Jump to content
Sign in to follow this  
Evilngenious

Pegang Babi Tak Berdosa Tapi Kena Samak

Recommended Posts

Khinzir atau anjing. Yang aku paham dari dulu, 2 ekor ni kalau pegang depa kering tak perlu samak, kene samak kalau kene selain kering a cam, peluh, air liur, tahi, kencing, darah, air mate, tahi telinge, tahi hidung etc. Kalau kite basah die kering kite pegang kene samak. Die die basah kite kering kene samak gak. Kene due due kering baru tak payah samak. Jangan la tanye due due basah tak payah samak lak.

Bab2, jadi pakaian tu aku tak pasti, kulit khinzir tahan ke wat pakaian, kang koyak la plak.

Edited by gamerlifee

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa kaitan iran dengan hal2 babi ni?

org iran pakai kulit babi ke?

dulu ada la aku dok klebek buku (tejemahan mlayu) yang ditulis kandungan himpunan hadisnya, berkaitan ada la bab ini. 'SHEIKH' yang menulis! Kut ada orang masih membaca lagi le ni, kira biasa.... tak biasa, bole bias!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cakap la sertu(kalau nak menyucikan najis mughalazah ni)...

samak tu kalau kita nak gunakan kulit haiwan misalnya.. Macam nak buat tali pinggang guna kulit ular misalnya. asalnya bila ular tu mati, maka ular tu menjadi bangkai. Bila jadi bangkai, maka ia najis(mutawasittah) maka untuk menjadikan ia boleh digunakan untuk buat pakaian misalnya, perlulah samak.

Yang korang asyik sebut2 samak merujuk kepada cara menyucikan najis yg terkena pada anggota badan je dengan menggunakan air tanah, dengan basuhan sebanyak 7kali air mutlak tu je.. Panggillah "Sertu"..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bende yang menyusahkan jangan lah didekati, Islam itu mudah.

Kalau dah dikata sentuh orang yang bukan muhrim itu haram. Habis tu kalau cium pulak macam mana...

Islam sudah menyebut yang asas. Kenapa pula dicari yang lebih complicated...

Aduhai.....

Dah disebut begitu, jauhi la dari babi dan anjing... Abis citer...

Dah disebut meminum arak itu haram, kalau isap ganja,dadah pulak macam mana... alahai....

ade ke dah tahu itu kasut tu dari kulit babi terus pegang... selalunya kalau terpegang dan kemudian baru tahu itu kulit babi, maka baru samak, kalau dah pegang tapi tak tahu yang itu kulit babi...... hanya Allah yang maha mengetahui.

So kalau dah tahu itu dari babi/anjing baik dijauhi. Kalau tidak mengetahui... hanya Allah yang Maha mengetahui dan kita patut belajar bagaimana ingin mengenal itu kulit babi atau tidak.

Edited by ☺■Ç

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cakap la sertu(kalau nak menyucikan najis mughalazah ni)...

samak tu kalau kita nak gunakan kulit haiwan misalnya.. Macam nak buat tali pinggang guna kulit ular misalnya. asalnya bila ular tu mati, maka ular tu menjadi bangkai. Bila jadi bangkai, maka ia najis(mutawasittah) maka untuk menjadikan ia boleh digunakan untuk buat pakaian misalnya, perlulah samak.

Yang korang asyik sebut2 samak merujuk kepada cara menyucikan najis yg terkena pada anggota badan je dengan menggunakan air tanah, dengan basuhan sebanyak 7kali air mutlak tu je.. Panggillah "Sertu"..

Oh TQ. Aku ingatkan terbalik, sebab dulu belajar kat sekolah, ustaz ustazah guna istilah "samak" untuk cara membersihkan benda yang terkena najis berat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau dari segi istilah, 'samak' dan 'sertu' lebih kepada adaptasi perkataan Melayu, sebenarnya takde perbezaan yang ketara dari segi istilah, cuma dari segi pemahaman saja, ini kerana dalam hadith sahih tidak digunakan kedua-dua perkataan tersebut. Walau apa pun, kaedah penyucian adalah seperti yang semua kita dah tahu, 7 basuhan, 1 bahagian tanah, 6 bahagian air, seperti yang diriwayatkan dalam hadith riwayat Muslim. Untuk bahan bacaan lanjut, bolehlah dirujuk kepada blog Ustaz Adnan Fadzil di : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuc...n-najis_14.html

Petikan dari blog Ustaz Adnan:

Apakah najis yang perlu dibasuh menggunakan air bercampur tanah? Bagaimana caranya?

