrives: Harddrives yang berkualiti tinggi memainkan peranan sebagai tembok daripada menyebabkan kehilangan data dan dan kerosakan data. Extreme overcocking dapat menjejaskan prestasi harddrives anda jika anda menggunakan harddrives yang berkualiti rendah. IBM harddrives adalah yang terbaik tetapi harganya selalunya 2 kali ganda lebih mahal daripada jenama lain. Sebagaia ganti, Western Digital dan Maxtor adalah pilihan yang bijak.

Prosedur Asas Overclocking

Jika anda telah mebina satu system komputer berdasarkan panduan di atas, sebenarnya anda telah 70 % melengkapkan pelajaran mengenai overclocking. Anda hanya perlu mempunyai system penyejukkan yang baik dan pastikan anda sentiasa peka dengan kenaikan suhu CPU anda. Papan induk yang mempunyai system monitor haba adalah merupakan advantage dalam overcocking

Setiap kali anda overclock system anda ke paras yang lebih tinggi, pastikan anda menguji kestabilan system anda dengan menggunakan beberapa program benchmark sperti siSoft Sandra Prime95 dan 3d Mark.Jangan lupa untuk peka terhadap kenaikan suhu semasa menguji kestabilan system anda!!.

Pertama, pastikan computer anda dapar berjalan/ berfungsi dengan menggunakan settings 'default' Objektf anda ialah untuk mencari kelajuan maksimum dan stabil untuk system anda. Oleh yang demikian, untuk;

INTEL CPUs: Tingkatkan kelajuan 'Front Side Bus' (FSB) sedikit demi sedikit, dan ujikan system anda untuk kestabilan system. 'Multiplier' unti pemproses Inteltidak boleh ditukar keran Intel telah mengunci (lock) 'multiplier' bagi setipa unit pemproses mereka, oleh yang demikian meningkatkan FSB adalah satu-satunya cara untuk overclock. AMD CPUs: Increase Tingkatkan kelajuan 'Front Side Bus' (FSB) sedikit demi sedikit, dan ujikan system anda untuk kestabilan system. Unit pemproses AMD boleh direndahkan nilai 'multiplier' nya. Anda mungkin terpaksa merendahkan sedikit nilai 'multiplier' untuk menaikkan nilai FSB. Ulang proses ini dan uji untuk kestabilan. Ulang sehingga system menjadi tidak stabil.

oc1.gif

Menu overclocking di dalam BIOS.... tingkatkan FSB, rendahkan multiplier dan matikan spread spectrum

Untuk prestasi terbaik dalam overclocking ialah anda dapat menggunakan system anda dengan stabil dan tiada sebarang masalah.Jika computer anda gagal untuk boot up atau crash atau muncul 'Blue Screen Of Death' (BSOD), bermakna system anda tidak stabil. Tingkatkan nilai voltan seperingkat setiap kali sehingga ia kembali stabil, walaubagaimanapun jika ia gagal juga, anda hanya perlu me'reset'kan BIOS anda. Untuk keselamatan, jangan naiikan voltan 10% atau 15% daripada nilai 'default'.

Tahniah! Anda telah berjaya mempelajari asas overclocking. :-)

oc2.gif

Athlon 1800+ running at 1533 Mhz (default speed) with 11.5 multiplier and 133 MHz FSB

System Temperature Idle: 37 C Max Load: 40 C

oc3.gif

Athlon 1800+ running at 1657 Mhz (overclock) with 11.0 multiplier and 150 MHz FSB. Software detect CPU as Athlon XP 2000+

System Temperature Idle: 39 C Max Load: 42 C

oc4.gif

Athlon 1800+ running at 1732 Mhz (overclock) with 11.5 multiplier and 150 MHz FSB. Software detect CPU as Athlon XP 2100+

System Temperature Idle: 41 C Max Load: 44 C

oc5.gif

Athlon 1800+ running at 1811 Mhz (overclock) with 11.0 multiplier and 164 MHz FSB. Di mana system saya berfungsi hampir 300 Mhz pantas daripada kelajuan asal.

System Temperature Idle: 44 C Max Load: 48-49 C

Kesimpulan bagi system saya.........sistem saya tidak dapat 'ditolak' lebih daripada 1811 MHz selepas Overclock kerana saya menggunakan Ram Apacer brand yang bukan merupakan jenama rebaik untuk overclock. Tambahan pula saya tidak menggunakan papan induk yang 'high-end'..........saya berjaya untuk 'menolak' system saya sehingga 2100 MHz semasa menggunakan papan induk N-Force 2 mobo (ABIT) berserta 2 GEIL 256 DDr-RAM dan sistem berjalan dengan stabil.

Credit to the writer...no name

Edited by krainsyafiq95

Share this post


Link to post
Share on other sites

tutorial yang menarik..kalu boleh kasi source atau kredit kat writer..penat2 dia taip panjang2..hu3

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nk try oc gune tutorial ni...

tpi kat bios aku x de pon setting nk tukar FSb..

erm kat bios bagi mobo intel memang xdapat nak ubah ape2 tuk OC, better tukar pada mobo lain yg lebih banyak future

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nk try oc gune tutorial ni...

tpi kat bios aku x de pon setting nk tukar FSb..

Tukar mobo lain if btul² berminat nak blaja OC.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehehe...mobo intel ni mmg x bgs ke?

bukan x bagus,tapi xada ciri2 untuk OC ni... macam hoodlums cakap,

"Tukar mobo lain if btul² berminat nak blaja OC"

Share this post


Link to post
Share on other sites

mod pin la thread nie....utk spe-spe yg nak blaja OC..

hehehehehe

leh ke klu kite dah oc..tpi x stable, pstu nk jdik cm biase blik?

reset bios je kan?

nk test kestabilan cpu gune prime95 leh?

kenpe bile aku test...temp nek sm 70...klu x test 45 je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehehe...mobo intel ni mmg x bgs ke?

ori intel mobo takde features utk tukar fsb or mutiplier...

better ambik Abit IP35-e or skrg ni yg tinggal IP35-P...

murah je dan senang nak paham...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ori intel mobo takde features utk tukar fsb or mutiplier...

better ambik Abit IP35-e or skrg ni yg tinggal IP35-P...

murah je dan senang nak paham...

klau main belasah jee oc boleh x heheee

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukan masalah side effect tp mmg takde function utk OC...

mobo yg boleh OC ada satu feature special utk tukar fsb, vcore vdimm etc...

kalau gigabyte P35 puny mobo, utk active kan tekan ctrl+F11...

Share this post


Link to post
Share on other sites

klu men belasah je...x stable kan?

ade x side effect len?

Xstable tu satu,silap2 proc ko boleh burn...

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin orang atas tanya secara general about mobo and oc... mobo ori intel mmg la xboleh OC,aku penah guna pc Acer branded kawan aku.mmg xada dalam bios..

Share this post


Link to post
Share on other sites

mungkin orang atas tanya secara general about mobo and oc... mobo ori intel mmg la xboleh OC,aku penah guna pc Acer branded kawan aku.mmg xada dalam bios..

bg aku, beli je mobo second mcm Abit IP35-P...

paling senang nak paham OC pakai mobo ni je la...

ram setting pun senang.... :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...