Jump to content
Sign in to follow this  
MalaYneuMaya

Large Hadron Collider (lhc)

Recommended Posts

assalamualaikum...

mesin ni dah diaktifkan hari ni ye? aku dah baca kat wikipedia tapi tak brapa paham la pulak...sapa2 yg tau berkenaan menatang ni sila la kongsikan info..

aku terbaca yg kalu menda ni ada mistake, maka akan wujud satu black hole yg akan telan seluruh bumi...makaihh cuak gak aku dengar.. :blink:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita tunggu jela kot B) .Nak kaji teori fizik punya pasal . :lol: . Kalau jadi black hole kena sedut la kita semua . *sluuuuuurrrrrppppp* <---bunyi sedut .

edit: aku ada baca kat forum lain dia akan buat webcast hari ni tapi tak jadi lak kot . :\

http://webcast.cern.ch/

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

*sluuuuuurrrrrppppp* <---bunyi sedut .
bwahaha..ingat mamee ke

oo diorang nak buat big bang secara kecilkecilan..kiranya ni projek dlm sejarah jugak la utk ahli2 fizik..

Edited by MalaYneuMaya

Share this post


Link to post
Share on other sites

dia nak langgarkan partikel2 tu bulan october ,hari tu test jalan sehala je tak silap...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Guna benda nie memang banyak... salah satu ialah untuk saintis mengetahui bagaimana asal usul big bang dan terbentuknya alam semesta ini. Kebimbangan disebabkan tidak pernah mana2 manusia sebelum ini yang buat ujian sedemikian rupa... dan ditakuti akan wujud benda2 yang manusia tak tahu lagi kewujudannya...

Selain itu, ia juga dikatakan boleh membuka dimensi lain.. dan inilah jugak jadi ketakutan saintis2 yang skeptikal... mana tau makhluk macam Ogre dengan tentera dia datang serang nanti kan.. hehehe.

Berkenaan terbentuknya black hole... kemungkinan tu memang ada tapi saintis telah memberi jaminan yang ujian ni takkan dapat membentuk black hole yang boleh sedup slurrrpppp... bumi. Mungkin akan terbentuk partikel2 asing yang sebelum ini tak pernah wujud lagi sebab banyak sangat entiti & jisim yang belum diketahui oleh manusia. Kira ujian ini melakarkan sejarah manusia terutama dalam biang fizik sebab banyak ilmu baru akan ditemui nanti.

Saiz bulatan dia jer dah berbelas kilometer panjang... memang menelan berpuluh2 billion projek nie. Nasib baik Jepun jadi support utama, so banyak ler duit diorang nak fund projek seluruh dunia nie. Berpuluh2 tahun gak masa diambil untuk siapkan segala benda yang perlu.... harap2 takde benda yang membahayakan wujud... benda yang positif yang dijumpai harap2 berguna untuk umat manusia.

Share this post


Link to post
Share on other sites

dia punya besar tu dai swizertland sampai ke france tuh...mak aih risau jugak sebab diaorg buat secara besar besaran...

Share this post


Link to post
Share on other sites

cakap pasal demensi ni

korang penah dengar tak pasal

kononnya tujuan sebenarnya projek ni

adalah untuk cuba membuka pintu yajjud dan majjud

apapun keputusannya hanya selepas 20 akan datang

lama tul projek ni

mau mati dulu la para sainstis2 tu

Edited by zer0

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

cakap pasal demensi ni

korang penah dengar tak pasal

kononnya tujuan sebenarnya projek ni

adalah untuk cuba membuka pintu yajjud dan majjud

apapun keputusannya hanya selepas 20 akan datang

lama tul projek ni

mau mati dulu la para sainstis2 tu

hehe sampai ke situ ke? :D

anggap sbg kajian fizik aje sudah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

latest info -

Lagi ujian Big Bang minggu depan

GENEVA - Mesin pemecut jirim terbesar di dunia Large Hadron Collider (LHC) dijadualkan bersedia digunakan bagi menghentam dua proton pada awal minggu depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Eksperimen itu akan dilakukan selepas mesin tersebut yang berharga £3.6 bilion (RM22.7 bilion) dibaiki oleh sekumpulan jurutera.

Mesin yang dibina di dalam terowong sepanjang 27 kilometer, pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan bumi di sempadan Perancis-Switzerland itu digunakan bagi mengulangi fenomena Letupan Besar atau Big Bang.

Eksperimen menggunakan mesin tajaan Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) itu sepatutnya bermula minggu ini tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal.

Masalah yang dihadapi dapat diselesaikan kelmarin dan proses menembak proton dalam arah bertentangan di dalam terowong sebelum kedua-dua jirim itu dihentam menerusi mesin berkenaan dijangka bermula pada awal minggu depan.

Ketika itu, saintis-saintis CERN berupaya menyelidik apa yang berlaku sejurus selepas letupan Big Bang yang menurut teori sains, membawa kepada pembentukan alam semesta.

"Perancangan sekarang adalah untuk menangkap jirim kedua dan apabila kedua-dua jirim itu bersedia kami akan memulakan proses hentaman," kata seorang saintis, Dr. Laurent Tavia.

Eksperimen CERN itu menelan belanja AS$10 bilion (RM34.3 bilion) melibatkan kepakaran sekumpulan 5,000 saintis, jurutera dan juruteknik di mana sebelum ini sebahagian saintis menerima ancaman bunuh daripada pihak yang menganggap ujian itu akan menyebabkan dunia kiamat. - Agensi

korang baca lagi info ni

kalau dah baca sori lo :unsure:

sebab menyemakkan ruang ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...