Iaitu najis anjing kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah†(Riwayat Imam Muslim). Caranya ialah;

Pertama; Buang najis terlebih dahulu

Kedua; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).

Ketiga; Bilas dengan air biasa sebanyak enam kali.

Oleh kerana cara membasuh najis anjing di atas lebih berat berbanding cara membasuh najis-najis yang lain, maka kerana itu najis anjing dinamakan ulamak dengan najis mughallazah (najis berat).

Adakah najis babi juga mesti di basuh dengan air bercampur tanah?

Ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang babi; adakah ia termasuk dalam najis berat (mughalladzah) sebagaimana anjing di atas, atau ia hanya terdiri dari najis biasa (seperti arak, air kencing, tahi dan sebagainya) yang mencukupi dibasuh dengan air seperti biasa? Ada dua pandangan;

Pertama; Jumhur ulamak berpandangan; babi sama seperti najis-najis yang lain, iaitu mencukupi dibasuh seperti biasa hingga hilang kesan-kesannya. Tidak perlu diulangi basuhan hingga tujuh kali dan tidak perlu menggunakan tanah. Mengikut pandangan jumhur ulamak, najis berat hanya satu sahaja iaitu anjing. Dalil mereka ialah sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Apabila anjing menjilat bekas salah seseorang dari kamu, cara menyucinya ialah dengan ia membasuhnya sebanyak tujuh kali, kali pertamanya dengan tanah†(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Di dalam hadis ini, Nabi hanya menyebut anjing sahaja, tidak menyebutkan najis yang lain termasuk babi.

Kedua; mengikut mazhab Syafi’ie; babi sama seperti anjing, oleh itu ia mesti dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan mesti dengan air bercampur tanah. Dalil mereka ialah dengan mengkiaskannya kepada anjing kerana babi lebih buruk keadaannya dari anjing di mana pengharaman memakannya adalah sabit dengan nas al-Quran, adapun pengharaman memakan anjing hanya sabit dengan ijtihad.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok tapi ustaz tu ada kata kita boleh guna kulit babi?

contohnya wallet,kasut etc....

macam mana tu

aku rasa ko dh salah dengar n salah faham ni....semua haiwan sama ada halal dimakan atau yang haram dimakan menjadi suci apabila disamak KECUALI ANJING n BABI. ini bermakna, binatang2 halal dimakan spt lembu dan binatang yang haram dimakan seperti buaya bila disamak kulitnya menjadi suci dan boleh digunakan tetapi kalau kulit anjing n babi korang samak macam mana sekalipu tetap haram digunakan. walaubagaimanapun ini tak bermaksud kita blh menganiaya dua ekor binatang ni...

bahkan, kalau anjing masih boleh kita manfaatkan cthnya utk berburu atau menjaga ladang tapi dgn syarat anjing tu mesti dilatih dan terlatih (ayat ni mcm pernah aku guna dulu tapi bila ya....)

harus diingat, daging anjing n babi tetap haram dimakan walaupun dh "disamak"

lagi satu, samak kita dapat bahagikan kpd 2 iaitu samak utk menyucikan diri selepas terpegang anjing n babi dan satu lagi samak utk menyucikan kulit binatang supaya boleh kita manfaatkan. cthnya kulit buaya dijadikan dompet....

sekian...diharap dapat membantu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ya, memang ada sedikit perbezaan, tapi dari segi pemakanan tetap sama iaitu haram dimakan. Pembacaan tambahan tentang perbezaan antara mazhab boleh dibaca di sini:

http://myhalal.blogspot.com/2008/07/babi-d...zhab-fekah.html

Apa pun, setiap perkara ada hikmahnya. Di sini kita boleh nampak bahawa secara ringkasnya seperti yang kita selalu hadapi dalam permasalahan harian seperti dalam kes-kes yang telah kita bincangkan di atas, kekadang kita mungkin tak tersengaja terguna kulit babi seperti berus dan sebagainya, kita pun tak tahu dan takde pihak yang dapat sahkan, jadi ia boleh dimaafkan, tapi sekiranya kita in any way dapat tahu, maka eloklah kita tukar kepada produk lain. Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

teringat aku dulu2 balik kampung ikut jalan lama jumpa 3-4 lori bawak babi ni , bangun2 tido tengok tepi tingkap ada babi tengok aku balik . Ahahaha. :lol: . Kena jaga2 barang made in china ni selalu dia pakai bahan2 dari babi tapi dia tak bagitau kat customer <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

PENJELASAN MENGENAI HUKUM ANJING DAN BABI

Susunan:

Ustaz Said Mohd Salleh,

Masjid Jamik As-Solihin, Tampoi, Johor Bahru.

