Jump to content
pokmat siko

Pilihanraya Permatang Pauh Bukti Demokrasi Hanya Memecahbelahkan Ummat

43 members have voted

  1. 1. Pilihanraya Permatang Pauh Bukti Demokrasi Hanya Memecahbelahkan Sesama Islam

    • SETUJU
      19
    • TIDAK SETUJU
      15
    • MUNGKIN
      5
    • TIDAK PASTI
      4

Recommended Posts

Nyatakan pendapat anda tanpa ada sebarang sangka buruk, caci-mencaci, tekan syor sendiri, potong syor orang lain, bantah-membantah, provokasi, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, keji-mengeji, dan lain-lain.

Bagilah pendapat anda yang dirasakan terbaik dan anggaplah pendapat anda tu adalah yang terburuk dan pendapat orang lain adalah yang terbaik.

Bersangka baiklah sesama Islam dan amalkan budaya maaf-memaafkan. :D :D

Kategori : ISU SEMASA Politik

Tajuk :

Pemimpin Dan Rakyat

Hadith :

Daripada Auf bin Malik r.a bahawa rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Imam-imam kamu yang terbaik ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan imam-imam kamu yang paling jahat ialah imam-imam yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditanya : “ Ya Rasulullah! Bolehkah kami memecat dan memerangi mereka dengan pedang? Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak, selama mereka mendirikan solat di antara kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak menyukainya dari penguasa-penguasa kamu, maka hendaklah kamu membenci amalannya dan janganlah kamu menderhaka.”

(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Huraian

Islam tidak boleh ditegakkan dengan cara yang zalim, kerana Islam itu bersih dan selamat. Islam hanya boleh ditegakkan dengan cara yang bersih dan aman. Pemerintah yang zalim hanya boleh dijatuhkan oleh Allah sendiri, kerana Dialah yang menaikkan seseorang sebagai pemerintah dan Dia jugalah yang lebih berhak menurunkan seseorang itu dari tampuk pemerintahan. Ingatlah, semakin zalim seseorang itu memerintah dan semakin banyak kezaliman yang dilakukannya, semakin cepat dia dijatuhkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya sifat orang mukmin itu ialah yang mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhaka kepada Tuhan atau meninggalkan yang fardhu. Malah setiap perintah yang diberi wajib ditaati sama ada suka atau pun tidak, berfaedah atau pun tidak kerana sifat seorang mukmin yang sebenar adalah taat pada setiap perintah yang diterimanya iaitu perintah Allah, Rasulullah dan Ulil Amri.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Edited by pokmat siko

Share this post

Link to post
Share on other sites

bagi aku lar kan sangka buruk, caci-mencaci, tekan syor sendiri, potong syor orang lain, bantah-membantah, provokasi, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, keji-mengeji, dan lain-lain mmg ade dlm pilihanraya ini..

sedih aku tengok bile bangsa aku sendiri yg melakukan perbuatan sebegini..

bukan nak bersatu untuk menegakkan maruah agama,bangsa dan negara..

bile tengok kat tv...si tu yang kate ni...si ni yang kate tu...

ape x malu ke dorang kalo anak2 bangsa sendiri tengok??

belom lagi tnye kat cina dan india lagi...sure dorang tepok tangan...

suke sangat negara2 luar bile tengok negara malaysia kita ni di ambang perpecahan...

Share this post

Link to post
Share on other sites

memecahkan umat & agama... memusnahkan bangsa... menjahanamkan negara...

Share this post

Link to post
Share on other sites

"Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.

"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.

"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," - Hu Pang Chow.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sebab yahudi tak suka ummat islam bersatu, yahudi dah tahu hanya dengan sistem demokrasi ni lah ummat islam akan berpecah, ummat islam akan caci mencaci. apabila ummat islam caci mencaci, nabi saw kata ummat akan hilang daripada pandangan ALLAH TAALA. Allah taala tak akan tolong ummat islam lagi. ummat islam akan lemah. senang la yahudi dan nasrani nak concour. Simple.

"Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.

"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.

"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," - Hu Pang Chow.

ada kaitan ke dengan tajuk ni? :blink:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pendapat peribadi aku pilihanraya di mana-mana sekalipun bukan faktor utama perpecahan umat. Perpecahan boleh berlaku di mana sahaja. Cuma di pilihanraya ia jelas kelihatan terutama pilihanraya P44. Ini kerana ia merupakan hidup dan mati bagi dua-dua parti pollitik yang bertanding.

