Jump to content
ReDCOlliSioN

Pandangan Korang Pasal Kerajaan Sekarang

Recommended Posts

tahupun dosa mengkafirkan orang...

bagaimana dgn PAS dan PKR yg mengagungkan DAP lebih islamic dari BN dan BN kafir??bleh jelaskan?

ha sapa sokong BR sini tolong jawap :lol:

Yang aku mushkil tuh, semua dlm BN tuh org Islam ka :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku 50-50 BR hehe :mellow:

seh org2 BN campur bai,tp orang melayu ramai,org2 cina ngn india sket ja,coz dorg ada MCA n MIC

satu g yg ramai dlm BN=orang2 asing kat dlam pendalaman yg xbpe tahu sal politik kita ne :ph34r:

Share this post

Link to post
Share on other sites

ha sapa sokong BR sini tolong jawap laugh.gif

Yang aku mushkil tuh, semua dlm BN tuh org Islam ka

mcm yg bro kata...ia dosa mengkafirkan org...ok..tu mmg dah termaktub dalam al quran...aku terima nasihat bro...

tp kalau difikirkan...kita tak bleh menilai setiap seorang dari berjuta-juta...jd kenapa begitu senang mereka iaitu PAS dan PKR, menjatuhkan hukuman kekafiran berjuta juta penyokong BN??? apa cita tu???

Cuba bro bayangkan, berapa banyak pula PAS dan PKR ni akan tanggung dosa berjuta juta orang BN ni?????

PAS adalah parti agama islam, xkan diorang x taw dosa pahala kot??????

Tahukah anda, budaya maki, cemuh dan ejekan ni datang dari parti mana????siapa yg mulakan dulu??

Cuba selak balik sejarah negara anda...

Dari situ kita boleh menilai sesebuah parti....mcm BN, memang benar ada korupsi, tetapi ia boleh dicegah dari satu peringkat ke satu peringkat......tp, parti yang mempunyai hukum dan dipenuhi dgn fitnah belaka, mampukah ia memerintah dengan betul sesebuah negara itu???

Cuba kita buat penilaian, kita tgk cara pemimpin2 parti berceramah paal politik, siapa yg lebih lantang dalam kutuk mengutuk ni..???

Kalau betullah DSAI tu benar2 baik dan mulia, kenapalah izham bekas pemuda PKR tu keluar, padahal org nilah yg uruskan DSAi masa DSAI tgh sakit...org nilah yg jaga DSAI semua...

korang pkirkanlah...

Kejahatan harus dibalas dengan kebaikan bukan dibalas semula dengan kejahatan.

Fitnah dibalas dengan kejujuran bukan dibalas dengan fitnah atau minta belas kasihan..

Sedangkan gossip pun dah berdosa besar, ini menjatuhkan kafir terhadap berjuta juta org....pkrlah ye???

Share this post

Link to post
Share on other sites

OK je kot kerajaan skrg tapi aku ttp tak puas hati kerajaan luluskan kenaikan tmbang bus 30%......

Share this post

Link to post
Share on other sites

kerajaan skrg ni ok, pemimpin tertinggi dia pun dah ok

tapi org2 bawahnya yg banyak tak ok,

corrupt sana sini, burukkan nama kerajaan, gilakan kuasa dan sebagainya

mereka ni juga dari kalangan rakyat kita sendiri

mentaliti rakyat kita yg dah lebih memikirkan wang dalam serba serbi ni lah masalah kita

harga minyak naik, wang lagi... hidup susah, maka menentang kerajaan

dah kerja dgn government makan gaji, pun nak terima rasuah, curi tulang tak buat kerja, bazir atau curi2 duit dan harta kerajaan yg juga harta rakyat dan sebagainya. Sebabnya wang jugak.

