Jump to content
Sign in to follow this  
Evilngenious

Pegang Babi Tak Berdosa Tapi Kena Samak

Recommended Posts

member aku citer ada ustaz bagi kuliah kat tmpt keje aku [aku tak gi ari tu] cakap babi boleh pegang dan tapi kena samak...tapi cuma haram dimakan je...sebab takde pun dalam al-Quran kata kalau pegang babi haram...anjing ada la...
1. Ustaz tu kata, khinzir hanya boleh dipegang dengan syarat kemudiannya nanti sipemegang itu melakukan samak ke atas benda yang bersentuhan dengan khinzir tersebut.

2. Erm, anjing haram dipegang?

so macam mana?maknanya kulit babi boleh dipakai la?berus babi pun halal la?asalkan sesudah disamak??
1. Dari pandangan aku, ini adalah pertanyaan dari encik Evilngenious sendiri, bukannya info yang diambil dari ceramah ustaz tersebut.

2. Apa-apa benda yang berasalnya dari khinzir tersebut (spt tulangnya, kulitnya etc) tetap NAJIS MUGHALLAZAH walaupun sesudah disamak. Tetapi apa-apa benda yang bersentuhan dengan khinzir tersebut (spt pinggan, orang) adalah SUCI sesudah disamak.

ok tapi ustaz tu ada kata kita boleh guna kulit babi?

contohnya wallet,kasut etc....

macam mana tu

Aku mula keliru sikit, adakah ini info yang diambil dari ceramah ustaz tersebut, atau ia sebenarnya satu pertanyaan encik Evilngenious sendiri (tadi). :)

* Kalau ada info yang silap, tolong betulkan e.

Share this post


Link to post
Share on other sites

jap2...

yang najis berat tu babi ke daging babi?

semua yang datang dari babi dan anjing termasuk bulu air liur apetah lagi najis..

Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku clear pasal hukum2 babi ni sbb sejak kecik diajar apa2 yang berkaitan dengan babi adalah najis mughollazoh...

tapi sesudah dapat tau pasal perkara babi 2 3 hari lepas jadi confused dah...macam dah ada bnyk fahaman...

tu pasal babi...pasal hukum2 lain lagi?

Share this post


Link to post
Share on other sites

haiya...sng nieh aku cite..bende2 yang diperbuat dari babi 2 apabila kite memakainya kena samak pulak tangan kite..x kira la dompet,tali pinggang ianya tetap najis yang berasal dari babi atau anjing..xkan ko nak pakai tali dompet kulit babi pas 2 ko nak solat kena samak tangan ko..pas 2 ko dah bis solat ko pegang balik dompet 2..pas 2 nak solat lagi ko kena samak lagi..x ke menyusahkan??kalo tidak x sah solat ko..so buat ko nak guna dompet kulit babi..kena samak pulak tangan ko lepas ko sentuh benda alah 2..

Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh sentuh tapi haram dimakan..bila sentuh wajib disertu/samak..kalo x samak x sah perbuatan kite..x perlu tutup..kite sekadar nak cari ilmu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erm.. Elok refer semula pada ustaz terbabit. Kalau ada rakaman audio / video lebih elok. Pastu kongsi, kita boleh selidik sama-sama.

Rasanya yang jadi confuse semula ni, sebab encik Evilngenious "dengar" ceramah tu dari orang tengah (kawan), sebab encik tak dpt join ceramah tersebut kan.. So mungkin info nya dah "lari" sikit. :)

Tapi kalau tak dapat refer ustaz / rakaman, boleh try tanya ustaz2 lain pulak kot, untuk dapatkan info yang lebih clear.

-

Tutup topik? Tak setuju. Sebab nanti ada yang keliru dengan pendapat "khinzir: harus guna, haram makan".

