Jump to content
Sign in to follow this  
pokmat siko

Khalid Syor Uitm Ambil 10% Bukan Bumiputera

Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera  

67 members have voted

  1. 1. cadangan MB selangor

    • setuju
      16
    • tidak setuju
      51
    • tidak peduli
      0


Recommended Posts

bila aku ckp baik2 ko tuduh aku cmtu.

so?

nk aku ckp kasar?

nnt aku berkasar ko kata aku kurang ajar, bila aku ckp baik2 ko kata aku bapuk.

sedih.

dh itu sikap kau. aku nk wat cmn.

aku respek bro tasek, nmpak matang bile bercakap. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmm..ader yg aku dgr Pakatan Rakyat timbulkan isu nih semata² nk tarik pengundi bukan melayu..mmg ader betulnya tapi tak tahulah..Wallahualam..

Pasal MRSM tuh, ader diwartakan ke dalam perlembagaan? Polisi penubuhan UITM adela kot rasenye yg mmg khas untuk bumiputera. Tapi walaupun MRSM under MARA yg kite pkir melayu punya, tapi klu takde dlm perlembagaan dan undang-undang ape leh wat? Skarang ni org dah pndai bermain ngan undang² dah..terlebih demokrasi la katerkan..

Mmgla idea tu bagus nk mewujudkan daya saing antara pelbagai kaum. Tapi kan dah ade Institusi awam dan swasta lain..Ketinggalan sgt ke UITM tuh? Salah satu keistimewaan bumiputera, kenapa bumiputera sendiri ingin menyangkalnye? aku pon pelik gak..Pasni nk bangkit kan jugak ker pasal Tender agensi kerajaan "ade yg khusus" untuk company bumiputera? kedaulatan Sultan² ((yg rata² menjadi ketua agama bg suatu negeri) klu tak salah aku la)..nk dibangkitkan jugak ke kreadibilitinya? Hmm sakit jiwa politik ni klu dah terlebih pkir bg pemimpin² nih..

p/s: Aku bercakap atas dasar pendapat sendiri, bukan atas dasar menyokong mane² pihak / sesape :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum adik-adik semua

Secara dasarnya memang aku pun tak setuju jika UiTM membuka peluang kepada non-bumi putera...Sebab kaum Cina memang ada Kolej TAR dan Kaum India ada kolej dia sendiri

Now persoalannya kenapa BN begitu membangkit ISU ini.. Sedangkan secara faktanya BN sendiri meluluskan MRSM dibuka kepada bukan bumi putera pada tahun 2004 walupun ditentang pada begitu hebat diparlimen. MRSM dan UiTM di sini ada senonim dia..iaitu masing-masing memnpunyai perkataan MARA...Kalau soal kemasukkan 10% pelajar UiTM kepada bukan bumiputera dianggap menghina Melayu dan Bumi putera maka meluluskan MRSM dibuka kepada bukan bumi putera pada tahun 2004 juga dianggap menghina Melayu dan Bumi putera.. Bagi aku memang tak setuju samada UiTM dan MRSM dibenarkan untuk bukan bumi putera..

Satu lagi Kenyataan Datuk khalid hanyalah pandangan dan bukan menjurus kepada perlaksanaan..sebab soal meluluskan perkara tersebut hanya boleh dilakukan setelah dipersetujui di Parlimen seperti di dalam kes MRSM pada 2004. Di sini kita nampak ada 2 scenario yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza ...pertama hanya pandangan ( isu UiTM) dan satu lagi perlaksanaan yang telah dibuat (isu MRSM 2004)...

Oleh kerana UitM tertakluk dibawah kemernterian Pendidikan mana boleh kerajaan negeri melaksanakannya...jadi apa yang isu sangat..sedangkan MRSM "sudah dilaksanakan" oleh parlimen yang mana keputusan dibuat majority oleh ahli umno dan BN (melebihi 2/3)

Isu AUKU -

Akta ini diwujukan oleh Mahathir pada pertengahan tahun 70'an setelah berlakunya demo pelajar yang begitu terkenal sampai sekarang termasuk yang membabitkan Anwar ibrahim dan Hishamuddin Rais. Kalau kita belajar di Universiti atau di UiTM sendiri kita mesti dapat punya booklet atau buku kecil yang berwarna kuning (sekarang tak tahu warna apa)

Dalam akta tersebut ada menyebut pelajar tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana parti politik dan diharamkan berkumpul apatah lagi berdemo. (untuk lebih lanjut sila baca auku)

Now kita balik kepada isu UiTM. Dalam kes ini kita tengok beribu pelajar UiTM mengadakan demo menentang kenyataan khalid. Persoalannya adakah pelajar ini akan dikenakan tindakan dibawah AUKU. Adakah pelajar ini akan digantung pembelajaran akibat berdemo. Adakah pihak kerajaan memberi pengecualian terhadap demo yang di lakukan oleh adik-adik kita di UiTM.