selagi mentaliti rakyat kita mcm ni, tukar lah mana2 kerajaan pun, masalah kewangan tak pernah berhenti

oleh itu, pandangan saya kerajaan kita sekarang ni dah ok kalau nak banding dengan yg lain2

cuma perlu kena lebih pantau dan kikis mana2 org dalam kerajaan atau government servant yg membawa masalah kewangan ni. kerajaan perlu lebih tegas dalam menghadapi musuh2 nya dari dalam dan juga dari luar, contoh mcm Hindraf tu dibiar2 lama2 kalau tak nanti kena pijak kepala je. Penukaran kerajaan yg sedia ada bukan jaminan kewangan, malah boleh mencetuskan masalah lain seperti di negara2 yg lain kita nampak skrg byk yg tak pernah aman.

setuju, tapi ada sedikit pembetulan, tak silap haku lah, PAS kata UMNO yang kapir, bukan BN.

sebenarnya pada aku, aku tak sokong mana2. BN ka, BR, ka, sama je.BN salah guna kuasa, BR dahagakan kuasa.

pada haku, buda kapir mengkapir nih, ejek mengejek, keji mengeji mmg sedia maklum, benda tak baik. kita tak usah amik kira siapa mula, sapa akhir, kita stop je. sebab doa nih, dia tak kira sapa buat dulu, dia ON jer, dosa. simple as that.

pada aku, aku tak percaya anwar. terlalu banyak dia kasik muka pada org cha ya nun alip. bahaya. dari dulu lagik aku tak percaya dia.

pendapat aku, dlm banyak2 pemimpin, aku cuma percaya pada Tengku Razaleigh Hamzah. cuba cari skandal pasal dia, ;) dan cuba carik jasa dia pada negara ;)

Share this post

Link to post
Share on other sites

kalau dah suka tu .. salah kecik pon macam salah besar.. ini kan pulak salah besar.. tapi kalau suka tu salah besar pon duk tutup mata .. :rolleyes:

setuju, tapi ada sedikit pembetulan, tak silap haku lah, PAS kata UMNO yang kapir, bukan BN.

sebenarnya pada aku, aku tak sokong mana2. BN ka, BR, ka, sama je.BN salah guna kuasa, BR dahagakan kuasa.

pada haku, buda kapir mengkapir nih, ejek mengejek, keji mengeji mmg sedia maklum, benda tak baik. kita tak usah amik kira siapa mula, sapa akhir, kita stop je. sebab doa nih, dia tak kira sapa buat dulu, dia ON jer, dosa. simple as that.

pada aku, aku tak percaya anwar. terlalu banyak dia kasik muka pada org cha ya nun alip. bahaya. dari dulu lagik aku tak percaya dia.

pendapat aku, dlm banyak2 pemimpin, aku cuma percaya pada Tengku Razaleigh Hamzah. cuba cari skandal pasal dia, ;) dan cuba carik jasa dia pada negara ;)

Share this post

Link to post
Share on other sites

xd apa2 yg xok pon???

Ye ke???

kroni, rasuah dah sinonim dgn kerajaan skrg pun kira ok ye? Yelah... kira ok la tu..

jgn lupa pergaduhan pasal kandang babi sesama Islam, padahal kita org islam nih tak makan babi pon :lol:, betapa megah kilang2 arak, pub dan disko, lepas tuh plak WPI yg akan jadik mini singapore, org singapore akan beli property kat sana, last2 org kita akan sewa property kat negara nih yg dimiliki org singapore?

BAGUIH NAA!

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pandangan aku;

Government Malaysia dari dulu sampai sekarang, if rating levels are (Terrible, Bad, OK, Good, Great)......aku just kasi OK je. Nevertheless, tiada 'parti' lain yg better than present gov......IMHO la...

Share this post

Link to post
Share on other sites
ape lagi yg sebenarnyer korang nak dari kerajaan

bg aku ok jer kerajaan persekutuan skrg

cume kerajaan negeri pembangkang (Perak ,Selangor dan Penang jer kelam kabut skrg).

CAM2 HAL MENGARUT

bgtau la kerajaan mane yg PERFECT sgt kat dunia nie

Share this post

Link to post
Share on other sites
hanye UMNO yg pertahankan hak2 org MELAYU

PAS = lebih kpd agama (pendirian x tetap)

KEADILAN =hampeh,sebab x perjuangkan hak2 org melayu (yg ckp tu pon melayu,DAP yg untung)

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mon678 @ Oct 10 2008, 03:38 PM) <{POST_SNAPBACK}>
OK je kot kerajaan skrg tapi aku ttp tak puas hati kerajaan luluskan kenaikan tmbang bus 30%......