Muqaddimah,

Ada golongan kecil yang memberi hukum babi itu bukan najis berat (mughalladzah / مغـلظـة) hanya najis sederhana (mutawassitah / متـوسـطه) sahaja.Jadi jadi suci dengan membasuh dengan air sahaja, tidak wajib disertu kata mereka. Fahaman ini wajib dibetulkan kerana akan merosakkan masyarakat Islam sendiri.

Penjelasan yang sebenar,

Imam Abu Al-Qasim Al-Hanbali menjelaskan bahawa semua bekas yang kena najis jilatan anjing, kencing atau lainya hendaklah dibasuh tujuh(7) kali, satu(1) darinya dengan tanah ( Al-Mughni, Wa Syarhul Kabir, 1:74 ). Mazhab As-Syafi’i menegaskan semua jenis anjing adalah najis.Turut berpendapat demikian ialah imam-imam Al-Auza’i, Abu Hanifah, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Abu ‘Ubaid. Sementara Az-Zuhri, Malik dan Daud ( Az-Zahiri ) mengatakan suci. ( Al-Majmuk, 2:567 ).

Imam Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah Al-Hambali dalam kitabnya Al-Mughni Wa Syarhulkabir menghuraikan najis Terbahagi kepada dua(2) bahagian:

i) Najis anjing dan babi serta keturunan dari kedua-duanya tiada beza pendapat mazhab; Imam As-Syafi’i mewajibkan najis ini dibasuh tujuh(7) kali, Satu(1) kali darinya dengan tanah. Imam Ahmad pula mengatakan ia wajib dibasuh lapan(8) kali berdasarkan hujah hadis dari Abdullah Bin Al-Mughaffal bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila anjing menjilat ke dalam bejana, basuhlah tujuh(7) kali dan sapulah debu tanah pada kali kelapan(8)†(Hadis ini riwayat Imam Muslim, Al-Jami’ us Sahih 1:162)(lihat Al-Mughni, 1:74).

Ertinya pada Imam Ahmad (Hanbali) wajib dibasuh lapan (8)kali dan sekali darinya dengan tanah. Namun begitu pada imam Abdullah sendiri yang sahnya ialah tujuh(7) kali. (hadis yang suruh basuh tujuh laki itu lebih sah katanya.(Al-Mughni, 1:74). Bilangan lapan(8) kali dalam hadis di atas bermaksud sekiranya didapati salah satu basuhan itu ada najis yang lain.

Imam Abu Hanifah pula berkata tidak wajib bilangan berapa kali basuhan pada mencuci najis ini. Yang wajibnya dibasuh sehingga yakin suci. ( Al-Mughni, Wa Syarhulkabir, 1:74 ). Termasuklah juga najis anjing dan babi. Imam Malik dan Al-Auza’i berkata mebasuh bekas jilatan, tujuh kali itu sebagaimana yang di naskan oleh hadis adalah Ta’abbud / تعبد.iaitu suatu pernyataan kehambaan –sunat sahaja (bukannya wajib) kerana ia tidak najis. Pendapat ini berhujah dengan dalil firman Allah surah Al-Maidah ayat 4 maksudnya: “Maka kamu makanlah binatang buruan yang ditangkap (oleh anjing pemburu) untuk kamu itu“. mereka kata firman Allah ini tidak suruh membasuh kesan gigitan anjing pada binatang itu. (Al-Mughni, Wa Syarhulkabir, 1:71, Al-Majmuk 2:580-581).

Hukum wajib membasuh tujuh(7) kali sekali darinya dengan tanah adalah berhujah dengan beberapa hadis Abu Hurairah di antaranya sabda Rasulullah S.A.W:

“Benjana kamu jadi suci bila anjing menjilat padanya ialah dengan membasuh tujuh(7) kali sekali darinya dengan tanahâ€. (Al-Jami’ us Sahih,1:162).