Kita tahu dan permah terbaca sebelum ini ada dikalangan adik-adik kita yang belajar di universiti membuat demo atau bantahan terhadap kerajaan dalam beberapa isu tertentu. Jumlah mereka tidaklah seramai seperti mana kes UiTM.. Dalam masa yang singkat mereka ini digantung dan ada juga yang dibuang...Jadi bagaimana pula dengan isu UitM ini.. Aku memang sedih kalau pelajar ini digantung atau dibuang...cuma kalau kita fikir secara sejenak apa rasionalnya pihak UiTM membernarkan demo ini..yang jelas melanggar AUKU yang dibuat kerajaan sendiri.

Recap: Aku memang tak setuju pasal "membuka peluang" kepada non-bumi di UiTM (hanya pandangan Khalid) ...dalam masa yang sama aku juga menetang keras "membuka peluang" kepada non-bumi di MRSM (yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN tahun 2004 )

Good luck

good statement .. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Anwar setuju UiTM patut dibuka

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada salahnya cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus pelajar bukan Bumiputera dibenarkan belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, beliau amat bersetuju dengan cadangan itu kerana menganggap ia langkah membawa UiTM ke peringkat global.

"Walaupun saya dikecam sebagai pengkhianat Melayu, saya tetap menganggap tidak ada salahnya membenarkan kuota 10 peratus pelajar bukan Melayu di UiTM dalam disiplin atau subjek bertaraf antarabangsa seperti pengurusan peniagaan," katanya selepas majlis ceramahnya di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencadangkan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera, bertujuan memancing undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Mengulas desakan Bukhari Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari, supaya Anwar turut bersumpah laknat, Anwar berkata, beliau sudah membawa perkara itu ke Mahkamah Syariah dan mahu mahkamah menentukan perkara itu mengikut syariat Islam.

Berhubung pembentangan Akta DNA 2008, Anwar tetap menganggap ia konspirasi politik walapun Najib menegaskan ia satu perkara yang tidak kaitan politik.

Abang Anwar dah kasi komen al la la la <_<

Sumber : Berita Harian

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tanya korg yg tau sj..kenapa MRSM dibuka untuk bkn bumiputera? jwb scra profesional n fakta yg konkrit...aku betul2 x tau apa agenda sebenarnya BN luluskan perkara ini....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa kat poll tu kena tambah lagi satu option patutnya tu.

A. Setuju

B. Tak Setuju

C. Tak Peduli

Bagi peluang kat golongan-golongan neutral. :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat smua universiti diharamkan berdemontrasi utk tunjukkan bantahan apa2 pd kerajaan...tp dlm kes ni...hbs smua uitm buat demontrasi atas cadangan tan sri khalid.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tujuan mewujudkan daya saingan, aku rasa positif lar, sebab mengikut statistik dan kajian aku ramai pelajar Uitm kene "kick"..so biar perkara ni dijadikan pengajaran buat mereka...

kene kick bukan sebab tiada persaingan tapi disebabkan dorang sendiri taknak belajar betul2. Ditendang keluar uitm tu kan dah jadi satu pengajaran untuk dorang(untuk yang ditendang dan rakan mereka) ? kenapa perlu mengurangkan jumlah kemasukan pelajar bumi(spm leavers) yang baru hendak melanjutkan pelajaran untuk menyedarkan mereka(pelajar uitm yang sedia ada ) supaya belajar bersungguh-sungguh ?

Mungkin ko boleh kongsi sikit statistik dan kajian ko tu untuk semua orang faham :)

ps: tak open 10% pun pengambilan pelajar uitm penuh setiap semester.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tanya korg yg tau sj..kenapa MRSM dibuka untuk bkn bumiputera? jwb scra profesional n fakta yg konkrit...aku betul2 x tau apa agenda sebenarnya BN luluskan perkara ini....

Ok berdasarkan apa yang ditulis kta boleh kesimpulan tujuan non-bumi dibenarkan masuk ke MRSM

1. Atas permintaan MCA dan MIC (Jadi pak turut jugak umno kepada MCA MIC :) )

2. Atas alasan memberi peluang kepada bukan bumiputera "merasa" belajar di asrama penuh

3. dan mungkin juga alasan yang sama seperti yang datuk khalid berikan..

