Jump to content
TJ-Ariff

Perbincangan Kesihatan

Recommended Posts

Asalamualaikum.

Bagi memenuhi permintaan, saya buka tajuk ini untuk membincangkan hal hal yang bersangkutan dengan Kesihatan.

Syarat syaratnya

Anda boleh bertanya, memberikan tip atau petua untuk kesihatan.

Anda tidak boleh mempromosikan sebarang produk kesihatan.

Sila baca dan edit mana yang perlu sebarang artikal yang anda copy sebelum paste kan disini.

Saya harap ruangan ini dapat memenuhi hasrat sebilangan ahli putera yang berminat untuk membincangkan hal hal berkenaan dengan kesihatan.

Wassalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam sejahtera,

Baru2 nie saya mengalami kegatalan di celah2 ketiak. Ada macam kesan hitam kat tempat gatal tu. Apakah ubat yang sesuai untuk hilangkan gatal2 berkenaan. Adakah ini disebabkan jangkitan dan sebagainya... Harap ada Dr. yang sudi memberi jawapan. Terima Kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Info Kesihatan:

1.)Buah-buahan

KIWI : Sangat kecil tetapi gagah

Ini adalah suatu sumber baik untuk kalium, magnesium, Vitamin E dan serat. Ia mengandungi Vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.

EPAL : Sebiji epal sehali menjauhkan kita dari berjumpa doktor

Walaupun sebiji epal mengandungi Vitamin C yany rendah, ia ada antioksidan dan flavonoids yang mana menambahkan aktiviti untuk Vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmal.

STRAWBERI : Buah Perlindungan

Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

OREN : Ubat yang termanis

Mengambil 2 atau 4 oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol yang lebih rendah, cegah dan larutkan batu buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.

TEMBIKAI : Hilangkan Dahaga

Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong menggalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah suatu sumber lycopene yang penting - penyakit barah yang bertempur oxidant. Nutrien lain yang didapat dalam tembikai adalah Vitamin C dan Kalium

JAMBU dan PAPAYA : Anugerah teratas untuk Vitamin C

Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi Vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.

Papaya kaya dengan carotene, ini amat baik untuk mata

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lanox, gatal kat ketiak tu dua2 belah ke? tempat2 terlipat mcm kat kangkang ke ada gatal sekali? umur dah berapa? ada penyakit lain tak mcm diabetes? harap soalan2 begini tak di kira sulit sebab kita ni srkg kat alam maya je bukannya saya kenal korang kat real life.

nampak hambar je topik ni, rasanya patut dibuat satu thread untuk membolehkan sebarang pertanyaan dibuat di topik2 yg berlainan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lanox, gatal kat ketiak tu dua2 belah ke? tempat2 terlipat mcm kat kangkang ke ada gatal sekali? umur dah berapa? ada penyakit lain tak mcm diabetes? harap soalan2 begini tak di kira sulit sebab kita ni srkg kat alam maya je bukannya saya kenal korang kat real life.

nampak hambar je topik ni, rasanya patut dibuat satu thread untuk membolehkan sebarang pertanyaan dibuat di topik2 yg berlainan.

Dah lama betul aku tunggu jawapan sampai ler gatal2 aku tu dah sembuh baru ada orang jawab... hehehe. Gatal2 nie bukan kat celah ketiak.. kat area tepi jer... aku sapu ubat putih yang doktor bagi + mandi air panas.. terus dia hilang. Aku rasa nie just jangkitan bakteria or fungal kot sebab sebelum tu aku ada pergi ke tempat2 ternak lembu... mungkin dari sana ler asalnya. Sekarang nie ada sikit kesan2 ditinggalkan.. tapi try sapu ubat tu gak nak bagi habiskan ubat doktor tu.. hehehe. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape tau cara nak hapuskan psoriasis .boleh bagi cadangan atau perkembangan terkini Edited by ekin_mache

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(ekin_mache @ Nov 24 2008, 11:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sape tau cara nak hapuskan psoriasis .boleh bagi cadangan atau perkembangan terkini


Salam. ak study pharmacy n berdasarkan bacaan dan pemahaman ak ak jelaskan la serba sedikit:

Rawatan yg wujud:

1st Line Topical Treatment ( rawatan gune Parenteral Topical Dosage Form: cream/paste/lotion )

1) Salicylic acid lotion
2) topical corticosteroids
3) Vitamin D analogs - calcipotriene
4) Tazarotine