Imam Abdullah menjawab pendapat Imam Malik dan lain-lain yang mengatakan jilatan anjing dan babi itu suci dengan mebawa hadis Abu Hurairah sabda Rasullah S.A.W tersebut.

Begitu juga dengan hadis Abu Hurairah yang lain Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila anjing menjilat benjana seorang dari kamu hendaklah membasuhnya tujuh(7) kali†. (Al-Jami’ us Sahih,1:161).

Kata Imam Abdullah : “Kalau baki jilatan anjing itu suci tidaklah perlu membersihkannya dan tidak wajib membasuhnya. Dan kalau membasuhnya sebagai ta'abbud sahaja tidaklah nabi perintahkan supaya dibersihkan kesan najis seperti dijirus air dahulu dan tidaklah dikhususkan membasuh tempat jilatan sahaja kerana lafaz itu umum pada benjana keseluruhannyaâ€

begitu juga dengan suruhan Allah memakan buruan yang ditangkap oleh anjing pemburu hendaklah difahami bahawa Allah suruh makan dan nabi S.A.W suruh basuh. Kita beramal dengan dua suruhan itu. Kesan gigitan anjing pemburu itu tidak wajib dibasuh kerana sukar maka ia dimaafkan,†(Al-Mughni, 1:77)

Abu Hurairah r.a. mriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anjing menjilat benjana seorang dari kamu hendaklah membersihkan kesannya dan membasuhnya tujuh(7) kali†(Al-Jami’ us Sahih,1:161, Al-Mughni Wa Syarhulkabir, 1:71). Maksudnya tidaklah wajib kita korek lubang-lubang kesan taring itu dan dimaksudkan tanah dan dibasuh tujuh(7) kali. Memadailah dibahagian luaran sahaja yang disertu.

Ibnu Al-munzir mengatakan bahawa riawayat membasuh tujuh kali itu diambil dari Abu Hurairah Ibnu Abbas, ‘Urwah bin Az-Zubair, Tawus, Amru bin Dinar, Malik, Al-Auza’i, Ahmad, Ishaq, Abi Ubaid, Abu Thaur. Itulah juga yang dipegang Ibnu Al-Munzir. Az-Zuhri pula berkata cukup basuh tiga(3) kali. Abu Hanifah berkata basuh hingga yakin suci walaupun sekali basuhan. (Al-Majmuk 2:580). Pendapat Az-Zuhri dan Abu Hanifah ini berdalilkan hadis Abu Hurairah Rasulullah S.A.W suruh membasuh bekas jilatan anjing: “Basuhlah tiga kali, lima kali atau tujuh kaliâ€. Namunj ahli-ahli hadis bersepakat mengatakan hadis ini lemah dan tidak sah kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abdul Wahab tidak diterima oleh Ahlul Jarhi wat Ta’dil yang menyelidik latar belakang perawi hadis termasuklah Imam Al-Bukhari, Ad-Daru Qutni, Al-Akili, Abdul Rahman bin Abu Hatim dan lain-lain (Al-Majmuk 2:581). Ini bererti hujah Abu Hanifah dan Az-Zuhri itu tertolak.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]--><!--[endif]-->

Beratnya najis anjing ini Raulullah S.A.W tidak masuk ke rumah yang ada anjing tetapi baginda masuk ke rumah yang ada kucing. Sabda baginda bila ditanya oleh sahabat kenapa tidak masuk ke rumah yang ada anjing tetapi masuk ke rumah yang ada kucing; “Kucing itu tidak najis†(Al-Majmuk 2:567).

Babi dihukumkan najis berat kerana dikiaskan kepada anjing yang mana Allah S.Wt. menegaskan haram makan babi ( Surah Al-Baqarah ayat 137, Al-Maidah ayat 3 Al-An'am ayat 145, An-Nahl ayat 115). Dengan itu kaum muslimin turut sama mengharamkannya. (Al-Mughni, 1:77). Maksudnya jika Allah S. wt. menyebutkan haramnya secara khusus menunjukkan beratnya perintah itu lantas dihukumkan najis berat agar larangan Allah itu benar-benar dipatuhi.

Bolehkah tanah diganti dengan yang lain seperti sabun, garam, dedak padi atau sebagainya?