Edited by al-Qusyairi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa mungkin maksud ustaz ko tu, "boleh" merujuk dari segi hukum, kalau macam tu memang betul. Cuma kena perkembangkan lagi. Dalam Islam, bukan setakat perkara ni, tapi dalam konteks yang lebih luas, perkara-perkara lain yang di"boleh"kan sebenarnya boleh jadi haram kalau kena pada syaratnya. Contohnya termasuk berlebih-lebihan ketika berbelanja sehingga membazir, terlampau mementingkan kesihatan diri hingga memudaratkan dan sebagainya. Dan bila dikaitkan balik dengan isu ni, seperti yang aku telah terangkan, tahap keyakinan kita pula macamana. Apa niat kita menggunakan barangan tersebut sedangkan kita tahu ia najis. Dan tengok juga barang tu apa dia. Barangan seperti wallet, tali pinggang, kasut, benda ni pakaian, kita pakai so ada ler isunya. Lain pula dengan barangan macam berus cat, kadangkala kita nak tentukan benda ni bulu lembu, kambing atau babi pun susah, bukan ada pengesahan sebagainya, nak pastikan pun tak tau, jadi daripada kita menyusahkan diri sampai kita sanggup bergolok-bergadai dan membazir semata-mata nak cat dinding, "boleh" sekiranya digunakan.

Walau apa pun, seperti yang Qusyairi cakap, elok refer balik pada ustaz tu. Aku rasa member ko tak dengar habis tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Babi 2 dah najis..buat ape kite nak guna barang hasil dari najis..sentuh najis x berdosa x kira la najis kite,najis haiwan,arak..boleh pegang semua 2??tapi kena cuci lepas pegang benda 2..cuci pulak bergantung pade kategori najis 2..tapi fikir??untuk ape kite pegang benda 2?? ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

okla...

kalau ada peluang aku akan tanya balik ustaz tu...

tapi dari 2 org member aku yang gi ceramah tu mmg benda yang sama aku dgr..

tapi yela takkan lepas ni aku nak pakai kulit babi plak kan?takde nye.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

jap2...

yang najis berat tu babi ke daging babi?

Aku rasa semua persoalan telah terjawab. jangan ko nak cuba putar belit soalan ko...

antara babi dengan dagin babi, lepas tu ko putarkan lagi antara daging babi dengan najis babi ...

penyudah nya nak sebut babi pun jadi haram !!

Harap jangan meremehkan Isu yang telah tetap hukum nya..

Dalam segi hukum haram ini ada hukum yang Haram Mutlak. yakni tidak boleh diubah walau buat macam mana sekali pun tetap haram contoh berkahwin dengan adik sendiri.

Dan ada Hukum Haram tetapi boleh menjadi halal ketika berlaku DARURAT SAHAJA.

contoh memakan daging babi, ia boleh dimakan.

Harap merujuk kepada yang lebih arif.

Wassalam..

Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites

Benda ni boleh dikaitkan dengan situasi, sebab penyelesaian sesuatu masalah merujuk kepada situasi juga. Aku bagi contoh. Awek kita baru saja menghadiahkan kepada kita wallet baru, sebab dia tengok wallet kita dah koyak rabak, duit pun boleh tercicir, jadi dibelikan kita baru. Kita pun menerima wallet tersebut dan menggunakannya. Sekarang isunya, kalau wallet tersebut dibuat dari kulit babi pun, macamana kita nak pastikan? Ok la, dalam beberapa artikel, website dan risalah yang aku pernah baca, ada cara-cara nak mengenali kulit babi. Jadi kita pun check balik wallet tu dan mendapati tanda-tanda tu tak ada. Namun, pastikah kita wallet tu bukan dari kulit babi? Lain la kalau kat tepi wallet tu ada tulis "dibuat dari kulit babi", memang kita tak pakai, tapi kalau takde? Kalau nak buang wallet tu, takut awek kecik hati, tak elok kalau tak menghargai pemberian orang. Merujuk kepada situasi seperti ini, kita dapat menyimpulkan bahawa memang tak ada cara untuk mengenalpasti wallet tu. Jadi yang timbul sekarang, dari segi keyakinan. Kalau kita yakin tu bukan kulit babi maka pakailah, kalau kita was-was, tak yah ler pakai. Ramai yang pilih wallet dari kain sebab isu-isu macam ni ler. Allah Maha Mengetahui. Kalau niat kita betul, Dia tahu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bila aku meremehkan?