Ada sebab kerajaan naikkan. Nak jaga hati pengusaha bas jugak. Kalo semua pengusaha bas mogok. Korang nak pg keje naik apa? nak blk kmpg naik apa? Lgpun minyak je turun, tp spare-part masih mahal...
diorg nak service kenderaan diorg lg... Nanti kalo bas kerap rosak korang gak komplen...
Tp korang yg x setuju kenaikan 30% tu...

QUOTE(DRS @ Oct 10 2008, 04:41 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kerajaan skrg ni ok, pemimpin tertinggi dia pun dah ok
tapi org2 bawahnya yg banyak tak ok,
corrupt sana sini, burukkan nama kerajaan, gilakan kuasa dan sebagainya
mereka ni juga dari kalangan rakyat kita sendiri
mentaliti rakyat kita yg dah lebih memikirkan wang dalam serba serbi ni lah masalah kita
harga minyak naik, wang lagi... hidup susah, maka menentang kerajaan
dah kerja dgn government makan gaji, pun nak terima rasuah, curi tulang tak buat kerja, bazir atau curi2 duit dan harta kerajaan yg juga harta rakyat dan sebagainya. Sebabnya wang jugak.
selagi mentaliti rakyat kita mcm ni, tukar lah mana2 kerajaan pun, masalah kewangan tak pernah berhenti

oleh itu, pandangan saya kerajaan kita sekarang ni dah ok kalau nak banding dengan yg lain2
cuma perlu kena lebih pantau dan kikis mana2 org dalam kerajaan atau government servant yg membawa masalah kewangan ni. kerajaan perlu lebih tegas dalam menghadapi musuh2 nya dari dalam dan juga dari luar, contoh mcm Hindraf tu dibiar2 lama2 kalau tak nanti kena pijak kepala je. Penukaran kerajaan yg sedia ada bukan jaminan kewangan, malah boleh mencetuskan masalah lain seperti di negara2 yg lain kita nampak skrg byk yg tak pernah aman.

Yup aku setuju... mentaliti rakyat negara ni yg masih bermasalah....
Jika ada masalah mereka akan kata kerajaan bermasalah...

QUOTE(leman77 @ Nov 2 2008, 10:09 PM) <{POST_SNAPBACK}>
ape lagi yg sebenarnyer korang nak dari kerajaan

bg aku ok jer kerajaan persekutuan skrg

cume kerajaan negeri pembangkang (Perak ,Selangor dan Penang jer kelam kabut skrg).

CAM2 HAL MENGARUT

bgtau la kerajaan mane yg PERFECT sgt kat dunia nie

Entahlah... Cuma mgkin diorg first time tadbir kerajaan so excited sgt...
Jd mcm-2 masalah la... Lbh-2 lg kalo kerajaan campuran PKR dgn DAP...
PKR kena ikut ckp DAP, sbb DAP ada kuasa majoriti...
DAP suruh angguk, PKR dan PAS pun angguk....
DAP suruh geleng, PKR dgn PAS pun geleng....

QUOTE(leman77 @ Nov 9 2008, 10:30 AM) <{POST_SNAPBACK}>
hanye UMNO yg pertahankan hak2 org MELAYU

PAS = lebih kpd agama (pendirian x tetap)

KEADILAN =hampeh,sebab x perjuangkan hak2 org melayu (yg ckp tu pon melayu,DAP yg untung)

PAS skrg x lbh kpd agama dah... Lbh kpd kempen caci-maki, kutuk-mengutuk...
Agama dipermainkan... Kejap haram, kejap halal... Kejap x boleh, kejap boleh...

Share this post

Link to post
Share on other sites
Aku off-day utk hari ni dan besok.. so aku jenguk kejap kat sini..