Macam post aku yang lepas apa yang dikatakan oleh Datuk khalid hanyalah pandangan. Dan mungkin dia membuat kenyataan berdasarkan apa yang pernah dibuat oleh kerajaan terhadap MRSM.

Rujukan yang agak menarik dibaca :)

MRSM - Kuota 10 peratus perlu publisiti lebih meluas (Utusan Malaysia)

Kuota bukan Melayu di MRSM naik (Utusan Malaysia)

Yang ini lagi menarik kuota dari 10% ke 30% .

Jadi itu sebab aku agak hairan kenapa BN terutamanya Umno beria-beria sangat menentang isu UiTM. Yap sekali lagi aku juga tak setuju isu kuosta..tapi kenapa Umno "double Standard" dalam hal ini.

Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites

kemungkinan besar ada pergolakan dalam bn kot sampai kena ambik hati dorang camtu sekali . Harap2 tak jadi kat uitm .

Share this post


Link to post
Share on other sites

Abang Anwar dah kasi komen al la la la <_<

Sumber : Berita Harian

kalau ttg isu2 politik mcm ni berita hairan tak buleh pakai langsung.. pendusta rakyat!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Utusan suka buat provokasi dan putar belit.... Kalau aku hanya baca utusan dah tentu aku percaya bulat2 berita yang dipaparkan.. Sepatutnya permit suratkhabar ni sama taraf ngan Harakah. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

itu la psl....aku pun bca semua paper....BN UMNO..harakah, suara keadilan....dr itulah aku leh wat penilaian yg mana betul n tidak....ni dok baca paper BN sj n tgk TV ...mana x terpengaruh.....sptutnya utusan malaysia tukar moto dia....meyebar pemikiran UMNO-BN bkn penyebar pemikiran rakyat

Share this post


Link to post
Share on other sites

itu la psl....aku pun bca semua paper....BN UMNO..harakah, suara keadilan....dr itulah aku leh wat penilaian yg mana betul n tidak....ni dok baca paper BN sj n tgk TV ...mana x terpengaruh.....sptutnya utusan malaysia tukar moto dia....meyebar pemikiran UMNO-BN bkn penyebar pemikiran rakyat

taruk jer logo amno n bn kat akhbar n tv.nk selindung2 plak...pemalu rupanyer umno n bn ni....

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu bab politik ni, aku prefer baca bernama on9 je..

coz bernama ni tak nampak sgt bias kat mana2 pihak... kiranya fair jugaklah

Share this post


Link to post
Share on other sites

APAKAH motif dan agenda sebenar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor, tiba-tiba saja mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka 10 peratus pengambilan pelajarnya kepada bukan Bumiputera??

nk bg smgt kat org mlayu kot..suh kita lebih lantang bersuara n bersaing...memandangkan majoriti kejayaan bidang pendidikan dimonopoli oleh kaun bukan melayu..

cuba kita pndang dari sudut positif...PEACE :lol:

AKU BKN PRO MANE2 K...just bg pndangan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

itulah PKR.....

penyokong2 PKR semua ttp mata...

ada siap sokong..

n then salahkan bangsa sendiri kata anak melayu xberani bersaing secara global..

global kepala otak..semua hak2 bumiputera dah dipertikaikan skrg nie..

tkut non bumi nti jd gol..dah bagi betis..nak peha plak..

itulah PKR..

sbb penyokong2 PKR suka Malaysia jd mcm Singapore..

jd hamba ditempat sendiri..

nak tanya 1 soalan..

klu terjadinya peralihan kuasa..

btul ker Anwar jd PM??

hbis tu mn nak campak Hadi Awang,Lim Kit Siang??

sapa nak jd timbalan PM??

ingat senang2 ker DAP nak bg??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum adik-adik semua

Secara dasarnya memang aku pun tak setuju jika UiTM membuka peluang kepada non-bumi putera...Sebab kaum Cina memang ada Kolej TAR dan Kaum India ada kolej dia sendiri

Abang, silap kamu cakap ni... sejak bila pula TAR college jadi kolej Cina dan AIMST jadi kolej India? Kalau abang ni observant kan, TAR terima SEMUA orang dari SEMUA kaum dan juga sama utk AIMST. UTAR pun sama juga.

UiTM berbeza pula, khas utk Bumiputra sahaja. 10% sahaja, bukan minta 100%.

Kalau nak kira:

Semua IPTA lain + UiTM + MARA = Bumiputra

Semua IPTA - UiTM = Cina & India

Mana lebih fair? Fikir2lah. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

non control and control issues...

BN boleh kawal, tp PKR? MIC dan MCA tak bleh nak "mengamuk" sebab aura BN lebih "garang dan gagah" dari mereka.

