Jump to content
Sign in to follow this  
JoeY LouieY

Budi Bahasa Dan Sikap Amalas

Recommended Posts

betul ke post ni ptt ltak kt cni? kalu pihak atasan nk letak kt tmpt yg lebih sesuai, silakan...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

saya ada satu perkara nak dibuat perbincangan kepada semua yang terlibat dalam putera.com ni, tentang budi bahasa dan amalas (amalan malas)... walaupun saya ni ditahap 'learning status', tetapi saya adalah seorang ahli forumer yang sah, dan ada hak untuk membuat sebarang aduan, demi menjaga maruah dan kehormatan putera.com agar orang-orang diluar sana tak cakap 'ahli2 forumer putera.com ni kerek2 la.., sombong la.. ape la... baik kita jdi ahli forumer lain la...'. jadi ape kesudahannya? putera.com dipandang kerek la kan? jadi, jangan dipandang rendah budi bahasa dan sikap amalas ni kerana bahasa dan kerajinan menentukan bukan seorang, dua, tapi satu bangsa dalam sesebuah negara.

saya ada tengok post-post dlu, tgk thread-thread lain tkut ada apa-apa nk ditambahkan ilmu didada daripada pakar-pakar or lebih sedap dipanggil otai-otai. tapi dalam beberapa post tu, ada la satu dua thread yg memberi balasan berbau menyanggah atau menyindir TANPA menghormati dan memperbetulkan pandangan or pendapat orang lain (refer kepada budi bahasa)... ada juga saya nampak forumer yg hantar reply tu malas nak carikan link untuk forumer yg buat post mintak tolong, pstu dalam nada menyindir lak tuh (ni lak refer pada amalas)... saya tak nak quote la posting tu sebagai penghormatan kepada pengepos tu...

mungkin anda menghantar post itu, anda merasakan biasa sahaja... tapi, bagaimana pula dengan si memberi pendapat itu? cuba anda berada di tempat dia... janganlah anda anggap perkataan sekadar paparan, bukan ada apa-apa. ingat, setiap perkataan memberi seribu makna... cube anda perhatikan post ini, apa yang anda rasa sebagai contoh yang hampir serupa dan contoh ini direka, tiada dalam mana-mana post:

1. ni psl budi bahasa, noname beri pandangan macam ni:

sy rs utk menambah kemampuan graphics card nvidia itu memerlukan dua atau lebih crossfire di pasang pada pci

tgk... dia ckp crossfire, dua atau lebih dgn pci... tp tetiba anonymous yg menjawab:

ape plak crossfire? ko tu tau bezakan ke x?

pastu, turn unknown lak jawab mcm ni:

ape la benda yg dia reply ni, dia mcm x tau ape2 pn.

makna yang sama forumer ni jawab, pstu berjela2 la sambung makna yg sama smpaila sorg forumer yg baik hati jawab macam ni untuk menghentikan kegiatan buang masa tu:

bukan crossfire noname, tp sli, n bkn pci tp pci-e. sli cme maksimum bleh bt dua je, xde lebih. kalu silap tolong betulkan ek otai2 sekalian...

npk macam biase je kan? mmg la, tp depends pd org tu... kalu ditegur komen mcm tu, msti ad yg cakap, 'alah biasala dunia sekarang, kalu x leh tahan kutuk, baik masuk gua je'... mslhnye, forumer-forumer dlm segmen forum ni seperti 'rambut sama hitam tapi hati lain-lain' ataupun 'warna rambut lain-lain, hati pun lain-lain warnanya'. kalu ad komen-komen ni pn sy mmg terasa, tapi sy diam kan aje, dn ckp ape2 yg bleh menyembunyikan keterasaan hati ni, tapi paham2 je la ape balasan org yg buat sakit hati... ape salahnye kalu perbetulkan apa yang salah? kenapa post macam tu? nak tambahkan post? nk naikkan status ahli rajin? nk naikkan status member supaya bleh jadi moderator? macam tu? kalu x pndai nk bagi pendapat, baik x pyh post, or lebih baik tolong dia kalu kte rajin nk tolong, bertambah lagi ilmu didada, tambah lagi pahala kalu anda bantu dia dgn mencari maklumat yang sepatutnya, dan bertambah lagi pahala anda jika ada org yg dah buntu sesangat, terdetik hati dia nak tgk post anda, trus baca pandangan anda dan cakap 'haa.. ini la dia!', walaupun dia x smpt ckp terima kasih, tp pahala tetap mengalir... betul x?