adakah dengar bertanya maka aku dah meremehkan sesuatu benda tu?

tak semua org lahir lengkap ilmunya macam saudara TJ-Arif

kalau kalau dengan bertanyakan ilmu dianggap meremehkan perkara tu aku rasa baik ko delete je topik ni untuk mengelakkan org terpengaruh dgn pertanyaan remeh ni...

edit:

aku tanya benda ni atas dasar org yang cakap benda ni adalah seorang ustaz..

yang jelas kedengaran adalah kulit babi boleh digunakan setelah disamak dan tiada lagi tinggal sisa2 lemak dan daging babi dekat kulit tu..tapi tidak digalakkan untuk megelakkan fitnah lebih kurang mcm tu lah..

Edited by Evilngenious

Share this post


Link to post
Share on other sites

yes sokong dgn sir pyan..jauhi pekara syubhah...

bila aku meremehkan?

adakah dengar bertanya maka aku dah meremehkan sesuatu benda tu?

tak semua org lahir lengkap ilmunya macam saudara TJ-Arif

kalau kalau dengan bertanyakan ilmu dianggap meremehkan perkara tu aku rasa baik ko delete je topik ni untuk mengelakkan org terpengaruh dgn pertanyaan remeh ni...

betul bro..aku sokong ko..aku x anggap bende nie remah..tapi soalan yang ko tanya 2 asas sangat..''daging babi dan babi''..xkan ko x tau??..soalan cam 2 aku rasa semua dah tau sebab kite dah belajar..mungkin ko terlupa kot..xpe kite sama2 ingatkan..insyaAllah..:)

edit:

aku tanya benda ni atas dasar org yang cakap benda ni adalah seorang ustaz..

yang jelas kedengaran adalah kulit babi boleh digunakan setelah disamak dan tiada lagi tinggal sisa2 lemak dan daging babi dekat kulit tu..tapi tidak digalakkan untuk megelakkan fitnah lebih kurang mcm tu lah..

sebenarnya kulit babi atau anjing mmg boleh disamak..tapi mengikut islam tidak sah..macam sembelih ayam..orang cina boleh sembelih tapi dalam islam tidak sah..berbalik kepada samak kulit babi tadi.. ianya tidak sah sebab ia adalah najis yang nyata..kite x boleh sucikan najis tapi boleh menyucikan benda yang terkena najis..

Edited by SiR_FAiZ

Share this post


Link to post
Share on other sites

edit:

aku tanya benda ni atas dasar org yang cakap benda ni adalah seorang ustaz..

yang jelas kedengaran adalah kulit babi boleh digunakan setelah disamak dan tiada lagi tinggal sisa2 lemak dan daging babi dekat kulit tu..tapi tidak digalakkan untuk megelakkan fitnah lebih kurang mcm tu lah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah najis.†[al-An’aam 6:145]

sebab tu aku ada tanya tadi yang haram tu babi ke daging babi...

sorila aku ni cetek ilmu..pasal kulit binatang plak aku tak jumpa lagi...

kalau ada yang jumpa tu boleh la kongsi dekat sini supaya lebih mantap lagi pemahaman kita akan perkara ni..

wallahualam

sumber

pasal babi

Edited by Evilngenious

Share this post


Link to post
Share on other sites

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah najis.†[al-An’aam 6:145]

sebab tu aku ada tanya tadi yang haram tu babi ke daging babi...

sorila aku ni cetek ilmu..pasal kulit binatang plak aku tak jumpa lagi...