Seriously, kalau kamu bekerja dalam mana-mana kementerian, atau terlibat secara langsung dalam tender kerajaan, kamu akan nampak dengan jelas betapa teruknya gejala rasuah yang ada dalam kerajaan Malaysia sekarang.. Bukan sedikit, tapi melibatkan jumlah wang yang sangat besar..

Sebab itu ramai yang menolak UMNO.. Sedih, tapi perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh orang Melayu yang beragama Islam sendiri.. Bila sudah ada kuasa dan peluang, memang duitlah yang jadi tujuan utama..

Tapi, bila sang Pakatan Rakyat dapat beberapa negeri, orang Melayu yang kononnya mahukan perubahan, tiba-tiba jadi buta.. Bukan buta rasuah.. tak.. Aku percaya mereka tak makan rasuah.. Mungkin ada la beberapa kerat.. Tapi mereka buta sebab terlalu taksub dengan pemimpin PKR yang bernama Anwar Ibrahim tu...

Meh aku nyatakan beberapa sebab kenapa aku tentang PKR..

1. Pemimpin no 1 diorang adalah Anwar Ibrahim.. Totally unacceptable.. Kenapa aku benci sangat dengan si Anwar ni?.. Apa dosa dia?..

Pada tahun 1998, ketika Anwar dipecat kononnya kerana kes liwat, hampir satu Malaysia kecam Mahathir.. Hampir satu Malaysia bela Anwar.. Mengatakan Anwar tak bersalah.. Aku sendiri termakan dengan perarakan Reformasi Anwar time tu.. Maklum la.. umur aku time tu baru 19 tahun.. apa la yang aku tau..

Tapi sebab sebenar Anwar dipecat sememangnya kerana perbezaan pendapat yang sangat ketara antara Anwar dan Mahathir.. Anwar mencabar siapa yang dapat buktikan dia menerima pinjaman IMF supaya kemukakan bukti.. Memang la dia tak terima pinjaman IMF sebab tak sempat nak buat dah kena pecat dulu.. Tau apa yang Anwar buat? Siapa ada detail tentang salah laku Anwar ketika dia jadi TPM merangkap Menteri Kewangan dulu leh la post kat sini.. Aku tanak la copy/paste sumber dari forum lain tanpa bukti kukuh.. Aku cuma pastekan kenyatan Mahathir sendiri..

http://test.chedet.com/che_det/2008/11/snippets-18.html

QUOTE
INTERVIEW

1. I was interviewed by the BBC on the current financial turmoil and over management of the currency crisis in 1997 - 98.

2. I was amused when he attributed the pegging and the elimination of CLOB (Central Limit Order Book) to Dato Seri Anwar Ibrahim. I asked him whether he was given this information by Anwar. He did not answer.

3. Of course I did not do everything by myself. I had a lot of help from others. [b]But Anwar was not one of them. He, many will remember, was the Minister of Finance who implemented the IMF strategy without the IMF with disastrous results.

Petikan dari chedet.com.. Link diberikan di atas.. Itu kenyataan dari Tun Dr. Mahathir sendiri..

2. PKR dan PAS "tunduk" dengan DAP.. Apa jadi dengan cita-cita negara Islam PAS?.. Dulu Selangor yang nak bina kandang babi moden.. Sekarang Kedah pulak?? Kalau kat Selangor tu, tapak cadangan betul-betul terletak kat sebelah kampung Melayu di Sepang.. Kat Kedah, majoriti orang Islam.. Tak makan babi.. Apalah bodohnya kerajaan PAS ni benarkan ternakan babi secara profesional kat situ?.. Ternak la lembu ke, kambing ke secara besar-besaran..

3. Media pro-Pakatan Rakyat pun tidak "clean".. Sama saja MalaysiaKini dengan Utusan... dua-dua pemanipulasi dan penipu.. Baca balik semua isi kandungan dia..

------------------------------------------------

Tapi bagus gak Anwar masuk Parlimen ni.. supaya dia boleh counter balik segala salah laku dari pihak kerajaan.. Tapi kalau nak ungkit pasal IMF dan 1998, tanya sendiri Anwar.. Apa sebab sebenar dia dipecat?.. Apa "konspirasi politik" yang dimaksudkan Anwar?.. Kalau Mahathir ada depan Anwar time kat Parlimen hari tu, memang Anwar tak akan sentuh balik la bab IMF tu..