DAP boleh marah dan "suruh" PKR sebab "PKR" x de aura orang melayu..

P/S: MELAYU DARAH PANAS, MAT REMPIT HATI KERING, BERANI MATI PUNYA...

huehuehue... :lol:

statement yg baguih...

*Off topic:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaaf-maafan terlebih dahulu antara suami isteri (jika sudah berkahwin); * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang disekitarnya". Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiiin sebanyak 3 kali.

Cuba kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat ra, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF kpd semua jika saya ada berbuat kesalahan & kesilapan yang tidak sengaja ataupun yang di sengaja kan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan & kerahmatan, insyaAllah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Abang, silap kamu cakap ni... sejak bila pula TAR college jadi kolej Cina dan AIMST jadi kolej India? Kalau abang ni observant kan, TAR terima SEMUA orang dari SEMUA kaum dan juga sama utk AIMST. UTAR pun sama juga.

UiTM berbeza pula, khas utk Bumiputra sahaja. 10% sahaja, bukan minta 100%.

Kalau nak kira:

Semua IPTA lain + UiTM + MARA = Bumiputra

Semua IPTA - UiTM = Cina & India

Mana lebih fair? Fikir2lah. :)

kita jgn fikir drp segi menuntut hak bangsa kita semata2.. kena fikir drp segi hak2 semua kaum di malaysia yg sudah termaktub.. sbg bumiputra dia mestilah ada hak keistimewaan tersendiri spt telah dipersetujui oleh semua kaum sekian lama.. tidak boleh pertikaikan benda ni.. keadilan tidak semestinya sama rata dlm bentuk angka antara semua kaum tp ada sebab2 yg perlu diteliti dan diperhalusi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita jgn fikir drp segi menuntut hak bangsa kita semata2.. kena fikir drp segi hak2 semua kaum di malaysia yg sudah termaktub.. sbg bumiputra dia mestilah ada hak keistimewaan tersendiri spt telah dipersetujui oleh semua kaum sekian lama.. tidak boleh pertikaikan benda ni.. keadilan tidak semestinya sama rata dlm bentuk angka antara semua kaum tp ada sebab2 yg perlu diteliti dan diperhalusi.

Ini bukan mengenai menuntut hak bangsa masing2, ini mengenai kesamarataan. Kami tidak pernah mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputra. Pada pendapat saya, 10% kemasukan non-bumi tidak akan menggugat kemasukan kaum Bumiputra kerana limited to 10% sahaja yg slebihnya 90%.

Apart from creating a more competitive environment, zaman2 universiti ini la semua kaum dpt mempelajari daripada semua kaum dan memahami culture masing2. Kalau nak tunggu sampai kerja baru nak campur... mmg susah. Kita tidak patut berpendapat bahawa kedudukan Bumiputra akan tergugat dan dikuasai kaum non-Bumi tetapi memikirkan dari sudut yg positif.

Tetapi akhirnya keputusan begini tertakluk pada tangan MOHE dan UiTM.

Renung2kan lah. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ini bukan mengenai menuntut hak bangsa masing2, ini mengenai kesamarataan. Kami tidak pernah mempertikaikan hak keistimewaan Bumiputra. Pada pendapat saya, 10% kemasukan non-bumi tidak akan menggugat kemasukan kaum Bumiputra kerana limited to 10% sahaja yg slebihnya 90%.

Apart from creating a more competitive environment, zaman2 universiti ini la semua kaum dpt mempelajari daripada semua kaum dan memahami culture masing2. Kalau nak tunggu sampai kerja baru nak campur... mmg susah. Kita tidak patut berpendapat bahawa kedudukan Bumiputra akan tergugat dan dikuasai kaum non-Bumi tetapi memikirkan dari sudut yg positif.

Tetapi akhirnya keputusan begini tertakluk pada tangan MOHE dan UiTM.

Renung2kan lah. :)

Hanya UiTM satu2nya khas utk bumiputra sahaja.. dah nama pon MARA - Majlis Amanah Rakyat.. dan MARA ni dah umpama kulit dan amat sinonim milik bumiputra.. tu yg agak susah sikit nak bukak kpd non bumi.. ok berbalik kpd topik, cadangan TSK tu sekadar cadangan dan sepatutnya tidak perlu di-sure-heboh-kan utk kepentingan politik.. sbb isu melibatkan kaum ni amat sensitif.. kena bincang/tegur secara ilmiah.. kata nak jaga keamanan negara ni mcm dok laga2 kan rakyat sendiri yg berbilang kaum.. apa cerita ni krjn batu api lah namanya??

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...