kalau ada yang jumpa tu boleh la kongsi dekat sini supaya lebih mantap lagi pemahaman kita akan perkara ni..

wallahualam

sumber

pasal babi

Seperti yang aku cakap tadi, kita kena tau bezakan antara istilah "haram" dengan "najis". Seperti yang terdapat pada ayat tersebut tu pun dah jelas, nampak penggunaan istilah "haram" pada "memakannya" kerana ia "najis". Kalau berkenaan dengan babi atau daging babi, kalau dari segi istilah "najis", jelaslah semuanya adalah "najis". Tapi kalau dari segi istilah "haram", yang ni kita perhaluskan lagi seperti yang telah kita bincang dalam pos-pos sebelum ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lagi faham konsep tidak sah dan haram..2 nie berbeza..

contoh..sembelihan..sembelihan hasil dari orang bukan islam adalah tidak sah dalam islam..tidak haram bila kite menyentuhnya..akan tetapi haram jika memakanya..ataupun bangkai..kite boleh sentuh tapi x boleh memakanya..jika terpegang bangkai kecuali bangkai babi dan anjing boleh basuh dgn air mutlak sahaja..boleh faham??

begitu juga dgn babi..apabila kite menyentuhnya ia tidak haram..tetapi wajib kite samak bahagian yang terkena babi itu..babi kategori najis berat..cara die lain pula..jika tidak samak segala amal ibadat kite tidak sah kerana diri kite wujud sisa2 najis itu..

babi itu adalah najis..dlm Al-quran babi tidak disebut haram tetapi najis..akan tetapi memakannya adalah HARAM..

harap bro boleh faham..kalu ade salah boleh diperbetulkan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

haram hukumnya makan daging babi.... semua part binatang tu adalah najis... biler tersentuh wajib samak untuk hilangkan kesan najis di tempat berkenaan tapi takder la berdosa biler tersentuh tu... berdosa biler tak samak sbb tak buleh solat dalam keadaan terkena najis

kalo ader org kata kulit babi buleh disamak then suci utk dipakai tu mengarut la

Share this post


Link to post
Share on other sites

yup toi kata locco rasa cm ngarut la plak kulit babi tu bley wt barangan kulit walaupun dah disamak...huhu ayah aku kata tadi segala keturunannya adalah najis termasuk kulit dan dagingnya haram dimakan...juz bila disentuh tak haram so kena samak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ntah la..

yang aku dgr ni dari ustaz

yang tinggi ilmu agama..

tapi mmgla takdenya aku nak pakai kulit babi tu...huhu

ustaz mai dari iran kot?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape laa nak pening-pening...

meh la penerangan secara ringkas...

1. makan babi = haram...

2. sentuh babi = tak haram tapi kena samak..

3. samak = menyucikan diri dari najis.. kalau babi = najis berat (mughallazah..) = basuh ngan air lumpur (tanah) sekali + air mutlak 7 kali...

4. Nak pakai kasut kulit babi? = silakan = larat ke nak samak kaki ngan tangan tu tiap kali pakai ngan tanggalkan kasut kulit babi?

5. Selagi tak samak = diri tu bernajis = takleh semayang..

Haa.. nak tau dengan lebih mendalam kene tanye ustaaaazzzzzzzzzzz... aku tau setakat itu sahaja...

Err.. soalan.. katakan aku sentuh babi.. kemudian aku sentuh lak tangan Sir Faiz dengan muke Sir Pyan.. agaknya diorang berdua pun kena samak ke tidak? :blush:

Contoh je arrr.. jangan marah di bulan puasa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Err.. soalan.. katakan aku sentuh babi.. kemudian aku sentuh lak tangan Sir Faiz dengan muke Sir Pyan.. agaknya diorang berdua pun kena samak ke tidak? :blush:

Contoh je arrr.. jangan marah di bulan puasa...