Anyway, aku kutuk "Pakatan Rakyat" tak bermaksud aku sokong UMNO/BN.. Aku tahu banyak sangat pasal kes penyelewengan dalam kerajaan BN ni.. Ramai orang atasan kerajaan yang "bersara" atau "berpindah/ditukarkan" hanya sebab cuba "membetulkan" atau berlaku jujur di sebalik penyelewengan tender kerajaan.. Itu bukan rahsia pada siapa yang bekerja di bawah Kementerian Kewangan atau pada mereka yang terlibat secara langsung dengan tender kerajaan.. Dan jumlah yang terlibat adalah sangat-sangat besar..

The problem is.. Nak sokong BN = rasuah/penyelewengan... Nak sokong "Pakatan Rakyat" pun masa depan tak terjamin.. Maaflah jika ada yang mempertikaikan tentang "Ketuanan Melayu".. Tapi pada aku "Ketuanan Melayu" itu tetap perlu dipertahankan.. Aku tak mahu Malaysia diperintah oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.. Dan aku tak mahu Anwar perintah Malaysia.. Kaji balik segala dasar Anwar ketika dia jadi Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan.. Takda satu pun yang mendatangkan manfaat... Semua sia-sia saja...

Dan sekarang diburukkan lagi dengan "Perebutan Kuasa" di kalangan pemimpin UMNO sendiri.. Sangat menyakitkan hati.. macam budak sekolah rendah.. "Pakatan Rakyat" senyum je dan tunggu dengan sabar untuk next PRU.. Sebab kalau macam ni la cara UMNO, next PRU memang milik "Pakatan Rakyat"... Dan Mahathir pernah beri amaran, sekali lagi BN kalah pilihanraya umum, BN tak mungkin boleh bangkit lagi..

Kalau orang Melayu boleh percaya dengan DAP, aku tak tau nak cakap apa laa... Satu je yang aku nak ingatkan.. JANGAN sekali-kali percaya pada orang CINA sekiranya ia melibatkan hal-hal berkaitan dengan tanah... Once orang CINA dapat hakmilik tanah di Malaysia, mereka takkan lepaskan semula.. You don't believe me? Try it yourself... Aku racist? So be it!!

Share this post

Link to post
Share on other sites
bnyk pro n kontra... jd korang pk2 la sendirik....
cuma aku sgt2 meluat dgn komen sorng org luaq yg berotak tp x berakal....
thp penulisan mmg lebih teruk dari tahap budak ambik UPSR...
apsal la dia x jaga hal negara dia sendirik... sampai menyibok nak ambik tau hal negara org...
mcm bgs sgt hal2 negara dia...
sampai hantaq anak cucu lari sini takut2 kena bunuh dgn saudara2 sendirik apa hal...
tp mamat ni aku rasa tahap pencacai je.... dia bukan tau apa2 crite dalaman ttg negara dia...

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(baok @ Nov 25 2008, 09:00 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku off-day utk hari ni dan besok.. so aku jenguk kejap kat sini..

Seriously, kalau kamu bekerja dalam mana-mana kementerian, atau terlibat secara langsung dalam tender kerajaan, kamu akan nampak dengan jelas betapa teruknya gejala rasuah yang ada dalam kerajaan Malaysia sekarang.. Bukan sedikit, tapi melibatkan jumlah wang yang sangat besar..

Sebab itu ramai yang menolak UMNO.. Sedih, tapi perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh orang Melayu yang beragama Islam sendiri.. Bila sudah ada kuasa dan peluang, memang duitlah yang jadi tujuan utama..

Tapi, bila sang Pakatan Rakyat dapat beberapa negeri, orang Melayu yang kononnya mahukan perubahan, tiba-tiba jadi buta.. Bukan buta rasuah.. tak.. Aku percaya mereka tak makan rasuah.. Mungkin ada la beberapa kerat.. Tapi mereka buta sebab terlalu taksub dengan pemimpin PKR yang bernama Anwar Ibrahim tu...