2. satu lg psl amalas, noname beri pandangan macam ni:

macam mana saya nk dapatkan software ini

tp anonymous cakap:

gi kat link ni. smua ada beb, just single click..

dan kenapa x cakap:

cuba pergi kt link ni.. kalu x dpt, pm balik, nnti kita bincang sama2 ek.

"link ni" tu refer pd search engine... post yg kedua tu nampak sangat x nk tolong forumer tu berbanding post yg ketiga. skli lg, npk mcm biase je kan? ye la, kita dah terbiasa. tapi kenapa perlu macam ini? kenapa tak nak tolong pada org yg luangkan masa melayari internet semata-mata untuk meminta tolong kepada mereka yang pakar? walaupun soalan benda bodoh (dumb thing question), kenapa kita tidak mahu mendapatkan pahala dengan membantu dia? apakah kita sudah rasa saraf malas kita tu mengawal tangan kita dengan menjawab sedemikian? kita tak tahu dia tu newbie dlm bidang komputer dan ict ni, kalu dah baru, takkan sama dgn yg lama, mcam tuhan ad cakap dlm al-quran, takkan sama org berilmu dengan org bukan berilmu... hbis tu, kita sbg org berilmu kenapa x nak curahkan kepandaian dan kemahiran yang tuhan berikan kepada kita diperturunkan kepada dia, tapi jawab bnda yg merapu?

kita disini ibarat satu keluarga... dah anggap keluarga, takkan nak jdikan amalan melukakan hati dan tunjukkan rse bangga diri pd slh sorg ahli keluarga tu walaupun dia tu newbie. lps tu amalan tersebut merebak pada newbie yg da jdi pro n bt kt newbie lain lak, pstu jdi pro, bt kt newbie lain lak, x putus2... sy ulangi, ape kesudahannya? kesudahannya org diluar sana akan pandang putera.com adalah 'tepak (tempat) puok2 (ahli2) yg kerek2 dgn gong2 (bangga diri)... macam tu x malu ke tuan-tuan dan puan-puan?

cuba fikir-fikir dan renung-renungkan, wahai rakan-rakan putera.com yang saya amat menghormati anda sekalian...

akhir sekali, kenapa saya buat aduan ini? Kerana inilah forum yang membuatkan saya jatuh hati dan sangat teringin untuk membantu forumer-forumer lain yang mempunyai masalah jika saya berkemampuan dan mempunyai masa yang terluang, dan kerana saya sayangkan putera.com ini, maka saya ingin menyatakan sebarang kesilapan supaya kita dapat membetulkannya, agar forum putera.com yang menuju kearah kemajuan ni dikenali dan dihormati sebagai forumer terunggul khususnya di malaysia...

sayangilah putera.com... apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu kelemahan daripada diri saya..

Sekian, terima kasih... wasalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Banyak yang aku setuju dengan statement ko, takpelah post ko kalau dah 30+ tak silap aku ko akan diketegorikan sebagai "member" stats learning tu sementara jer, bukan ukur apa2 pun agaknya..cuma jumlah post jer. So, ko tak perlu merendah sangat.

Soalan-soalan yang ditanya kemudian disindir kerana tak tahu jawapan tu, sebenarnya bukan benda baru TETAPI bukan ramai yang kaki sindir tu. Jelasnya hanya SEGELINTIR aje. So, kesian nama putera.com terjaja dan laris sebagai community yang sombong.

Ada beberapa fact boleh dikatakan berpunca dari sipenyoal, sipenjawab, sibatu api, sibodoh yang hanya nak buat kecoh dan menyindir orang tanpa sebab.

Huraikan skit,. biasa yang lakukan perkara-perkara ini adalah user pada bidang2 tertentu saja. Contoh, siapa yang paling power dalam thread A,B,C dan sebagainya.. pertamanya kita sipenyoal ni harus akur ..kita berskop luas sedikit..kita fikir sehabisnya sebelum menyoal..mungkin kita dah ulang soal soalan yang berbuih dijawab, soalan tidak kene, sipenyoal baru nak berjinak dengan bidang itu mungkin 0 knowladge. Ada forumer yang perasan best memang suka sakat2 kalau sipenyoal tersalah. Mungkin mereka puas seperti itu. Ada forumer yang baik biasanya..tapi terikut gak kalau keadaan bias untuk menyindir.