Bagus soalan ni. Aku mintak sapa yang arif boleh jelaskan lebih detail. Pendapat yang boleh aku bagi, sudah tentu kalau aku dan Sir Faiz tak tahu menahu langsung yang Baok dah pegang babi pastu pegang muka kitorang, dan Baok pulak langsung tak bagitau kitorang yang dia dah pegang babi, ianya boleh dimaafkan bagi kitorang, tapi bagi Baok mungkin lain ceritanya. Aku rasa ini ada perkaitan dengan keadaan basah dan kering seperti dalam kes anjing. Dalam kes anjing aku rasa dah ada perbincangan kat sini, boleh rujuk sini:

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=44994

Kita compare dengan permasalahan tersebut. Kalau aku dan Sir Faiz secara kebetulan dapat tahu yang Baok dah pegang babi, maka personally aku akan samak juga, sebab aku tak yakin dan untuk dapat kepastian, itu pun kalau aku dapat tahu. Lepas tu aku akan ketuk kepala Baok sebab dah pegang babi pastu pegang muka kitorang pulak. Kah! Kah! Kah! :lol:

Ni ada bahan bacaan baru, keluar kat Metro Khamis semalam. Elok dijadikan rujukan dan iktibar.

Terbeli Sandal Babi

KUALA LUMPUR: Keinginan seorang lelaki melaram dengan sandal baru sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak kesampaian apabila terbeli sandal diperbuat daripada kulit babi.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Hairul, 24, berkata dia singgah membeli barangan persiapan raya di pusat membeli-belah di Bukit Tinggi, Klang, Isnin lalu.

Sepanjang berada di premis itu, dia tertarik pada sepasang sandal diperbuat daripada kulit yang dijual pada harga promosi.

Difahamkan, harga sandal kulit itu sebelum promosi RM189 dan sepanjang promosi berlangsung harganya dijual pada RM151.

Hairul berkata, dia bertanyakan dua pekerja Melayu di situ bagi mendapatkan kepastian sama ada sandal itu diperbuat daripada kulit babi ataupun tidak dan pekerja terbabit meyakinkannya sandal itu bukannya daripada kulit babi.

“Sebaik mendapat kepastian, saya membuat pembayaran di kaunter dan membawanya pulang tanpa sebarang kesangsian, namun tiga hari kemudian ketika mengunjungi pusat beli-belah di Menara Berkembar Petronas (KLCC) terkejut melihat sandal serupa diletakkan pada bahagian tanda barangan yang diperbuat daripada kulit babi,†katanya.

Terkejut dengan tanda itu, Hairul berkata dia mendapatkan kepastian daripada petugas premis itu dan disahkan sandal itu diperbuat daripada kulit babi.

Berikutan itu, mangsa mahu kejadian itu disiasat berikutan ketika mangsa membeli sandal itu, tiada sebarang tanda amaran diletakkan.

Tepat jam 4 petang hari yang sama, katanya, dia dihubungi pengurus cawangan butik itu membenarkan dia menukarkan sandal itu kepada sandal yang lain.

“Malah dia turut menyerahkan baucar berjumlah RM100 supaya saya tidak menghebahkan perkara itu dan menganggap kejadian itu perkara biasa.

“Saya tetap berdegil berikutan kejadian itu tidak seharusnya diambil ringan lebih-lebih ia membabitkan agama kerana saya seorang Muslim dan sekiranya kelalaian seperti ini dibiarkan, bimbang ramai lagi yang akan terus berdosa gara-gara memakai sandal itu,†katanya.

Cara mengenal kulit babi (dipetik dari laman web PPIM), sebagai panduan dan rujukan.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.558.2

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;

KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…

PERANGIN MALL

BUKIT JAMBUL

GURNEY PLAZA

KOMTAR

SUNSHINE

GAMA

PACIFIC

SOGO

QUEENSBAY

CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…

HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN

BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT

PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN

KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)

SANDAL LELAKI

TOLONG PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA

Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...