Meh aku nyatakan beberapa sebab kenapa aku tentang PKR..

1. Pemimpin no 1 diorang adalah Anwar Ibrahim.. Totally unacceptable.. Kenapa aku benci sangat dengan si Anwar ni?.. Apa dosa dia?..

Pada tahun 1998, ketika Anwar dipecat kononnya kerana kes liwat, hampir satu Malaysia kecam Mahathir.. Hampir satu Malaysia bela Anwar.. Mengatakan Anwar tak bersalah.. Aku sendiri termakan dengan perarakan Reformasi Anwar time tu.. Maklum la.. umur aku time tu baru 19 tahun.. apa la yang aku tau..

Tapi sebab sebenar Anwar dipecat sememangnya kerana perbezaan pendapat yang sangat ketara antara Anwar dan Mahathir.. Anwar mencabar siapa yang dapat buktikan dia menerima pinjaman IMF supaya kemukakan bukti.. Memang la dia tak terima pinjaman IMF sebab tak sempat nak buat dah kena pecat dulu.. Tau apa yang Anwar buat? Siapa ada detail tentang salah laku Anwar ketika dia jadi TPM merangkap Menteri Kewangan dulu leh la post kat sini.. Aku tanak la copy/paste sumber dari forum lain tanpa bukti kukuh.. Aku cuma pastekan kenyatan Mahathir sendiri..

http://test.chedet.com/che_det/2008/11/snippets-18.html

Petikan dari chedet.com.. Link diberikan di atas.. Itu kenyataan dari Tun Dr. Mahathir sendiri..

2. PKR dan PAS "tunduk" dengan DAP.. Apa jadi dengan cita-cita negara Islam PAS?.. Dulu Selangor yang nak bina kandang babi moden.. Sekarang Kedah pulak?? Kalau kat Selangor tu, tapak cadangan betul-betul terletak kat sebelah kampung Melayu di Sepang.. Kat Kedah, majoriti orang Islam.. Tak makan babi.. Apalah bodohnya kerajaan PAS ni benarkan ternakan babi secara profesional kat situ?.. Ternak la lembu ke, kambing ke secara besar-besaran..

3. Media pro-Pakatan Rakyat pun tidak "clean".. Sama saja MalaysiaKini dengan Utusan... dua-dua pemanipulasi dan penipu.. Baca balik semua isi kandungan dia..

------------------------------------------------

Tapi bagus gak Anwar masuk Parlimen ni.. supaya dia boleh counter balik segala salah laku dari pihak kerajaan.. Tapi kalau nak ungkit pasal IMF dan 1998, tanya sendiri Anwar.. Apa sebab sebenar dia dipecat?.. Apa "konspirasi politik" yang dimaksudkan Anwar?.. Kalau Mahathir ada depan Anwar time kat Parlimen hari tu, memang Anwar tak akan sentuh balik la bab IMF tu..

Anyway, aku kutuk "Pakatan Rakyat" tak bermaksud aku sokong UMNO/BN.. Aku tahu banyak sangat pasal kes penyelewengan dalam kerajaan BN ni.. Ramai orang atasan kerajaan yang "bersara" atau "berpindah/ditukarkan" hanya sebab cuba "membetulkan" atau berlaku jujur di sebalik penyelewengan tender kerajaan.. Itu bukan rahsia pada siapa yang bekerja di bawah Kementerian Kewangan atau pada mereka yang terlibat secara langsung dengan tender kerajaan.. Dan jumlah yang terlibat adalah sangat-sangat besar..

The problem is.. Nak sokong BN = rasuah/penyelewengan... Nak sokong "Pakatan Rakyat" pun masa depan tak terjamin.. Maaflah jika ada yang mempertikaikan tentang "Ketuanan Melayu".. Tapi pada aku "Ketuanan Melayu" itu tetap perlu dipertahankan.. Aku tak mahu Malaysia diperintah oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam.. Dan aku tak mahu Anwar perintah Malaysia.. Kaji balik segala dasar Anwar ketika dia jadi Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan.. Takda satu pun yang mendatangkan manfaat... Semua sia-sia saja...