Pendapat pertama:

Tidak boleh kerana ia diperintah supaya menggunakan tanah seprti juga tayamum diperintah menggunakan debu tanah tidak boleh diganti dengan yang lain.

Pendapat kedua:

Boleh kerana bahan-bahan seperti itu lebih baik dari tanah untuk pembersihan dan dinaskan dengan tanah itu ialah sebagai penegasan menggunakan bahan yang boleh membersihkan. Termasuk benda-benda yang kesat yang boleh menggalkan najis seperti batu boleh digunakan untuk beristinjak.

Namun kata ulamak Hambali boleh digantikan dengan bahan lain bila tidak ada tanah atau benda yang dibasuh boleh rosak jika menggunakan tanah. Ini termasuk darurat.(Al-Mughni Wa Syarhulkabir, 1:75, Al-Majmuk 2:582). Oleh kerana sudah dinaskan dangan tanah hendaklah menggunakan tanah.(Al-Majmik, 2:583). Lebih-lebih lagi sekarang secara saintifik dan tradisional telah membuktikan tanah mempunyai unsur pembersih yang baik dan sihat. Dalam mazhab As-Syafi’i juga sunat dan afdal didahulukan dengan tanah barulah diikuti dengan air. (Al-Majmuk, 2:582)

2): Najis yang lain dari anjin dan babi. Membasuhnya ada dua riwayat kata Imam Abdullah;

(Riwayat pertama) wajib dibasuh dangan bilangan iaitu dikiaskan kepada basuhan najis anjing dan babi hadis Ibnu Umar yang disandarkan kepada nabi S.A.W yang ber maksud “Kami diperintah membasuh najis-najis tujuh(7) kaliâ€

(Riwayat kedua) Tidak wajib dibasuh dengan bilangan tertentu bahkan diterima asalkan menggunakan air yang banyak yang boleh menanggalkan najis. Ini adalah pendapat As-Syafi’i kata Imam Abdullah. Hujahnya, sabda nabi S.A.W yang bemaksud “Apabila kamu terkena darah haid (Pada pakaian misalnya) ganyahlah dengan jari dan direnjiskan dengan air......â€

2.Imam Abdullah mengatakan bahawa tidak ada beza najis jilatan anjing, kakinya, bulunya, atau lain dari mana-mana bahagian tubuhnya kerana hukum setiap bahagia tubuh binatang itu sama dengan mana-mana bahagian tubuh yang lain. Hukum babi itu sama dengan hukum anjing kerana nas hadis berlaku pada anjing sedangkan babi itu lebih teruk dari anjing dan lebih berat.Tambahan pula Allah S.W.T naskan pengharaman babi dan Rasulullah S.A.W naskan beratnya najis anjing wajib dibasuh tujuh(7) kali. Kaum Muslimin juga sekata dengan hukum ini.

(Lihat Al-Mughni Wa Syarhulkabir, 1:77)

Ini bereti apa yang dinaskan oleh Allah itu tentulah lebih berat lagi. Nas pengharaman makan babi ialah dalam surah Al-Baqarah ayat 173 : “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu bangkai, darah dan daging babi…………†Nas yang lain ialah surah Al-Maidah ayat 3 : “Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging babi…….. seterusnya lihat surah-surah Al-An'am ayat 145, An-Nahl ayat 115)â€

3.Imam As-Syirazi dari mazhab As-Syafi’i dalam Al-Majmuk menjelaskan bahawa babi adalah najis kerana ia lebih buruk dari anjing, bahkan sunat dibunuh dan dinaskan haramnya oleh Allah S.W.T. Oleh itu kalau anjing najis (Mughallazah) yang berat tentulah babi lebih tinggi lagi, begitu juga keturunan dari kedua-duanya (Al-Majmuk, 2:568)

4.Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa Ibnu Al-Munzir dalam kitab Al-Majmuk mengatakan ijmak ulama menghukumkan babi itu najis, inilah yang utama bila sabit dengan ijmak. (Mazhab Malik mengatakan babi itu suci selagi ia masih hidup). Adapun binatang yang lain dari anjing dan babi serta keturunan dari kedua-duanya adalah suci semuanya (Selagi ia tidak menjadi bangkai).(Al-Majmuk, 2:568). Susu anjing dan babi serta keturunan dari kedua-duanya juga sepakat (Ittifaq) ulama mengatakan najis. (Al-Majmuk 2:569)