"Perpecahan" Melayu bukan perkara baru...sejak dari dari zaman kesultanan melaka lagi. Dan perpecahan satu juga bukan ditujukan kepada satu bangsa malahan boleh berlaku dan telah berlaku malah akan berlaku kepada semua bangsa. Sejarah negara China sendiri telah berlaku banyak perpecahan semasa pemerintahan beberapa dinasti. Begitu juga dengan negara Arab semasa pemerintahan pemerintahan khalifah.

Perpecahan Melayu dalam era moden dan selepas merdeka memang telah lama wujud . Bermula dari PAS ditendang dari BN , selepas peristiwa Memali dan selepas incident pada tahun 1998 yang mana lebih menonjol. Jadi kita tak boleh nak katakan pilihanraya P44 sebagai alasan memecah belahkan umat.....Demokrasi itu bagus tetapi bagaimana pengamal demokrasi mengamal dekmokrasi

Soalnya sekarang kenapa berlaku perpecahan. Itu yang patut kita fikirkan. Dan satu lagi kita tak boleh meletakkan satu-satu parti politik sebagai de facto atau standard atau asas kepada perpaduan kerana mana-mana parti boleh berubah dari perjuangan asal walapun telah berpuluh tahun diwujudkan.

Good luck

Edited by tasek16

Share this post

Link to post
Share on other sites

Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.

"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.

"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," - Hu Pang Chow.

ape nie meyimpang dari tajuk

ape motif nie

knp berpecah?

matlamat yg terlalu tinggi nak kuasai negare dan kepentingan peribadi

Edited by leman77

Share this post

Link to post
Share on other sites

nak pakai sistem syura camana sebab kita ni berkiblatkan barat <_<

nak wat camner, parti yg 'memperjuangkan' Islam pon lebih berkiblatkan parti sekular anti negara Islam. <_<

Share this post

Link to post
Share on other sites

ape nie meyimpang dari tajuk

ape motif nie

knp berpecah?

matlamat yg terlalu tinggi nak kuasai negare dan kepentingan peribadi

ko faham ke tidak tajuk sbenar?

Share this post

Link to post
Share on other sites

Masa tempoh mengundi ni ramai main taram je kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, kena belajar siasah islam balik ni baru pandai cara nak berpolitik. baca sini

Spoiler :

Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa nabi s.a.w telah bersabda, "apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan islam tercabut drp mereka. Apabila mereka meninggalkan ama-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan drp keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah. " (dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi.

Edited by pokmat siko

Share this post

Link to post
Share on other sites

angin perubahan ni kira salah satu contoh untuk pecah kasi belah sama melayu

angin perubahan... ^_^

nati die alih angin la kak nati kot... he3... :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

Masa tempoh mengundi ni ramai main taram je kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, kena belajar siasah islam balik ni baru pandai cara nak berpolitik. baca sini

Spoiler :

Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahwa nabi s.a.w telah bersabda, "apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan islam tercabut drp mereka. Apabila mereka meninggalkan ama-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan drp keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah. " (dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi.

hadis ni mengingatkan aku akan keadaan yang sedang hangat berlaku di belah utara malaysia...

Share this post

Link to post
Share on other sites

demokrasi tu kan sistem yahudi..nak kata pe lg? nape malaysia x pkai sistem syura? <_<

bro..leh bagitaw ape yang ko katekan demokrasi ni sistem yahudi?

sori aku agak noob..

Share this post

Link to post
Share on other sites

"Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.

"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.

"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," - Hu Pang Chow.

Apa yang diutarakan oleh aku ni tak der kene mengena dgn mana² parti .

Siapa yang memahamkan siapa? macam mana saudara 'faham' MIC/MCA edar wang kat sana? Kata mereka? 'Mereka' tu siapa?

Menantu Perdana Menteri .. muda lagi dah kaya? Betul ke? Jutawan ke? mana kita tau ? Ada nampak ke atau ada bukti ke ? kalau ada bukti penyelewengan kita kene berani .. kene buat repot. Lepas buat repot, kalau tak der tindakan , bukan salah kita.. kita buat yang termampu... Kira salah la kalau dah tau kita diamkan.

Ke orang cakap .. kita pun duk ikut la cakap.. depa duk kempen nak menang .. duk cakap apa pun..

Bukan nak menangkan parti satu lagi tu .. depa pun duk buat benda yang sama pun.. kata tanpa fakta.. tapi sanggup ke kita nak jadik macam diorang tu ? kalau kita tak suka bau busuk taik kita pun tak boleh berbau busuk macam taik.. lebih kurang la kan ....

Dan benda yg saudara cakap ni tekeluaq dari tajuk.. hanya provokasi nampak gaya nya

Edited by nilasetitik

satu contoh camna aktiviti dalam PR, atas nama demokras, dengan cakap je, bole bikin bende untuk pecah belah. Kalo dok baca untuk panjang ke cerita, wat per!

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...