Dan sekarang diburukkan lagi dengan "Perebutan Kuasa" di kalangan pemimpin UMNO sendiri.. Sangat menyakitkan hati.. macam budak sekolah rendah.. "Pakatan Rakyat" senyum je dan tunggu dengan sabar untuk next PRU.. Sebab kalau macam ni la cara UMNO, next PRU memang milik "Pakatan Rakyat"... Dan Mahathir pernah beri amaran, sekali lagi BN kalah pilihanraya umum, BN tak mungkin boleh bangkit lagi..

Kalau orang Melayu boleh percaya dengan DAP, aku tak tau nak cakap apa laa... Satu je yang aku nak ingatkan.. JANGAN sekali-kali percaya pada orang CINA sekiranya ia melibatkan hal-hal berkaitan dengan tanah... Once orang CINA dapat hakmilik tanah di Malaysia, mereka takkan lepaskan semula.. You don't believe me? Try it yourself... Aku racist? So be it!!

mcmne ngan ni plak?

http://www.youtube.com/watch?v=YgMtu6FAJO0

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(WaKenaBeb @ Nov 25 2008, 09:21 PM) <{POST_SNAPBACK}>

Aku tau tentang cabaran Anwar tu.. sebab tu aku taruk laman web Chedet.com...

Soalan.. Adakah Anwar Ibrahim bercakap benar?.. Dia boleh cakap apa saja di Parlimen berkenaan IMF sebab takde sorang pun orang lain kat Parlimen tu yang terlibat dalam IMF.. time tu Mahathir pun takde kat Parlimen.. Mahathir dah tak jadi PM dah... Kamu tahu apa yang sebenarnya berlaku pada 1997?..

Anwar tidak pinjam dari IMF sebab dia tak sempat.. Apa yang Anwar buat ialah percubaan "membekukan" projek mega yang dirancang kerajaan ketika itu termasuk Bakun, Putrajaya dan KLIA semata-mata kerana "krisis kewangan" pada ketika itu.... Lebih separuh dari kontraktor yang terbabit adalah kontraktor Bumiputera.. Apabila projek yang telah berjalan tu dibatalkan begitu saja, apa la yang akan jadi?.. Projek terbengkalai.. Siapa yang rugi?.. Kerajaan Malaysia jugak..

Pada awal Julai 1997.. Time bermulanya krisis kewangan, Anwar dengan sambil lewa mempertahankan konsep "pasaran bebas" pada ketika itu dan mengatakan kejatuhan nilai ringgit ketika itu masih ditahap "terkawal" dan tidak menjejaskan ekonomi Malaysia.. Kemudian pada Ogos 1997, Mahathir buat kenyataan berbeza dengan menyalahkan George Soros sebagai penyangak spekulasi.. Apa yang Anwar buat?.. Dia kecam Mahathir sebab tak percaya pada "Pasaran Bebas"..

Pada September 1997, Anwar membekukan kebanyakan projek mega kerajaan termasuk Putrajaya dan Bakun.. Sebelum Mahathir menarik balik pembekuan tersebut..

Pada Oktober 1997, Anwar mengarahkan bank di Malaysia supaya mengetatkan syarat pinjaman dan menaikkan paras kredit.. Terseksa la peminjam dari industri kecil dan sederhana, kebanyakannya orang Melayu..

Pada Disember 1997, Anwar mengarahkan dasar "berjimat" kepada sektor swasta, dan memberi "lampu hijau" untuk "pengurangan pekerja".. Berapa ramai pekerja kilang dibuang kerja time tu?..

Kenyataan Anwar di Parlimen tu sebenarnya satu pembohongan secara halus...

"Tahun 1993 Anwar hentikan pinjaman Bank Dunia.. Kemudian 1999 Malaysia pinjam semula.." Sebab apa?? Sebab Anwar gagal nampak apa yang bakal berlaku pada 1997 dan meneruskan dasar "Pasaran Bebas" yang menyebabkan Mahathir campur tangan dan menambat nilai ringgit pada ketika itu.. Nilai ringgit jatuh teruk pada ketika itu sebab kelekaan Anwar Ibrahim pada 1997.. Itu Anwar Ibrahim tak berani sebut... Kenapa tiada siapa yang bangkang?.. Kerana Mahathir tiada dalam dewan Parlimen...
Hanya Mahathir (dan Anwar sendiri) yang tahu apa sebenarnya berlaku pada 1997..