2nd line

1) Coal tar

Pada asasnye sume rawatan di atas bertindak sebagai anti-inflammatory( kemerahan pada kulit), menghalang pembentukan scale n plaque , dan mengawal atur pembahagian sel keratinocyte, so symptom2 psoriasis dapat dikurangkan

1st Line Systemic Treatment( ubat untuk dimakan)

1) Acitretin ( x bole gune utk prmpn mengandung )

2nd line

1) cyclosporine - melemahkan sistem imun, anti-inflammatory, so kesan psoriasis dikurangkan

Ada gak rawatan yg x melibatkan ubat;

1) Emmolient(pelembap)

sapu lotion kat kulit supaya halang pengewapan air dari kulit, jadi kesan psoriasis dikurangkan

2) climatotheraphy
mandi kat sumber2 air yg mengandungi kandungan garam + pendedahan pada cahaya matahari (utk vitamin D)
e.g: Laut Hitam ( contoh diberi dalam buku)

3) UV-B light exposure (pendedahan kulit dengan cahaya ultralembayung B


Biasanya rawatan psoriasis melibatkan gabungan dua regimen, eg: acitretin + UV-B


Sumber: Barbara G.Wells Pharmacotherapy Handbook 6th Edition, Mc Graw Hills pg 165-174



ak bagi info ni setakat pemahaman ak tentang psoriasis n nak just n inform yg wujudnyer rawatan2 sebegini utk psoriasis, so ak nasihatkan ko jumpe Pharmacist bertauliah/Dr pakar kulit(dermatologist) utk kepastian.

( happy.gif)/



[color="#0000FF"][/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam satu malaysia kepada semua.....

saya mempunyai masalah kesihatan iaitu disahkan menghidap Hepatitis B.Jantina saya lelaki.saya disahkan ketika umur saya 16 iaitu tahun 2004 lagi..dan mulai dari tahun itu saya telah mendapatkan khidmat nasihat doktor di salah sebuah hospital dan dalam jangkamasa tersebut saya telah menjalani pelbagai kaedah pengesanan taraf kesihatan hati saya dan doktor mengesahkan hati saya masih sihat dan virus masih "tidur" lagi.Jadi pada tahun 2005 temujanji bersama doktor dihentikan kerana diagnosis tersebut.Sekarang saya telah berumur 23 tahun....persoalannya disini

1)adakah virus tersebut masih kekal iaitu "tidur" dan tidak menggangu fungsi hati saya.

2)sejak kebelakangan ini saya selalu mengalami rasa sakit dibahagian hati dan menyebabkan saya muntah2 apabila
kesakitan itu menyerang bahagian hati saya.Adakah itu tanda-tanda virus itu telah merosakan hati saya atau sebaliknya.

3)Apakah tanda-tanda sebenarnya virus itu mula merosakan fungsi hati saya.

4)Adakah mempunyai rawatan alternatif untuk penyakit Hepatitis B

5)Adakah produk kesihatan yang berada dipasaran(produk al-jabbar ; tonik hati) untuk merawat Hepitis B itu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan dan sesuai untuk merawat Hep B

saya memohon kepada sesiapa yang pakar atau yang mempunyai pengalaman dalam persoalan ini dan boleh menjawab soalan saya diatas.saya memohon jasa baik dan dengan ikhlas saya mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan anda hanya tuhan yang mampu membalas budi baik anda...Terima kasih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam semua warga putra

 

Untuk mendapatkan suplemen kesihatan daripada shaklee dengan harga yang berpatutan dan promosi sila ke link di bawah :

 

http://hne-shaklee.blogspot.com

 

Mungkin suplemen dapat membantu memberikan anda kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga atau mengurangkan masalah yang anda alami..

 

terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam...
Saya ada mslh di mana sekitar perut n blkg badan ada ketul.bila tnye doktor dia ckp ketul lemak.masalah skrg ketul tu dah makin bnyk.bila tekan rasa sakit...mohon komen mslh sy ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..sy ingin bertanya bg pihak ayah sy..kaki kanan ayah sy bengkak dari paras peha sampai ke bawah tetapi hanya sebelah sahaja. sy sudah bw dia p wat rawatan doppler, dvt, pemeriksaan kesihatan tetapi semua menunjukkan ayah sihat kecuali hanya mempunyai kencing manis tp msh di bwh bacaan 8. sy de bace info lain yg mgatakan kalenjar air..tp bgaimna cara untuk baik pulih kaki ayh sy. sme de sy kne refer blik pakar saraf? kecian dekat ayah sy sebelah kecil n sebelah lg besar, nk cr kasut pun susah...sy harap sesape sje dpat bantu sy..boleh email sy d [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...