Benar, Tidak ada dalil yang menjelaskan hukum babi itu najis seperti anjing (Al-Majmuk 2:268).Ini diakui sendiri oleh imam An-Nawawi tetap ia sendiri menegaskan anjing dan babi sama-sama najis dan imam Muhammad Khatib As-Syarbini menghuraikan babi itu lebih jijik dari anjing (Mughni Al-Muhtaj, 1:78)

5.Ada ulama seperti Ibnu Al-Qas Mengatakan kena jilatan babi hanya wajib dibasuh sekali sahaja tanpa menggunakan tanah tetapi bagaiman pula pendapat jumhur (majority) iaitu ijmak yang menegaskan ia wajib dibasuh tujuh(7) kali? (Al-Majmuk, 2:586). Ibnu Al-Munzir mengatakan babi itu najis dengan ijmak tidak seperti mazhab malik dan satu(1) dari pendapat Abu Hanifah yang mendakwa babi itu suci tidak najis (Mughni Al-Muhtaj, 1:78).

6.Ulama mazhab (As-Syafi'i) mengatakan bahawa air atau makanan lebihan bekas jilatan haiwan selain anjing dan babi serta keturunannya dari kedua-dua sahaja yang dihukumkan suci, masih boleh diminum atau boleh dimakan. Adapun dari anjing dan babi serta keturunan kedua-duanya adalah najis. Ini riwayat dari Urwah, inilah mazhab As-Syafi’i dan Abi Ubaid. Abu Hanifah juga khusus mengenai lebihan jilatan anjing daan babi adalah tidak suci. Imam Malik, Al-Auza’i dan Daud lebihan kedua-dua binatang ini suci boleh diminum dengannya dan kalau kedua-dua menjilat makanana yang tidak haram dimakan, makanan itu halal dimakan (Al-Mughni Wa Syarhulkabir, 1:70).

7. Dalam hukum menyamak kulit bangkai, Imam An-Nawawi mengatakan kulit babi itu sama dengan kulit anjing iaitu tidak suci dengan disamak melihat bahawa semua kulit binatang suci dengan disamak kecuali kulit anjing dan babi serta keturunan kedua-duanya.Imam Abu Hanifah juga menegaskan kulit babi tidak suci sekalipun disamak. (Al-Mughni Wa Syarhulkabir, 1:84).

Kesimpulan:

1) Hukum najis anjing itu dengan dalil nas sementara najis babi pula adalah ijmak

2) Ijmak itu adalah satu dari sumber hukum dalam mazhab As-Syafi’i yang merupakan mujtahid mutlak. Jika disusun semua hukum dalam mazhab As-Syafi’i kita dapati ianya seperti berikut; Al-Quran, As-Sunnah (hadis), Ijmak dan Qias.

3) Imam As-Syafi'i juga adalah mujaddid (reformer) yang membetulkan pendapat dan fahaman dari para imam mujtahid sebelumnya. Jika tidak, tidak bererti imam Syafi’i diterima sebagai mujaddid kurun kedua.

4) Pendapat yang menghukumkan babi itu suci atau hanya cukup dibasuh seperti najis lain hanyalah pendapat terpencil yang tidak layak dijadikan hujah dan dalil untuk diikuti.

5) Mazhab dan pendapat lain tidak perlu ditaklid dalam sebuah Negara dan masyarakat yang mengamalkan mazhab Tajdid As-Syafi’i seperti Malaysia.

6) Tidak perlu risau, dalam keadaan darurat, mazhab kita As-Syafi'i ada kaedah-kaedah untuk menjadikan yang tidak sah itu dihukumkan sah, yang haram itu dihukumkan halal atau harus, yang najis itu dihukumkan suci tanpa bertaklid kepada mana-mana mazhab atau pendapat lain. Firman Allah S.Wt. yang dipetik di atas itu menjadi panduan. Banyak sangat lagi yang boleh dipelajari dari kaedah-kaedah fiqh Imam As-Syafi'i. Kenapa ditinggalkan begitu sahaja? Setelah kaedah-kaedah Imam AS-Syafi'i, muncullah ulama-ulama mazhab lain mencipta kaedah-kaedah fiqh mazhab masing-masing; lahirlah kaedah-kaedah fiqh mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Edited by rang_nakam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...