Anwar memang patut dipenjarakan atas sebab salah guna kuasa.. (bukan sebab liwat.. aku pun tak percaya Anwar yang sakit belakang tu liwat orang)..

Share this post

Link to post
Share on other sites
Aku jugak kecewa dgn pergelokan dlm UMNO skrg semasa era Pak Lah...
Seolah-olah Pak Lah membiarkan mereka bertelingkah...
Pak Lah seolah-olah x mampu buat apa...
Semasa era Mahathir dulu x pernah dgr pertelingkahan mcm ni...
Politik wang juga makin meluas skrg..

Aku juga x suka Anwar, dia perosak negara...

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE
Hanya Mahathir (dan Anwar sendiri) yang tahu apa sebenarnya berlaku pada 1997..

so?korang tahu ke?nape tuduh anwar slh lak?anwar bohong?mybe chedet pn bohong?korang tahu ke?

QUOTE
Anwar memang patut dipenjarakan atas sebab salah guna kuasa.. (bukan sebab liwat.. aku pun tak percaya Anwar yang sakit belakang tu liwat orang).

nmpk jelas x kes liwat tu satu rekaan?nampak tak konspirasi nk jatuhkan anwar?nape nk jatuhkn anwar?sebb anwar 'pengacau' hasrat mereka?sbb anwar xbg pnjm dari imf?kalo benar la anwar salah gune kuasa, nape x dakwa dgn tuduhan tu dulu?nape kes liwat?manusia yg merancang tu lemah..tipu helah manusia tu lemah..sbb sebaik-baik perancang adalah Allah..sebaik-baik membuat tipu helah adalah Allah.. Edited by NeoLogy

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(NeoLogy @ Nov 26 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
nmpk jelas x kes liwat tu satu rekaan?

Tak jelas pun .. masih menunggu mahkamah bersidang ..

QUOTE(NeoLogy @ Nov 26 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
nampak tak konspirasi nk jatuhkan anwar?nape nk jatuhkn anwar?s

Buktikan dulu ada konspirasi .. report polis dan juga hasil siasatan pihak yang berwajib..

QUOTE(NeoLogy @ Nov 26 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ebb anwar 'pengacau' hasrat mereka?sbb anwar xbg pnjm dari imf?

Aku rasa ko salah fakta ni ..

QUOTE(NeoLogy @ Nov 26 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
kalo benar la anwar salah gune kuasa, nape x dakwa dgn tuduhan tu dulu?nape kes liwat?manusia yg merancang tu lemah..tipu helah manusia tu lemah..sbb sebaik-baik perancang adalah Allah..sebaik-baik membuat tipu helah adalah Allah..

Mahkamah tak jatuhkan hukuman lagi, bersidang pun belum, mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi pun kita tak tahu lagi .. jadi tuan yang arif, apakah kesimpulan yang boleh dikatakan mengenai kes ini? Siapakah peguam-peguam yang mengemukakan kes dan juga yang membela defendan? Bolehkah yang arif jelaskan? Atas sebab-sebab apakah yang arif mengatakan kes ini sebegini dan sebegini? LoL ..

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(NeoLogy @ Nov 26 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>
kalo benar la anwar salah gune kuasa, nape x dakwa dgn tuduhan tu dulu?nape kes liwat?

Anwar memang didakwa dengan tuduhan salah guna kuasa.. Cuma yang disensasikan media massa ialah kes liwat..

Anwar ditangkap dan dibicarakan atas 2 tuduhan pada 1998..

1. Atas tuduhan salah guna kuasa. Didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun.. (dari 1998 - 2004 = cukup 6 tahun)
2. Atas tuduhan liwat. Didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 7 tahun secara berasingan.. Tetapi tuduhan itu digugurkan pada tahun 2004 dan Anwar dibebaskan..

Share this post

Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...