Bukan ko jer rasa tak best, aku yang dah lama pun rasa tak best kalau benda ni berterusan...menjawab cara amalas,..bagi link tu ok lagi. Bagi aku hehe. Ada yang tak bagi link tapi bagi cadangan tanya kat abang ipar derang En.goole, lagi la berbulu...kita harapkan sangat jawapan dari derang as human... En.Goole tu hanya robot logarit beasaskan keyword walau macamana pun dah jelas sangat tak sama ngan humankind. So, kalau jawab pergi google tu maknya tak perlu jawab..tahu nak tambah posting aje tu.

Baisanya dalam forum ni ko akan lihat majoriti adalah ok asalnya. Tapi mereka (include me) boleh berubah jadik tak ok depend pada beberapa fact seperti yang aku tulis above. Selalu ada la member lain yang betulkan statement kita kalau kita salah.

Aku pun suka dengan orang2 yang suka soal-soal ni, coz aku suka jawab dan bagi pendapat,..aku gak pernah quit dari satu thread coz kene sindir pasal jawapan dan solution aku dianggap bodoh oleh otai bahagian tu tapi sipenyoal tetap hargai dan backup aku akhirnya. Sabar jer la. Tapi jangn harapkan backup jer..derang datang sendiri kalau kita benar or benar2 nak belajar tanpa menyombong tak bersebab nih.

Untuk makluman ko, forum ni adalah ok. Semua baik dari management , mod dan member tu baik..cuma biasalah bercakar dan menyindir sering terlepas. Sebagai forumer kita boleh betulkan. Tegur mereka yangtak betul tu denngan tegas mengenai post dan statement mereka. Cakap ngan mereka jangan pakai hentam jer & jangan hentam orang tak bersebab kalau taknak kene hentam balik.

Lagi satu, kalau boleh biar segala solution yang dipinta tu berakhir di thread/topik. macam petikan aku amik dari ko ni "cuba pergi kt link ni.. kalu x dpt, pm balik, nnti kita bincang sama2 ek". Aku yakin tak ramai yang macam ni..bukan kerana sombong or not cuma cara ini selalu menyebabkan topik tergantung. kesian mod nak tutup topi akan jadi serba salah. Delate PM in box pun penat gak hehehe :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

so far kt mana aku ditugaskan aku akn cuba atasi permasalahan si TS dengan baek..kalau aku xtahu,biasanya aku diam dan tunggu org laen reply..mmg xdnafikan kt bhgn aku lbh banyak y berminat tmbh posting dari mmbantu.tp alhamdulillah ada forumer yg cukup prihatin dan membantu..

berkenaan link,aku pun kadang2 buat mcm 2..terutamanya pada soalan berulang,atau terlalu umum..sj nk biasakn TS dgn kerja mencari topik sedia ada dulu,dan mengelakkan double posting.kdg2 aku kasik direct link especially utk soalan berkaitan driver. memudahkan keja,dan biasanya xbanyak forumer y nak membantu topik driver sbb bnyak sgt dibincangkan terutama mengenai driver notebook.

so far,teguran ko 2 ada betul..sikap kita banyak nak kena ubah,jgn harap perubahan dari org sj,y pntg kita amalkan jugak :) peace!

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya setuju kalau bab link tu, tapi bagi le link yang menjurus kepada thread yang lepas yang mana kami orang - orang baru ni tak dapat nak cari. so kalau otai otai tau dan pernah terbaca thread tersebut bolehlah meletakkan link. jadi tak payahlah menggunakan link pakcik google dan yahoo.

terima kasih. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

dua isu je kan?

- reply merendah2kan orang

- link ke google/yahoo/search-engine

1. ni tak dapat la buat apa2, perangai orang bukan senang nak ubah :P (same goes for me too)

2. masalah reply ke google ni bukan hanya dalam putera je, tapi boleh kate forum2 lain pun ada jugak.

PRO reply 'google':

- penanya kena la berusaha

- belajar sendiri instead of 'suap'

- orang yang reply2 ni pun bukan dibayar untuk jawab soalan..

CONS reply 'google'

- kena tau apa yang nak dicari, so bukan semua orang tau

- takut nak try solutions2

- penanya nak cepat reply sebab customer/boss/assignment/lecturer/etc..

so, sape2 yang nak reply google, bagi la search term sekali (google.com/search?q=aku+nak+cari+mende), just as a starting point..

disclaimer: aku suka jugak reply google + link sekali, so penanya kena la sedia kamus kat tepi :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...